Jumaat, 18 Jun 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat

Posted: 18 Jun 2010 03:51 AM PDT

MALAYSIA KINI



Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau yang hari ini menemani ahli parlimen Klang, Charles Santiago membuat laporan ke SPRM berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu.

Dalam aduannya, Santiago meminta SPRM menyiasat penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun berkata, walaupun jumlah rizab berkurangan, nilai aset yang dimiliki oleh Felda tetap meningkat.

Ahmad juga berkata, rizab tunai tersebut digunakan untuk program kebajikan peserta rancangan dan juga untuk membina ibu pejabat Felda yang baru.

Sementara itu, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri yang kementeriannya bertanggungjawab ke atas Felda berkata bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.

Felda, katanya telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta.

Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004.

"Tende
r untuk meruntuhkan bagunan lama telahpun dibuka," katanya dalam ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan pejabat SPRM hari ini.

"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi.

Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan.

Zaid: Najib perlu lepaskan Felda

Posted: 18 Jun 2010 03:38 AM PDT

MALAYSIA KINI



Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) supaya membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu juga menuntut supaya penjelasan lanjut diberikan ke atas kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu.

Zaid meminta supaya penjelasan lanjut diberikan ke atas jawapan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (JPM) Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

"(Ahmad Maslan) gagal menjelaskan apa hasil yang boleh diperolehi Felda melalui pelaburannya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk berbelanja sakan untuk 'tujuan kebajikan', seperti yang ditakrifkan.

"Menteri itu sendiri, bukan timbalannya, yang patut memberikan jawapan ini di Parlimen. Akauntabiliti awam adalah paling utama apabila duit pembayar cukai digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang dibangkitkan oleh Zaid ialah bayaran pendahuluan sebanyak 40 peratus kepada syarikat pemaju Naza TTDI untuk membina ibu pejabat baru lembaga itu, dengan kos keseluruhan RM662 juta.

Sedangkan, kata Zaid lagi, bayaran deposit pada kebiasaannya hanya pada kadar 10 peratus sahaja.

"(Ahmad Maslan) juga tidak mendedahkan mengapa harga (RM662 juta) itu sangat tinggi berbanding harga pasaran," katanya lagi.

Tambahnya, Felda juga telah menutup tiga buah syarikat yang dikuasainya - Felda Rubber, Sutera Jaya dan Felda Herbal, dalam tempoh lima tahun lalu.

"Sepatutnya ada penjelasan terperinci mengapa penutupan dibuat, dan sama ada tindakan ini disebabkan salahurus yang lebih teruk," katanya.

Katanya lagi, penjelasan juga perlu dilberikan berhubung perbelanjaan antara RM4 juta sehingga RM5 juta untuk menganjurkan pertandingan futsal dan sokongan kepada Kelab Bolasepak Felda.

"(Se


dangkan), kebanyakan persatuan bolasepak kebangsaan mengurangkan perbelanjaan untuk pasukan mereka, termasuk pasukan yang layak ke Piala Dunia," katannya.

Zaid juga berkata, perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk program tanaman semula Felda adalah satu jumlah yang terlalu besar bagi program tersebut.

Katanya lagi, kerajaan perlu mendedahkan jumlah peserta rancangan terlibat, keluasan tanah, bayaran sara diri dan pendahuluan pendapatan kepada peserta program berkenaan.

Selain itu, turut dibangkitkannya ialah dana sebanyak RM253 untuk program pembasmian kemiskinan di Sabah.

"Timbalan menteri tidak menjelaskan bagaimana RM253 juta itu disalurkan, atau memperincikan semua penerimanya.

"Adakah wang tersebut disalurkan terus kepada peserta miskin, ataupun disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah yang sedang pokai?" soalnya.

Pendengaran rayuan Anwar berhubung kenyataan Mohd Saiful pada 25 Jun

Posted: 18 Jun 2010 03:36 AM PDT

BERNAMA


PUTRAJAYA - Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung akses kepada kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditetapkan pendengarannya di Mahkamah Rayuan, Jumaat depan.

Seorang daripada peguam Anwar, S.N.Nair ketika dihubungi, berkata, mereka dimaklumkan mengenai tarikh pendengaran itu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, semalam.

Anwar, 62, membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei menolak permohonannya mendapatkan kenyataan Mohd Saiful.

Beliau mahu pendakwaan memberikan kenyataan saksi Mohd Saiful, kerana beliau mendakwa bahawa terdapat perbezaan antara testimoni Mohd Saiful dan tuduhan liwat yang dibuat terhadap Anwar.

Pembelaan berpendapat bahawa Mohd Saiful telah menyebut bahawa dakwaan liwat berlaku tanpa kerelaan tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, hubungan seksual atas kerelaan.

Perbicaraan itu akan bersambung semula pada 14 Julai.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dia menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Pekung Umno Tidak Dapat Ditutup

Posted: 18 Jun 2010 03:24 AM PDT


http://buletinonline.net/images/stories/berita27/IMG_5031.JPGDUNGUN – UMNO Terengganu usah sesekali menganggap kenyataan golongan yang sering kali cuba menutup masalah dalaman parti itu mampu melegakan rakyat di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, kenyataan selamat mereka itu tidak mampu menutup 'pekung' Umno kerana ia ternyata bertentangan dengan sikap sebenar ditunjukkan segelintir pemimpin parti itu.

Menurutnya, tindakan itu jelas disedari di peringkat akar umbi melalui diskriminasi terhadap pemimpin yang dikatakan bukan menjadi kumpulan mereka.

"Realitinya pada peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berlakunya diskriminasi, begitu juga peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), selain Ketua UMNO Cawangan.

"Jangan tipu rakyat, perpecahan yang berlaku bukan hanya dua puak tetapi tiga hingga beberapa puak," katanya kepada sebuah akhbar harian tempatan, Sinar Harian

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua Pas Dungun, turut mendakwa projek-projek yang dijalankan dilihat hanya terarah kepada kumpulan tertentu sambil memberitahu projek yang dijalankan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pula dikritik.

"Mereka yang kata tidak wujud Kumpulan 10 hanya politik kerana hanya menyelamatkan diri masing-masing, krisis itu masih tidak selesai," katanya.

Pada masa sama, katanya, dasar perjuangan UMNO dipercayai menjadi penyebab berlakunya keadaan seperti itu sehingga kini.

Beliau berkata, dasar itu menyebabkan UMNO Terengganu tidak akan berpadu dan ia sama seperti yang berlaku terhadap komponen parti Barisan Nasional (BN) lain seperti MCA dan MIC.

Episod Baru Perbalahan Umno Terengganu

Posted: 18 Jun 2010 03:23 AM PDT


http://buletinonline.net/images/stories/berita27/liasmatsaid.jpg- Ketua Umno, JKKK DUN Alor Limbat Serah Memorandum Bantah ADUN

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah membuat kejutan terkini, yang dilihat sebagai
'mencetuskan episod terbaru perbalahan Umno negeri Terengganu'.

Beliau mendedahkan ada pihak tertentu mendesaknya untuk meletakkan jawatan dan menjanjikan projek bernilai puluhan juta ringgit kepada sesiapa yang berjaya menjatuhkannya.

Menurutnya, susulan tawaran itu, wujud kumpulan melibatkan ketua-ketua cawangan Umno dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) melahirkan rasa tidak puas hati dan bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar.

Katanya, beliau telah maklum, memorandum tersebut adalah bertujuan mendesak agar beliau melepaskan jawatan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat

"Saya tahu (mengenainya) namun tidak gusar kerana sedar terdapat segelintir pemimpin cawangan yang gagal mentadbir cawangan mereka, cuba menutup kelemahan sendiri dengan menuding jari kepada wakil rakyat.

"Sepatutnya cawangan terletak di zon yang kalah harus memperkasakan cawangan masing-masing, tapi sebaliknya yang berlaku selain memberi alasan wakil rakyat tidak turun padang," katanya ketika mengulas tindakan lebih 40 ketua cawangan dan JKKK DUN Alor Limbat yang bertindak menyerahkan memorandum kepada Dato' Ahmad Said kelmarin.

Difahamkan, antara kandungan memorandum tersebut mendakwa Alias gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dalam kawasan terbabit.


Alias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang menafikan dakwaan Ketua Cawangan dan JKKK sebagaimana terkandung dalam memorandum tersebut.

Malah tegasnya, DUN Alor Limbat yang diwakilinya, tidak mempunyai masalah dan menganggap ia sengaja diada-adakan.

Lebih parah katanya, pihak tertentu kini telah menjadikan politik sebagai satu perniagaan bagi mengaut laba dan keuntungan peribadi.

Beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu ingin memastikan beliau jatuh, dan mana-mana calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Alor Limbat tidak meraih kemenangan.

Alias pada Sidang Dewan Udangan Negeri Disember tahun lalu telah membuat kejutan dengan menggelar, Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said sebagai 'penipu'(pelawak).

Beliau dengan lantang telah mengkritik pentadbiran Ahmad yang dikatakan sebagai pentadbiran 'Ad-hoc'.

Antaranya, Alias telah memperli Ahmad yang belum melaksanakan janji-janji beliau dengan mengatakan "rumah tak nampak, kerana dikelilingi pokok sawit".

Alias sebenarnya merujuk kepada janji Ahmad untuk memberikan benih kelapa sawit kepada penduduk kampung, bagi program tanam sawit keliling rumah.

Janji tersebut masih belum dilaksanakan oleh kerajaan Ahmad sampai hari ini.

Selain itu, Alias turut mengkritik tindakan Ahmad yang melaksanakan projek-projek tanpa tender terbuka, khsususnya projek pembangunan pulau-pulau di Tasik Kenyir yang bernilai RM300 juta.

"Inilah senario sebenar politik di Terengganu namun saya kena matang dalam berpolitik dan lebih senang menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai wakil rakyat," kata Alias sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Kemuncak episod perbalahan pemimpin Umno Terengganu tahun 2009 adalah kes 'SMS Ugut Bunuh' yang berlaku pada April tahun lalu.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah apabila beliau dituduh melakukan ugutan tersebut.

Ekoran peristiwa itu, ADUN Umno yang dikenali sebagai 'kumpulan 10 budak hitam' membuat bantahan besar-besaran dan memulaukan Sidang DUN Terengganu.

Pada waktu yang sama, Alias telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, menyenaraikan 10 perkara mengapa Menteri Besar, Dato' Ahmad Said perlu meletakkan jawatan.

Armada Kebebasan Ke 2 (Fleet of Freedom 2) Siap Siaga Belayar Ke Gaza

Posted: 18 Jun 2010 03:18 AM PDT


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/aktivis%20dalam%20kapal%20baru%20ke%20gaza.jpg- Rombongan Misi Gaza Yayasan Amal Peroleh Senarai Keperluan Perubatan Kritikal

Aktivis hak asasi manusia di Eropah merancang untuk menghantar armada bantuan baru ke Jaluran Gaza dalam usaha lain untuk memecahkan pengepungan rejim Israel ke atas wilayah miskin itu.

Kempen Eropah untuk Menamatkan Pengepungan terhadap Gaza (European Campaign to End the Siege on Gaza) memberitahu enam buah kapal telah bersiap sedia untuk dihantar ke Gaza.

Keputusan itu datang ketika Parlimen Eropah menemui jalan buntu dalam perundingan tentang bagaimana seharusnya respons dibuat atas serangan kejam Israel mematikan ke atas armada Kebebasan (Freedom Flotilla)

Jurucakap rejim Israel mengatakan mereka masih belum membuat sebarang keputusan bagaimana menghadapi kapal-kapal sekiranya mereka menghampiri perairan Gaza pada masa depan.

"Kami mempunyai enam kapal yang siap sedia meninggalkan Eropah, kami berharap untuk berlepas pada bulan depan, dalam dua minggu akhir Julai,"kata Mazen Kahel, jurucakap Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza, kepada wartawan, Rabu di Parlimen Eropah.

"Pada hari ketika Parlimen Eropah berdebat bagaimana Eropah harus menanggapi serangan Israel, sangat penting bahawa kita mendengar suara mereka di atas kapal tersebut, serta menegaskan bahawa tidak ada pilihan lain kecuali untuk menamatkan kepungan,"kata Ahli Parlimen Inggeris Richard Howitt sebagaimana dipetik AFP.

kumpulan Pro-Palestin, seperti gerakan 'Free Gaza', Jawatankuasa Antarabangsa untuk Melepaskan Pengepungan di Gaza, dan Turki, Greek, serta LSM Sweden, dijangka menyokong konvoi kedua kapal, yang dipanggil Armada Kebebasan 2
(Fleet of Freedom 2).

Tentera Israel menyerang armada 'Freedom Flotilla' di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean pada Mei 31, membunuh sembilan warga Turki di atas kapal MV Mavi Marmara dan mencerakan sekitar 50 orang lain, sebahagiannya dari pasukan di enam-kapal konvoi tersebut.

Israel juga menangkap dan kemudian membebaskan hampir 700 aktivis dari 42 negara yang berada di dalam kapal-kapal dari armada 'Freedom Flotilla', yang berusaha memecahkan pengepungan Gaza dalam rangka untuk memberikan 10.000 ton bantuan kemanusiaan kepada orang-orang yang menderita dari wilayah Gaza .


Sementara itu, rombongan Misi Gaza, Yayasan Amal Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir, mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi memudahkan usaha menghantar bantuan melalui Rafah.

Menurut Setiausaha Misi tersebut, Mohd Fauzi Abu Samah, perjumpaan dengan Pemangku Duta Malaysia di Mesir, Encik Saiful, berlangsung dengan baik.

Katanya, pihak kedutaan berjanji akan cuba berusaha membantu pihak Yayasan Amal Malaysia untuk masuk ke Gaza.

Menurutnya lagi, kunjungan ke pejabat Persatuan Bulan Sabit (PBSM) Palestin di Al Thawra St Heliopolis memberikan kami beberapa maklumat berkenaan peraltan bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza.

"Kami telah di beri taklimat oleh 'Deputy Secretary General', Tarek Arafat. kami dimaklumkan antara keperluan yang kritikal yang diperlukan dari segi perubatan adalah peralatan seperti mesin dialisis dan lain-lain.

"Kami juga dibekalkan dengan senarai ubat-ubatan dan keperluan kritikal di Gaza,"jelas Fauzi yang dipetik dari laman blognya.

Selangor sesuaikan RMK10 dalam pembangunannya

Posted: 18 Jun 2010 03:06 AM PDT

BERNAMA

SHAH ALAM– Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menyesuaikan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) ke dalam strategi pembangunannya.

Beliau berkata RMK10 sangat penting untuk pembangunan negeri dan akan berusaha untuk menyesuaikan pembangunan negeri dengan rancangan pembangunan lima tahun itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan awam mengenai RMK10 di sini hari ini, katanya pembangunan ekonomi di negara ini juga adalah dimajukan sektor swasta dan kliennya tidak mengenal sempadan di mana barang dan perkhidmatan boleh bergerak keluar masuk dari Selangor ke negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, menurutnya Selangor tidak merasakan dipinggirkan walaupun negeri ini tidak banyak disebut berbanding dengan 'Greater Kuala Lumpur' semasa RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 10 Jun lepas.

Ditanya sama ada RMK10 memenuhi sebenarnya, katanya:"Wawasan itu mungkin boleh dikongsi tetapi persoalannya ada ruang di mana pelaksanaan mestilah jangan dengan kaedah dan cara yang sama seperti Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)."

Abdul Khalid juga berkata kerajaan persekutuan hendaklah menggunakan tender terbuka untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk membina infrastruktur seperti jalan dan menswastakannya kepada mereka yang boleh menguruskannya dengan cekap dan menjana pendapatan daripada projek itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata beliau akan menemui penduduk Kampung Baru di Kuala Lumpur dalam masa sebulan ini untuk menyediakan mereka dengan cadangan alternatif untuk pembangunan semula penempatan orang Melayu di tengah-tengah bandar raya itu.

Pertemuan itu akan menerangkan agar mereka memastikan tanah tersebut masih lagi miliknya dan memperoleh hasil daripada pembangunan tanah itu mengikut nilai pasaran, kata beliau. –

Mengapa Hakim Pula Yang Menyatakan PRK Libatkan Dana Yang Besar?

Posted: 18 Jun 2010 03:02 AM PDT

KELAB GREENBOC

Kes Gigit Polis: Tian Chua "kekal" MP Batu

Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu.

Namun mahkamah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Ekoran keputusan tersebut, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 47, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Hakim Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.

"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.

"Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar."

Tian yang baru tiba dari Paris pagi ini hadir di mahkamah bersama kira-kira 20 penyokongnya termasuk ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau diwakili oleh peguam Ranjit Singh, Amer Hamzah Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Ulasan GB

Umum sudah mengetahui bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah bobrok. Kes siasatan video VK Lingam adalah bukti wujudnya hakim khianat yang tidak berpegang kepada kebenaran dan keadilan, sebaliknya membaca sahaja keputusan yang telah disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan.

Justeru itu tidak dapat dinafikan perspektif bahawa keputusan-keputusan hakim di negara ini menunggu "lampu hijau" pihak tertentu, setentunya dari UMNO BN, sebelum keputusan diumumkan terhadap sesetua kes.

Di dalam kes Tian Chua nampaknya UMNO BN pengecut dan penakut. Sekalipun pada awalnya mereka merasa yakin untuk merampas Parlimen Batu dari Pakatan Rakyat dengan mengheret Tian Chua untuk disabitkan kesalahan yang boleh menggugurkannya sebagai ahli parlimen Batu, namun setelah UMNO BN tewas di Sibu, mereka sudah tidak berupaya untuk menanggung risiko dimalukan.

Apa tah lagi, di dalam PRU yang lalu Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu dengan majoriti 9,455 mengalahkan calon BN, Lim Si Pin.

Di dalam negara dimana institusi kehakiman telah disundalkan seperti yang GB utarakan di atas, di dalam kes Tian Chua ini, hakim memberi alasan seperti seorang pengarah SPR lagaknya:

"Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar."

Mengapa hakim pula yang berkata demikian? Soal kebenaran dan keadilan bukan soal dana kecil atau besar!

Jika berani, Tuan Hakim, silalah buat keputusan berpihak kepada UMNO BN supaya pilihanraya kecil di adakan. Kita tengok siapa yang bakal terkangkang.

GB menghina mahkamah? Tidak! Hakim-hakim yang telah menghina insntitusi kehakiman negara!

PAS Sudah Siap Hadapi BN Di Kelantan

Posted: 18 Jun 2010 02:58 AM PDT

KELAB GREENBOC


Nik Aziz: Nyatakan Tarikh, Pas Sedia Hadapi BN Bila-Bila Masa

PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia. -- BERNAMA

Ulasan GB

Bukan cakap besar, tetapi itulah prinsip sebuah gerakan Islam. Sentiasa bersedia, sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa.

Ayuh, BN... ada berani?

Anwar Bidas Kerajaan Cuba Alih Isu Kepada Soal Pengganas

Posted: 18 Jun 2010 02:57 AM PDT

SABAH DAILY

Taktik kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mengalih perhatian umum dengan memainkan isu Jemaah Islamiah merupakan satu strategi agar rakyat leka terhadap isu besar lain seperti penglibatan Apco Worldwide dalam soal keselamatan negara ini, tindakan menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura dan juga beberapa rancangan pengambilan tanah serta soal lesen judi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kesal dengan tindakan tersebut dan menyifatkan kerajaan tidak serius dengan segala usul di bawa oleh Pakatan Rakyat berhubung soal keselamatan dan maruah negara.

"Kita lihat kerajaan sekarang sedang melakukan usaha mengalih perhatian umum kepada isu yang telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkenaan dengan isu JI.

"Umno-BN cuba mengalihkan isu yang telah kita dedahkan dulu berkaitan dengan penglibatan Apco, lesen judi mahupun penyerahan aset negara kepada negara luar dan juga soal pengambilan tanah daripada terus menjadi perhatian umum. Sehingga sekarang perkara tersebut tidak pernah diambil perhatian oleh kerajaan untuk diambil tindakan. Bagi menutup isu tersebut kerajaan menggunakan isu yang baru tentang pergerakan yang berada di negara ini selain bertindak menakut-nakutkan rakyat.

"Kita juga berpendirian sikap pelampau tidak boleh dibiarkan dan diambil tindakan tegas, tetapi isu yang besar itu janganlah dibiarkan perlu diselesaikan segera bukan dengan menggunakan cara mengalihkan pandangan rakyat. Kita tidak bolehterima dengan cara ugutan dan menakutkan rakyat sehingga memberitahu polis akan memantau pelajar-pelajar yang hadir mendengar ceramah.

"Ini satu tindakan yang tidak betul dan sukar untuk kita terima kenapa kerajaan perlu mengambil sikap sedemikian, selesaikan dulu isu yang telah kita bentangkan di dalam parlimen," tegas Anwar pada sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menambah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara sepatutnya diselesaikan oleh pihak polis bukannya membuat pendedahan kepada media seumpama mencari populariti.

"Isu JI sepatutnya pihak polis mengambil tindakan bukannya membuat pendedahan tanpa tindakan, saya melihat sikap Musa Hassan adalah umpama mencari populariti ataupun menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar kontraknya yang dijangka berakhir pada September tahun ini disambung.

"Kita mahu kerajaan tegas dalam soal yang telah di bentangkan di parlimen bukan mengalih perhatian, apa yang telah didedahkan melibatkan soal keselamatan negara terutamanya soal Apco yang secara jelas terdapat penglibatan perisik Israel, ini belum lagi kes penyerahan aset negara seperti tanah dan blok minyak kepada negara luar," katanya lagi.

Anwar juga berharap fokus perlu ditumpukan kepada soal keselamatan sementara soal JI perlu diselesaikan oleh pihak polis dan bukan menggunakan cara pendedahan awam tentang kumpulan tersebut agar rakyat berasa takut dengan situasi yang berlaku di dalam negara ini.

Sebelum itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Musa pada 14 Jun lalu menyatakan kumpulan JI sedang berusaha untuk menghidupkan kembali perjuangan mereka.

Selain itu beliau menambah kumpulan terbabit merekrut pelajar universiti dan remaja tempatan untuk berjihad di luar negara.

Dalam kenyataan yang sana, Musa juga berkata pemantauan akan dilakukan ke atas pelajar yang mengikuti sebarang ceramah atas faktor keselamatan negara. -SK

Nurul Izzah Cerita Pengalaman Isu Borang SPR

Posted: 18 Jun 2010 02:54 AM PDT

SABAH DAILY

Selepas rungutan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula menceritakan pengalaman beliau berdepan situasi kekurangan borang pendaftaran pemilih baru kepada TV Selangor.

"Saya minta (borang) untuk tiga program di peringkat Lembah Pantai. Saya minta borang untuk mendaftarkan pengundi baru. Saya mahu 1,000 borang kerana kita buat taklimat besar-besaran untuk membantu SPR mendaftarkan pengundi baru," katanya

Semalam, Tony Phua mendedahkan, SPR Selangor hanya memberi 1,000 borang kepada penolong pendaftar di Selangor bagi membantu memudahkan tugas SPR mendaftarkan pengundi baru di negeri itu.

Tony Phua juga mendakwa, ia ada kaitan rapat dengan usaha mengekang kemaraan pengundi baru di Selangor.

"Memang jelas ada satu langkah yang dibuat oleh SPR untuk mengehad jumlah borang kepada ahli parlimen dan parti pembangkang kerana apabila Umno membuat program, mereka mempunyai banyak borang untuk digunakan," katanya.

Kata Nurul Izzah, beliau difahamkan borang yang sudah siap diisi juga adakalanya tidak sampai ke tangan SPR.

"Kita mesti faham, daripada borang yang diberi di peringkat kerajaan Selangor, pendaftaran pengundi, borang yang diberi di peringkat wilayah dan parti pembangkang, tidak ada jaminan bahawa 100 peratus akan diterima SPR," katanya.

Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pula berkata, SPR gagal mengotakan kata-katanya dengan tidak menyediakan borang secukupnya walaupun kerap menghebahkan, ramai pengundi baru belum mendaftar sebagai pemilih.

"Seringkali SPR menyebut beberapa angka, ratusan ribu gagal mendaftar sebagai pemilih. Jadi, saya yakin Pakatan Rakyat berusaha dengan pelbagai cara melalui saluran parti masing-masing untuk mendaftar.

"Selaku pengarah pilihanraya, saya kesal dan rasa tidak puas hati. Sepatutnya, SPR boleh menyediakan seramai mungkin, sebanyak mungkin borang untuk keperluan parti di seluruh negara," katanya.

Di Selangor, kira-kira 2 juta pengundi baru belum mendaftar. Sehubungan itu, Kerajaan Selangor sejak tahun lalu menganjurkan kempen Jom Daftar Undi.-TVSelangor

SPRM BEBASKAN 'THE TOUCHABLE UNDERWEAR' HARI INI

Posted: 18 Jun 2010 02:50 AM PDT

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

RAJA Penggubahan Wang Haram Asia yang sebelum ini dikenali sebagai 'The Untouchable' dan diturunkan status Mafianya sebagai 'The Touchable Underwear' Michael Chia Tien Foh telah dibebaskan setelah sepuluh hari dalam tahanan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya.

Mr Underwear yang dibebaskan sekitar jam 10 pagi tadi masih berada di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang tadi dipercayai terpaksa membayar wang jaminan tunai sebanyak RM100,000 kepada SPRM sebelum dibebaskan.

Bagaimanapun gundiknya, Yap Wai Lin @ Kiki Yap masih diburu SPRM kerana belum menyerah diri sekitar jam 8 malam tadi dan dipercayai masih bersembunyi di Peranchis sekalipun SPRM meminta bantuan Interpol untuk mengesan 'The Incredible' Kiki Yap.

Mr Underwear telah diberkas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong pada 14 Ogos 2008 ketika cuba menyeludup keluar wang sejumlah $16 juta dollar Singapura dalam briefcasenya ketika mahu menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sejak daripada itu, Mr Underwear menjadi cukup popular sehingga peminatnya membuat blog khas, http://duntouchable.blogspot.com untuk merakamkan seluruh kejayaan 'Mr Underwear' selama ini.

Persoalannya, siapakah target SPRM seterusnya kerana antara mereka yang dikehendaki ialah Pengurus Besarnya, Frank Han Kang Kong; Akauntannya Lim Sie Eng; Pengawal Akaun Peribadinya, Thomas Yong selepas seorang akauntannya, Wong Siau Yee diberkas SPRM pada 8 Jun 2010 lalu?

Namun berita yang amat mengejutkan diterima daripada Koresponden Sabahkini.net di Keningau, bahawa sekitar jam 3 petang tadi Ketua Pengawal Peribadi Mr Underwear, Chan Mun Bang @ Sai Pao yang sebelum ini pernah dipenjara selama empat bulan di Peranchis kerana kes penipuan Kad Kredit; kini berada di Tambunan untuk bersembunyi di sebuah rumah yang agak terpencil kerana beliau turut diburu SPRM kerana terlibat dengan rangkaian penggubahan wang haram, kongsi gelap dan along.


Kos Jambatan Kedua: Jawapan parlimen PM tidak benar, Liew Chin Tong

Posted: 18 Jun 2010 02:43 AM PDT

MERDEKA REVIEW



Adalah dikesali bahawa jawapan Parlimen Perdana Menteri Najib Razak kepada saya berkenaan kos pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak benar. Saya telah meminta Perdana Menteri menyatakan sebab jumlah kos pembinaan telah dinaikkan kepada RM 4.5 bilion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina "casting yard".

Perdana Menteri (gambar kanan) menjawab bahawa "kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta. Kos tersebut juga termasuk kos membina "casting yard" oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad."

Maklumat ini tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan Kerajaan adalah RM4.3 billion dan kos pembinaan "casting yard" tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan.

Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan kadar tol yang tinggi. Contohnya, menurut Perdana Menteri, kadar tol untuk kereta peribadi yang menggunakan Jambatan Pertama dan Kedua akan diselaraskan kepada RM9.40 dalam masa tiga tahun lagi berbanding kadar sekarang iaitu RM7, selepas pembinaan Jambatan Kedua.

Dalam Ucapan Penangguhan Dewan Rakyat pada 17 Jun 2009, saya (gambar kiri) merujuk kepada satu laporan bertajuk "Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review" oleh firma perunding Zaidun-Leeng S/B yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau "fair price" untuk Jambatan Kedua adalah RM 4.3 bilion. Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan.

Laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang terlalu tinggi. Kos UEM yang tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat. Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian atau "ceremonial functions". Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukan RM 20 juta?

UEM juga meminta "HQ overhead and support" sebanyak RM63.51 juta yang agak terlampau. Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi.

Tiba masanya Kerajaan Pusat mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah yang akan membebankan rakyat Pulau Pinang. Saya menyeru Perdana Menteri supaya memberi jawapan yang ikhlas dan benar, dan bukan cuba menyembunyikan fakta serta kebenaran.

Lampiran

Ucapan Penangguhan Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pada 17 Jun 2009

Jambatan Kedua Pulau PinangSaya meminta Perdana Menteri untuk menjawab bahawa adakah Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi "kebajikan korporat" untuk syarikat UEM.

Saya diberitahu bahawa EPU telah mengarahkan penulisan satu laporan bertajuk "Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review" oleh Firma Perunding Zaidun-Leeng S/B pada bulan Julai 2008.

Sebenarnya, pada bulan November tahun lepas, telah dilaporkan dalam media massa bahawa Zaini Omar, CEO syarikat Jambatan Kedua Sdr Bhd, telah jangka perundingan dengan UEM berkanaan kos pembinaan "akan disiapkan dalam seminggu." Zaini pun telah diganti oleh Dr.Ismail Mohd Taib sebagai CEO JKSB tersebut pada 1 Mei. Tempoh tersebut telah berlalu namun perundingan di antara kerajaan dengan UEM itu belum lagi selesai. Saya meminta Perdana Menteri mengambil berat terhadap isu ini dan menyelesaikan perundingan tersebut sebelum Zaini bersara awal bulan depan.

Kita harus memahami satu lagi konsep asas ekonomi iaitu, "there is no such thing as free lunch". Memang sentiasa ada orang yang kena membiayai permintaan UEM. Setiap tambahan kos disebabkan permintaan UEM akan ditanggung oleh rakyat Malaysia di Pulau Pinang yang terpaksa membayar tol bergenerasi masa depan. Saya bersyukur kerana Kerajaan Pusat telah menerima seranan Kerajaan Pulau Pinang dengan baik untuk membuka tender untuk pengurusan tol. Adalah dijangka bahawa pengguna jambatan akan berupaya untuk menjimat RM 18 billion dalam 45 tahun.

Saya berasa agak risau UEM masih akan memperolehi kontrak yang bernilai lampau. Laporan EPU yang disebut atas yang disediakan pada bulan Julai 2008 semasa kos bahan-bahan pembinaan antarabangsa tercecat rekod telah mencadang bahawa RM4.3 billion adalah harga berpatutan ataupun "fair price". Sebenarnya, harga tersebut boleh direndahkan lagi disebabkan kos pembinaan telah jatuh.

Walau bagaimanapun, jika kita menerima harga RM4.3 billion sebagai "fair price" yang dicadangkan oleh Firma Perunding Zaidun-Leeng Bhd, maka UEM haruslah menerima harga RM2.1 billion sebagai jumlah kos keseluruhan dan tidak harus dibenarkan untuk mencadang harga yang melampau.

Kos UEM yang terlalu tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat. Contohnya, UEM mencadang membiayai RM20 juta untuk majlis keraian atau "ceremonial functions". Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukanRM 20 juta?

UEM juga meminta "HQ overhead and support" sebanyak RM63.51 juta yang agak terlampau. Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi.

Bagi pihak rakyat Malaysia di Pulau Pinang bukan saja generasi ini tetapi juga generasi akan datang, saya meminta Perdana Menteri untuk menghentikan "kebajikan korporat" kepada GLC yang tidak bertanggungjawab seperti UEM.

*Kenyataan media oleh Liew Chin Tong, selaku ahli parlimen DAP bagi Kawasan Bukit Bendera.

Mahkamah tolak usaha Anwar akses laporan perubatan Saiful

Posted: 18 Jun 2010 02:39 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang Datuk Seri AnwarIbrahim hari ini gagal mendapatkan laporan perubatan dan sampel spesimen yangdisediakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu dan memutuskan bahawa tidak ada peruntukan dan asas undang-undang bagi membekalkan dokumen-dokumen itu kepada pihak pembelaan.

Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Pihak pembelaan memerlukan pelbagai dokumen dan bahan untuk diteliti pakar forensik Australia Prof Madya David Lawrence Noel Wells, yang telah diambil sebagai pemerhati oleh pasukan Anwar, sebelum pemeriksaan balas ke atas saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim.

Dalam permohonannya, Anwar meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas Mohd Saiful mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Dr Mohd Razali telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.

Anwar turut memohon sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas Mohd Saiful yang dijalankan di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual yang digunakan oleh hospital dan kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan.

Mahkamah menetapkan 14 Julai untuk menyambung perbicaraan.

Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Terdahulu, Karpal berhujah bahawa mahkamah tidak sepatutnya terlepas pandang mengenai keperluan bagi memastikan anak guamnya diberikan satu perbicaraan yang adil berdasarkan perintah Mahkamah Persekutuan pada 29 Jan.

Mahkamah Persekutuan, ketika menolak permohonan Anwar bagi pendakwaan untuk membekalkan pelbagai dokumen termasuk laporan perubatan dan sampel specimen, memutuskan bahawa pembelaan boleh memohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen itu semasa perbicaraan.

Beliau berkata pembelaan memerlukan dokumen-dokumen itu kerana tugas pakarnya ialah untuk menasihatkan pasukan pembelaan yang telah terjejas tanpa dokumen-dokumen itu.

Karpal berkata pakar itu menjelaskan bahawa adalah penting dan mempunyai kaitan untuk melihat semua dokumen itu untuk sebarang nasihat yang bermakna bagi pasukan pembelaan.

Mohamed Yusof menjawab bahawa dalam sesebuah perbicaraan, keterangan terbaik ialah keterangan lisan dan jika pembelaan perlu memeriksa dokumen-dokumen itu, mereka perlu bertanya doktor semasa pemeriksaan balas.

Beliau juga berkata pemohon (Anwar) telah gagal menunjukkan peruntukan undang-undang bagi menyokong permohonannya.

Tian Chua: Saya masih MP Batu sah

Posted: 18 Jun 2010 02:38 AM PDT



KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat kelihatan membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil tetapi wakil rakyat Tian Chua dari PKR bertegas beliau masih merupakan Ahli Parlimen Batu yang sah.

"Saya Ahli Parlimen Batu. Tiada kekeliruan (dalam hal ini)," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi menerusi telefon hari ini.

Dalam suara kelihatan tenang, beliau berkata jika pendakwa raya masih mahu meneruskan usaha mengenakan tuduhan, mereka boleh merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

"Melainkan ia sudah jelas. Hakim berkata beliau mengkaji semula keputusan awal, jadi tidak akan ada pilihan raya kecil kerana ia menjejaskan kepentingan awam.

"Jadi mereka yang tidak gembira boleh merayu keputusan di mahkamah yang lebih tinggi," kata beliau.

Wakil rakyat itu berkata beliau masih menunggu keputusan bertulis Hakim Datuk Ghazali Cha.

"Apa jua jumlah (denda yang dikenakan), beliau akan menulis (memberikan jawapan bertulis), ia akan menggambarkan hasrat beliau bahawa tidak harus ada pilihan raya kecil di Batu.

"Ini bermakna saya masih MP," kata Pengarah Strategi PKR ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata berkata oleh kerana hakim sudah menentukan RM2,000 Tian Chua boleh dianggap sebagai sudah tidak layak memegang kerusinya lagi.

Kami sudah bersedia pertahan kerusi Batu, kata Pakatan

Posted: 18 Jun 2010 02:35 AM PDT


KUALA LUMPUR — Komponen Pakatan Rakyat (PR) sudah memulakan langkah persiapan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu — pilihan raya kecil pertama di Wilayah Persekutuan selepas Mac 2008.

Kerusi itu kemungkinan besar akan diisytiharkan kosong ekoran hukuman denda RM2,000 dikenakan ke atas Ahli Parlimen Tian Chua oleh Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuannya semalam.

Hukuman denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk menganggap kerusi itu kosong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi hukuman semalam.

Tian Chua wakil rakyat penggal pertama memenangi kerusi itu pada 8 Mac 2008.

Meskipun Hakim Datuk Ghazali Cha mengurangkan denda bagi mengelakkan pilihan raya kecil, tetapi peguam veteran Karpal Singh berkata, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas kerusi Batu telah kosong.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, partinya akan menyokong pilihan PKR untuk menurunkan calon mereka di kawasan yang mempunyai 80,000 pengundi.

Batu merupakan salah satu daripada 10 kerusi dimenangi calon PR pada pilihan raya umum lalu.

Wilayah Persekutuan memperuntukkan 11 kerusi.

"Kami sedang bersiap sedia untuk kemungkinan pilihan raya kecil di Batu dan akan menyokong pilihan PKR jika ia diputuskan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai kemungkinan calon yang berwibawa untuk diturunkan, Lim berkata, PKR mempunyai beberapa calon tetapi Datuk Zaid Ibrahim yang tewas di Hulu Selangor April lalu merupakan wakil PR untuk kerusi kawasan bandar ini.

"Itu terserah kepada PKR tetapi Zaid adalah calon yang sesuai," katanya.

Lim juga berkata, DAP Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuaratnya tidak lama lagi untuk membincangkan strategi PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata partinya belum membuat sebarang keputusan konkrit berhubung kemungkinan tersebut.

Bagaimanapun katanya, sama ada SPR akan memanggil pilihan raya kecil atau tidak kemungkinan besar bergantung pada kehendak Barisan Nasional (BN).

"Lebih-lebih lagi mereka bertanggungjawab kepada Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Fuziah memberitahu, jika benar hakim mahkamah mahu menjaga kepentingan rakyat dengan mengelakkan pilihan raya kecil, maka beliau harus meneliti semula penghakimannya mengenakan denda RM2,000.

Oleh itu kata Fuziah, nasib Tian Chua hari ini berdasarkan "penghakiman satu sen."

"Ia persoalan penghakiman satu sen. Jika denda yang dikenakan RM1,999.99 (kurang satu sen), beliau sudah terlepas daripada implikasi (hilang kerusi)," katanya.

"Hakim seharusnya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengkaji semula denda dikenakan.

"Dan, kini ia antara satu sen dan beribu atau berjuta ringgit yang akan dibelanjakan dalam pilihan raya kecil," katanya.

Pun begitu, Ahli Parlimen Kuantan ini berkata, jika pilihan raya kecil diadakan PKR yakin akan mempertahankan kerusi tersebut atas faktor sumbangan Tian Chua selama ini.

"Saya tidak mahu kata apa yang akan berlaku kemudian hari, tetapi saya tahu bahawa dalam dua tahun sejak menjadi Ahli Parlimen, Tian Chua telah bekerja kuat, sangat kuat.

"Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, jenteranya sudah bersiap sedia dan akan bersedia (untuk turun gelanggang," katanya.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi juga berkata, pihaknya mula bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu.

"Dalam pilihan raya dipanggil, walaupun ia sesuatu yang malang, kami akan menggerakkan sokongan untuk menyokong calon Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Bagaimanapun beliau menekankan seorang calon yang kredibel harus dipilih untuk mengisi tempat Tian Chua.

Tian Chua memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon BN dari Gerakan, Lim Si Pin dengan majoriti 9,445 undi pada 8 Mac lalu. — Reuters

Isu calon: MIC mahu syor tiga nama setiap kerusi

Posted: 17 Jun 2010 09:58 PM PDT


KUALA LUMPUR — MIC akan mengemukakan syor tiga nama sebagai setiap kerusi bakal ditandingi dalam pilihan raya umum ke-13 — dipercayai bagi mengelakkan isu pemilihan calon yang dialami di Hulu Selangor April lalu.

Dengan itu tradisi Presiden MIC menentukan calon tunggal bagi setiap kerusi akan berubah selepas ini.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu memaklumkan perkara ini pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti di sini hari ini.

"Presiden memaklumkan bahawa tiga nama akan disyorkan (kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional) mulai sekarang," kata seorang anggota CWC kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu menambah Samy Vellu tidak memberikan sebarang alasan tetapi perkembangan ini dikaitkan dengan "konflik" dihadapi antara pucuk kepimpinan BN dan presiden itu dalam menentukan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Selama ini pucuk kepimpinan BN akan menerima apa sahaja nama disyorkan oleh Samy Vellu — presiden MIC paling lama — bagi mewakili BN.

Di Hulu Selangor, MIC menamakan semula timbalan presidennya Datuk G. Palanivel untuk bertanding semula tetapi ia ditolak oleh Umno dan pucuk kepimpinan BN sendiri.

Ia menyebabkan hubungan dingin antara Umno dan MIC.

MIC mempunyai sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi.

BN mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi dengan dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Razak, malam kelmarin.

Dalam pada itu ketika ditemui wartawan Samy Vellu berkata MIC akan menubuhkan jawatankuasa bertindak di kesemua 147 bahagian parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan menjalankan dua fungsi utama iaitu mendaftar pengundi baru dan melakukan lawatan dari rumah ke rumah.

Menurut Samy Vellu MIC meletakkan sasaran untuk mendaftar 150,000 pengundi baru dalam tempoh tiga bulan ini.

MIC kini mempunyai 550,000 ahli tetapi hampir 100,000 ahli belum mendaftar sebagai pengundi.

Menurut Samy Vellu, jawatankuasa bertindak itu juga akan melaksanakan tugas-tugas kemasyarakatan di kawasan mereka tanpa mengira kaum bagi memperkuatkan lagi konsep BN sebagai sebuah parti untuk semua kaum.

Selain itu menurut Samy Vellu, setiap bahagian MIC akan mengadakan mesyuarat sebulan sekali atau lebih daripada sekali dalam sebulan, bagi melaksanakan kedua-dua fungsi tersebut.

Beliau juga berkata semua ketua bahagian akan diarah melawat setiap cawangan di bawah mereka, dan menilai prestasi ketua cawangan serta mengenal pasti cawangan-cawangan yang perlu dirombak semula.

Katanya, cawangan yang kurang atau tidak aktif akan digabungkan dengan cawangan-cawangan lain.

Samy Vellu berkata lebih ramai golongan muda akan diserapkan ke dalam cawangan dengan diberikan tugas penting.

Di setiap bahagian MIC juga akan diwujudkan zon berdasarkan kepada bilangan cawangan di mana setiap zon akan dianggotai oleh lima cawangan dan akan diketuai oleh seorang ketua cawangan, kata bekas anggota Kabinet persekutuan ini.

"Melalui cara itu pelbagai program untuk masyarakat dapat dilaksanakan secara berkumpulan dan kami yakin melalui strategi ini, MIC dapat memperkuatkan jenteranya supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya," katanya.

Status Tian Chua: SPR sedang kaji keputusan mahkamah

Posted: 17 Jun 2010 09:54 PM PDT

TERKINI



Tian Chua dikenakan denda RM2,000 semalam. — gambar fail

KUALA LUMPUR— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sekarang.

The Malaysian Insider difahamkan penelitian itu termasuklah kemungkinan perlu diisytiharkan wujudnya kekosongan dan sekali gus mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

"Penasihat undang-undang kami sedang mengkaji tafsiran keputusan... had denda RM2,000 sama ada termasuk atau tidak termasuk (dalam menentukan status kerusi Tian Chua)," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

The Malaysian Insider difahamkan denda RM2,000 sudah cukup untuk Tian Chua hilang kerusi yang dimenangninya pada 8 Mac 2008.

Ada pandangan yang merumuskan wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat itu sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, SPR tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil.

Bagaimanapun Wan Ahmad enggan mengulas apabila ditanya sama ada pihaknya juga akan mengkaji kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

"Biar kami kaji dulu tafsiran keputusan semalam. Kami akan mengkaji pengertian itu dan akan membuat keputusan sewajarnya... bermakna bila (undang-undang mengatakan) tidak kurang daripada RM2,000 bermaksud boleh dibaca sudah mengatasi had RM2,000," kata Wan Ahmad lagi.

Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini memetik seorang bekas pegawai kanan SPR menyebut, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas, boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya.

"Perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

"Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman RM2,000, bukannya kurang daripada itu... oleh itu jelas bahawa dalam kes ini, Ahli Parlimen (Batu) sudah hilang kelayakan memegang kerusinya," kata beliau.

Tian Chua sudah pun membayar denda RM2,000 semalam.

Dalam buku bertajuk "Penjalanan Pilihan Raya Malaysia", bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, "kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri."

Ia jelas dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975 dan juga kes Lim Kit Siang (kini Penasihat DAP) apabila Tun Abdul Razak (perdana menteri ketika itu) pada 1969 mengemukakan usul bahawa wakil rakyat tersebut tidak layak kekal sebagai Ahli Parlimen.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007.

Bagimanapun Hakim Datuk Ghazali Cha menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Ghazali berkata, soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati.

"Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

"Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa.

"Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil.

"Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara," katanya.

Tian Chua didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada merayu keputusan itu.

Dalam pada itu, peguam Sankara Nair berkata, denda RM2,000 boleh menyebabkan wakil rakyat Batu kehilangan kerusinya.

Pihaknya sedang mengaturkan pertemuan dengan hakim kes bagi membincangkan isu berbenaan, tetapi masalahnya denda sudah pun dijelaskan.

Bagaimanapun dengan merujuk kepada kes Fan, katanya, Speaker Dewan Rakyat harus campur tangan dalam menentukan sama ada kerusi Tian Chua dianggap sudah pun kosong.

Justeru katanya, kini isu ini terletak di tangan Speaker untuk diputuskan.

"Hakim mungkin silap, peguam-peguam ketika itu seharusnya memikirkan (implikasi itu) pada masa itu juga," kata Sankara.

GPMS Serah Memorandum, Mohon Anwar Desak Kerajaan

Posted: 17 Jun 2010 09:51 PM PDT

TV SELANGOR


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai membantah hasrat kerajaan untuk menarik balik biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)kepada pelajar ijazah di luar negara mulai tahun depan.

Presidennya, Jais Abdul Halim dalam memorandumnya turut meminta Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya meningkatkan biasiswa JPA di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Jais, memorandum itu akan diserah kepada semua ahli parlimen berbangsa Melayu.

Dalam tuntutannya, GPMS meminta Anwar mendesak kerajaan supaya meneruskan pembiayaan biasiswa dan menambah kuota biasiswa kepada pelajar Melayu.

"GPMS mendesak agar pemberian biasiswa JPA untuk pengajian peringkat ijazah di luar negara mestilah diteruskan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat manfaat dari segi kualiti pendidikan di seluruh negara," katanya.

GPMS juga mendesak supaya sistem kuota itu meletakkan sekurang-kurangnya 66 peratus keistimewaan kepada pelajar Melayu atau Bumiputera.

"GPMS menuntut supaya kerajaan mengkali semula cadangan tersebut kerana cadangan untuk menghentikan ini tidak relevan dan tidak bersesuaian dengan polisi dasar dan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju," katanya.

Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara melalui tajaan biasiswa JPA atas alasan ia memberi kesan buruk kepada negara.

Menteri Di Jabatan Perdana, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini berkata kerajaan akan menghentikan tajaan biasiswa JPA kepada 1,500 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara mulai tahun depan.

Nazri dilapor berkata negara harus mengehad penghantaran pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana ia hanya menguntungkan universiti luar negara.

"Sebenarnya kalau kita menghantar, kalau GPMS menyebut di luar negara lebih baik, sebenarnya kalau kita hantar di luar negara, kita bantu memperkukuhkan universiti luar negara daripada dalam negara.

Bagaimanapun, pandangan Nazri itu dibantah Pemuda Umno.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan supaya memberi keutamaan kepada biasiswa JPA daripada berbelanja untuk projek-projek seperti bangunan Parlimen baru di Putrajaya.

"Saya sedia duduk dalam Parlimen sedia ada jika ada kebocoran siling sekali-sekala daripada melihat wang besar dibelanjakan untuk keselesaaan Ahli Parlimen sedangkan ia boleh digunakan untukmasa hadapan lebih cerah untuk negara dan anak-anak kita," kata Khairy.

Namun, Nazri tetap berpendapat kerajaan membuat keputusan tepat untuk membeku pemberian biasiswa untuk pelajar mendapatkan ijazah di luar negara.

"Dalam keadaan yang tidak mengizinkan kita terpaksa mengetatkan tali pinggang kita kerana sudah tentu dalam keadaan yang kita tidak mampu untuk membuat sesuatu yang memerlukan belanja besar," katanya.

Liwat II : Mahkamah Dengar Permohonan Untuk Bukti

Posted: 17 Jun 2010 09:49 PM PDT

TV SELANGOR

Kes kontroversial liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Mahkamah Tinggi memndengar permohonan ketua pembangkang itu bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang terlibat.

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu yang menuntut agar pihak pembelaan dibenar melihat semua nota klinikal, laporan, bahan, spesismen dan perkara lain yang berkaitan yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan.

Mereka juga mendesak supaya sejarah perubatan yang lengkap pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika pemeriksaan di HKL dibekalkan kepada pihak pembelaan.

Selain itu, peguam-peguam Anwar juga mahu pihak pendakwaan menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pihak pembelaan juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembelaan, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembelaan akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.

Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwaan membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum permulaan perbicaraan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak perlu untuk berbuat demikian kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan supaya bukti-bukti iyu diserahkan semasa perbicaraan.-Malaysiakini

Ancaman pengganas propaganda Umno-BN

Posted: 17 Jun 2010 09:46 PM PDT


anwar-ibrahim2 Oleh Jamilah Kamarudin


KUALA LUMPUR: Isu ancaman kumpulan pengganas yang menjadikan Malaysia sebagai tapak kegiatan operasi mereka serta melibatkan mahasiswa tempatan hanyalah sebagai satu propaganda kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mengalih pandangan terhadap isu besar lain dalam negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu itu merupakan satu lagi taktik baru Umno-BN untuk melarikan diri daripada menyelesaikan isu besar lain yang membabitkan rakyat.

"Wujud pelbagai tekanan daripada rakyat yang membabitkan isu lesen judi bola sepak, APCO, subsidi, penyerahan tanah warisan hak kaum Melayu kepada pihak swasta dalam masa yang singkat dan sehingga kini mereka gagal selesaikan.

"Rakyat jangan terpedaya dengan helah Umno-BN untuk alih isu besar dan menakut-nakutkan rakyat.

"Soal keselamatan negara ini merupakan satu isu besar. Mereka perlu gunakan saluran yang betul dan bentangkan maklumat itu di Parlimen, bukan hanya melalui kenyataan dalam media sahaja, ini tidak betul," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh berkata, apa yang dilihat hanyalah satu lagi kegagalan urus tadbir negara, dan kini tumpuan dialih agar sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan tidak hilang.

"Ini tidak dibahas tapi cuma ditakut-takutkan. Kita berpendirian ancaman pengganas tidak boleh dipertahankan dan mesti diambil tindakan tegas tapi perlu mengikut undang-undang yang betul. Jadi dimana buktinya kegiatannya kalau masalah ini semakin serius, kalau betul kita sokong," katanya.

Musa mahu kekal kedudukannya?

mahfuz Sementara itu, Ahli Parlimen PAS-Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar juga tidak menolak kemungkinan isu itu yang diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan satu percubaannya untuk mengekalkan jawatannya sedia ada.

"Adakah ini satu percubaan untuk Musa kekalkan kedudukannya untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa dia masih diperlukan untuk melindungi kepentingan politik Umno-BN?," katanya.

musa_hassan Terdahulu, Musa sebelum ini dilaporkan berkata kumpulan Jemaah Islamiah (JI) warga asing dikesan cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut golongan remaja di negara ini termasuk pelajar IPT.

Perkara itu terbongkar ekoran penahanan 10 anggota JI sejak awal tahun ini dan mereka telahpun diusir.

Musa juga dilaporkan berkata bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kehadiran beberapa pemimpin kanan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang cuba menjadikan negara ini sebagai tempat perlindungan dan pangkalan logistik mereka.

Umno tuntut semula kerusi Merotai

Posted: 17 Jun 2010 09:43 PM PDT


ghapur salleh pic Oleh Muda Mohd Noor


TAWAU: Ketua Umno bahagian Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh berkata, Umno mahu bertanding kerusi dewan undangan negeri (DUN) Merotai dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, ia selaras dengan keputusan 191 cawangan Umno bahagian Kalabakan yang mengadakan mesyuarat berkelompok yang berakhir 11 Jun lalu.

"Kerusi itu dipinjamkan kepada LDP selama dua penggal. Ahli Umno mendakwa mereka telah dianak-tirikan.

"Saya menerima banyak aduan daripada mereka mengenai perkara tersebut dan mereka mahu kerusi itu dikembalikan kepada Umno," katanya.

Menurut Ghapur, mereka mahu wakil rakyat yang boleh membantu mereka dan saya khuatir pada pilihanraya umum akan datang kerusi itu akan jatuh ke tangan pembangkang.

"Kita sedia maklum Parlimen Kalabakan amat kukuh kepada BN…jangan kerana denyutan nadi rakyat tidak didengari pihak atasan kita akan berputih mata pada pilihnaraya umum ke 13 akan datang," tegas Ghapur.

Seorang pemimpin Umno bahagian yang dihubungi berkata, Umno sebenarnya sudah lama mahu bertanding di Merotai kerana ia merupakan kawasan selamat.

Katanya, semasa menyerahkan kerusi itu kepada LDP, ada sebilangan pemimpin bahagian yang tidak setuju.

"Kawasan ini merupakan kerusi tradisi Umno dan tindakan melepaskan kerusi itu seperti `rela dalam paksa,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Greater Kuala Lumpur" menghina Selangor dan Sultan

Posted: 17 Jun 2010 09:40 PM PDT


khalid-mb Oleh staf FMT


SHAH ALAM: Perdana Menteri Najib Tun Razak yang membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) menamakan terminologi baru "Greater Kuala Lumpur" bertujuan untuk menafikan sumbangan negeri Selangor terhadap pembangunan ekonomi negara.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoal keangguhan kerajaan persekutuan menamakan Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang Jaya dan Shah Alam sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan atau "Greater Kuala Lumpur".

"Keadaan ini sangat aneh dan pelik. Istilah "Lembah Klang" yang selama ini digunakan ditukar kepada "Greater Kuala Lumpur.

"Dalam nota kaki RMK10, "Greater Kuala Lumpur meliputi Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang Jaya dan Shah Alam," ujar beliau.

Beliau berkata, kesemua kawasan ini termasuk dalam wilayah Selangor. Ini merupakan satu penghinaan kepada negeri dan kedaulatannya.

"Apakah niat kerajaan persekutuan apabila ia memilih untuk mengenepikan istilah Selangor?" soal Khalid.

Menurut beliau, Selangor menyumbang sebanyak 20 peratus ke arah pendapatan negara dan mempunyai hak untuk diiktiraf sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.

KDNK penduduk Lembah Klang lebih tinggi

Beliau menambah, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima juta penduduk Lembah Klang adalah lebih tinggi dari Malaysia secara keseluruhannya.

"Ini tidak termasuk jumlah doktor dan peguam untuk setiap 100 meter persegi di Petaling Jaya lebih dari tempat lain di Malaysia ini.

"Kamu tidak boleh sekali-kali mengenepikan Selangor. Saya ingin mengingatkan Najib dan anggota kabinetnya supaya tidak menganggap rakyat Selangor sebagai musuh, hanya kerana mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Merumuskan detail RMK10 di pejabat SUK di sini semalam, Khalid berkata Malaysia tidak akan dapat menangani krisis ekonomi tanpa sumbangan dari kerajaan negeri.

"Adalah satu langkah yang tidak bijak apabila Najib mengenepikan Selangor hanya kerana rakyat membuat pilihan mereka sendiri," katanya, menambah kabinet membuat keputusan yang merugikan apabila menolak sumbangan rakyat Selangor ke arah pembangunan ekonomi negara.

Mengenai projek dan program, Khalid berkata kerajaan Selangor telah memohon kebenaran untuk 400 projek tetapi sehingga ini tiada jawapan diterima.

Beliau berkata, RMK10 menyisihkan projek pembersihan Sungai Klang, pilihan raya pihak berkuasa tempatan dan menarik balik konsesi aset air.

Beliau juga membidas strategi pengswastaan di bawah RMK10, di mana beliau mendakwa mengikis bidang kuasa pihak berkuasa tempatan dan memberi pentadbiran pelupusan sampah dan monopoli air di Selangor kepada Putrajaya.

"RMK10 menyentuh mengenai pembangunan koridor timor dan utara. Ia juga menyentuh mengenai Iskandar Malaysia dan Sabah tetapi tidak mempunyai rancangan untuk Selangor.

"Secara terang-terang ia menolak kepentingan negeri Selangor. Tetapi kerajaan pusat tidak boleh menyisihkan Selangor kerana nilai ekonomi kita adalah terlampau tinggi," tambah beliau.

Imigresen pantau rekod kemasukan pelajar asing

Posted: 17 Jun 2010 09:39 PM PDT

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen akan meningkatkan pemantauan rekod-rekod kemasukan pelajar warga asing di negara ini bagi memastikan golongan itu tidak terlibat dalam sebarang kumpulan militan termasuk Jemaah Islamiah (JI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk menyenarai hitamkan mana-mana pelajar asing yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

"Kita akan berkerjasama dengan polis dalam melakukan pemantauan terutamanya terhadap pelajar warga asing.

"Bukan sahaja warga asing yang ingin memasuki negara ini untuk belajar tetapi pelajar asing di sini juga.

"Jika terbukti pelajar warga asing menyertai JI, mereka akan dihantar pulang dan disenarai hitamkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selasa lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan dan mengusir 10 individu warga asing yang merupakan anggota JI sejak awal tahun ini.

Beliau berkata, warga asing itu ditahan kerana dipercayai masih meneruskan perjuangan mereka untuk mendapat sokongan daripada rakyat tempatan di sini.

Menurut Abdul Rahman, pihaknya menyedari terdapat sebilangan pelajar warga asing menyalah gunakan pas pelajar mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti jenayah.

"Walaupun sukar untuk mengesan tujuan mereka memasuki Malaysia, tetapi kita akan sentiasa melakukan siasatan dan pemantauan yang lebih ketat bersama pihak polis," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta pihak institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa membendung kegiatan berkenaan.

Lagi judi bola tumpas

Posted: 17 Jun 2010 05:15 PM PDT

IPOH – Hanya selang beberapa jam polis menahan dua arkitek, dipercayai bookie Piala Dunia 2010 melibatkan pertaruhan RM5 juta di ibu negara malam tadi, satu lagi sindiket sama ditumpaskan di sini.

Dalam serbuan bermula 11 malam sehingga awal pagi ini, empat lelaki ditahan kerana terlibat dalam pertaruhan kejohanan itu yang membabitkan nilai lebih RM2 juta.

Kejayaan itu menyusul hanya dua hari selepas polis menahan empat bookie di Butterworth, Pulau Pinang dan dua orang tengah di Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, serbuan di sini, dilakukan di Taman Rasi Jaya di Menglembu, Taman Ehsan di Jalan Tawas Baru, Medan Cator dan Meru Valley Golf Resort.

Katanya, dalam serbuan hasil maklumat awam dan intipan itu, polis berjaya menahan semua suspek yang berusia antara 25 dan 31 tahun serta merampas pelbagai barangan untuk perjudian.

"Barangan itu terdiri daripada lapan buah komputer termasuk dua komputer riba, mesin pencetak (dua), mesin faks (dua), mesin kira-kira, telefon bimbit dan helaian kertas tercatat nombor pertaruhan bernilai RM30,000.

"Polis percaya sindiket tersebut bergiat aktif beberapa bulan lalu semasa liga-liga bola sepak lain turut berlangsung. Sindiket itu dikesan lebih aktif ketika demam bola sepak sekarang ini.

"Kita juga ada bukti menunjukkan mereka turut terlibat dengan kegiatan judi ekor haram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, dua beradik yang bekerja sebagai arkitek dicekup polis berhubung satu sindiket perjudian perlawanan bola sepak Piala Dunia melibatkan wang pertaruhan kira-kira RM5 juta.

Menurut Azisman, keempat-empat suspek tersebut kini ditahan reman sehingga 20 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Sementara itu ujarnya, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau aktiviti judi bola sepak haram sepanjang berlangsungnya Piala Dunia.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras kegiatan terbabit.

Tiada ulasan: