Sabtu, 5 Jun 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wow, Ketua Pendakwa Raya LIWAT II Dapat Anugerah "Datuk"!

Posted: 05 Jun 2010 09:00 AM PDT

Tahniah, Datuk! Selepas ini boleh teruskan kerja dengan lebih "cemerlang". Profilnya boleh anda baca di sini.

Saya petik:

[TMI] Sodomy II lead prosecutor Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden was among those who received Federal awards in conjunction with the King's birthday today. 

He was among the 1,626 honoured by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at the Istana Negara today. The Solicitor-General II received the Panglima Jasa Negara award, which carries the title "Datuk".

Mohd Yusof is involved in the second sodomy trial of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who has been accused of committing the act against former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar's lawyers had unsuccessfully sought to get the career prosecutor and his entire team disqualified from the trial last year.

The PKR de facto leader claimed all six prosecutors had worked hand-in-glove with Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail — who was the lead prosecutor in the first sodomy trial against him — to hide evidence that was in the former deputy premier's favour and falsified facts, such as how he was beaten up while in police custody and which led to the infamous "black eye" incident in 1998.

Mohamed Yusof was then head of the prosecution unit in the AG's Chambers...- Neville Spykerman and Debra Chong

Selamatkan KG BARU daripada "Digadaikan" oleh UMNO!

Posted: 05 Jun 2010 06:13 AM PDT

Saya ulang sekali lagi: Kita hilang Singapura, Pulau Batu Putih, 2 blok minyak, Tanjong Pagar, dan... semasa UMNO memegang tampuk pemerintahan negara ini. Hari ini Kampung Baru berada dalam situasi yang sama. Selamatkan Kampung Baru.

Saya petik kenyataan akhbar Dr. Lolo:

[Dr. LOLO] Sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang mengemukakan kertas kabinet berkenaan pembangunan Kg Baru dengan cadangan membuka peluang 40% kepada kaum bukan Melayu adalah amat dikesali. Rata-rata pemilik dan pewaris aset-aset Kg Baru tidak bersetuju dengan cadangan ini. Pendirian menolak cadangan ini bukanlah bersifat perkauman tetapi adalah merupakan satu pendirian tegas pemilik dan pewaris dalam mempertahankan Kg Baru sebagai satu-satunya aset Melayu Islam dalam kawasan di tengah-tengah Kota Metropolitan KL.

Selama 110 tahun pemilik dan pewaris mempertahankan Kg Baru meski pun dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit disekelilingnya, tiada sebab untuk mereka melepaskan pegangan kerana kelemahan kerajaan yang memerintah. Mereka lebih rela membangunkan Kg Baru dengan cara dan kemampuan sesama mereka sendiri daripada aset yang penuh sejarah dan sangat berharga ini dilepaskan sebahagian atau mungkin juga akhirnya terlepas langsung kerana tidak mampu bertahan dengan himpitan pembangunan dan tawaran wang ringgit yang lumayan.

Ramai yang melihat cadangan 60:40 ini menyerlahkan kegagalan kerajaan Pusat yang diterajui UMNO/BN. Kegagalan pertama adalah kegagalan untuk mempertahankan satu-satunya kawasan atau kampung yang 100% milik Melayu Islam walau pun UMNO selamanya mengaku sebagai pejuang dan juara Melayu. Tunjukkan dimana ditengah-tengah Kota Metro KL yang boleh dikatakan kemegahan dan kepunyaan Melayu Islam, mungkin ada beberapa buah seperti Maju Junction; sedangkan UMNO menerajui Kerajaan Pusat selama hampir 53 tahun. Kegagalan kedua ialah UMNO mengakui bahawa tanpa kaum Bukan Melayu orang Melayu tidak boleh maju, tidak mampu membangunkan kampung sendiri, tiada daya upaya untuk berdiri-sendiri dengan lebih bermaruah.


Malang sekali kerana maruah Melayu diperlekehkan oleh tidak lain tidak bukan oleh UMNO yang tunjang perjuangannya adalah Melayu, Apakah kerajaan begitu sengkek sehingga tidak mampu menyediakan satu dana yang sewajarnya untuk membangunkan sebuah Kg Tradisi ditengah-tengah KL. Kemana lagi orang Melayu mahu dipinggirkan, ke Flat mana, ke Pangsapuri mana lagi sambil berputih mata melihat tanah mereka tergadai, Mungkin Menteri WP akan mengatakan kita kena bersiakap realistik, jangan emosional dalam isu Kg Baru ini. Apakah tidak realistik untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah Melayu ini yang diwariskan oleh Kerajaan British sebelum merdeka.
Sekali lagi disini saya menggariskan beberapa perkara dasar yang perlu diberi perhatian dalam proses Pembangunan Kg Baru:

1- Pembentukkan Badan Amanah yang disertai oleh wakil-wakil dari setiap kampung dalam Kg Baru, wakil penjawat MAS, wakil NGO-NGO dan individu yang diiktiraf oleh anak-anak Kg Baru, wakil dari pihak kerajaan iaitu DBKL, KWPKB, JPM dan Wakil Rakyat Titiwangsa.


2- Penubuhan Konsortium Pemaju yang terdiri dari pemaju-pemaju kalangan anak-anak Kg Baru bagi memastikan kebertanggung-jawaban yang tinggi terhadap kelangsungan pembangunan yang boleh juga diterajui GLC seperti Tabung Haji yang menjaga kepentingan Melayu Islam.


3- Dana Khas yang sewajarnya dari Kerajaan Pusat dengan itu tidak perlu penglibatan pihak swasta mahupun pelabur-pelabur asing bagi memastikan pemilikan yang berterusan dan bagi memberi keyakinan kepada pemilik dan pewaris akan pengekalan aset mereka.


4- Memastikan pemilikan 100% kekal ditangan Melayu Islam tanpa kompromi.


5- Pembangunan mesti mengambil kira pembangunan yang berimbang antara pembangunan fizikal, mental dan spiritual. Pembangunan yang tidak diurus dengan amanah dan jujur akan melahirkan bangunan-bangunan konkrit yan diisi oleh keruntuhan akhlak, kebobrokan budaya dan kepincangan sosial.


6- Masjid Kg Baru hendaklah menjadi nadi pembangunan bagi memastikan pemusatan terhadap Aqidah dan Syariah Islam itu menjadi agenda utama.


7- Pembangunan yang menjurus kearah Kg Baru sebagai Pusat Sehenti Melayu dimana segala-segalanya berkenaan Melayu ada diwakili disini termasuk dari konsep arkitek, buadaya, ekonomi, sosial dan kesenian serta sejarah Melayu.



Adalah diharapkan Menteri Wilayah Persekutuan konsisten dengan kenyataan dan tindakan beliau untuk tidak mempolitikkan isu pembangunan Kg Baru. Pembangunan Kg baru mampu diteruskan sekiranya ada keikhlasan, kejujuran, amanah dan komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.


Dr Lo'Lo' bt Datuk Hj Md Ghazali


Berkaitan:
* Adakah ini kemahuan penduduk Kampung Baru?

Korea Utara Cipta "Super Drink" untuk Antipenuaan

Posted: 05 Jun 2010 02:24 AM PDT

Menurut Korean Central News Agency (KCNA), sebuah Syarikat  Moranbong Carbonated Fruit Juice Venture Company telah mencipta sejenis minuman super antioksida. Minuman yang menggunakan jenama Pirabong itu mengandungi lebih kurang 60 jenis mikroelemen yang diektrak daripada lebih 30 jenis tumbuhan semula jadi.

Minuman ini didakwa dapat bertindak sebagai pencegah dan perawat, membantu menambah baik kesihatan mental dengan menggandakan sel otak. Minuman ini juga dikatakan dapat melindungi kulit daripada kedutan, bintik hitam, dan pelbagai jenis penyakit kulit yang lain serta mencegah pelbagai jenis penyakit yang menyerang otak.

Minuman ini juga disahkan oleh syarikat tersebut tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Kehebatan minuman ini telah menarik perhatian beberapa pihak termasuk dari China dan Jerman semasa Pyongyang Spring International Trade Fair pada bulan Mei yang lalu.

Berita asal di sini.

Tiada ulasan: