Sabtu, 5 Jun 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Empayar Naza Bakal Runtuh?

Posted: 05 Jun 2010 03:26 AM PDT

KELAB GREENBOC

Empayar Naza yang dibina oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin sejak lebih tiga dekad lalu kini dikhuatiri akan berpecah di sebalik tuntutan harta oleh dua keluarga yang kini melangkah ke pintu mahkamah.

Kebimbangan ini tercetus selepas isteri kedua, Rokiah Abdullah dan lima anaknya memfailkan kes menuntut harta RM350 juta dan juga hartanah di Malaysia dan England, selain kawalan ke atas enam syarikat yang kini diterajui oleh isteri pertama dan lima anaknya.

Di bawah undang-undang warisan Islam, harta si mati harus diagihkan dengan saksama sebagaimana disebutkan dalam al-Quran.

Justeru, langkah ini dibimbangi akan menyebabkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza dibahagikan kepada dua keluarga yang terlibat dalam rebutan harta ini, sekali gus memecahkan kekuatan salah satu konglomerat persendirian terbesar di negara ini.

Kumpulan Naza dikatakan bernilai RM3 bilion.

Nasimuddin membina empayarnya hasil dasar afirmatif ekonomi kerajaan diperkenalkan awal 1970-an, yang antara lain menyediakan sistem AP untuk mengimport kereta.

Beliau dikatakan menerima sebanyak 18,000 AP setahun.

Syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza terdiri daripada lebih 30 entiti, yang terlibat dalam perniagaan automobil, pembangunan hartanah dan perkhidmatan teksi. Keluarga itu dikatakan memiliki hartanah di London dan Los Angeles.

Peguam syarie Aziz Hassan memberitahu The Malaysian Insider bahawa penjelasan mengenai pembahagian harta warisan dalam al-Quran sangat jelas.

"Undang-undang harta pusaka Islam boleh didapati dalam al-Quran dan ia menentukan dan menetapkan bagaimana harta warisan seharusnya diagih-agihkan di kalangan anggota keluarga.

"Ia sangat jelas dan tiada sebarang isu melainkan pewaris sendiri bersetuju sebaliknya," kata beliau.

Di bawah peruntukan itu jelas beliau, anak lelaki akan memperoleh sebahagian besar harta peninggalan.

"Dalam keadaan normal, ibu bapa akan mendapat satu per enam harta, isteri atau isteri-isteri pula secara bersama akan memperoleh satu per lapan, anak-anak akan menerima dua bahagian manakala anak perempuan satu bahagian," kata Aziz.

"Ini adalah pembahagian asas dalam Islam selepas melunaskan (segala) hutang," katanya lagi.

Semalam, Rokiah dan lima anaknya memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England.

Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd.

Saman itu difailkan oleh Rokiah bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia.

Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26,

Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd,

Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15.

Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan

Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang.

Mereka juga menuntut syarikat-syarikat, aset-aset Allahyarham dan juga beberapa hartanah dalam negara dan England.

Plaintif juga menuntut Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd menyerahkan butir terperinci nilai aset Allahyarham yang dipegang amanah olehnya.

Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa semasa Nasimuddin masih hidup, beliau telah berjanji akan menyerahkan syarikat Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd kepada kesemua plaintif untuk membolehkan mereka hidup berdikari tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa pindah milik, Nasimuddin meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, pada 1 Mei 2008.

Mereka juga mendakwa sebelum Nasimuddin meninggal dunia, beliau memberitahu mereka bahawa asetnya melebihi RM3 bilion dan telah menyerahkan kepada plaintif butir-butir syarikat dan harta yang dimilikinya. Ia termasuk beberapa buah banglo dan hartanah di dalam negara, lima hartanah di sekitar London, sebuah banglo di Johannesburg, Afrika Selatan, serta sebuah apartmen dan sebuah banglo di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Apa juga nilai bersih, ia akan dikira secara nisbah. Adalah jelas dan tiada persoalan walaupun ada wasiat.

"Melainkan kita hendak menghormati orang yang sudah meninggal dunia dan wasiatnya, maka setiap orang perlu bersetuju bahawa akan mematuhi wasiat yang telah dibuat," kata beliau sambil menambah, melainkan undang-undang harta pusaka akan mengatasi segala-galanya.

Bagaimanapun Aziz menekankan bahawa kedua-dua isteri boleh membuat tuntutan terhadap harta pencarian.

"Ia tidak kisah, jika boleh dibuktikan bahawa perkahwinan mereka adalah sah, maka boleh memperoleh satu per lapan harta yang akan dikongsi oleh kedua-dua isteri," katanya.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua mereka boleh menuntut harta yang dikumpulkan sejak perkahwinan mereka.

Dalam keadaan sedemikian, jelas beliau, isteri pertama akan mendapat bahagian yang lebih besar berbanding isteri kedua, jika diambil kira tempoh perkahwinan mereka.

Kata beliau, tuntutan harta sepencarian perlu dibuat sebelum pengagihan dibuat.

"Jadi tiada pembahagian secara automatik. Apakah yang anda akan menuntut? Berapa banyak yang anda akan tuntut? Dan, bagaimana anda akan membuktikan yang anda ada menyumbang kepada usaha pemerolehan aset.

"Anda ada hak tetapi anda kena membuktikan tuntutan anda," kata beliau.

Aziz mengakui menentukan nilai Empayar Naza akan menjadi satu tugas yang amat besar, khususnya bagi mendapatkan nilai sebenar konglomerat ini.

Mereka juga menuntut bayaran sementara berjumlah RM20 juta daripada Zaleha dan anak-anaknya menerusi Ekspedisi Nikmat dan baki tuntutan selepas perbicaraan kelak.

Anak kedua, Nasarudin enggan mengulas apabila dihubungi semalam. Nasimuddin memulakan perniagannya pada 1974 dan telah diberikan 18,000 AP setiap tahun untuk mengimport kereta.

Kumpulan Naza menjadi tumpuan apabila diberikan kawasan seluas 65 ekar, tanah milik kerajaan di kawasan Jalan Duta di sini, yang bernilai RM15 bilion tanpa melalui tender terbuka. -TMI

Ulasan GB

Keruh di hulu, keruh jugalah di hilir.

Sebut Naza, teringat Rafidah, teringat juga isu AP. Dan teringat juga satu adage "easy come easy go".

Pakatan bawa isu pilihan raya ke peringkat global

Posted: 05 Jun 2010 03:24 AM PDT



Shamsul memberi ucapan pembukaan beliau semasa Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru. — gambar fail

KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) mahu meneruskan tekanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dengan membawanya ke peringkat antarabangsa susulan perkembangan ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat majlis presiden PR Selasa lalu.

"Mengambil kira apa yang perlu ketika pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan Sibu, kami memutuskan untuk meneruskan tekanan di kedua-dua peringkat tempatan dan antarabangsa," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun mekanisme mengenai usaha meneruskan tekanan itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa pilihan raya yang dianggotai oleh pengarah pilihan raya parti komponen PR.

"Butiran akan diputuskan oleh jawatankuasa, tetapi apa yang diputuskan ialah keperluan untuk meneruskan usaha menuntut agar pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini," katanya.

Malah kata beliau, selain tuntutan petisyen yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini, PR juga akan mengumpulkan maklumat terperinci untuk dibawa ke pengetahuan masyarakat antarabangsa.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai selaras dengan keputusan Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru minggu lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga akan membahaskan usul agar diadakan Gerakan Bersih II bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil ketika mengadakan muktamar mereka di Kota Baru minggu depan.

"Kami akan menggesa agar diadakan Gerakan Bersih kali kedua meminta beberapa kelemahan dalam sistem pilihan raya diperbaiki.

"Perkara-perkara seperti sistem daftar bersih dan pemansuhan undi pos yang pernah ditekankan semasa Gerakan Bersih pertama belum menampakkan hasil," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kayat.

Dalam ucapan dasarnya Sabtu lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Pakatan Rakyat agar sekali lagi diadakan himpunan Bersih untuk menjamin perjalanan pilihan raya yang adil.

"Saya juga mencadangkan kepada Pakatan Rakyat untuk merancang sekali lagi Himpunan Bersih dengan azam yang kuat menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus," kata beliau.

Perhimpunan Bersih kali pertama telah digerakkan di ibu negara pada 10 Nov 2007 untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan Bersih yang turut disertai pelbagai parti pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menuntut pilihan raya yang adil.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh pula berkata, beliau sudah dimaklumkan tentang keputusan PR Selasa lalu.

"Saya tidak hadir mesyuarat hari itu, tetapi saya sudah dimaklumkan tentang keputusan yang dicapai.

"Kami akan mengadakan perbincangan mengenai keputusan yang dicapai," kata beliau sambil menambah, PKR buat masa sekarang sudah ada rangkaian kerjasama dengan Rangkaian Asia Bagi Pilihan Raya Bebas (Anfrel), yang ditubuhkan pada 1997.

Kerjasama itu akan digunakan dalam usaha menuntut pilihan raya bebas dan adil, katanya.

"Pengalaman ini akan dikongsi bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan," katanya.

Taib Mahmud gagal menangkis gelombang perubahan

Posted: 05 Jun 2010 03:20 AM PDT

Zhang Nian Sheng



Nasib SUPP selepas PRK Sibu (Bahagian pertama)

Sudah lebih daripada 50 tahun SUPP (Sarawak United People's Party) bertapak di Sarawak. Pada tahun 1970, SUPP bertukar landasan politik dari pembangkang ke pemerintah, dan terus terendam dalam sistem yang korup sepenuhnya. Kerakusan dan ketagihannya terhadap kuasa kini sudah menjangkau tahap yang ketara.

Pada masa yang sama, untuk mengekalkan kedudukan dan pangkat pimpinan tinggi dalam parti, SUPP melakukan segala yang boleh untuk mengampu Ketua Menteri Taib Mahmud (gambar kanan) yang sudah 29 memerintah di Sarawak. SUPP berpeluk tubuh pada ketika hak dan kepentingan komuniti Cina tercabul, menjadikan parti yang paling bersejarah di Sarawak ini semakin kehilangan sokongan rakyat.

Pilihan raya negeri 2006

Pilihan raya negeri pada 20 Mei 2006, penduduk bandar mula menggunakan undi dalam tangan untuk menentang agenda politik yang menentang suara rakyat. Pilihan raya ini berakhir dengan kekalahan SUPP di Kuching, bahkan empat kawasan majoriti pengundi Cina telah ditembusi. Malah, jawatan Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan yang selama ini dipegang SUPP, kini dilantik daripada kakitangan kerajaan berketurunan Cina.

Selain itu, gelombang perubahan bergelora di kawasan Bukit Assek dan Meradong, malah menular ke kawasan Pelawan, Dudong dan Repok, sehingga SUPP menang tipis di ketiga-tiga kawasan ini. Sementara itu, tekad untuk mengembalikan kawasan Kidurong di Bintulu turut gagal, ketika berdepan dengan arus suara rakyat.

Loceng amaran telah berdering untuk SUPP selepas pertarungan 20 Mei 2006. Buat kali pertama SUPP kehilangan Engkilili selepas peristiwa Ming Court pada tahun 1987. Lantaran daripada itu, parti politik yang berasaskan kaum Cina ini semakin tersekat dalam rangka komuniti Cina.

PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana Chong Chieng Jen dari DAP mempertahankan kerusinya di Kuching, mematahkan serangan Sim Yaw Yen dari SUPP-BN dengan majoriti 9,952 undi. Kemenangan ini menutup mulut SUPP, yang sebelum ini menuduh DAP menang di pilihan raya negeri 2006 dengan pendekatan menghasut sentimen pengundi. Perlu diingatkan bahawa Chong Chieng Jen hanya menang dengan majoriti 2,041 undi dalam PRU pada tahun 2004.

Peralihan pengundi Cina Sarawak

PRK Sibu pada 16 Mei 2010 menyaksikan bagaimana SUPP yang dinaungi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan UMNO, "memindahkan" kabinet kerajaan persekutuan dan negeri ke Sibu untuk menarik undi. Namun, pertarungan sengit ini berakhir dengan penembusan kubu tradisional BN, malah memperlihatkan tsunami politik yang kini menuju ke utara. Tapak SUPP di Sungai Rajang telah ditenggelami, dan tsunami kini mengarus ke arah sarang Presiden SUPP, George Chan Hong Nam (gambar kiri) di utara.

Pada tahun 1970-an, pengundi Cina Sarawak berpegang kepada pendirian "tidak memangkah selain SUPP". Tetapi, SUPP kini bertukar menjadi "racun" undi. Proses ini memperlihatkan bagaimana pengundi yang sebelum ini menaruh harapan tinggi, dikecewakan kemudiannya, dan kini berpatah hati. Sememangnya, undi protes hari ini bukan terjadi dalam sekelip mata.

Bagaimanapun, SUPP tetap mempersalahkan pengundi Cina kerana "tidak mengenang budi". Keluhan Wong Soon Koh dari SUPP, ketika ditemuramah wartawan sebaik diumumkan SUPP-BN tewas dalam PRK Sibu, "Saya tidak tahu apa yang pengundi Cina Sibu mahu!" menunjukkan apa yang sebenarnya bermain dalam minda pimpinan SUPP. Malah, pemimpin parti ini masih bertanggapan bahawa segala pembangunan di Sarawak pada hari ini merupakan kurniaan SUPP dan BN, tanpa menyedari kereputan dalam parti dirinya, dan jaraknya yang semakin melebar dari rakyat.

Biarpun pengundi telah menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap parti ini melalui PRK Sibu, namun pimpinan SUPP masih mencari alasan untuk menghalalkan ketidakmampuan dirinya, kepincangan dasarnya dan penekanannya terhadap komuniti Cina selama ini.

Menekan dengan majoriti dalam DUN

Dua hari selepas PRK Sibu melabuh tirai, Chong Chien Jen dari DAP dan Dominique Ng dari PKR telah dilarang untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bersidang pada 18 Mei 2010, berikutan usul yang dibawa oleh pemimpin SUPP dan PBB. Kemudian, ADUN Meradong-DAP, Ting Tze Fui pula dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan DUN, satu drama yang diusahakan oleh Wong Soon Koh di depan Pak Uban, Taib Mahmud.

Sejak tahun 2006, Wong Soon Koh membantu Taib Mahmud untuk menyingkirkan (menggantung) pembangkang dari DUN, dengan alasan yang remeh-temeh. Chong Chien Jen (gambar kiri) menjadi mangsa pertama, dan diikuti dengan Richard Wong Ho Leng. Kini, Chong Chien Jen dikenakan sekali lagi, dan Ting Tze Fui bakal menyusul kemudiannya. Tindakan Wong Soon Koh cukup membeliakkan mata orang ramai.

Pada hakikatnya, sebelum pilihan raya negeri tahun 2006, satu-satunya ADUN pembangkang, Chiew Chin Sing turut mengalami nasib yang sama. Chiew membangkitkan isu "China Doll" yang menyamar idenititi diri sebagai penuntut di sebuah kolej tempatan, tetapi terlibat dalam "pekerjaan lain". Isu yang berkaitan dengan kepentingan awam ini tidak dipandang berat dalam DUN, sebaliknya Chiew disingkirkan dari DUN, setelah diusulkan Wong Soon Koh. Dalam hal ini, Menteri PBB berterus terang dengan ADUN pembangkang, bahawa Wong Soon Koh memang pandai berlakon di depan master-nya.

Seterusnya, SUPP menggunakan pelbagai taktik untuk menghalang ADUN pembangkang daripada membangkitkan isu politik, termasuk meninggalkan DUN secara kolektif untuk menggagalkan pindaan Kanun Tanah yang diusulkan pembangkang. Tindakan ini menonjolkan ketidakmampuan SUPP, pengecut, sekadar berani menekan pembangkang, tetapi bukan master-nya yang menekan komuniti Cina selama 29 tahun. Bukan sahaja SUPP mendiamkan diri, malah membodek dan menyolek master-nya.

Ketika menangkis tuduhan pembangkang terhadap Taib Mahmud pada tahun 2009, Wong Soon Koh (gambar kanan) mengeluarkan kenyataan yang paling klasik, berbunyi "Kamu boleh tohmah saya, boleh tohmah SUPP, tetapi tidak boleh tohmah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak!"

*Zhang Nian Sheng ialah penulis yang menetap di Sarawak. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang, daripada teks asal MerdekaReview, edisi bahasa Cina yang disiarkan pada 31 Mei 2010.

Lagi NGO Bantah Judi, Pas & DAP Edar Risalah Anti Judi

Posted: 05 Jun 2010 03:14 AM PDT


TV SELANGOR

Tekanan agar kerajaan pusat menarik balik lesen judi bola sepak kelihatan meningkat dengan satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menentang keputusan menghalalkan pertaruhan aktiviti sukan.

Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan yang mendakwa mempunyai 3,000 ahli di ibu negara mengumumkan protesnya pagi ini.

Pendirian itu dibuat kira-kira 3 jam sebelum Pemuda PAS bersama lebih 20 NGO termasuk sayap muda DAP bersiap sedia untuk melancarkan Gerakan Rakyat Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo di sini.

"Kami akan menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi secara tidak rasmi, apa yang baik untuk rakyat kami akan sokong...," kata Naib Yang Dipertuanya Mohd Zaini Anwar pada sidang media di sini pagi ini.

Terdahulu dalam teks yang dibacakan oleh Exconya, Mohamad Yusoff Yahya, Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik keputusan pengeluaran lesen terbabit dengan segera bagi menghindari kepincangan daripada terus berlaku dalam masyarakat.

"Hanya sumber pendapatan dan perolehan rezeki yang halal sahaja yang dapat memberkati urusan pentadbiran negara, apatah lagi Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara Islam contoh yang menjadi hab perdahangan halal dunia," katanya. (Malaysian Insider)

Perlantikan Syed Hamid Sebagai Pengerusi LTH Ditarik Balik?

Posted: 05 Jun 2010 03:05 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

Rosmah Campur Urusan Negara

SEMALAM ketika berbual dengan Anwar Ibrahim, saya menimbulkan soal bekas Menteri Dalam Negeri, (KDN) Syed Hamid Jaafar Albar. Saya bertanya kepadanya apakah Syed Hamid atau beliau sendiri ada saling hubung menghungi antara satu sama lain selepas Syed Hamid tidak lagi jemaah menteri. Jawabnya rengkas; "Tidak ada!" dan mungkin sedikit terheran kenapa saya menimbulkan perkara itu.

Saya tidak tahu macam mana tak semena-mena saya boleh melontarkan pertanyaan itu kepada Anwar. Mungkin kerana saya pernah bertanya Syed Hamid mengenai Anwar, yang mana sikapnya terhadap Anwar terbuka. Dia tidak berdendam tidak tentu fasal dengan Anwar. Kritikannya kepada Anwar juga beralas dan tidak sampai mencemarkan maruah orang.

Masa mengadakan interviu dengannya (Syed Hamid) beberapa tahun lalu saya sengaja tanya pendapatnya mengenai Anwar. Mahu meninjau persepsi Syed Hamid ke atas Anwar yang dianiaya Malahthir.

Katanya, dia melihat Anwar ada kelebihan tersendiri. Dalam percakapkan itu beliau tidak kondem Anwar seperti mana sesetengah menteri lain. Syed Hamid rasional. Saya bertanya itu kerana sejarah politik mereka berdua mencatatkan mereka pernah berlawanan antara satu sama lain. Syed Hamid pernah mencabar Anwar untuk jawatan Ketua Pemuda Umno, bagaimana pun Syed Hamid tewas dalam pertandingan itu.

Syed Hamid seorang ahli politik yang dilihat kuat dan rajin bekerja serta tidak tahu bergaduh dengan sesiapa pun. Berilah tugas kepadanya dia akan melaksanakan dengan baik. Dia juga jenis seorang yang akur dan taat kepada ketuanya. Baik masa Mahathir jadi PM atau Abdullah Badawi, Syed Hamid tetap senantiasa insaf siapa dirinya. Dia tidak tahu berlawan dan membelakangkan ketua. Kepadanya siapa yang jadi ketua, orang itulah yang diikuti dan patuh.

Kandatipun Najib Razak lebih muda darinya tetapi dia tetap menghormati Najib sebagai ketua - Perdana Menteri. Tidak pernah terdengar yang Syed Hamid terlepas cakap memburukkan Najib di mana-mana dan dalam keadaan apa sekalipun. Sebab itulah bila Syed Hamid digugurkan sebagai menteri menyebabkan saya tertanya-tanya, kenapa sebabnya. Dan saya merasakan tindakan Najib itu satu kesilapan.

Syed Hamid seorang menteri kanan dan berpengalaman. Sebagai orang baru memimpin negara selaku PM, Najib sangat memerlukan Najib. Bukan itu saja Najib dan Syed Hamid juga ada hubungan yang dibentuk oleh kedua orang tua masing-masing. Syed Jaafar Albar dan Tun Razak berada dalam satu zaman.

Sampai kini saya terheran apakah sebab musabab maka Syed Hamid digugurkan. Saya tidak nampak ada gangguan kepada Syed Hamid di bahagiannya (Kota Tinggi Johor) menyebabkan Najib terpaksa menggugurkannya. Kalau gangguan dialami Syed Hamid itu menjadi faktor saya rasa menteri lain juga tidak kurang hebatnya diganggu oleh kawasan sendiri.

Sehinggalah saya dimaklum oleh seseorang lewat sore tadi baru saya faham kenapa Syed Hamid terpaksa dikafankan dalam karjaya politik sebelum sampai tempohnya. Kalau tidak ada maklumat ini mungkin saya masih tertanya-tanya kenapa Syed Hamid perlu Najib buang. Walhal Syed Hamid seorang yang bersih, tidak ada skandal dan terlibat dengan korupsi, melainkan dia dikenali sebagai seorang yang kedekut dan tidak tahu mengampu saja.

Apa yang dimaklumkan oleh kawan yang juga pernah menjadi pimpinan pemuda peringkat bahagian itu benar-benar mengejutkan saya. Sebelum dia membuka cerita itu dia bertanya saya apakah saya sudah tahu cerita panas yang tersebar dalaman Umno sehari dua ini. Saya kata saya tidak tahu. Dia menggantungkan ayatnya itu menyebabkan saya mendesaknya.

"Ceritalah apa dia...?"desak saya.

"Sungguhkah you tak tahu?" tanya dia serius. "Iya...," jawab saya. Lalu dia pun bercerita mengenai nasib Syed Hamid, yang semalam saya sebut-sebut dengan Anwar. Katanya Syed Hamid yang sebelum ini akan dilantik menjadi Pengerusi Petronas mengganti Dr Mahathir telah dilantik menjadi pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH). Bagaimana pun perlantikan itu ditarik balik dengan tiba-tiba.

Katanya surat perlantikan itu telah pun dibuat dan Syed Hamid ketika mengerjakan umrah baru-baru ini sudah disambut oleh kakitangan LTH di Makkah sebagai pengerusi LTH yang baru. Bagaimana pun dalam Syed Hamid bersiap sedia untuk memasuki pejabat, tiba-tiba ada arahan agar beliau tidak menerima perlantikan berkenaan.

Kata kawan itu yang mengarahkan Syed Hamid menarik diri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir. Logiknya, saya rasakan tidak mungkin kalau keputusan itu dari Jamil sendiri. Logiknya juga mungkin perlantikan itu dibuat Jamil tanpa dirujuk kepada sesiapa sebab itu ianya diarah agar tarik balik.

Kerana itu cerita atau kejadian itu agak memelikkan sedikit. Menyebabkan saya bertanya kepada kawan itu. Mulanya dia tidak mahu bercerita kedudukan yang sebenar tetapi selepas didesak baru dia membuka apa yang berlaku dan yang beliau diberitahu.

"Jamil Khir katanya disuruh oleh Rosmah. Rosmah tidak mahu Syed Hamid dilantik ke jawatan itu," cerita kawan itu tambah mengejutkan saya.

"Kenapa?" soal saya tidak sabar ingin mengetahui apa sebabnya. Perlantikan itu saya kira memang tepat dengan latar belakang dan berperwatakan anak bekas Singa Umno itu. Lagipun beliau yang berketurunan Hadramaut itu lebih tahu dan mudah mesra dengan pak-pak Arab di tanah Arab itu. Hubungan darah daging itu akan memudahkan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dan tentu dapat menambahkan kouta haji bagi negara ini kalau dia menjadi pengerusi LTH.

"Apa alasan Rosmah berbuat begitu? Kenapa dia masuk campur?" tanya saya agak berat untuk mempercayainya. Saya tidak fikir kalau Rosmah turut terlibat sampai ke situ sekali, mencampuri urusan pentadbiran suaminya.

"Rosmah ini kan tidak suka dengan isteri Syed Hamid, Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin... itulah puncanya." jelasnya.

Saya terus jadi termangu-manggu beberapa jurus. Pada saya sukar untuk mempercayai yang Rosmah bersikap begitu. Masakan kerana tidak senang dengan isterinya, maka beliau perlu mengorbankan Syed Hamid. Bukankan tindakan itu turut menjejaskan juga maruah suaminya.

"Takkan itu puncanya?" tekan saya. Kawan itu tidak menjawab tetapi meminta saya menghubungi seseorang bagi mengesahkan apa yang beliau dengar itu. Tegasnya cerita itu bukan dari kalangan boker politik, tetapi dari sumber dalaman Umno sendiri. Beliau baru mendengar berita itu hari ini.

Mengenai hubungan kurang mesra Rosmah dengan Sharifah Aziah, saya sudah dimaklumkan sebelum ini. Rosmah tidak senang dengan siteri Syed Hamid itu kerana beliau rapat dengan isteri Abdullah, Jean Abdullah. Ketika Jean Abdullah jadi Pengersi Puspanita, Sharifah Azian adalah setiausahanya. Jean katanya rapat dan mesra dengan Sharifah bukan saja atas urusan kerja tetapi Jean turut mempelajari ilmu-ilmu agama dengan Sharifah Aizah. Khabarnya orang yang turut memakaikan tudung di kepala Jean ialah Sharifah Aziah.

Hubungan ini tidak disenangi oleh Rosmah. Jadi apabila beliau mengambil alih tempat Jean, Rosmah terus menggugurkan Sharifah Aziah menjadi setiasuaha dan diganti dengan isteri Mustapa Mohamed, Khamzan.

Soalnya apakah kerana keadaan itu maka Rosmah sanggup mencampuri urusan pentadbiran kerajaan? Kalaulah apa yang dikatakan ini benar berlaku ia adalah satu kemalangan buat Najib. Najib harus membendung tindakan diluar jangka begini kerana ia boleh menyebabkan Najib akan dilihat dayus.

Dalam soal-soal rumah tangga, soal keluarga Rosmah boleh menguasai Najib dan menasihati Najib tetapi tidak dalam soal pentadbiran kerajaan. Kalau Najib mengabaikan sikap ini tidak mustahil pentadbiran Najib akan dikaitan dengan campur tangan isterinya.

Apa-apapun kita tunggu maklumat selanjutnya

Maklumat tambahan. Surat perlantikan Syed Hamid dikatakan berkuat kuasa pada 1 Jun. Pemanggil yang meminta Syed Hamid jangan masuk pejabat dulu itu atas lasan Najib Razak sedang pertimbangkan untuk melantik Syed Hamid jadi pengerusi sebuah GLC - syarikat kerajaan lain. Ketika ini Syed Hamid di London atas urusan keluarga. Katanya Syed Hamid juga belum membuat apa-apa keputusan berhubungn 'keputusan' baru itu

http://msomelayu.blogspot.com/

PAS Tawau Selar Penganjur Konsert Inul

Posted: 05 Jun 2010 03:03 AM PDT

PETALING JAYA: PAS kawasan Tawau, Sabah menyelar kenyataan penganjur Konsert 1 Inul Daratista, Nick Jordan yang mendakwa konsert yang sepatutnya diadakan di bandar itu hujung bulan lalu sebagai tidak lucah.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Muhammad Hussain, sebaliknya berkata konsert Inul sebenarnya boleh meruntuhkan akhlak anak muda dan ia tidak wajar diadakan sama sekali.

"Adalah satu kenyataan yang kurang bijak telah keluar daripada mulut Nick Jordan dengan menyatakan bahawa konsert Inul tidak lucah dan dianggap satu seni dalam hiburan.

"Lenggok tubuh dan juga goyang gerudi yang sering diperkatakan itu merupakan bukti bahawa konsert Inul merupakan konsert yang berbaur lucah," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada mStar Online di sini semalam.

Khamis lalu, Nick Jordan mempertahankan pendirian konsert Inul tidak akan mendatangkan masalah kepada orang ramai kerana ia bukan berunsur lucah dan seterusnya kecewa apabila pihak berkepentingan politik cuba menghalang penganjurannya di Sabah hujung bulan lalu.

Akibat masalah itu, konsert berkenaan yang turut di jadual diadakan di ibu negara semalam terpaksa dibatalkan menyebabkan penganjur kerugian kira-kira RM240,000 apabila ia gagal dilaksanakan mengikut jadual.

Kata Muhammad Hussain, pergaulan lelaki dan perempuan di dalam satu konsert itu menambahkan lagi parahnya dan seterusnya dikhuatiri anak muda yang datang bukan sekadar mahu menonton konsert tetapi mempunyai agenda lain yang bertentangan dengan akhlak dalam Islam.

Jelasnya lagi, ia adalah bukti yang jelas bahawa konsert tersebut membawa kesan negatif berbanding kesan positifnya.

"Bukan sekadar sampah sarap yang berserakan di atas padang tetapi kadang kala ada juga peralatan yang digunakan untuk melakukan hubungan seks kerap ditemui setiap kali acara keraian seperti konsert dan sebagainya," katanya.

Muhammad Hussain turut menegaskan kesan daripada tiga jam Inul melakukan gelek di atas pentas itu akan menyebabkan anak muda juga bersorak untuk meniru aksi yang sama dan seterusnya menyumbang kepada keruntuhan akhlak mereka.

"Daripada membiarkan konsert ini berlaku dan menambahkan lagi maksiat di bumi Sabah, lebih baik kita cegah. Sebelum gejala maksiat semakin kronik di Tawau khususnya, lebih baik kita menghalang konsert yang tidak bermanfaat ini," katanya.

Menurutnya acara hiburan itu sebenarnya tidak salah tetapi berhibur yang berlebihan sehingga bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan juga norma masyarakat adalah sesuatu yang dilarang..

Kali terakhir Inul beraksi di Malaysia pada Mei 2005 dan pada tahun ini sudah empat kali konsert artis tersebut mendapat bantahan.

Selain PAS, konsert itu turut di bantah oleh Wanita UMNO Kalabakan.

22 IPTS Dibatal Kelulusan Tahun Lalu

Posted: 05 Jun 2010 03:02 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 buah kolej dibatalkan kelulusan penubuhan sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Pembatalan yang dibuat mengikut subseksyen 54(1) Akta IPTS 1996 itu menjadikan jumlah keseluruhan kolej yang dibatalkan kelulusan sejak 2007 sehingga kini sebanyak 78 buah, katanya.

"Kita terpaksa batalkan atas sebab-sebab ketidakupayaan IPTS ini memberikan perkhidmatan bermutu akibat kelemahan tertentu terutamanya dalam soal kewangan.

"Selain itu ada IPTS tidak beroperasi, tiada kursus atau menawarkan kursus tidak menepati piawaian, tiada pelajar dan jumlah pelajar tidak mencukupi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pameran Pendidikan Persatuan Institusi Pendidikan Swasta Kebangsaan (NAPEI) ke-29 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Presiden NAPEI Profesor Elajsolan Mohan, Presiden Pengasas Napei Tan Sri Yahaya Ibrahim dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Zita Mohd Fahmi.

Saifuddin berkata pembatalan kelulusan itu terpaksa dilakukan bagi memelihara industri pendidikan swasta daripada dicemari prestasi kurang memberangsangkan sesetengah IPTS sehingga boleh memberi kesan kepada pasaran IPTS lain.

Saifuddin berkata kerajaan menjangkakan bilangan IPTS akan terus bertambah di bawah Rancangan Malaysia ke-10 bagi memenuhi tuntutan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir berkelulusan tinggi.

"Kita memang mengalu-alukan kehadiran lebih banyak IPTS dalam negara ini dan kita juga sebenarnya sedang mencari jalan bagaimana untuk menarik kehadiran IPTS dari luar negara untuk membina kampus mereka di negara ini," katanya.

Terdahulu semasa berucap, Saifuddin berkata IPTS perlu mengelak daripada terlalu bergantung kepada bayaran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajarnya sebagai sumber kewangan.

Katanya jika pelajar berkenaan tidak mendapat pembiayaan daripada PTPTN, IPTS terbabit akan berdepan dengan masalah untuk meneruskan operasi mereka.

Jumlah Kes Denggi Turun, Tapi Angka Kematian Meningkat - Rosnah

Posted: 05 Jun 2010 02:56 AM PDT

BERNAMA

PENAMPANG: Walaupun jumlah kes demam denggi bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini menurun berbanding tempoh yang sama tahun lepas, jumlah kematian akibat demam denggi meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi tempoh Januari sehingga 8 pagi ini, jumlah kes demam denggi menurun 10 peratus iaitu 20,215 kes berbanding 22,278 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata bagi tempoh itu sebanyak 62 kematian dilaporkan berbanding 56 kes tahun lepas.

"Faktor peningkatan kepada jumlah kematian ini bukan disebabkan oleh persekitaran atau kesedaran orang ramai yang masih rendah.

"Kajian kementerian mendapati sistem ketahanan badan pesakit itu sendiri yang sangat lemah kerana kebanyakan pesakit pernah mengalami demam denggi sebelum ini. Ada yang mengalaminya dua kali atau tiga kali dan mudah dijangkiti virus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan serentak Pesta Kaamatan, Hari Belia, Hari Guru dan Hari Jururawat Kampung Limbanak anjuran Pergerakan Puteri Umno Sabah di sini hari ini.

Mengenai penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka, iaitu antara negeri yang mempunyai kluster serupa influenza (ILI), Rosnah berkata aspek pencegahan jangkitan virus itu akan diamalkan pada setiap masa sepanjang temasya sukan itu berlangsung dari 10 Jun.

"Kementerian telah menetapkan aspek penjagaan kesihatan di kalangan atlet seperti memakai penutup hidung dan mulut dalam kelompok yang ramai dan aspek kebersihan ketika berinteraksi dengan orang ramai," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata terdapat lebih 43,000 dos vaksin influenza A (H1N1) di klinik dan hospital kerajaan dan kementerian akan mengkaji keperluan untuk mendapatkan bekalan tambahan.

Beliau juga berkata orang ramai boleh mendapatkan vaksin di klinik dan hospital swasta dengan bayaran antara RM50 hingga RM80 untuk satu dos.

Akhbar negeri: Bebas atau sekadar propaganda?

Posted: 05 Jun 2010 02:55 AM PDT

Susan Loone

Kumpulan wartawan mengalu-alukan idea penerbitan akhbar negeri, tetapi pakar media runsing ia bertukar menjadi medan propaganda parti pemerintah.

Wartawan kanan Himanshu Bhatt berkata Pakatan Rakyat boleh menunjukkan komitmennya dengan menzahirkan "suasana media yang bebas dan tidak terkongkong" dengan kemunculan akhbar jenis itu.

"Jika landasannya berjaya dimantapkan, Pakatan mestilah menetapkan contoh dengan membenarkan sidang pengarangnya kekal neutral dan tidak terpengaruh dengan politik, daripada mana-mana pihak," tambah Bhatt.

Beliau mengulas usaha dua aktivis media - Wong Chin Huat and Haris Ibrahim - yang meminta Pakatan menunaikan janji dalam pilihan raya 2008 untuk 'menghasil, menerbit dan mencetak' sekurang-kurangnya satu akhbar bebas di setiap negeri Pakatan dalam bahasa Malaysia.

Kempen anti-judi dilancar secara sederhana

Posted: 05 Jun 2010 02:53 AM PDT

Puteri Aida Haryani & Zulaikha Zulkifli

Pelancaran sesebuah program yang besar biasanya dilangsungkan penuh meriah, tetapi lain pula dengan gabungan pembangkang dan NGO yang memilih melancarkan kempen anti-lesen judi mereka secara sederhana hari ini.

Tanpa persembahan hiburan atau acara potong riben, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini dilancarkan di kompleks membeli belah Sogo di ibu negara selama 30 minit

Hanya dikawal 10 anggita polis, perhimpunan ringkas 60 orang itu berakhir tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Selain kehadiran pemimpin pembangkang seperti ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, wakil NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Jemaah Islam Malaysia (JIM) turut mengambil bahagian.

Ketika merasmikan kempen itu pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid berkata mesej penentangan mereka akan dihantar kepada seluruh ahli parlimen melalui satu sesi penyerahan memorandum di Parlimen pada 15 Jun ini.

"Kami akan memberi memorandum kepada semua ahli parlimen tidak kira BN atau Pakatan Rakyat dan juga kepada Tuan Speaker.

"Tujuan khusus kita serahkan memorandum itu untuk meminta semua ahli parlimen menyokong bantahan terhadap judi sukan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran itu petang tadi.

Sementara itu Khalid (kiri) pula berkata, pemberian lesen judi sukan tersebut tidak langsung pernah dibahas di Parlimen.

"Yang akan dapat keuntungan daripada pemberian lesen judi ini ialah pengusaha judi dan juga along, seterusnya pihak kerajaan sendiri," ujarnya yang juga ahli jawatansa pusat PAS.

Katanya, tindakan membantah lesen judi sukan bukan bermakna judi yang sedia ada tidak ditentang sebalinya hanya :permulaan mendidik rakyat".

Sementara itu, Setiausaha Agong JIM Nahar Mohd Nor berkata, tindakan memberikan lesen judi sukan bukanlah satu penyelesaiaan bagi mengawal aktiviti perjudian yang sememangnya haram di sisi agama Islam.

"Kalau macam itu, bagilah lesen kepada pengedar dadah, pelacur. Hanya orang yang pendek akal sahaja yang akan melakukan perkara sedemikian," tegasnya.

Selepas sesi pelancaran itu, semua pemimpin pembangkang dan NGO mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Orang ramai yang membeli-belah di situ bagaimanapun kelihatan acuh tak acuh terhadap acara tersebut.

Mereka sebaliknya hanya menerima dan membelek risalah yang diedarkan sebelum berlalu pergi.

Di akhir program, 'kemesraan' kira-kira sepuluh anggota polis yang hadir dibalas oleh Azmi dengan masing-masing sekeping risalah bertulis " judi meruntuhkan masyarakat dan negara."

Ditubuhkan selepas kerajaan meluluskan pemberian lesen judi sukan baru-baru ini, GMJ ditubuhkan khas bagi menganjurkan kempen besar-besar menentang tindakan itu.

kemuncak pada bantahan mereka adalah demonstrasi besar di ibu negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Salah urus KSSB: K'jaan S'gor janji lebih hati-hati

Posted: 05 Jun 2010 02:51 AM PDT

MALAYSIA KINI



Ekoran penemuan salah urus tadbir dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan berhubung pemberian insentif kepada anak syarikat kerajan negeri.

"Menyentuh isu pemberian bonus kepada pegawai dan kakitangan KSSB, Kerajaan negeri peka dengan sentimen rakyat dan akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dalam pemberian insentif pada masa hadapan," katanya.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) Teng Chang Khim berkata, dakwaan rasuah terhadap KSSB 'tidak berasas', tetapi wujud unsur salah urus.

Pada 2 Jun, hari pertama pendengaran awam itu, Selcat dilaporkan mempersoalkan pemberian bonus enam bulan kepada kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam tempoh September 2008 hingga Jun 2009, sedangkan syarikat baru ditubuhkan pada Julai 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid bagaimanapun mengucapkan tahniah jawatankuasa khas bawah DUN negeri itu yang "menjelaskan banyak isu yang tertimbul" berkenaan industri perlombongan pasir, termasuklah kes kecurian dan pengurusan KSSB.

"Sesi pendangaran awam oleh Selcat juga membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan melindungi jika ada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa selaras dengan komitmen kerajaan negeri terhadap prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya.

Beliau yang juga pengerusi PKR Selangor berkata, mengikut keterangan yang diberikan, jelas kejadian mencuri pasir galian telah berlaku sejak sekian lama sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

"Selepas Pakatan mengambil alih, hasil ini meningkat hampir tiga kali ganda iaitu sebanyak RM6.3 juta pada 2008 dan RM5.4 juta pada 2009.

"Walaupun ada penurunan kutipan royalti pada 2009, angka itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding (ketika) bawah kerajaan BN," katanya.

Kompleks PAS impian kita

Posted: 05 Jun 2010 02:50 AM PDT

Mohd Rashidi Hasan


30 Jun lepas tercipta suatu lembaran sejarah baru buat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila majlis pecah tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetlands, Dengkil dirasmikan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kompleks baru yang dianggarkan menelan belanja RM30 juta ini merupakan satu lagi mercu tanda yang menjadi titik tolak kesinambungan perjuangan Islam, yang dipelopori PAS sejak lebih setengah abad.

Kompleks yang bakal dibina, mengandungi Pejabat Agung PAS, Pusat Konvensyen, Kompleks kediaman dan perniagaan dan sebagainya.

Di majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta sebahagian besar pemimpin tertinggi PAS Pusat, hadir sama menyaksikan majlis pecah tanah.

25 tahun lalu, di Lorong Haji Hassan, Jalan Batu Geliga, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar didirikan. Pada ketika itu seluruh kawasan tersebut di kelilingi dengan kebun getah dan kebun buah-buahan.

Mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri yang pada ketika itu menjadi Setiausaha Agung PAS menjadi peneraju utama atau arkitek pembinaan Markaz Tarbiyyah.

PAS tidak mempunyai sumber kewangan. Maka setiap ahli dan penyokong PAS bertungkus lumus mengumpul dana dan membantu pembinaan secara gotong-royong, termasuk membuat jalan masuk ke Markaz Tarbiyyah.

Penulis masih ingat sewaktu PAS menganjurkan ceramah kali pertama di situ. Dalam suasana gelap gelita kepekatan malam, kami bersila di celah-celah kebun getah untuk mendengar ceramah.

Dari situlah antara detik-detik mula kemanisan perjuangan dalam PAS.

Kami mengutip derma pada setiap kali ceramah. Mengumpulkan dana bagi membantu pembinaan Markaz Tarbiyyah PAS sedikit demi sedikit.

Pembinaan Markaz Tarbiyyah dimulakan dengan membina sebuah pejabat dua tingkat, sebagai pusat operasi pentadbiran PAS Pusat. Bangunan dewan yang dinamakan Dewan Dato' Fadzil Noor dan perpustakaan Ustaz Yusuf Rawa dibina kemudian.

Dalam tempoh 25 tahun Markaz Tarbiyyah PAS Pusat begitu nostalgik dan amat besar jasanya kepada pembangunan serta perkaderan aktivis PAS.

Sejurus sebelum Pilihan Raya Umum 2008, PAS membuat satu anjakan baru. Pejabat Agung PAS dipindahkan pada penghujung 2007, ke bangunan baru di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Namun bangunan 7 tingkat itu tidak mampu menampung kepesatan operasi PAS.

PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa bangunan yang diketuai Dato' Husam Musa. Beliau beserta beberapa orang AJK bertungkus lumus mencari dana, mencari lokasi dan menyediakan pelan pembangunan Kompleks PAS.

Alhamdulillah dengan kegigihan mereka dan keprihatinan seorang usahawan, PAS memperolehi tanah seluas 20 ekar di Paya Indah Wetlands.

Namun yang ada hanya tanah, dana untuk membina bangunan masih belum ada. Maka hari ini, penulis yang juga sebagai Pemeriksa Kira-Kira PAS Pusat menyeru semua ahli, pemimpin dan penyokong PAS, agar berjihad membantu PAS merealisasikan impian besar ini.

PAS memang tiada duit. PAS selama lebih setengah abad ini, hidup dan subur dengan infak fisabilillah. Kita harus kumpulkan wang sejumlah RM30 juta, jika boleh kita kumpulkan RM50 juta.

Tiada orang kaya atau usahawan yang harus kita harapkan. Saudara saudari, semua bertanggungjawab menghulurkan RM1, RM5, RM10, RM50 atau berapa yang termampu, secara tetap setiap bulan kepada PAS sehingga tertegaknya Kompleks PAS nanti.

Marilah sama-sama kita mencatatkan sejarah, memberitahu generasi akan datang, bahawa kita turut sama membantu membina sebuah kompleks yang bakal memartabatkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ayuh kita kumpulkan RM30 juta sebagai saham akhirat yang kekal selamanya untuk kita!

Satu lagi misi bantuan mencabar Israel

Posted: 05 Jun 2010 02:49 AM PDT

Abdul Shukur Harun


Ketika Israel masih lagi berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa kerana serangan ganas tenteranya terhadap konvoi kapal Freedom Flotilla yang hendak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, kini Israel berdepan dengan satu lagi kapal – Rachel Corre - yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang kini sedang menghampiri pantai Gaza.

Kapal yang mengibarkan bendera Ireland, adalah sebuah kapal dagang yang dibeli oleh para aktivis pro-Palestin dan dinamai menurut nama seorang sukarelawan Amerikayang terbunuh dirempuh oleh bulldozer Israel di Jalur Gaza pada 2003. Kapal itu berangkat dari Malta baru-baru ini, sebuah negara kepulauan di Eropah Selatan.

Perdana Menteri Ireland, Brian Cowen, mendesak Israel untuk membenarkan kapalnya menyampaikan bantuan ke Gaza. Kapal tersebut membawa 15 aktivis termasuk seorang pemenang Nobel Perdamaian dari Ireland Utara, Mairead Corrigan Maguire dan Denis Halliday, seorang mantan diplomat veteran Ireland ke PBB, dan beberapa warga negara Ireland lainnya. Turut serta empat orang sukarelawan Malaysia.

"Pemerintah Ireland secara rasmi meminta kerajaan Israel untuk membenarkan kapal milik Ireland masuk ke Gaza membawa bantuan kemanusiaan," kata Cowen Parlemen di Dublin. Sementara itu, Israel berkeras bahwa kapal manapun datang ke Jalur Gaza akan dilarang.
Namun para aktivis tidak merasa gentar gentar. "Misi kami adalah untuk mematahkan sekatan Israel terhadap 1.5 juta penduduk Gaza dan ini tidak akan menjadi armada terakhir," kata jurucakap Free Gaza Movement Greta Berlin, di Cyprus.

Radio Angkatan Darat Israel melaporkan bahwa kapal itu akan tiba di perairan Gaza pada Jumaat, tapi Berlin menyatakan paling cepat mereka akan sampai pada awal minggu depan. Sekali lagi Israel akan berkonfrantasi dengan masyarakat antara bangsa dan ini menunjukkan ia semakin terpencil dan dibenci oleh dunia, kecuali Amerika.

Liga Arab pula mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Israel kerana melanggar hak asasi manusia kerana mengadakan sekatan terhadap Gaza dan menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Langkah ini dilihat lebih kejam, disusul dengan demonstrasi seluruh dunia yang mengutuk rejim Israel.

Sementara itu, banyak yang dapat dipelajari dari peristiwa serangan ganas tentera rejim Israel terhadap kapal misi yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Rupanya ada hikmah peristiwa ini. Hendaknya mayarakat, khususnya umat Islam, wajar berfikir secara mendalam akan peristiwa ini. Natijah peristiwa ini ialah:

Pertama. Isu Gaza tidak lagi hanya menjadi isu umat Islam, tetapi kini telah menjadi isu kemanusiaan yang menjadi fokus masyarakat antarabangsa, khususnya negara Eropah. Perkembangan ini sangat menarik, menyebabkan Amerika kebingungan bagaimana hendak menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku selama ini dan tidak pernah diduganya.

Kedua. Selama ini penentangan terhadap pencerobohan Israel di Palestin, khususnya kepungan terhadap Gaza banyak disuarakan oleh umat Islam, justeru majoritinya adalah umat Islam. Tetapi kini senarionya berubah sama sekali dengan kebangkitan masyarakat antarabangsa menentang Israel kerana kekejaman Yahudi itu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat betamadun.

Ketiga. Kemunculan negara Turki yang mengambil inisiatif – bersama NGO hak asasi manusa di Eropah – untuk menyediakan kapal dan mengumpul bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini menyebabkan kerajaan Turki dan rakyatnya muncul menjadi pembela nasib rakyat Gaza, di mana pemerintah Turki pimpinan Presiden Abdullah Gull dan Perdana Menteri, Recip Toyyeb Erdogan sebagai pembela rakyat Gaza.

Keempat. Keberanian Turki memberi amaran dan mencabar Israel kerana keangkuhan dan sikap tidak berperikemanusiaannya.

Kelima. Sikap positif pemerintah negara Eropah dan rakyatnya terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, akibat dikepung oleh Israel.

Keenam.Sikap tidak berperikemanusiaan pemerintah Mesir yang terus menutup sempadan ke Gaza melalui Rafah menyebabkan semua bantuan kemanusiaan melalui jalan darat ke Gaza terhalang. Hanya di saat akhir negara itu membuka sedikit sempadan dengan pemeriksaan sangat ketat dan hanya mereka yang mempunyai urusan amat penting baru mendapat surat izin dari kerajaan Mesir untuk rakyat Gaza menyeberang ke Mesir dan sebaliknya. Mesir hanya membuka sempadannya setelah masyarakat antara bangsa mengutuk Israel kerana tindakannya menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketujuh. Menyerlahkan sikap Israel yang terus berdegil untuk meneruskan sekatan ke Gaza dan enggan menerima keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya diadakan Suruhanjaya Penyiasat Antarabanga mengenai isu serangan terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Israel juga masih mendakwa serangan itu dimulakan oleh sukarelawan kemanusiaan di kapal tersebut yang kononnya membawa pelagai senjata, dakwaan ini dinafikan oleh pelbagai pihak.

Inilah perkembangan baru yang sangat menarik, membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai kezaliman Israel. Selepas ini, jika masih ada lagi negara umat Islam, khususnya pemerintah negara Arab, yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel mestilah dihentikan. Sungguh malang, setelah masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Eropah menentang kekejaman Israel, mengapa masih ada lagi negara Arab yang mengadakan hubungan dengan negara haram Yahudi itu.

Beri lesen untuk halal judi ‘pendek akal’

Posted: 05 Jun 2010 02:48 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyifatkan mereka yang meluluskan lesen judi kerana mahu menyekat aktiviti judi adalah golongan `pendek akal'.

Setiausahanya, Nahar Mohd Noor berkata, bukan caranya untuk 'menghalalkan' judi dengan mengeluarkan lesen judi.

Beliau berkata, jika demikian kemungkinan pelacuran dilesenkan untuk menghalalkannya.

"Orang pendek akal melakukan demikian," ujarnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang ini.

Tegasnya, perkara yang buruk dan haram seperti judi tidak boleh diatasi dengan cara memberi lesen.

Katanya lagi, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia akan menyebabkan rakyat terus terperangkap dengan ketagihan judi.

Menurutnya, kajian menunjukkan mereka yang terperangkap dengan kes along kerana terlibat dengan perjudian.

Berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Abim, Rahimi Abdul Rahman pula melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana bantahan rakyat terhadap judi sukan itu tidak disambut oleh media arus perdana.

Sehubungan itu, beliau berharap media arus perdana turut memainkan peranan untuk membantah kelulusan lesen judi itu bagi menyedarkan masyarakat.

KM serahkan SPRM siasatan habuan seks

Posted: 04 Jun 2010 06:20 PM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


AYER KEROH – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes rasuah seks melibatkan seorang pegawai kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Beliau yang mengaku sudah dimaklumkan perkara itu, mengharapkan tidak wujud spekulasi berikutan kes masih dalam siasatan SPRM.

Mohd Ali berkata, beliau akan menyiasat perkara itu berikutan tidak mahu mempercayai tuduhan, selain sikap masyarakat kini lebih gemar membuat tuduhan tidak berasas.

"Jika menuduh tak tahu hujung pangkal. Macam zaman sekarang, orang suka tuduh menuduh, sama ada betul atau tidak, kita tidak tahu.

"Kita tidak mahu spekulasi. Orang tuduh menuduh ini perkara biasa," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Penerangan Pelancong dan Pelancaran Mobile Travel Guide-ITour di sini, hari ini.

Bagaimanapun Mohd Ali enggan mengulas lanjut yang sekiranya kes itu mampu menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Terdahulu, pegawai kanan terbabit melakukan hubungan seks haram sebagai 'hadiah' bagi meluluskan tapak kedai kepada seorang wanita yang juga pengusaha kedai makan.

Akibatnya, wanita itu disahkan mengandung selepas dua kali melakukan hubungan intim dengan pegawai terbabit.

UMNO Kedah makin hari makin karut, sesama depa dok berebut.

Posted: 04 Jun 2010 06:15 PM PDT

Oleh Mummy Rokiah


Pergolakan di antara ADUN-ADUN UMNO di Kedah yang bukan Ketua Bahagian UMNO dengan Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen BN semakin meruncing.

Ini berikutan peruntukan elaun lumayan Kerajaan Persekutuan hanya disalurkan kapada Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen BN sahaja dan ADUN nampaknya melopong.

Persoalannya bagaimana wang rakyat disalur kepada Ketua UMNO Bahagian atau dipergunakan untuk parti politik? Di mana hak-hak ADUN yang dipilih oleh rakyat?

Amalan inilah yang membuatkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian menjadi rebutan, sombong dan angkuh. Mereka tidak berja kuat di dalam pilihanraya dan mereka lebih rela kalah dalam pilihanraya kerana yang penting mesti menang Ketua Bahagian. Ini kerana memenangi Ketua Bahagian UMNO lebih senang dan lumayan ganjarannya dari memenangi pilihanraya.

Apabila Datuk Syed Sobri, ADUN Kuala Nerang mengemparkan untuk meletupkan bom jangkanya, puak-puak UMNO negeri menyerang peribadi beliau kiri dan kanan. Puak-puak yang selama ini sedang tidur lena dibuai mimpi membangkitkan isu hutang-piutang Datuk Syed Sobri.

Contoh yang terdekat baru-baru ini ialah , apabila Datuk Syed Sobri menggesa Datuk Mohd Rozai Safian, Ketua UMNO Bahagian Pendang merangkap Setiausaha BN negeri meletak jawatan kerana gagal memenangi pilihanraya, beliau dengan angkuh mengalih alasan dengan berkata "jika saya diminta meletak jawatan kerana kalah pilihanraya, bukan saya yang perlu dituntut meletak jawatan malahan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Shafie Apdal juga perlu letak jawatan kerana ia tanggung jawab bersama".

Amboooii Mohd Rozai. Mohd Rozai mungkin lupa bahawa yang menyebabkan kekalahan PRU yang lepas telah pun meletakkan jawatan mereka iaitu Pak Lah dan Mahdzir Khalid. Mengapa pulak Najib dan Shapie Apdal dijadikan sasaran. Tidakkah ini kenyataan emosi yang melulu dan berunsur menghina.

Nampaknya pergelutan dan gawat politik UMNO Kedah semakin parah dari hari ke hari dan jika pambu-pambu @ular-ular sawa ini tidak ditambat dengan segera nampaknya sehingga ke ambang PRU13 nanti pun mereka tidak akan selesai bergomoi.

"Buat malu kat oghang…" kata Pak Long Temengau.

88 kematian akibat H1N1

Posted: 04 Jun 2010 06:13 PM PDT

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Sebanyak 88 kes kematian terkumpul akibat Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pagi semalam termasuk satu membabitkan seorang pelajar remaja perempuan tanpa faktor risiko berusia 14 tahun berasal dari Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata hasil laporan pakar perubatan dan keputusan ujian klinikal mengesahkan penyebab kematian mangsa terbaru itu ialah severe bilateral pneumonia berpunca daripada jangkitan virus H1N1.

"Sehingga semalam, sebanyak 48 kes baru disahkan menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 setakat ini berjumlah 14,912 kes, manakala untuk pemantauan kes serupa influenza (ILI) yang dirawat di dalam wad hospital di seluruh negara berjumlah 532 kes dan 76 kes atau 14.3 peratus disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Elaun bulanan KRT RM500 berkuat kuasa mulai Julai

Posted: 04 Jun 2010 06:06 PM PDT

Oleh Adha Ghazali

Penambahan dapat bantu gerakkan aktiviti lebih aktif

KANGAR: Berkuatkuasa bulan depan, semua 4,700 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara akan menerima kenaikan elaun bulanan berjumlah RM500, berbanding RM200 sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, keputusan penambahan elaun itu dibuat selepas pihaknya menerima kelulusan peruntukan tambahan RM14 juta baru-baru ini, berbanding jadual asal hanya kira-kira RM5.6 juta.

Beliau berkata, perubahan ini diharap dapat membantu KRT menggerakkan aktivitinya dengan lebih aktif selepas ini, berbanding 118,000 aktiviti membabitkan penyertaan lebih lima juta penduduk pada sepanjang tahun lalu.

"Pertambahan bermula 1 Julai ini membolehkan setiap KRT menerima elaun bulanan RM500, iaitu tambahan RM300 berbanding hanya RM200 sebulan sebelum ini.

"Jadi, kita harap semua KRT di seluruh negara akan bergerak lebih aktif terutama dalam aktiviti kemasyarakatan, termasuk membabitkan soal keselamatan kawasan kediaman melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS)," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis 2010 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, di sini.

Sementara itu, Koh berkata, pertambahan elaun RM14 juta itu hanya membabitkan jadual pembayaran antara tempoh Julai dan Disember 2010.

"Buat masa sekarang, terdapat 4,700 KRT di seluruh negara dan jika ada pertambahan kelak, saya yakin bajet untuk pembayaran elaun kepada KRT akan turut dinaikkan," katanya.

Denda syarikat hingga RM50j

Posted: 04 Jun 2010 06:00 PM PDT


ISMAIL menunjukkan beberapa jenis kesalahan pihak syarikat serta individu pada sidang media, di Putrajaya, semalam.


Oleh Sazarina Shahrim


PUTRAJAYA: Syarikat yang didapati terbabit dalam perniagaan skim piramid atau skim cepat kaya boleh dikenakan denda antara RM1 juta hingga RM10 juta bagi kesalahan pertama selepas pindaan Akta Jualan Langsung 1993, dikuatkuasakan awal tahun depan.

Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ismail Ahmad, berkata mengikut pindaan itu, syarikat yang terbabit dalam kesalahan kedua pula boleh dikenakan antara RM10 juta hingga RM50 juta.

Beliau berkata, bagi individu yang terbabit dengan kegiatan itu, boleh dikenakan denda antara RM500,000 hingga RM5 juta atau lima tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda RM1 juta hingga RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua.

Dalam akta sedia ada, denda maksimum yang boleh dikenakan terhadap individu ialah RM250,000, manakala RM500,000 bagi syarikat.

Beliau berkata, pindaan akta itu yang dijangka dikuatkuasakan awal tahun depan dalam usaha kerajaan membanteras kegiatan itu di negara ini, turut meningkatkan hukuman terhadap syarikat jualan langsung yang menjalankan operasi tanpa lesen iaitu denda RM1 juta bagi syarikat yang didapati bersalah bagi kesalahan pertama dan RM2 juta bagi kesalahan kedua.

Bagi individu pula boleh dikenakan denda RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama manakala denda RM500,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua.

"Pindaan itu adalah juga untuk mengelakkan syarikat jualan langsung mewujudkan perniagaan menyerupai skim cepat kaya atau skim piramid. Ia juga bagi memastikan syarikat terbabit tidak mengeksploitasi jenis perniagaan jualan langsung seperti yang sering dilakukan oleh sesetengah syarikat.

"Hukuman yang lebih berat perlu dilakukan berikutan tindakan syarikat tidak bertanggungjawab ini menyebabkan persepsi buruk masyarakat terhadap syarikat jualan langsung lain sedangkan kerajaan mahu menjadikan jualan langsung ini satu bentuk sumber ekonomi baru negara," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, persepsi negatif masyarakat terhadap jualan langsung juga menyebabkan perolehan keseluruhan industri itu menurun sejak 2007 lalu.

"Ini adalah antara sebab kita mahu mengadakan semula Konvensyen dan Ekspo Jualan Langsung 2010 yang kali terakhir diadakan pada 2006.

"Kerajaan mahu orang ramai mengetahui apa sebenarnya syarikat jualan langsung supaya mereka memahami dan tidak lagi tertipu dengan pihak yang mendakwa melaksanakan jualan langsung tetapi menjalankan skim piramid atau gores dan menang," katanya.

Ismail berkata, 389 syarikat jualan langsung didapati melakukan kesalahan termasuk skim cepat kaya sejak 2006 sehingga Februari lalu dengan jumlah rampasan bernilai RM10.14 juta.

Katanya, bagi kes gores dan menang, sebanyak 197 kes dikesan dari 2006 hingga Mei tahun ini dengan jumlah rampasan berjumlah RM6.53 juta

Guru cuti dua Sabtu sebulan

Posted: 04 Jun 2010 05:57 PM PDT

BERITA HARIAN ONLINE

Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.

Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini semalam.

Jamali Shadat Hanya Letih

Posted: 04 Jun 2010 05:53 PM PDT

MSTAR ONLINE




Datuk Jamali Shadat telah berkecimpung dalam industri hiburan
selama kira-kira 40 tahun. - Foto THE STAR Oleh S.S. KANESAN

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran Datuk Jamali Shadat,68, menjelaskan keadaan kesihatannya baik selepas insiden rebah di lokasi penggambaran drama beberapa hari lalu.

Jamali yang dihubungi Mstar Online berkata, dia tidak mengalami apa-apa kecederaan serius akibat kejadian itu.

"Itu semua sedikit saja... Tak ada kesan apa-apa pun. Saya cuma letih di lokasi," katanya.

Beliau diminta mengulas insiden terjatuh semasa menikmati makan malam di lokasi penggambaran drama komedi bersiri Masak Lomak Cili Padi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, beberapa hari lalu.

Drama tersebut adalah terbitan Enuja Production Sdn. Bhd.

Menurut laporan akhbar, semasa kejadian Jamali dikatakan mengalami kebas seluruh badan dan pihak krew terpaksa menghantarnya ke Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu dipercayai akibat penyakit darah tinggi yang dialaminya selain tekanan selepas beberapa hari berlakon.

Tiada Hasrat Jual Tanah Kampung Baru Kepada Kaum Lain: Raja Nong Chik

Posted: 04 Jun 2010 05:52 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menjual walau seinci pun tanah di Kampung Baru di sini kepada kaum atau bangsa lain, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Malah, katanya kerajaan akan memastikan setiap pemilik tanah mendapat pulangan masing-masing apabila tanah mereka diserahkan untuk tujuan pembangunan.

"Seperti yang saya jelaskan, nisbah 60:40 hanyalah satu cadangan daripada pihak kerajaan dan ia sebenarnya bukan bermaksud menjual tanah sedia ada kepada bukan bumiputera atau pelabur asing mengikut nisbah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, cadangan nisbah itu hanya akan diguna pakai apabila keseluruhan kawasan kampung berkenaan dibangunkan dengan pelbagai bangunan pencakar langit dengan mendapat persetujuan pemilik tanah.

Raja Nong Chik juga berkata, tidak ada seorang pun pemilik tanah yang akan dipinggirkan daripada proses pembangunan, bahkan setelah memiliki hartanah baru di kawasan berkenaan, mereka akan diberi peluang untuk menjual atau menukarkannya dalam bentuk saham atau pemilikan.

"Kita juga belum membuat sebarang keputusan sama ada unit-unit bangunan atau hartanah itu hendak dijual, disewa atau dipajak kepada bukan bumiputera atau syarikat asing.

"Cadangan nisbah itu sebenarnya bertujuan untuk memastikan pembangunan tersebut turut disertai oleh syarikat gergasi asing, khususnya dalam bidang perhotelan, pasar raya, bank dan sebagainya," katanya.

Katanya, jika pemilik tanah tidak bersetuju dengan nisbah yang dicadangkan itu, kerajaan bersedia untuk berunding sehingga satu persetujuan dicapai yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Sukarelawan Gaza Rakyat Malaysia Berlepas Pulang

Posted: 04 Jun 2010 05:50 PM PDT

BERNAMA

AMMAN: Sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan kerajaan Israel Rabu lepas ekoran insiden rampasan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal minggu ini, hari ini telah meninggalkan Amman untuk ke Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Mereka diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian yang lain menaiki pesawat Royal Jordanian (RJ).

Penerbangan RJ165 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia).

Hadir sama di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu ialah Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

Mereka dijadual berlepas dari Istanbul pada petang Sabtu dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 5.50 pagi Ahad.

Seorang pegawai di kementerian itu memberitahu Bernama di sini bahawa ketibaan rombongan berkenaan akan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka dan keluarga masing-masing kemudiannya akan dibawa menaiki tiga bas menuju ke kediaman persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kesemua 12 rakyat Malaysia itu, termasuk dua pekerja stesen televisyen Astro Awani, berada di atas Kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel di perairan antarabangsa Isnin lepas, sehingga mengorbankan beberapa nyawa.

Kapal yang turut dinaiki aktivis proPalestin dari negara lain, sedang dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang semakin sengsara akibat kepungan Israel sejak tiga tahun lalu.

Gangguan Bekalan Air Di Sekitar Klang, Shah Alam Pada 19 Jun

Posted: 04 Jun 2010 05:49 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air pada 19 Jun berikutan kerja-kerja penyambungan paip bagi menaik taraf jalan persiaran Kuala Selangor Shah Alam, Daerah Klang Selangor oleh Jabatan Kerja Raya.

Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata kawasan yang terjejas ialah Kilang F&N, Flat Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kilang Tiong Nam dan Jalan 26/38 Seksyen 26 dari 8 malam pada 19 Jun hingga 10 pagi, 20 Jun.

"Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak Syabas berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Maklumat lanjut tentang gangguan boleh diperolehi di talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) 1-800-88-5252, atau SMS ke 39222 atau layari laman web Syabas di www.syabas.com.my dan www.twitter.com/puspel serta "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Hubungan Dengan Kapal Rachel Corrie Terputus

Posted: 04 Jun 2010 05:43 PM PDT

PETALING JAYA: Wisma Putra mengesahkan hubungan dengan kapal MV Rachel Corrie yang meneruskan misi Flotila Pembebasan bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga kini terputus.

"Kami masih memantau keadaan itu dan sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kapal berkenaan," kata jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kali terakhir mereka dapat berhubung dengan kapal Rachel Corrie serta keadaan sukarelawan dalam kapal itu pada masa ini.

Pada 30 Mei lepas tiga kapal dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza.

Antara sukarelawan dalam kapal tersebut adalah wakil PGPO, Shamsul Akmar Musa Kamal Shamsul serta Anggota parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen televisyen TV3.

Tiada ulasan: