Jumaat, 18 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Keputusan Piala Dunia: England 0 - 0 Algeria

Posted: 18 Jun 2010 01:48 PM PDT



Cape Town: England dan Algeria sekadar berkongsi mata apabila seri 0-0 dalam perlawanan kumpulan C di Stadium Green Point,Cape Town sebentar tadi.

Keputusan perlawanan lain yang berlangsung sebelum itu:

GERMANY 0 - 1 SERBIA
SLOVENIA 2 - 2 USA


Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi

Posted: 18 Jun 2010 08:00 AM PDT


COMEL... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
melihat anak kucing jenis kacukan Persian yang berumur tiga bulan
yang dibelinya dengan harga RM650 semasa melawat gerai
produk makanan kucing tempatan Vita Cat ketika melawat
Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
Foto THE STAR


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam.

"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

SAPA-SAPA YANG ADA CADANGAN SILA TAIP KAT RUANGAN KOMEN. NAMA-NAMA YANG DICADANGKAN MESTILAH SELARAS DENGAN KONSEP 1MALAYSIA.GUA CADANG NAMA ALTANTUYA...
KAH!KAH!KAH! APA ADA HAL KAN....


Bukti RTM kencing kaki bola

Posted: 18 Jun 2010 05:00 AM PDT



Susulan posting Kaki bola bengang dengan RTM.

MEMANG TERBUKTI KAKI BOLA (YG TAKDAK ASTRO) DI MALAYSIA TELAH DIKENCING OLEH RTM APABILA DISEMAK PADA KENYATAAN Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Datuk Norhayati Ismail. DIA KATA "RTM menjanjikan untuk menyiarkan hanya pasukan ternama dan hebat sahaja."

PIIIIIRAH!!! BRAZIL LAWAN KOREA UTARA PUN SIARAN ULANGAN,JERMAN LAWAN AUSTRALIA PUN SIARAN ULANGAN.ARGENTINA LAWAN KOREA SELATAN PUN TAKDAK LIVE.TAK TERNAMA KA BRAZIL,JERMAN DAN ARGENTINA? KAH!KAH!KAH! KALAU DAH KEPALA DIA ORANG UMNO,DULU KINI DAN SELAMANYALAH.....CEMERLANG,GEMILANG DAN TEMBERANG!!!!!!

INI SEMUA NAK JAGA PERIUK NASI ASTRO.
DEY MACHA!!!! KASI TUKAR LA SLOGAN 1MALAYSIA,KRONI DIDAHULUI,RAKYAT DIDUNGUKAN.


Sedutan temberang RTM dari laman web www.rtm.gov.my/pialaduniafifa2010

Penyiaran itu akan bermula 11 Jun ini iaitu perlawanan antara Afrika Selatan dan Mexico. Apa yang menarik, dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung, RTM menjanjikan untuk menyiarkan hanya pasukan ternama dan hebat sahaja. Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Datuk Norhayati Ismail berkata, selain perlawanan, RTM turut merangka serta menyusun beberapa lagi program menarik khusus untuk penonton. Katanya, antara program tersebut adalah filem, drama dan program kanak-kanak yang mempunyai kaitan dengan bola sepak. Filem yang bakal disiarkan, sebagai contoh, membabitkan Bend It Like Beckham, Out Of Africa dan Goal!

Kaki bola bengang dengan RTM

Posted: 18 Jun 2010 03:32 AM PDT


JADI TUMPUAN...peminat bola sepak Piala Dunia tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan di skrin besar.
Bagaimanapun selepas seminggu Piala Dunia berlangsung, ramai tidak senang dengan RTM apabila mendakwa stesen televisyen itu membohongi rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati siaran langsung seperti mana diuar-uarkan.


Tak bohong kaki bola
Oleh Mohd Hilmie Hussin

2010/06/18

MUSIM Piala Dunia membuatkan stesen penyiaran terulung negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali mendapat perhatian.


Ramai menghantar kiriman emel kepada Arena Metro menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap RTM berikutan kegagalan menyiarkan semua perlawanan Piala Dunia secara langsung.


"RTM membohongi kami. Daripada promosi di televisyen, mereka cakap macam siarkan semua perlawanan secara langsung, tapi banyak yang tidak. Malah perlawanan secara langsung yang disiarkan pula kebanyakannya tidak menarik," kata seorang pembaca.


Seorang lagi pengirim berkata: "Saya berasa sungguh dukacita dengan RTM kerana tidak menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia sebagaimana diiklankan yang mengatakan RTM1 dan RTM2 sebagai penyiar berlesen untuk siaran langsung. Kalau tidak mampu, mungkin lebih baik berikan kepada stesen televisyen lain. Jangan sampai RTM dicop pembohong." Diminta mengulas, Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Ibrahim Yahya menjelaskan RTM sebagai penyiar berlesen cuma diberikan hak menyiarkan siaran secara langsung hanya untuk 35 daripada 64 perlawanan keseluruhan.


"RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia. Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan," kata Ibrahim.


"Kami hanya mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala 11 lagi siaran ulangan. Bagi mengatasi isu ini, kami memohon kepada peminat bola sepak agar merujuk kepada promosi di radio RTM, TV1 dan TV2 untuk mengetahui perlawanan mana yang kami siarkan.


"Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul, terutama bagi peminat pasukan tertentu kerana tidak dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. "Kami tiada hak memilih perlawanan mana yang mahu disiarkan, sebaliknya ketika undian dilakukan di Astro, kami tidak bernasib baik kerana banyak perlawanan berkualiti tidak dapat kami siarkan," katanya sambil memberi jaminan RTM tidak akan terlepas siaran separuh akhir dan akhir Piala Dunia.


Menurut beliau, RTM memperoleh dua juta penonton pada upacara pembukaan dan perlawanan pertama, manakala aksi yang disiarkan pada hari kedua pula ditonton hampir 600,000 orang.


Dalam pada itu, Penerbit Penyelaras Piala Dunia RTM, Kamal Roslin meminta peminat melayari laman web www.rtm.gov.my/pialaduniafifa2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual siaran perlawanan.

hmetro


Saman Ekor: Lubuk duit terbaru kerajaan BN

Posted: 17 Jun 2010 11:00 PM PDT

Pemimpin Pakatan Rakyat tidur ke ?


Kalau nak menang hati pengundi Malaysia, hati pengundi Melayu, pemimpin Pakatan Rakyat terutama di parlimen perlu lebih banyak mengetengahkan dan membela nasib rakyat pada masa kini. Antaranya ialah masalah saman ekor seperti di bawah ini. Jangan sibuk nak berpolitik sahaja, siapa nak jadi calon, siapa yang akan lompat parti. Masalah saman ekor ini sepatutnya dibahaskan di parlimen.

Sumber dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5770

KERAJAAN sedang perah rakyat..........

"Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist juga.

Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.
Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai dan baik hati.

Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.

Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.

Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut gendut wahai RM(rakyat Malaysia).

Dari RM kerana RM untuk RM.....

amkns.blogspot.com



FIKIRKAN MATI!!!

Posted: 17 Jun 2010 07:00 PM PDT



Dalam menempuh cabaran hari-hari mendatang banyak dugaan yang perlu kita tempuh,hari-hari kita pasti ada sahaja yang menjadikan kita lebih berfikiran matang,keluar sahaja dari rumah,pastikan sinar metahari meneman kita,dan kalau lah matahari boleh berkata,pasti dia akan berkata:"wahai manusia,harap-harap kau dapat menempuh hari ni dengan penuh ketenangan".maksudnya kat sini,pastinya matahari pun merasakan kita perlu menempuh hari-hari yang penuh dugaan dengan penuh ketenangan dan kesabaran,pastinya.

Pernah tak kamu semua berfikir dengan KEMATIAN???apa yang akan kita lakukan ketika saat kita MATI???masa kita MATI tu kita buat apa???Kemana kita akan pergi setelah kita semua di kebumikan???pernah x kamu semua terfikir???Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda mengatakan bahawa "orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati",Tiap hari,saat detik yang berlalu belum pasti menjadi kita punya hari,mungkin kita ni esok je lagi tinggal,mungkin kita ni minggu depan,mungkin bulan depan atau mungkin kejap lagi,saat kematian pasti kita semua akan tempuh,soalannya,PERNAH TAK ANDA SEMUA BERFIKIR TENTANG KEMATIAN???

Kematian adalah suatu yang saat pasti yang akan kita semua akan tempuh,setiap MANUSIA,ALLAH berfirman dalam al-Quran "setiap manusia pasti akan menempuh kematian"
Hari jumaat aritu,ana berbincang dengan kawan ana tentang kematian,banyak yang kami depat dengan perbincangan tu,adakala kita kene fikir kematian,kawan ana cakap kita selalu kata takut MATI tapi sepatutnya kalau takut akan KEMATIAN,kenapa tiada PERUBAHAN???asyik-asyik ada di takut lama,tak solat,tak puasa,hairan,takut mati,tapi tak nak buat AMAL….sifat WAHAN,atau CINTAKAN DUNIA TAKUTKAN MATI memang sentiasa ada dalam hidup seorang muslim,kawan ana cerita lagi,dia sangat marah sangat dengan kawan-kawannya yang mana ketika orang sibuk solat berjemaah ASAR,mereka tidur,bila di kejutkan MARAH!!!tapi lepas waktu riadah dalam pukul 5.30ptg mereka yang tidur tadi terus bangun dan ambil "boot" kasut sukan untuk main bola,dan terus main bola,lepas tu ada yang kata pada kawan ana tu,"KO TAK NAK RIADAH KE???CUBA-CUBALAH RIADAH,RIADAH TU PENTING UNTUK BADAN,APA LAH NAK JADI KO NI!!"…bayangkan kawan-kawan,mereka lebih mementingkan RIADAH dari solat,siap cakap APA NAK JADI,yang mereka tak solat tiada masalah pula,ya ALLAH….

Ana baru sahaja habis belajar Fiqh Man Hajj karangan Imam as-Syafie,orang yang tak solat ni,selepas di beri masa untuk bertaubat dan di beri masa untuk kembali pada jalan ALLAH dan mereka masih lagi tidak solat WAJIB keatasnya DIBUNUH dengan PANCUNG KEPALA,itulah hukum ALLAH…hukum hudud,yang mana ana rasa jika dilakukan di MALAYSIA ni mesti ramai yang dah mati rasanya..

Fikir-fikirkanlah..bumi ni dah ibarat seperti yang dah berumur 100tahun dah,ibaratnya dah banyak penyakit yang di hidapi,so,tunggu masa sahaja untuk lenyap…sama-samalah kita fikirkan atas AMAL kita,fikirkan seberapa banyak AMALAN yang telah kita lakukan,adakah cukup untuk kita jadikan "hujah" dihadapan ALLAH S.A.W "nanti"????



Sumber: wahdahperkongsian


Share

Sarjan Diseksa Seperti Lembu, Dipaksa Mengaku Curi Enjin Jet

Posted: 17 Jun 2010 05:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 17 Jun - Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.

NONE“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.

Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.

Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.

Nagarajah berkata Mejar Ismail juga memberitahu anaknya bahawa semua nama mereka yang disiksanya termasuk Tharmendaran tertulis di topi keledar berkenaan.

Dia seterusnya mendakwa anaknya dibogelkan dan hanya berseluar dalam di sebuah bilik yang berhawa dingin dan tidak dibenarkan tidur kerana sering-kali disoal selepas tengah malam.

air force f-5 jet engine missing two charged“Sepanjang masa berkenaan pangkalan TUDM di Sungai Besi, mereka memaksanya untuk mengaku yang dia mencuri dua enjin jet pejuang F5E berkenaan.

“Mejar Ismail juga mengugut untuuk menembak anak saya dan (tertuduh bersama) Rajandran Prasad,” katanya dalam laporannya itu.

Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini dmasih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.

Nagarajah ditemani oleh empat peguam, termasuk N Surendran yang bertindak sebagi peguam utamanya.

NONEMenurut Surendran, Tharmendran memberitahu mereka bahawa dia dipaksa untuk membuat pengakuan bersalah bukan sahaja terhadap tuduhan mencuri enjin jet tetapi juga senarai bahagian jet itu yang hilang.

"Hakikat bahawa dia diseksa untuk membuat pengakuan menunjukkan bahawa dia tidak bersalah,” kata Surendran.

Difahamkan Nagarajah diarahkan sekali lagi ke balai polis di Brickfields bagi memfailkan kenyataannya selang beberapa minit selepas dia membuat laporan.

malaysiakini

Tiada ulasan: