Biaqpila |
- Isteri Mohamad Sabu dirompak
- Pelakon Lucah Tawar "Badan" Sebagai Ganti Rugi Kekejaman Jepun
- Anak kucing dua muka
- Umno-BN Jadikan ADUN Pakatan Rakyat Jutawan Segera
- Exco Selangor dihalang di Sukma
- Hantu Tol Jelapang dah pindah ke Bukit Tagar?
- Mat bangla, isteri orang berkhalwat
- Isu Adun Lompat Parti Di Perak
- Lari separuh bogel dikejar suami
| Posted: 17 Jun 2010 03:00 PM PDT Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 17 Jun: Normah Alwi, 55, isteri kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini dirompak di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam (M) Berhad (BIMB) cawangan Pusat Bandar Shah Alam. Anak kedua Mohamad, Nurul Huda ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh dua suspek pemuda. "Yang masuk kereta rompak mak, baju kelabu, yang pandu motor berbaju merah," ujar beliau sebagaimana memetik aduan polis yang dibuat oleh ibunya. Disebabkan rompakan tersebut, beliau memaklumkan bahawa ibunya kehilangan wang tunai RM4,000, kad kredit, telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi bapanya. Pun begitu, beliau berkata, pihak polis sedang memburu dua suspek di persimpangan tol berdekatan Damansara. "Sarjan Hamzah (pegawai penyiasat) kata ada nampak suspek bahagi-bahagi duit di simpang tol Damansara menaiki motosikal," ujar beliau lagi. Mohamad turut dihubungi kemudian untuk mendapat maklum balas berhubung insiden tersebut, tetapi gagal. Mohamad sekarang berada di universiti Frankfurt dan Berlin, Jerman untuk membentangkan kertas kerja akademik berkaitan demokrasi, dunia Islam dan Gaza. HARAKAHDAILY |
| Pelakon Lucah Tawar "Badan" Sebagai Ganti Rugi Kekejaman Jepun Posted: 17 Jun 2010 07:00 AM PDT Pelakon lucah yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang Sino- sejarah Jepun menawarkan seks kepada penuntut China di Jepun sebagai tanda memohon maaf atas pencerobohan Jepun terhadap China sewaktu perang dunia yang lalu.Raunchy Anri Suzuki berasa kurang senang tentang perkara yang telah dilakukan oleh askar negaranya pada tahun 1937, dan atas sebab itu dia menawarkan sesuatu yang mampu dilakukannya untuk menebus kesalahan tersebut. Duniacacamarba. Jika benarlah begitu, sudah pasti berbaris pelajar China menuntut "ganti rugi" yang ditawarkan oleh pelakon lucah ini. Saya petik: Porn star offers her body as compensation for war crimes A Japanese porn star with a doctorate in Sino-Japanese history is offering to have sex with Chinese students - to apologise for her country's invasion of China. Raunchy Anri Suzuki feels so bad about what her countrymen did in 1937 that she is offering to make up for it in the only way she knows how. The sexy 24-year-old, from Tokyo, has made the naughty offer to Chinese students in her homeland after studying the Japanese invasion. She said: "We have to respect the lessons of history and although we cannot obliterate it we can try and make recompense. "I want to cure the wounds of China with my body, and I offer to do this by having sex with Chinese students in Japan. "I think it would be a symbolic compensation for them." Sumber: The Sun, UK duniacacamarba |
| Posted: 17 Jun 2010 05:00 AM PDT ![]() GAMBAR menunjukkan seekor anak kucing yang mempunyai dua muka. CHARLESTON, West Virginia - Seekor anak kucing yang dilahirkan pada minggu lalu mempunyai dua muka mempunyai peluang 50 peratus untuk hidup, lapor sebuah akhbar semalam. Anak kucing yang diberikan nama Two Face oleh pemiliknya itu dilahirkan telah dibawa ke sebuah klinik haiwan kerana ibunya enggan menjaga dan menyusukannya. Selain dua muka, haiwan tersebut mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata. Seorang doktor haiwan, Erica Drake, memberitahu anak kucing itu menghidap sindrom Diprosopus yang penghidapnya mempunyai satu kepala tetapi mempunyai dua wajah. - AP kosmo |
| Umno-BN Jadikan ADUN Pakatan Rakyat Jutawan Segera Posted: 17 Jun 2010 03:00 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR 16 Jun - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar DAP dan menjadi anggota Bebas adalah disebabkan masalah kewangan dan peribadi. ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata alasan yang diberikan bahawa beliau hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat Perak cumalah mainan politik dan pembohongan semata-mata. "Keshvinder mendakwa kawasannya tidak mendapat peruntukan pembangunan sebab itu dia menjadi ahli Bebas. "Dia sepatutnya kutuk kerajaan Umno-Barisan Nasional di bawah pimpinan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang enggan memberikan peruntukan daripada cukai yang dikutip daripada rakyat. "Sebelum ini selepas pilihan raya kecil Sibu, Keshvinder ada memberitahu bahawa keretanya telah ditarik oleh institusi kewangan dan ADUN Titi Serong, Drs Idham Lim telah membantunya menyelesaikan tunggakan sebanyak RM3,500. "Bulan lalu juga, kerani yang bekerja di dalam firma guamannya telah melakukan pecah amanah sebanyak RM45,000 di mana wang pelanggan firma telah dilesapkan. "Kita juga mendengar berita yang mengatakan beliau mempunyai tunggakan kepada Kelab DiRaja Perak sejak beberapa bulan lalu," kata Koo Ham pada sidang media di lopbi parlimen tengahari tadi. Koo Ham menjelaskan DAP Perak berusaha membantu Keshvinder mengatasi masalah kewangannnya tetapi tawaran Umno-BN lebih lumayan dan menarik tanpa mendedahakan bentuk imbuhan tersebut. Ini kerana Keshvinder pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahbun lalu berhubung dakwaan bahawa beliau ditawarkan sebanyak RM20 juta untuk melompat parti oleh agen Umno-BN. Bagaimanapun sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat dakwaan Keshvinder itu. "Bulan lalu Keshvinder sekali lagi telah ditemui oleh agen Umno-BN dan pada pendapat beliau gejala rasuah adalah perkara biasa yang diamalkan oleh Umno-BN. "Saya percaya beliau disogok wang dan imbuhan tetapi jumlahnya kurang daripada RM20 juta yang pernah ditawarkan kepadanya semasa Pakatan Rakyat Perak menjadi kerajaan negeri," tegas beliau lagi. SK |
| Exco Selangor dihalang di Sukma Posted: 17 Jun 2010 01:00 AM PDT ![]() Exco Selangor YB Elizabeth Wong menceritakan petang tadi bagaimana seorang pegawai di Sukma yang sedang berlangsung di Melaka begitu marah apabila beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara renang. Elizabeth berkata pegawai tersebut mempersoalkan kenapa beliau dibenarkan menyampaikan pingat-pingat itu. Akibat dari bantahan pegawai tersebut, Elizabeth berkata beliau telah hanya dijemput untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara sahaja walaupun pada mulanya beliau dijemput untuk dua acara. Bagi acara yang kedua, seorang Exco (Menteri) Sabah telah menggantikan beliau. Tahun lepas saya telah ke Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta Sukma negeri Selangor. Sempat menyaksikan perlawanan hoki. Tapi tahun ini setelah apa yang berlaku kepada Elizabeth, rasanya mungkin tidak ke Melaka. Nampaknya di Melaka, dalam sukan pun pilih-pilih parti. iskandar56100 |
| Hantu Tol Jelapang dah pindah ke Bukit Tagar? Posted: 16 Jun 2010 11:00 PM PDT NAMPAKNYA KEMALANGAN DI LEBUHRAYA PLUS BERDEKATAN PERSIMPANGAN BUKIT TAGAR TERUS MENJADI-JADI.MISTERI KENAPAKAH DI KAWASAN ITU SERING BERLAKU KEMALANGAN MAUT MASIH BELUM TERJAWAB. TIDAK PASTI SAMADA PIHAK PLUS ATAUPUN PIHAK BERWAJIB LAIN SEPERTI JAWATANKUASA KESELAMATAN JALANRAYA (JKJR) ADA MEMBUAT KAJIAN TENTANG MISTERI YANG MASIH MENYELUBUNGI DI KAWASAN BUKIT TAGAR INI. SEKIRANYA PIHAK BERWAJIB MASIH GAGAL MERUNGKAI MISTERI KEMALANGAN DI KAWASAN INI,ELOKLAH SEKIRANYA DI HANTAR SKUAD SEEKERS PULA BAGI MENENTUKAN SAMADA FAKTOR KEJURUTERAAN ATAUPUN GANGGUAN LAIN YANG MENYEBABKAN KEKERAPAN KEMALANGAN DI KAWASAN INI. SESUATU PERLU DILAKUKAN SEBELUM RAMAI LAGI YANG MENJADI MANGSA.PIHAK PLUS BERJAYA MELAKUKANNYA DI TOL JELAPANG,KENAPA TIDAK DI BUKIT TAGAR? UNTUK MAKLUMAN,KREW BLOG INI JUGA PERNAH MELIHAT SENDIRI SECARA LIVE KEMALANGAN SEBUAH BAS DI KAWASAN TERBABIT (LAPORANNYA DI SINI). BERIKUT BERITA TERBARU PADA 16 JUN 2010: ![]() KM 416-8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan Bukit Tagar Hulu Selangor 16 Jun 2010 7 pagi Kemalangan ini membabitkan 3 buah lori - dan seorang kelindan maut. SILA LIHAT LAPORAN BERGAMBAR DI: ondscene |
| Mat bangla, isteri orang berkhalwat Posted: 16 Jun 2010 09:00 PM PDT TANAH LOT – "Sembilan hari berada di penjara sudah cukup memberi pengajaran pada saya untuk tidak lagi mengulangi perbuatan ini," itulah rayuan seorang wanita warga negara Thailand kepada Hakim Syarie agar mengurangkan hukuman bakal dikenakan atas kesalahan khalwat dilakukannya bersama lelaki warga Bangladesh. Tertuduh, Miss Yamattana Angkhanwan, 33, ketika membuat pengakuan dalam satu prosiding perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin turut merayu Hakim tidak mengenakan hukuman penjara ke atasnya kerana dia sudah menginsafi perbuatannya setelah sembilan hari berada dalam Penjara Pengkalan Chepa kerana gagal membayar wang jaminan berjumlah RM2,000. "Saya juga mohon tidak dipenjarakan kerana salah seorang anak saya kini sakit dan memerlukan perhatian. "Malah, saya juga insaf atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," rayu ibu kepada empat anak itu kepada mahkamah. Sementara itu, pasangannya, Md Jamal, 32, warga Bangladesh yang sudah empat tahun menetap di negara ini ketika dibacakan pertuduhan ke atasnya faham dengan fakta kes dan membuat pengakuan bersalah. Walaupun kurang fasih berbahasa Melayu, namun tertuduh, seorang buruh yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang difahamkan masih berstatus isteri orang itu turut mengakui kesilapan dilakukan. Setelah menimbang rayuan kedua-dua tertuduh, Hakim Syarie akhirnya membebaskan pasangan terbabit. "Saya harap tempoh sembilan hari semasa ditahan di penjara adalah satu hukuman yang boleh menginsafkan diri kamu agar tidak mengulangi perbuatan ini, dengan ini mahkamah memberi amaran kepada kamu," katanya. Mengikut fakta kes yang dibacakan ke atas tertuduh, bertindak atas maklumat, pada 14 Jun 2010, pengadu bersama polis mengadakan serbuan ke sebuah rumah bernombor 168, Jalan Panglima Tanah Lot kira-kira jam 2.25 pagi. Ketika sampai, semua pintu rumah dan tingkap dalam keadaan tertutup rapat. Sebaik pintu diketuk, ia dibuka seorang perempuan. Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki dan hasil soal siasat mendapati mereka tiada mempunyai hubungan muhrim yang sah. Mereka disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. sinarharian |
| Isu Adun Lompat Parti Di Perak Posted: 16 Jun 2010 07:00 PM PDT ![]() Berhubung dengan tindakan Ahli dewan undangan negeri(ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP yang mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti dan mengistiharkan menjadi ADUN bebas. Keputusan untuk berpaling tadah itu diumumkan pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari kelmarin. Keshvinder memberitahu wartawan yang surat perletakan jawatannya juga telah diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, pagi kelmarin. Dengan ini saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan :- 1. Saya menyanggah semua kenyataan Keshvinder dengan alasan-alasan beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP yang sengaja diada-adakan demi untuk menghalalkan pengkhianatan beliau terhadap Parti DAP dan pengundi Malim Nawar yang diwakilinya. 2. Alasan-alansan yang disebutkan oleh beliau adalah sangat bercelaru dan tidak konsisten dengan realiti yang berlaku terhadap dirinya sendiri. Beliau saya lihat semacam sangat menggelabah semasa mengeluarkan kenyataan kelmarin dengan cuma membaca kenyataan bertulis. 3. Alasan beliau kononnya kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat adalah tuduhan yang berat dan tidak berasas. Saya mengesahkan bahawa sejak Pakatan Rakyat berkuasa di Perak pada 8 Mac 2008 sehingga berlaku rampasan kuasa dan dalam era Kuasa Pakatan Rakyat dinafikan, Semua Pusat Khidmat ADUN PR berfungsi seperti biasa dengan pengawasan dari Pakatan Rakyat negeri dan parti yang diwakili masing-masing . Semua ADUN PR tidak pernah mengabaikan tanggung jawab yang dimanahkan sehinggalah kesaat ini. Alasan terlalu banyak berpolitik bagi sebuah parti politik adalah alasan kebudak-budakan . 4.Khesvinder juga mendakwa keputusannya dibuat setelah membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat serta yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Perak.Selain itu katanya apa yang dilakukan demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar dan berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu. Alasan-alasan diatas adalah tindakan beliau "menjliat ludahnya sendiri" sedarkah beliau apa yang pernah beliau lakukan bersama Pakatan Rakyat semasa dia juga anggota kerajaan semasa PR berkuasa di Perak, banyak dasar-dasar yang dilakukan oleh PR adalah dalam bentuk kebajikan dan membela nasib rakyat yang gagal diselesaikan oleh BN selama 50 tahu, Pemberiaan geran kekal kepada rakyat berbilang bangsa di Kampung Tersusun dan Kampung Baru adalah satu bukti yang jelas Pakatan Rakyat lebih baik dari BN. Alasan Hanya BN yang mampu membangun kawasan luar bandar adalah alasan yang salah yang sengaja direka untuk menghalalkan tindakan jahat beliau itu. 5.Kenyataan Khesvinder yang menyedari betapa serius masalah di kawasannya selepas berkhidmat selepas rampasan kuasa pada Februari 2009 dan baru tahu ada masalah kemiskinan tegar yang perlu diselesaikan , Adalah bukti bahawa beliau lah yang ada masalah. Saya tidak tahu apa yang dia lakukan sejak dia menjadi ADUN sehingga rampasan kuasa sehingga baru tahu ada orang susah dikawasannya selepas BN merampas kuasa. 6. Harapan Keshvinder supaya kerajaan BN akan membekalkan bantuan bagi membolehkannya membantu pengundi di kawasannya adalah sudah terlambat. Sesudah 2 tahun lebih menjadi ADUN baru dia mahu berlagak menjadi wakil rakyat di DUN yang dimenanginya. Sebelum ini dia "tidur" sahaja. Selain itu saya mempertikaikan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM 75,000 yang masih berbaki untuk tahun 2008 yang disalurkan melalui pejabat Daerah dan dikendalikan kelulusannya oleh ADUN semasa Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan di Perak. Kemanakah dia menyalurkan bantuan tersebut dan banyak lagi bantuan lain yang diturunkan melalui pejabatnya. 7.Alasan DAP kebangsaan dan negeri gagal membantunya menghulurkan bantuan kepada rakyat dan tidak boleh berbuat apa-apa sebagai ADUN pembangkang serta mendakwa selama ini beliau menggunakan dana sendiri untuk membantu penduduk di Malim Nawar.Adalah tindakan membuka pekung didada yang mengambarkan Khesvinder memang seorang yang tidak layak menjadi seorang ADUN. Mengukit pemberian peribadi untuk rakyat dan memnyalahkan parti dan orang lain hanyalah alasan yang dangkal bagi melindungi pengkhianatan yang dia lakukan kepada parti dan rakyatnya. 8.Tindakan beliau menafikan bahawa dia ditawarkan ganjaran bagi meninggalkan DAP dan mencabar mereka yang membidasnya memeriksa buku akaun banknya dan kenyatannnya yang berkata beliau juga tidak didatangi oleh mana-mana ahli BN serta dia bersih adalah kenyataan yang bercanggah dengan tindakan nya bersama saya ke Pejabat SPRM Ipoh pada 25 Februari 2009. Keshvinder membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat. Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM pada hari itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu. 9. Dengan ini saya menegaskan bahawa tindakan Khesvinder tidak membawa masalah kepada Pakatan Rakyat. Sebenarnya yang mendapat masalah ialah BN Perak yang mesti melayan apa saja kemahuan yang diperlukan oleh "Katak" tersebut. BN Perak yang bergolak dengan sikap iri hati pihak tertentu apabila 3 ADUN bebas sebelum ini dilayan dengan melampau akan terus benasalah. Kehadiran Khesvinder tentu akan membawa tuah kepada dirinya sendiri yang sudah lama berangan-angan dengan tawaran BN sepeti yang dia sendiri laporkan ke SPRM. 10. Pakatan Rakyat Perak terus utuh dengan gabungan yang mantap serta kesefahaman yang terus kami jalin terus bagi memastikan segala gerak kerja yang selama ini dirancang bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang diterus dan ditingkat dari masa ke semasa. 11. Sehubungan dengan itu saya meminta semua ahli parti, penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya terus bertenang dan melakukan tindakan di dalam batas undang-undang yang sedia ada. Saya yakin kepimpinan dalam semua komponen Pakatan Rakyat Perak akan terus mengembelingkan tenaga bagi memastikan kuasa rakyat yang dirampas dikembalikan di Perak. KENYATAAN MEDIA : 16 Jun 2010 YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM ADUN Titi Serong/ detikdaily |
| Lari separuh bogel dikejar suami Posted: 16 Jun 2010 05:00 PM PDT ![]() INILAH rumah ladang getah Kemasui, Mengkarak di Bera tempat mangsa disimbah asid tinggal bersama suaminya beberapa tahun lalu. KUANTAN - Seorang wanita terpaksa berlari dalam keadaan separuh bogel bagi menyelamatkan dirinya daripada terus disimbahkan asid oleh suaminya yang cemburu buta dalam kejadian di perumahan pekerja ladang getah Kemasui, Mengkarak dekat Bera kelmarin. Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan pengurus ladang untuk meminta cuti. "Mangsa dan kakaknya bercadang untuk pergi ke kuil menyebabkan pada hari kejadian mangsa keluar dari rumah kakaknya untuk pergi berjumpa pengurus," kata beliau di sini semalam. kosmo |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan