DIALOG RAKYAT |
- Selangor tawar pinjaman pendidikan tanpa faedah
- Kunjungan Najib Ke Kelantan Buang Masa
- Fiesta Yang Gagal, Najib Dimalukan
- Tukar Bangunan Parlimen Macam Tukar Baju Raya
- Pelakon komedi, 5 rakan bebas dengan jaminan polis
- RMK-10: PM yakin capai pelaburan swasta RM115 bilion
- Permohonan empat pelajar UKM didengar 9 Julai
- Dr M ulangi kuasa politik Melayu hakis, risiko jadi minoriti
- "Bukan nak masuk pembangkang, cuma nak jadi Adun bebas"
- DAP saman Keshvinder, Hee kerana langgar akujanji
- NUBE bimbang tentang kesan penggabungan Hong Leong-EON Bank
- "Saya masih Setiausaha Politik MB Selangor" – Nik Nazmi
- Mesin ATM Lesap, Perompak DiPercayai Profesional
- Kadar Baru Tol 2 Jambatan Di Pulau Pinang Bakal Bebankan Rakyat
- Azrinaz Dicerai, Gelaran Diraja Ditarik Balik
- Setelah kikis Petronas, kini Felda jadi mangsa
- Anak muda bakal terajui Dewan Ulamak PAS
- Mansuh Biasiswa JPA Sekat Peluang Pelajar Cemerlang
- Umno-BN Jadikan ADUN Pakatan Rakyat Jutawan Segera
- Anwar Persoal Tindakan Felda Lengahkan Bayaran Dividen, Bonus Dan Pampasan
- Kerajaan Mongolia Jelaskan Bon Keselamatan Bagi Pihak Keluarga Altantuya 30 Jun
- Sabah : UMNO & LDP rebut kerusi Dun Merotai?
- PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina
- Bahana Judi; Penoreh Miskin Jadi ‘papa kedana’
- Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula
| Selangor tawar pinjaman pendidikan tanpa faedah Posted: 17 Jun 2010 12:36 AM PDT BERNAMA SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah kepada pelajar di negeri itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pinjaman itu diberikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dan melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Pinjaman maksimum sehingga RM25,000 setiap seorang ditawarkan kepada mereka yang layak bagi kursus pengajian yang terpilih. "Pinjaman itu akan secara automatik ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 ke atas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Abdul Khalid berkata maklumat lanjut bagi tawaran itu boleh didapati di laman web kerajaan negeri mulai esok. "Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Selangor dan memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM," katanya. Ditanya sama ada tawaran pinjaman itu dibuat bertujuan mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar di UNISEL, beliau berkata ia tiada kena mengena dengan isu itu kerana kerajaan negeri turut menawarkan pengajian di KUIS. Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan program Hari Ilmu Selangor pada 26 Jun ini, bermula dengan pelancaran Gerakan Membaca Perdana bertempat di Tasik Shah Alam | ||||||
| Kunjungan Najib Ke Kelantan Buang Masa Posted: 17 Jun 2010 12:27 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar WAKTU catatan ini diperbuat dilaporkan di Kota Bharu hujan sedang turun dengan lebatnya. Katanya hujan disertai dengan kilat. Malam tadi Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan merasmikan Fiesta Kelantan 2010. Pada mulanya Fiesta itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Putra. Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada mulanya juga dijangka hadir. Malangnya semua tidak menjadi seperti mana dirancangkan. Perancangan Allah lebih baik dan ideal dari perancangan manusia. Semuanya sudah 'berkucar lana' jadinya. Fiesta Kelantan itu adalah anjuran bersama di antara kerajaan Kelantan menerusi PMBK dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Pengendalilnya Red Carpet Woldwide sebuah syarikat milik anak kroni Umno. Kegagalan Fiesta itu berjalan dengan lancar telah cuba diambil kesempatan oleh Umno untuk memburukkan kerajaan Kelantan. Umno cuba menerangkan kepada orang ramai yang kerajaan Kelantan memulau Fiesta berkenaan. Inilah kerja Umno. Tetapi tidak semudah itu rakyat akan mempercayainya. Rakyat dan orang ramai akan mencari sebab musababnya dan mengkaji kenapa majlis itu jadi harubiru. Saya juga hairan bila mendapat tahun pesta yang mulanya disusun dan diatur dengan baik tiba-tiba jadi 'kucar bara' apabila menjelang saat ia hendak berlangsung. Sebelum hari, semalam susun aturnya masih tidak berubah. Pemanngku Raja akan berangkat merasmikan, MB Kelantan juga akan hadir. Tetapi alih-alih mulai pagi tadi naik banner mengatakan majlis itu akan dirasmikan Perdana Menteri. Saat inilah ia mula memeningkan kepala umum. Nama Pemangku Raja tidak ada langsung hilang lenyap dalam gong gendang! Saa percaya Tengku Faris tidak berkecil hati kalau gambarnya tidak dipampangkan di tiang-tiang eletrik. Tetapi apabila memanda menterinya (Nik Aziz) tidak diraikan sepatutnya menyeabkan baginda terasa hati dengan apa yang berlaku. Adalah tidak patut kalau baginda hadir tetapi memanda menterinya tidak berucap. Adil dan kenalah bagi baginda untuk tidak ikut berangkat. Maka gara-gara pertukaran jadual itu atau apa yang disebut Exco Kanan, Takiyuddin Hassan bahawa Red Carpet Wordwide memungkiri janji dan syaratlah menyebabkan kerajaan Kelantan memulaukan Fiesta berkenaan. Kerajaan pulau bukan kerana bencikan Najib tetapi kerana sikap tidak jujur anak buahnya di Kelantan. Persoalannya siapakah si permain licit di sebalik perubahan mendadak ini? Apakah ia dari pihak kerajaan negeri yang menjadi penganjur bersama. Tidak? Tidak mungkin kerajaan negeri jadi sebodoh itu untuk memboikot majlis yang dianjurnya sendiri. Apa yang berlaku merugikan siapa? Kerja ini sudah tentu daripada pihak Umno. Ada laporan menyatakan orang yang beriya agar Nik Aziz tidak berucap ialah Mustapa Mohamed. Mustapalah orang bertanggungjawab. Tindakan Mustapa ini kurang bijak dan membuka kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin. Harapnya selepas ini beliau akan membuat penjelasan atas apa yang berlaku. Sepatutnya Mustapa tidak berkeras untuk halang Nik Aziz berucap. Beliau patut biarkan Nik Aziz berucap sama. Beliau tidak perlu rasa takut kepada sesuatu yang 'berbagar-bagar' dalam kepalanya. Katanya Mustapa takut untuk beri Nik Aziz bercakap, bimbang Nik Aziz akan menghentam Najib seperti Nik Aziz hentam Abdullah Baawi semasa pelancaran Koridor Raya Pantai Timur (Ecer) tidak lama dulu. Pendek sangat akal Mustapa kalau dia berfikir begitu. Memang ada 'kuliha' apa yang dibimbanginya. Tetapi bukankah Mustapa boleh minta salinan ucapan Nik Aziz, check dan periksa dulu. Kalau ada mana-man ayat atau pantun da syair menyindir Najib boleh diminta Nik Aziz potong atau tidak dibacakan. Rasanya Nik Aziz juga manusia yang tahu adat dan budi bahasa. Saya tidak merasa Nik Aziz akan mencerca Najib di hadapan raja. Nampaknya Mustapa tidak peka kepada isyarat yang Nik Aziz berikan dalam muktamar Pas minggu lalu. Di situ Nik Aziz sudah marah kepada perwakilan yang mempersenda dan memanggil dengan panggil jelek kepada Najib. Apakah erti dan makna marah Nik Aziz itu. Sebab itu sekali sekala Mustapa kena baca juga akhbar Harakah untuk mengetahui apa suara pemimpin Pas dan jangan bertakhlid buta kepada RTM dan Utusan saja. Mustapa jelas tidak pandai mengambil kesempatan untuk mempertemukan dua tokoh atas satu pentas. Sepatutnya beliau bijak laksana. Beliau tidak melepas peluang itu untuk merapatkan silaturahim antara dua pemimpin besar. Tetapi apa boleh buat kerana kebodohan dan rasa takut yang melulu maka terlepaslah peluang keemasan itu. Bayangkan betapa hebatnya kalau malam ini Pemangku Raja Kelantan bersemayam di atas sebuah pentas yang mana baginda diapit oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar. Hebat! Sayangnya minda Mustapa 'tumpul gelebek' untuk mencipta sejarah itu buat dirinya dan rakyat Kelantan. Rasa takut tidak bertempat menyebakan peluang itu sia-sia saja. Pada saya kegagalan mempertemukan atau meletakkan Nik Aziz bersama Najib satu kerugian besar kepada Umno Kelantan khasnya dan rakyat Kelantan amnya. Inilah jadinya kalau sesuatu organisasai itu dipimpin oleh orang yan cetek ilmu, terlalu penakut dan bekerja menggunakan kepalanya sendiri. Umno Kelantan tidak akan berubah bulu kalau ianya dipegang oleh orang penakut tidak bertempat seperti Mustapa Mohamed. Dalam hal ini saya nampak Annuar Musa lebih berani dan geliga dari Mustapa. Kesimpulanya kunjungan Najib ke Kelantan yang ditunggu-tunggu hari ini hanya membuang masa saja. Bukan saja beliau tidak berkesempatan bersua dengan Nik Aziz, tetapi beliau juga mendapat malu apabila Fiesta itu dipulau oleh rakyat Kelantan. Apalah hebatnya pemimpin kalau beliau ditinggalkan terkontang kanting atas pentas dalam kilau kilat dan hujan lebat! Mungkin dari peristiwa yang berlaku hari ini, sampai masa untuk Najib menilai semula kedudukan dan peranan Mustapa Mohamed selaku ketua Umno Kelantan. Kalau orang seperti Mustapa diharapkan untuk membaikpulihkan Umno Kelantan, ibarat kata parti itu akan kempunan lagi dalam pilihan raya akan datang. Namapaknya kedua orang Bachok (Mustapa dan Awnag Adek) bukan memabawa tuah, tetapi membawa tulah kepada Umno. Kerana itu saya katanya Mustapa hanya layak jadi Tok Empat Umno. Sudahlah Mustapa bebal begitu, Awang Adek pula sudah dicap sebagai kaki judi oleh rakyat Kelantan. Aduhai... | ||||||
| Fiesta Yang Gagal, Najib Dimalukan Posted: 17 Jun 2010 12:24 AM PDT KELAB GREENBOC
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan merasmikan Program Karnival Kelantan Fiesta semalam di Kota Bahru telah meninggalkan program tersebut dan terus pulang ke Kuala Lumpur tanpa menghadiri tapak fiesta dan merasmikannya. Tindakan mengejut Najib disebabkan mahu mengelak malu kerana kehadiran pengunjung perasmian fiesta tidak sampai 300 orang. Insiden amat memalukan ini dianggap satu sambutan yang amat teruk pada majlis yang di hadiri oleh seorang pemimpin berstatus Perdana Menteri. Program Perasmian Kelantan Fiesta yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta itu diteruskan juga oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed selain terpaksa menggunakan pembesar suara mudah alih kerana disebabkan kerosakkan sistem audio. Sebelum itu satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pengerusi Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media petang semalam memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memulau karnival tersebut kerana penganjur telah mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap pada majlis perasmian malam ini. Menurut lagi keputusan memulaukan perasmian itu diambil kerana penganjur bersama, syarikat Red Carpet juga telah memungkiri beberapa perjanjian ketika mesyuarat bersama kerajaan negeri. Mereka yang sebelum itu telah bersetuju perasmian disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, manakala ucapan aluan dari Nik Abdul Aziz selaku tuan rumah dan ucapan dari Perdana Menteri. Bagaimanapun, Takiyuddin memberitahu pada 13 Jun lalu, kerajaan negeri menerima arahan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) memaklumkan bahawa pejabat Perdana Menteri tidak membenarkan Menteri Besar berucap pada majlis perasmian karnival tersebut. Beliau juga memberitahu tindakan tersebut telah memalukan Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar dan juga tuan rumah. Sehubungan itu, Takiyuddin yang juga Ahli Dewan Uundangan Negeru Bunut Payong berkata mesyuarat exco juga memutuskan untuk menarik diri daripada program itu yang berlangsung sehingga 19 Jun ini. Namun katanya, kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta Kelantan selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan pihak berkuasa tempatan. -SK
| ||||||
| Tukar Bangunan Parlimen Macam Tukar Baju Raya Posted: 17 Jun 2010 12:02 AM PDT Oleh: Shirzad Lifeboat
Antara sitcom Radio Malaya yang mendapat rating audien tertinggi pada awal 1 Dalam satu episodnya, barangkali pada tahun 1962, Pak Awang (dilakonkan oleh Allahyarham Abu Bakar Ahmad memberitahu Sahak (dilakonkan oleh Allahyarham Ishak Ubah) dan Seman (dilakonkan oleh Ibrahim Othman) tentang pembenaan Bangunan Pak Leman. Sahak kemudian membetulkan kata-kata Pak Awang, "Bukan Pak Leman, Parlimen." Tahun 1962, atau mungkin 1961 atau 1963 tidaklah terlalu lama jika dibandingkan dengan tahun 1512. Pada tahun 1963 Bangunan Parlimen Malaysia siap dibina dan dirasmikan oleh (Almarhum) Tuanku Syed Putra ibni Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong ke-3. Ini bermakna Bangunan Parlimen di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur yang ada kini baru berusia 47 tahun. Maknanya, kalau bangunan ini boleh diibaratkan dengan seorang penjawat awam, maka masih jauh lagi sebelum mencapai usia persaraan wajib. Pada tahun 1512, Raja England Henry VIII terpaksa meninggalkan istana yang telah didiami oleh keluarga diraja England sejak kurun ke-11 apabila suatu kebakaran telah memusnahkan sebahagian besar Westminster Palace. Sejak dari itu keluarga di raja England tinggal di tempat lain dan bangunan Westminster Palace diperbaiki bagi menempatkan Parlimen Great Britian. Ini bermakna, sehingga kini dan setelah 498 tahun berlalu, bangunan berkenaan masih gagah berdiri bersebelahan Sungai Thames dan masih lagi digunakan sebagai Parlimen negara berkenaan. Namun tentu sekali, apabila siaran radio pertama UK yang dipancarkan dari stesen eksperimental Marconi 2MT dimulakan pada 1920-an, tidak ada watak peladang Inggeris digunakan untuk menghebahkan tentang kewujudan baik Parlimen atau bangunannya. Sebaliknya setiap orang Inggeris tahu Westminster Palace adalah Parlimen Great Britian dan malah sistem demokrasi yang disadur dan disesuaikan dari sistem Parlimen Britian ini lebih dikenali sebagai 'demokrasi Westminster'. Ini bukanlah bermakna setiap rakyat negara berkenaan sejak berkurun dulu tahu apakah itu sebenarnya Parlimen sebagaimana juga ada rakyat Malaysia sebelum 1963 yang menyebut Parlimen sebagai Pak Leman. Tetapi masa yang berkurun lamanya telah sedikit sebanyak mendidik rakyat Great Britain tentang erti demokrasi sebenar yang dilambangkan oleh sebuah bangunan bekas istana lama. Keadaan ini agak berbeza dengan masyarakat Malaysia di mana pemikiran dan sikap mental mereka banyak diadun oleh kerajaan UMNO-BN menerusi media penyiaran yang menggunakan program sitcom Kebun Pak Awang sebagai alat propanda dan penyampai maklumat. Hari ini masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum kenal dan belum begitu faham apa itu Parlimen dan masih ramai, termasuk pemimpin politik dari parti kerajaan sendiri yang masih keliru erti sebenar demokrasi dalam pemerintahan sesebuah negara. Malangnya belum pun sempat Bangunan Parlimen kita berusia 50 tahun, sudah ada ura-ura dari kerajaan UMNO-BN mahu membina sebuah bangunan Parlimen baru di Putrajaya. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Tan Sri Abdul Aziz, bangunan Parlimen baru ini akan menelan kos RM800 juta. Adalah agak ironi pengumuman sebuah bangunan yang tidak diperlukan ini akan dibina dengan kos sebanyak itu dalam keadaan negara diancam kebankrapan. Apakah ia benar-benar akan menggunakan kos sebanyak itu kerana kita terlalu terkenal dengan perubahan kos? Banyak projek yang asal kosnya cuma sekian banyak meningkat berkali ganda sehingga hampir-hampir tidak masuk akal seperti kos membangunkan PKFZ. Apakah ia merupakan satu lagi 'job for the boys' untuk mereka yang ada pertalian dengan UMNO-BN sebagaimana PKFZ? Apabila bangunan Parlimen baru di Putrajaya siap kelak, Bangunan Parlimen lama di Jalan Parlimen akan dijadikan sebuah bangunan warisan sejarah. Tidaklah diketahui sama ada ada kerajaan UMNO-BN faham apakah dia yang dimaksudkan dengan warisan sejarah. Di luar negara, warisan sejarah bangunan lama terus dikekalkan penggunaannya atau digunakan untuk tujuan lain. Begitu juga dengan ibu kota negara masing-masing. Tetapi kita mengubah segalanya – dari lapangan terbang, stesen keretapi sehinggalah ibu kota. Nampaknya kita mengubah bangunan yang menempatkan institusi kerajaan macam kita menukar baju raya. Dalam masa beberapa tahun akan datang apabila bangunan Parlimen baru itu siap di bina kelak dan andai kata ada rancangan radio Kebun Pak Awang, apakah pula yang akan dikatakan oleh Pak Awang kepada Sahak dan Seman? Bagaimana pula tentang lagu temanya – "mari kita ke ladang, buat bangunan, hati senang"? Itulah dia situational comedy yang sering kita terbitkan tanpa kita sendiri sedari. Tak hairanlah sekiranya kelucuan dan gelak ketawanya turut dikongsi oleh dunia. | ||||||
| Pelakon komedi, 5 rakan bebas dengan jaminan polis Posted: 17 Jun 2010 12:00 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Seorang pelakon komedi popular dan lima rakannya yang ditahan atas kesalahan dadah pada 13 Jun lalu dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata pelakon berusia 41 tahun dan lima rakannya itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya setelah polis selesai mengambil keterangan. "Kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut... semua suspek berada dalam pemerhatian kita lagi," katanya ketika di sini hari ini. Semua suspek ditahan empat hari lalu dalam satu serbuan kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 40 gram di sebuah rumah di Jalan PJS7, Subang Jaya dekat sini. Mereka ditahan reman tiga hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. | ||||||
| RMK-10: PM yakin capai pelaburan swasta RM115 bilion Posted: 16 Jun 2010 10:27 PM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan yakin sasaran kerajaan untuk menarik pelaburan swasta RM115 bilion setahun di bawah Rancangan Malaysia Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata ekosistem itu perlu dilihat dari pelbagai sudut, termasuk pekerja yang lebih produktif, berkemahiran dan efisien yang akan melibatkan banyak latihan. "Ia termasuk keefisienan pasaran, iaitu menjadikan pasaran negara lebih kompetitif," katanya pada majlis pelancaran kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di sini. Yang turut hadir adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yakcob. Mengenai Kempen Beli barangan Buatan Malaysia, katanya kempen seperti ini akan meningkatkan produktiviti syarikat tempatan. Beliau, yang menyifatkan kempen seperti itu sebagai usaha tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi yang boleh dilaksanakan, berkata perbelanjaan melalui kempen itu akan memberi kesan limpahan. Ini ialah kerana pendapatan para peruncit atau pengeluar tempatan akan meningkat dan guna tenaga akan bertambah dan kesannya, syarikat yang mendapat keuntungan akan membuat pelaburan semula, meningkatkan teknologi pengeluaran dan menghasilkan produk yang berinovasi untuk dipasarkan, katanya. "Mereka akan lebih berani untuk melabur dan semakin tinggi daya saing mereka bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara," katanya. Perdana Menteri berkata kerajaan akan turut mengambil peranan sebagai pemangkin dan mempromosikan keefisienan pasaran untuk membolehkan sektor swasta membuat keputusan pelaburan. Kempen seperti ini, katanya tidak boleh dilihat seperti langkah perlindungan kerana ia bertujuan merangsangkan lagi peranan sektor swasta supaya negara dapat memupuk syarikat swasta yang kompetitif di pasaran dunia. "Kempen seperti ini diharap akan dapat merangsangkan lagi ekonomi tempatan," katanya. | ||||||
| Permohonan empat pelajar UKM didengar 9 Julai Posted: 16 Jun 2010 10:24 PM PDT KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima permohonan injunksi empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali selepas perbincangan dalam kamar antara peguam UKM dan pelajar-pelajar tersebut. Empat pelajar yang berkenaan ialah Ismail Aminuddin, Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai. Mereka didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Pelajar-pelajar mencabar Seksyen 15(5)(A) kerana mendapati ia bertentangan dengan Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan. "Melalui injunksi ini kami mahu tahu sama ada seksyen tersebut bertentangan ataupun tidak dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan," kata Hilman kepada The Malaysian Insider sebelum ini. Mereka berempat ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah pada 22 April lalu. | ||||||
| Dr M ulangi kuasa politik Melayu hakis, risiko jadi minoriti Posted: 16 Jun 2010 10:22 PM PDT
Bekas presiden Umno memberikan pandangan yang sama Isnin lalu ketika berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Kuala Terengganu. Bagaimanapun, laporan The Malaysian Insider awal hari ini, memetik majoriti penganalisis politik tempatan berpendapat ia tidak mungkin berlaku. Sehubungan itu dalam tulisan blognya hari ini, Dr Mahathir (gambar) menegaskan masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. "Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu," kata beliau lagi. "Saya akan dituduh 'chauvinist' dan 'racist' kerana menyuarakan pendapat saya ini. "Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. "Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai," kata beliau dengan mengakhiri tulisannya, "wahai Melayu, ke mana kamu?" Menurut perdana menteri paling lama menerajui Malaysia, pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. "Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia," katanya lagi. Kata negarawan ini, dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa tetapi yang tidak diambil kira oleh kepimpinan Melayu ialah mereka akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. "Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara," katanya. Tambah Dr Mahathir, perpecahan bermula apabila ulama-ulama Umno memisahkan diri mereka untuk menubuhkan Parti Islam Se-Malaysia, yang pada mulanya ia tidak berjaya menghakis sokongan kepada pertubuhan utama orang Melayu iaitu Umno. Beliau seterusnya menulis, kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam Umno iaitu parti serpihan Semangat 46 ditubuh. "Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam Umno tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak Umno kehilangan penyokong. "Kemudian Timbalan Presiden Umno (Datuk Seri Anwar Ibrahim) terpaksa disingkir daripada Umno dan ia berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli Umno untuk menyertai satu lagi parti Melayu. "Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu Umno, PAS dan PKR," katanya. Dr Mahathir menambah, dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia Malangnya menurut beliau, tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. "Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minority dalam negara," katanya lagi. Oleh itu ujar beliau, sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka. "Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam kerajaan-kerajaan pusat dan negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka. "Kita lihat di Perak umpamanya apabila kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan. "Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain," katanya lagi. Dr Mahathir juga menulis, dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. "Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran," kata beliau dengan merujuk kepada Singapura. | ||||||
| "Bukan nak masuk pembangkang, cuma nak jadi Adun bebas" Posted: 16 Jun 2010 10:20 PM PDT Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Perak hari ini memberitahu ada wakil rakyat Umno yang mahu meninggalkan parti itu kerana tidak puas hati dengan pemimpin kerajaan negeri. Adun Lintang, Datuk Ahmad Pakeh Adam berkata, bagaimanapun, mereka bukan hendak menyertai Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya menjadi Adun bebas. "Saya ada terdengar cerita mengenai perkara tersebut tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya. Nak percaya tidak boleh, tidak percaya pun tidak boleh.
"Barisan Nasional (BN) pun tidak kuat di Perak, akibatnya wujud perasaan tidak puas hati ," katanya yang juga bekas ketua Umno bahagian Sungai Siput ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin ada Adun Umno Perak yang akan menyertai Pakatan Rakyat. Kelmarin, Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim mendakwa tiga Adun dikatakan akan melompat parti kerana didakwa tidak berpuashati dengan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Ahmad Pakeh berkata, laporan Adun Umno mahu menyertai Pakatan Rakyat adalah tidak benar. "Mereka tu nak buat taktik Datuk Nasarudin Hashim (Adun Bota) yang pada awalnya melompat menyertai PKR untuk memancing tiga Adun Pakatan Rakyat menyertai Barisan Nasional. "Barangkali mereka nak buat apa yang Datuk Nasaruddin buat, nak tarik Adun Pakatan Rakyat menyertai BN," katanya. Awal tahun lalu, Nasarudin menyertai PKR tetapi beberapa hari kemudian kembali semula ke pangkuan Umno. Tidak lama selepas itu, tiga Adun Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang DAP – meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan kepada BN. Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila tidak lagi mendapat majoriti dalam DUN negeri Perak. | ||||||
| DAP saman Keshvinder, Hee kerana langgar akujanji Posted: 16 Jun 2010 10:20 PM PDT Oleh: Jamilah Kamarudin KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya yang keluar parti dan melanggar akujanji yang ditandatangani selepas pilihanraya umum 2008. Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Datuk Hee Yit Foong dan Kesvinder Singh (ADUN Malim Nawar) bakal dikenakan denda sebanyak RM5 juta dan dan perlu mengosongkan kerusi mereka kerana melanggar perjanjian tersebut.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Khoo Ham berkata, DAP Pusat akan mengambil tindakan saman terhadap kedua-dua ADUN terbabit, seperti yang dipersetujui kepimpinan tertinggi parti itu. "Saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Karpal Singh (Pengerusi) dan mereka bersetuju," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, perkara ini bagaimanapun akan diputuskan secara rasmi semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 28 Jun ini. Keshvinder merupakan ADUN DAP Perak kedua yang keluar parti semalam dan menjadi ADUN Bebas selepas Hee yang bertindak sedemikian pada Februari tahun lalu. Ngeh mendakwa, sebab utama Keshvinder keluar parti kerana dibelenggu masalah kewangan dan peribadi. Menurut Ngeh, Keshvinder mengadu keretanya ditarik kerana gagal membayar ansuran pinjaman dan memerlukan wang sebanyak RM3,500 bagi membayar tunggakan itu. "Bulan lalu juga, kerani yang bekerja di dalam firma guamannya telah melakukan pecah amanah sebanyak RM45,000 di mana wang pelanggan firma telah dilesapkan. "Beliau juga mempunyai hutang tertunggak dalam Kelab DiRaja Perak sejak beberapa bulan lalu," katanya. Ngeh menjelaskan DAP Perak pernah berusaha untuk membantu Keshvinder mengatasi masalah kewangannnya tetapi tawaran Umno-BN lebih lumayan. Ini dibuktikan apabila Keshvinder pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu kerana beliau pernah ditawarkan RM20 juta oleh Barisan Nasional (BN) agar melompat parti. Bagaimanapun sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat dakwaan Keshvinder itu. "Saya percaya beliau disogok wang sama seperti Hee dan alasannya bahawa beliau hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyata adalah palsu," katanya. | ||||||
| NUBE bimbang tentang kesan penggabungan Hong Leong-EON Bank Posted: 16 Jun 2010 10:17 PM PDT
Ketua Setiausahanya, J Solomon, berkata NUBE kecewa bahawa Bank Negara tidak merujuk kepada kesatuan itu kerana pekerja-pekerja perkeranian dan bukan perkeranian, yang merupakan anggota kesatuan, akan menerima kesan langsung akibat kehilangan pekerjaan. "Ketiadaan rundingan dengan NUBE mengenai penggabungan ini menimbulkan keresahan di kalangan anggota dan menimbulkan syak wasangka tentang kesan negatif yang akan diterima oleh pekerja akibat penggabungan ini.
"Kami juga risau kenapa rundingan ini berlaku apabila kedua-dua HLBB dan EON Bank menunjukkan prestasi yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Solomon juga berkata NUBE telah menulis kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan meminta kesatuan itu turut dibawa berbincang dalam rundingan masa hadapan bagi mengelakkan apa-apa spekulasi tentang hal ehwal anggotanya, dan jika ini tidak berlaku, kesatuan itu akan membantah penggabungan itu sekeras-kerasnya. | ||||||
| "Saya masih Setiausaha Politik MB Selangor" – Nik Nazmi Posted: 16 Jun 2010 10:06 PM PDT PETALING JAYA: Ahli Dewan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa beliau masih lagi menjadi setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau juga menafikan menjawat jawatan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang dinyatakan dalam media arus perdana hari ini.
Menurutnya, tiada perubahan jawatan berlaku berkaitan beliau dan media arus perdana mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan membuat andaian melalui sumber-sumber yang tidak benar. Beliau berkata, "saya masih setiausaha politik menteri besar dan tiada apa-apa perubahan setakat ini, tanyalah kepada mereka yang mengeluarkan kenyataaan bukannya daripada saya sendiri. "Media yang mengeluarkan kenyataan bahawa saya telah menjadi Pengarah Komunikasi PKR adalah tidak tepat," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today hari ini. Mstar Online memetik melalui sumber menyatakan pelantikan itu mengesahkan desas-desus bahawa beliau bakal melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor yang disandangnya sejak tahun 2008 berkuat kuasa semalam. Difahamkan, pengumuman mengenai pelantikan itu akan dibuat oleh PKR dalam masa terdekat. Bagaimanapun Nik Nazmi tetap menafikan bahawa tiada perubahan seperti yang dinyatakan dan ianya hanya dijadikan satu isu untuk dihangatkan. "Saya akan terus berkhidmat dengan Menteri Besar dan tidak mengetahui apa-apa pelantikan baru seperti yang diwar-warkan," jelasnya lagi. Sumber mStar Online juga menyatakan belum ada calon yang disebut-sebut bakal menggantikan kedudukan Nik Nazmi jika beliau melepaskan jawatan sebagai setiausaha politik Menteri Besar. Berdasarkan laman web rasmi PKR, www.keadilanrakyat.org, Pengarah Komunikasi PKR masih lagi Jonson Chong. | ||||||
| Mesin ATM Lesap, Perompak DiPercayai Profesional Posted: 16 Jun 2010 10:04 PM PDT TV SELANGOR KUALA LUMPUR : Sebuah mesin pengeluaran wang ATM yang ditempatkan di luar sebuah pasaraya di Taman Dagang dekat sini didapati lesap dipercayai dilarikan penjenayah tanpa menjejaskan pintu dan dinding kaca yang menempatkan mesin itu. Namun insiden itu menimbulkan rasa kesal pihak polis kerana kehilangan mesin ATM tersebut yang dipercayai berlaku antara pukul 10 malam semalam dan pukul 7 pagi hari ini hanya dilaporkan kepada mereka kira-kira pukul 7 petang. Bercakap kepada pemberita di sini, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata pihaknya percaya kejadian dilakukan oleh mereka yang profesional berasaskan kepada bukti di tempat berkenaan. Selain tidak menjejaskan dinding dan pintu yang diperbuat daripada kaca, alat penggera yang dipasang di situ juga dimatikan, malah wayar elektrik mesin ATM itu juga dipotong menunjukkan kejadian dilakukan oleh profesional, katanya. Beliau berkata kejadian juga melibatkan lebih daripada seorang suspek kerana terdapat kesan calar pada lantai di luar bilik kaca tersebut dipercayai kesan mesin itu diseret. "Orang awam yang menyedari tentang kehilangan mesin itu kira-kira 7 pagi tadi sebelum memaklumkan kepada seorang juruteknik syarikat keselamatan berhampiran namun juruteknik terbabit lambat membuat laporan polis," katanya. Beliau berkata nilai kerugian masih dalam siasatan dan meminta orang awam yang melihat kejadian itu tampil bagi membantu siasatan kes yang pertama kali berlaku di daerah berkenaan. Tinjauan mendapati jarak tempat kejadian dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hanya kira-kira 500 meter. | ||||||
| Kadar Baru Tol 2 Jambatan Di Pulau Pinang Bakal Bebankan Rakyat Posted: 16 Jun 2010 09:58 PM PDT TV SELANGOR Kadar tol jambatan Pulau Pinang akan meningkat dari RM 7.00 sehala kepada RM 9.40 untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua yang masih dalam pembinaan. Demikian jawapan lisan yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong apabila soalan berkenaan kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang diajukan. Chin Tong dalam sidang media di lobi parlimen hari ini berkata, pelaksanaan yang ingin di buat adalah tidak munasabah sama sekali. " Kadar tol yang ditetapkan untuk jambatan kedua Pulau Pinang adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan ke atas jambatan yang pertama sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama," jelas Chin Tong. Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dikatakan bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga di kawasan sekitar. Namun ujar Chin Tong, hasrat untuk menaikkan kadar tol untuk jambatan yang pertama sebaliknya akan membebankan rakyat. " Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang" Tambah Chin Tong, pada asalnya beliau menjangkakan bahawa kadar tol jambatan kedua itu akan lebih mahal berbanding jambatan yang pertama. Pantas menjadikan idea untuk membina jambatan kedua itu tidak logik kerana pengguna jambatan pastinya akan memilih jambatan sedia ada. Bagaimanapun, jangkaan itu meleset sama sekali apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan kadar tol jambatan pertama untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua. Projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang akan menelan kos kurang daripada anggaran awalnya sebanyak RM4.5 bilion dan dijangkakan dapat disiapkan menjelang September 2013. Tujuan untuk pembinaan jambatan kedua ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di samping bagi tujuan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan. | ||||||
| Azrinaz Dicerai, Gelaran Diraja Ditarik Balik Posted: 16 Jun 2010 09:54 PM PDT
Pengumuman rasmi dibuat Istana Brunei, 8 malam semalam menerusi laman berita nasional Brunei iaitu http://www.rtbnews.rtb.gov.bn. P
"Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010," katanya dipetik dari laman itu. Mengikut pengumuman sama, semua gelaran diraja ditarik balik. Azrinaz Mazhar diijab kabul dengan Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005 yang hanya dihadiri keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak.
Mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing berusia empat tahun dan dua tahun. Lebih dikenali dengan panggilan Naz, beliau mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999. Beliau pernah dipilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM dua tahun kemudian. | ||||||
| Setelah kikis Petronas, kini Felda jadi mangsa Posted: 16 Jun 2010 09:51 PM PDT
| ||||||
| Anak muda bakal terajui Dewan Ulamak PAS Posted: 16 Jun 2010 09:49 PM PDT
| ||||||
| Mansuh Biasiswa JPA Sekat Peluang Pelajar Cemerlang Posted: 16 Jun 2010 05:22 PM PDT SUARA KEADILAN KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional memansuhkan biasiswa JPA secara beransur-ansur bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Loke Siew Fook dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata Dapsy membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan berhubung pemansuhan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar cemerlang secara berperingkat-peringkat seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan RMK-10. "Keputusan ini sangat tidak adil kepada generasi muda kerana pengurusan kewangan yang boros dan tidak berhemah oleh kerajaan Umno-BN menyebabkan mereka terpaksa menanggung akibat dan implikasinya. "Kerajaan Umno-BN mengatakan pemberian biasiswa tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggungnya. Kata beliau lagi, semasa kerajaan Umno-BN mengumumkan cadangan untuk membina bangunan parlimen yang baru bernilai RM800 Juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta, tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menidakkan peluang pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan alasan kekurangan dana. Keputusan itu menurut Siew Fook akan membantutkan peluang ribuan anak Malaysia setiap tahun dari semua kaum yang tidak berkemampuan daripada menimba pengetahuan. "Ini cukup bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam RMK-10 yang dibentangkan seminggu lalu. "Apakah isi kandungan yang dibentangkan Najib sekadar 'indah khabar dari rupa'? Najib semakin hari semakin dikenali sebagai 'Perdana Menteri flip-flop' kerana begitu cepat menukar dasar yang beliau sendiri bentangkan sebelum ini. Tambah Siew Fook, Dapsy sekali lagi menyeru supaya kerajaa menubuhkan satu Jawatan Kuasa Pemilih Khas untuk mengkaji semula secara menyeluruh setiap aspek dan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA dengan memberikan biasiswa kepada semua pelajar cemerlang SPM yang mendapat A dalam semua matapelajaran serta penajaan biasiswa mengikut pengkhususan bidang pengajian hanya ditetapkan selepas menilai keputusan akademik di peringkat pra-universiti. | ||||||
| Umno-BN Jadikan ADUN Pakatan Rakyat Jutawan Segera Posted: 16 Jun 2010 05:22 PM PDT SUARA KEADILAN KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar DAP dan menjadi anggota Bebas adalah disebabkan masalah kewangan dan peribadi. ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata alasan yang diberikan bahawa beliau hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat Perak cumalah mainan politik dan pembohongan semata-mata. "Keshvinder mendakwa kawasannya tidak mendapat peruntukan pembangunan sebab itu dia menjadi ahli Bebas. "Dia sepatutnya kutuk kerajaan Umno-Barisan Nasional di bawah pimpinan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang enggan memberikan peruntukan daripada cukai yang dikutip daripada rakyat. "Sebelum ini selepas pilihan raya kecil Sibu, Keshvinder ada memberitahu bahawa keretanya telah ditarik oleh institusi kewangan dan ADUN Titi Serong, Drs Idham Lim telah membantunya menyelesaikan tunggakan sebanyak RM3,500. "Bulan lalu juga, kerani yang bekerja di dalam firma guamannya telah melakukan pecah amanah sebanyak RM45,000 di mana wang pelanggan firma telah dilesapkan. "Kita juga mendengar berita yang mengatakan beliau mempunyai tunggakan kepada Kelab DiRaja Perak sejak beberapa bulan lalu," kata Koo Ham pada sidang media di lopbi parlimen tengahari tadi. Koo Ham menjelaskan DAP Perak berusaha membantu Keshvinder mengatasi masalah kewangannnya tetapi tawaran Umno-BN lebih lumayan dan menarik tanpa mendedahakan bentuk imbuhan tersebut. Ini kerana Keshvinder pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahbun lalu berhubung dakwaan bahawa beliau ditawarkan sebanyak RM20 juta untuk melompat parti oleh agen Umno-BN. Bagaimanapun sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat dakwaan Keshvinder itu. "Bulan lalu Keshvinder sekali lagi telah ditemui oleh agen Umno-BN dan pada pendapat beliau gejala rasuah adalah perkara biasa yang diamalkan oleh Umno-BN. "Saya percaya beliau disogok wang dan imbuhan tetapi jumlahnya kurang daripada RM20 juta yang pernah ditawarkan kepadanya semasa Pakatan Rakyat Perak menjadi kerajaan negeri," tegas beliau lagi. | ||||||
| Anwar Persoal Tindakan Felda Lengahkan Bayaran Dividen, Bonus Dan Pampasan Posted: 16 Jun 2010 05:17 PM PDT oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kerajaan yang seolah-olah membebankan peneroka Felda apabila melengah-lengahkan proses pembayaran tabung tanaman semula yang berjumlah RM17,000 kepada setiap keluarga. "Kenapa ianya diserahkan kepada Felda Plantation, tidak diberikan terus kepada peneroka? Bagaimanakah ketelusan prosedur pemulangan wang bagi tanaman semula yang berjumlah RM17,000 untuk setiap peneroka tersebut? "Kita mengimbau semula sejarah pada tahun 1960 dimana GSA (Akta Penempatan Berkelompok) diwujudkan pada zaman Almarhum Tun Razak. Janjinya jelas, iaitu rasional pengambil alihan tanah adalah untuk memastikan perjalanan pembangunannya berkesan," kata Anwar dalam respons kepada soalan bertulis dalam Dewan Rakyat hari ini. Soalan bertulisnya yang dijawab oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berhubung isu samada kerajaan akan mengkaji semula akta GSA bagi membolehkan ianya diambil kembali dan dimanfaatkan bagi penempatan generasi kedua Felda. Anwar turut mempersoalkan kaedah pembayaran bonus dan dividen berasaskan baki perolehan yang berjumlah RM200 juta. Selain itu beliau turut bertanyakan status bayaran pampasan kepada peneroka yang tanahnya telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan tertentu, seperti pembangunan dan lainnya. Beliau membangkitkan kes di Felda Sungai Buaya yang mana para peneroka di gugusan tersebut dijanjikan untuk menerima sejumlah bayaran, namun masih belum menerima baki pampasan atas tanah yang berjumlah lebih dari RM800,00 dan masih tertunggak sehingga ke hari ini. "Kerajaan diminta untk mempertimbangkan perkara ini. Pulangan dan hasil haruslah setimpal dengan ikhtiar dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh peneroka. | ||||||
| Kerajaan Mongolia Jelaskan Bon Keselamatan Bagi Pihak Keluarga Altantuya 30 Jun Posted: 16 Jun 2010 05:07 PM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR - Karpal Singh, peguam bagi pihak keluarga mangsa pembunuhan kejam bangsa Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berkata kerajaan Mongolia akan membantu keluarga mendiang menjelaskan deposit bon keselamatan yang berjumlah RM60,000 sebagai jaminan bagi mahkamah meneruskan kes tuntutan saman ganti rugi. Beliau yang ditemui di lobi Parlimen menyatakan kes saman tuntutan ganti rugi keluarga Altantuya tersebut akan mengambil masa kerana dakwaan kes jenayah berkenaan pembunuhan tersebut masih dijalankan. Kini status kes tersebut berada di peringkat Mahkamah Rayuan dan akan disambung ke Mahkamah Persekutuan. "Mereka akan jelaskan bayaran tersebut sebelum 30 Jun ini, jadi cadangan untuk mendapatkan derma bagi pihak bapa Altantuya, Shaariibuu Setev telah diselesaikan," kata Karpal kepada suara Keadilan. Karpal pernah bercadang sebelum ini bahawa beliau akan meminta jasa baik semua ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran jaminan kos itu bagi pihak keluarga Altantuya. Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki mangsa, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak Baginda dan dua tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu. Mereka mendakwa Altantuya telah ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 oleh Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) dan cebisan mayatnya ditemui di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 Nov 2006. Berikutan itu, Abdul Razak dan kerajaan Malaysia sebagai defendan memfailkan permohonan agar keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah. Selepas rayuan dibuat, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Mac 2010 mengarahkan keluarga Altantuya Shaariibuu membayar bon keselamatan berjumlah RM60,000 kepada kerajaan Malaysia dan Abdul Razak yang dianggap penasihat politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Plaintif dikehendaki mendeposit bayaran tersebut kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof semasa membuat keputusan itu di dalam kamarnya memberi tempoh tiga bulan untuk membayar wang tersebut, iaitu RM30,000 kepada setiap defendan (kerajaan Malaysia dan Abdul Razak). Shaariibuu Setev juga dimaklumkan bahawa beliau telah cuba mendapatkan bantuan daripada ahli parlimen Mongolia kerana dia tidak berkemampuan dan jumlah bayaran agak besar, maka beliau cuba untuk mendapatkan bantuan dari ahli parlimen Malaysia. Karpal yang mewakili keluarga Altantuya, menjelaskan bahawa beliau tidak akan membebankan keluarga Altantuya untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan AS$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya. | ||||||
| Sabah : UMNO & LDP rebut kerusi Dun Merotai? Posted: 16 Jun 2010 05:04 PM PDT | ||||||
| PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina Posted: 16 Jun 2010 05:03 PM PDT
Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.
PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.
Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.
Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.
PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.
Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.
Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.
Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.
Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.
Ustaz Idris Ahmad | ||||||
| Bahana Judi; Penoreh Miskin Jadi ‘papa kedana’ Posted: 16 Jun 2010 04:51 PM PDT
secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi. | ||||||
| Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula Posted: 16 Jun 2010 04:47 PM PDT Oleh Siti Haliza Yusop dan Adli Shahar KUALA LUMPUR: Peruncit dan peniaga kecil sekitar ibu negara mula terasa kesukaran mendapatkan bekalan gula sehingga ada yang terpaksa menutup perniagaan buat sementara kesan tindakan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) mengambil tindakan memboikot barangan kawalan terutama gula. Peruncit mendakwa, terdapat pemborong yang mengenakan syarat supaya mereka membeli barangan lain sebagai pakej mendapat gula. Di ibu negara, tinjauan Berita Harian mendapati, selain ada pengusaha terpaksa menghentikan perniagaan sementara, pasar raya dan peruncit juga mengambil tindakan mencatu jualan gula dengan mengehadkan kepada dua kilogram (kg) setiap pelanggan. Peniaga, Zainun Talib, yang memerlukan 10 kilogram (kg) gula setiap hari berkata, beliau baru membuka perniagaan selepas terpaksa menutup kedai makan selama dua hari sejak Isnin lalu, berikutan ketiadaan gula di pasaran. "Saya terpaksa bawa ahli keluarga untuk membuat pembelian secara berasingan bagi membolehkan lebih banyak bekalan diperoleh," katanya. Pekerja sebuah kedai runcit, Iskandar Yusof, berkata tindakan mengehadkan penjualan gula kepada 2kg bagi setiap keluarga bagi membolehkan pengguna lain mendapat bahan itu. "Kalau ada pengguna mengatakan kami menyorokkan bekalan gula, ia tidak benar sama sekali. Lagipun gula barang kawalan dan sebagai peniaga, kami tidak memperoleh keuntungan yang banyak daripadanya," katanya. Pengurus Pasar Raya Sri Kota, Mohd Haris Lee, berkata sebelum ini bekalan diperoleh hingga 1,000 kg tetapi sejak beberapa minggu lalu pihaknya hanya dapat membeli 500 kg saja daripada pembekal. "Dalam keadaan begini saya jangkakan bekalan yang ada akan habis dalam masa terdekat jika tindakan tidak diambil untuk mengatasi masalah ini," katanya. Peniaga runcit, Nohayati Mansur, 37, berkata bekalan gula di kedainya tidak mencukupi sejak beberapa minggu lalu. "Saya berhadapan masalah menambah stok kerana pemborong meletakkan syarat pembelian barang lain seperti beras jika ingin membuat pembelian berkenaan," katanya. Seorang pekedai, Razali Gharib, 22, juga berdepan masalah sama apabila dipaksa pemborong membeli barangan lain jika mahu mendapatkan bekalan gula |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

KUALA LUMPUR — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua minggu ini mendakwa orang Melayu negara ini akan dipinggirkan dalam kuasa politik, sekali gus menjadi kuasa minoriti sebagaimana disaksikan di Singapura.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan