DIALOG RAKYAT |
- Dr Wells: Tugas terhalang tanpa dokumen dipohon
- Persidangan: Pastikan negara bebas hagemoni Israel
- PM didakwa beri jawapan bercanggah projek RMK9
- Anwar: Memo ke Washington minggu depan
- Rakyat diseru sertai Kempen Memansuhkan Judi esok
- Gula: Mana pelan kawalan?
- Manikavasagam dakwa KKSB amal ‘pilih kasih’
- MB, ribuan rakyat solat hajat bantah kekejaman Israel
- Pengadu sedia dedah penyelewengan KKSB
- 50 ribu sertai demo bantah Israel
- Air Mani Di dubur Saiful, Siapa Yang Memasukkannya?
- BERNAMA Amalkan Kewartawanan Longkang
- Ibu musykil, mahu kematian pelatih PTD disiasat telus
- Mahkamah arah saman Zahnita dibicara, tuntutan Gulatis ditolak
- MP Kapar hadap Selcat tapi dilarang bawa 2 saksi utama
- Judi sukan: Peminat bola pelbagai kaum kata ‘jangan halalkan’
- Anwar pohon dokumen ‘cabar’ penetrasi, kes ditangguh 14 Julai
- Selcat: Tiada elemen rasuah di Kumpulan Semesta
- 60 NGO desak heret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hague
- Isu Bonus Terus Dominasi Selcat
- Pakatan Rakyat, NGO Capai Resolusi, Desak Obama Beri Tekanan Kepada Israel
- Pengundi Permatang Pauh Dipindah, Dakwaan Umno Disangkal
| Dr Wells: Tugas terhalang tanpa dokumen dipohon Posted: 04 Jun 2010 02:33 AM PDT
Mereka juga mahu mendapatkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dilihat Anwar, yang dikompilasi sepanjang pemeriksaan dijalankan ke atasnya di hospital berkenaan. Selain itu, pihak peguambela mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan standard serangan seksual dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan tersebut. Pihak pembela juga ingin mengetahui kelayakan dan pengalaman tiga doktor yang memerika Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.
Alasan yang dikemukakan ialah pakar forensik Australia Dr David Wells (kanan) mengadu beliau tidak akan dapat memberi nasihat kepada pasukan pembela, kecuali beliau memperolehi dokumen-dokumen berkenaan. Dalam afidavit menyokong permohonan tersebut, Dr Wells yang juga profesor di Institut Perubatan Forensik Victoria berkata, kemampuannya untuk menasihati pihak pembela amat terhalang kerana ketiadaan dokumen-dokumen berkenaan. | ||||||||
| Persidangan: Pastikan negara bebas hagemoni Israel Posted: 04 Jun 2010 02:31 AM PDT
"Bahawa kami bersepakat Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hagemoni Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasi oleh mana-mana kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung," resolusi itu dipetik. Persidangan dua jam bermula 11 pagi tadi yang turut menampilkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga merumuskan:
| ||||||||
| PM didakwa beri jawapan bercanggah projek RMK9 Posted: 04 Jun 2010 02:25 AM PDT
Jawapan itu adalah bagi soalan yang dikemukakan ahli parlimen Setiawangsa Datuk Zulhasnan Rafique. Bagaimanapun, dalam jawapan bertulisnya kepada Lim (kiri), Najib menyebut hanya 11 buah projek yang berstatus Belum Mula bawah RMK9, melibatkan peruntukan sebanyak RM82 juta. "Macam mana soalan sama tapi jawapan berbeza-beza?," soal Lim dalam sidang media di pusat khidmatnya di Segambut, Kuala Lumpur hari ini. "Kalau 11 projek sudah berjumlah RM82 juta, kalau 705 projek, berapa jumlah peruntukannya?" soalnya lagi. Tambahnya, beliau percaya perdana menteri telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan jawapan-jawapannya yang didakwa berbeza itu. 'Tak tahu apa yang diperkatakan' Sehubungan itu, Lim berkata, beliau akan menuntut penjelasan berhubung kekeliruan itu pada sesi perbahasan selepas pembentangan RMK10. "Perkara dalam RMK9 pun belum diselesaikan lagi, macam mana hendak bentangkan RMK10?" soalnya. Katanya, beliau memperoleh jawapan bertulis itu selepas perdana menteri memberi jawapan lisan kepada Zulhasnan Rafique pada 14 April lalu. Kedua-dua soalan tersebut adalah berhubung status projek bawah RMK9 serta jumlah peruntukan yang diberikan. Katanya, berdasarkan kedua-dua jawapan berbeza itu, beliau menyimpulkan bahawa "perdana menteri kita tidak tahu apa yang diperkatakannya". Beliau juga percaya, Najib yang juga pengerusi BN bertindak sedemikian dengan tujuan "menutup kelemahan mereka dan mengelirukan rakyat". "Bukti ini menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa kerajaan BN, dalam memberi jawapan kepada rakyat di parlimen, kebanyakan daripadanya adalah salah, palsu dan (besifat) penipuan," katanya. Statistik dikawal agensi kerajaan Beliau juga yakin, pendedahan itu hanyalah gambaran kasar daripada masalah yang lebih besar. "Sebab kebanyakan jawapan yang kami terima di parlimen, (wakil rakyat pembangkang) tidak boleh sahkan. "Semua data statistik ini dikawal oleh agensi bawah kerajaan BN," katanya. Tambahnya, dengan "pembongkaran" tersebut, beliau berharap BN akan bersikap lebih telus dan jujur semasa memberikan jawapan di parlimen. "Kita jangka kerajaan akan bentangkan cadangan untuk projek-projek raksasa (dalam pembentangan RMK10). "Harapan kami (wakil pembangkang) ini bukan hanya satu sandiwara dengan mengatakan ianya projek untuk rakyat tapi akhirnya ditinggalkan," katanya lagi. Lim memberi contoh satu projek pembesaran sebatang jalan sepanjang 3 kilometer di Segambut melibatkan kos lebih RM40 juta yang tidak selesai walaupun sudah diluluskan bawah RMK9. | ||||||||
| Anwar: Memo ke Washington minggu depan Posted: 04 Jun 2010 02:23 AM PDT
Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer. Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini. Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini. Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut. GALERI FOTO Berikut kronologi perhimpunan tersebut: 2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.
2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh] Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.
Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan. Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang. 2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS. 3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.
Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS. Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.
"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar. Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur. "Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya. Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan. 3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan. | ||||||||
| Rakyat diseru sertai Kempen Memansuhkan Judi esok Posted: 04 Jun 2010 02:21 AM PDT
| ||||||||
| Posted: 04 Jun 2010 02:19 AM PDT
| ||||||||
| Manikavasagam dakwa KKSB amal ‘pilih kasih’ Posted: 04 Jun 2010 02:15 AM PDT
| ||||||||
| MB, ribuan rakyat solat hajat bantah kekejaman Israel Posted: 04 Jun 2010 02:14 AM PDT
| ||||||||
| Pengadu sedia dedah penyelewengan KKSB Posted: 04 Jun 2010 02:12 AM PDT
| ||||||||
| 50 ribu sertai demo bantah Israel Posted: 04 Jun 2010 02:07 AM PDT
| ||||||||
| Air Mani Di dubur Saiful, Siapa Yang Memasukkannya? Posted: 04 Jun 2010 02:05 AM PDT KELAB GREENBOC
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini diperkatakan dengan ketiadaan koyakan, hari ini dimaklumkan oleh doktor kerajaan — kewujudan air mani di dubur pengadu memadai untuk merumuskan wujudnya tembusan.Dr Mohd Razali Ibrahim, salah seorang daripada tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 memberitahu, ujian sampel menunjukkan adanya air mani walaupun tiada kesan koyakan atau kecederaan pada bahagian dubur. Ujian itu dijalankan dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku. "Dengan kesemua laporan yang ada di depan saya, saya boleh mengatakan adanya bukti penembusan walaupun tanpa kecederaan klinikal," kata beliau lagi. "Dengan kehadiran kesan air mani, ada bukti penembusan (di bahagian) dubur," katanya. Dr. Razali berkata demikian ketika ditanya oleh pendakwa raya. Peguam Cara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden menyoal mengenai laporan doktor itu sebelum ini, pada 28 Jun yang menyebut "tiada kesan kecederaan, tidak koyakan,,, tiada penemuan konklusif tentang wujudanya penetrasi di dubur." Doktor itu menjawab bahawa pada masa itu beliau tiada pengetahuan tentang kewujudan sampel calitan yang diambil daripada Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Beliau juga mengakui tiada bukti wujudnya kecederaan atau trauma. Menurut satu lagi laporan sampel-sampel calitan itu menunjukkan adanya kesan air mani. Laporan itu hanya ditunjukkan kepada Dr. Razali oleh pasukan pendakwa raya hari ini ketika sesi soal. Ini menyebabkan Dr. Razali mengubah rumusan beliau. Beliau juga membacakan kandungan laporan yang mengatakan sampel calitan B5, B7, B8 dan B9 yang menyebut tentang kesan air mani di dubur. "(Dengan ini) saya boleh merumuskan (sekarang) bahawa adanya bukti tembusan," kata Dr. Razali. Peguam utama Anwar, Karpal Singh dijangka menyoal balas doktor itu selepas ini. Dua minggu lalu Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti. Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya. Pada November lalu, pasukan pembela menegaskan dakwaan liwat terhadap Anwar berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi. Malah sebelum ini peguam-peguam Anwar memberitahu berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal. Mereka mendakwa perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku. Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kini dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. -TMI Ulasan GB Rumusan Dr Mohd Razali di atas menimbulkan banyak tandatanya. Diantaranya ialah jika benar dengan kehadiran air mani di dubur Saiful menunjukkan ada tembusan, ia tidak semestinya dari zakar Anwar atau boleh disimpulkan wujudnya liwat. Bukankah kehadiran air mani itu boleh dimasukkan oleh orang lain apatah lagi air mani Anwar telah diambil secara paksa sebelum perbicaraan bermula? Dan menurut satu pengamatan: 'Saya baru teringat yg KY Jelly ialah water-based lubricant dan ia akan cair pada suhu badan. Bermakna selepas beberapa ketika dan sudah tentu tidak sampai 48 jam, KY Jelly ini akan telah mencair dan meleleh keluar dari mana-mana lekuk badan. Dan jika Anwar dikatakan menggunakan KY Jelly ini, sudah tentu tidak ada air mani yg tinggal dalam bontot Saiful disebabkan telah hanyut dibawa KY Jelly yg mencair ini!' Justeru itu, timbul persoalan baru? Siapa sebenarnya meletakkan air mani di dubur Saiful jika bukan anggota konspirator? | ||||||||
| BERNAMA Amalkan Kewartawanan Longkang Posted: 04 Jun 2010 02:00 AM PDT KELAB GREENBOC
Cuepacs nafi 41% kakitangan awam amal rasuahKUALA LUMPUR — Presiden Cuepacs Omar Osman hari ini menafikan seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu. Sambil mendakwa media telah salah tafsir kenyataannya semalam, Omar berkata, bilangan kakitangan awam yang disoal siat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2007 dan 2009 hanya sekitar 39 peratus hingga 51 peratus. Seramai 51 peratus daripada 591 orang yang ditahan oleh SPRM (Badan Pencegahan Rasuah sebelum 1 Jan 2009) merupakan kakitangan awam dan ia menurun kepada 47 peratus setahun kemudian dan 39 peratus tahun lalu. "Saya cuma berkata sekitar 41 peratus daripada mereka yang ditahan untuk disoal siasat oleh SPRM merupakan kakitangan, bukannya 41 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam... bila dikatakan 41 peratus daripada 1.2 juta kakitangan awam, ramai sudah bimbang dengan laporan ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Omar mengakui beliau menerima banyak panggilan telefon daripada agensi-agensi awam dan ahli-ahlinya berhubung perkara tersebut sejak pagi tadi. Sambil melahirkan rasa bangga kerana peratusan kakitangan awam yang disoal siasat SPRM yang terus menurun sepanjang tiga tahun lalu, Omar berkata, pihaknya yakin angka itu akan mencecah paras sifar menjelang tahun 2012. "Dalam dua tahun, pada akhir 2012, kami yakin peratusan ini akan menurun ke paras sifar," katanya. Laporan Bernama semalam memetik Omar berkata, seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu. Omar dipetik berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera. Laporan itu menambah bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan SPRM supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan. "Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam. "Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya. -TMI Cuepacs: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepasUlasan GB Wartawan manakah yang mula-mula membuat laporan berkenaan? Ya, BERNAMA! Ini menunjukkan berita-berita BERNAMA terpesong dan tidak benar. Ini menunjukkan kepada kita juga berita-berita BERNAMA tidak authentik dan tidak seperti yang diucapkan oleh pembicaranya. BERNAMA banyak melakukan penipuan malah di dalam berita-berita politik pula banyak berita yang direka-reka terutama yang berkait dengan Pakatan Rakyat. BERNAMA mengamalkan kewartawanan longkang yang kemudian menghidangkan berita palsu untuk ditelan oleh rakyat Malaysia. | ||||||||
| Ibu musykil, mahu kematian pelatih PTD disiasat telus Posted: 04 Jun 2010 01:57 AM PDT KUALA LUMPUR — Keluarga Allahyarham Norhashimah Wahid yang 'terkejut' dengan kematian pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik itu Isnin lalu mahu kerajaan menjalankan siasatan terbuka ekoran timbulnya beberapa kemusykilan di sebalik tragedi ibu muda tersebut. Norhashimah, 31, meninggal dunia ketika mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting selama tujuh bulan sebelum disahkan dalam jawatan dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu. Ibunya, Norlia Hashim, 62, berkata, dia mahu kematian anaknya disiasat dengan telus kerana sehingga kini masih tidak tahu sebab Norhashimah boleh meninggal dalam "keadaan yang teruk sebegitu." "Mungkin juga beliau ada dibuli kerana terdapat kesan luka dan lebam pada badannya," katanya. Norlia juga mempersoalkan tindakan pegawai latihan Modul Jati Diri yang didakwa memaksa pelatih pegawai tadbir dan diplomatik itu meneruskan latihan walaupun mengetahui beliau menunjukkan tanda-tanda sakit. "Saya nak tahu siapa pegawai yang memaksa Allahyarham untuk meneruskan latihan. "Saya mendapat tahu ada pegawai yang bertindak menarik kain yang menyebulungi Allahyarham kerana tidak sihat dan memaksanya untuk terjun ke dalam lumpur sebelum melakukan aktiviti lain," katanya. Norlia soal kenapa mesti memaksa Allahyarham sedangkan ketika itu dia sedang sakit. "Adakah seorang peserta yang sakit juga akan dipaksa meneruskan latihan?" tanya beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumahnya di Taman Keramat dekat sini. "Saya mahu menemui pegawai tersebut untuk mengetahui mengapa dia bertindak sedemkian," tegas Norlia. Norhashimah, 31, meninggal dunia Isnin lalu selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah setelah koma sejak Jumaat. Dia dikatakan meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru. Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggalkan suami, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31, dan seorang anak perempuan Nor Hylda Dania, dua tahun. Sebelum kejadian, Norhashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan di Putrajaya, mengadu tidak sihat, tetapi beliau terpaksa mengikuti latihan tersebut. "Melalui kawan-kawan Allahyarham saya mengetahui bahawa dia ada memohon cuti kerana tidak sihat tetapi tidak dibenarkan. "Sebaliknya Allahyarham diugut akan digagalkan sekiranya tidak menghabiskan latihan tersebut," kata Norlia lagi. Norlia juga menafikan Norhashimah tidak sihat dan kurang cergas ketika mengikuti latihan tersebut. "Sebelum Allahyarham mengikuti latihan tersebut beliau begitu sihat dan tidak ada langsung tanda-tanda tidak sihat. "Lagipun beliau merupakan seorang penyelam bertauliah dan sangat menyukai aktiviti lasak, jadi saya hairan mengapa beliau boleh tidak sihat ketika berada dalam latihan tersebut. "Selain itu, dia juga tidak mempunyai sebarang penyakit berbahaya termasuk asma," katanya. Norliah juga kesal dengan tindakan pihak penyelaras latihan berkenaan yang merahsiakan keadaan anaknya itu. "Saya memang amat kesal kerana pihak penyelaras latihan tidak memberitahu apa-apa langsung tentang keadaan anak saya. "Saya tahu Allahyarham dimasukkan ke hospital apabila diberitahu oleh menantu, itu pun pihak hospital yang beritahu bukan pihak penyelaras program," katanya. Pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan mendesak diadakan siasatan terbuka. "Saya juga mendapat maklumat bahawa mereka dilayan dengan begitu teruk sepanjang menyertai lathan tersebut. "Saya akui semua orang mahukan yang terbaik untuk pegawai-pegawai tetapi mereka tidak perlu dilayan dengan teruk seperti minum air stokin dan mandi lumpur," katanya. Beliau berkata kematian Allahyarham Norhashimah menimbulkan pelbagai soalan terutamanya dari segi pengendalian Modul Bina Semangat berkenaan. Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menjalankan siastan lanjut mengenai perkara itu. | ||||||||
| Mahkamah arah saman Zahnita dibicara, tuntutan Gulatis ditolak Posted: 04 Jun 2010 01:54 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan kes model Zahnita yang menyaman Gulatis Exclusive Sdn Bhd kerana didakwa menggunakan gambarnya, dibicarakan kerana terdapat beberapa isu yang perlu diperjelaskan. Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Gulatis dengan kos untuk membatalkan saman Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson tanpa dibicarakan. Lee menetapkan 17 Ogos untuk pengurusan kes. Pada 17 Feb lalu, Gulatis mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman itu kerana mendakwa dalam pernyataan tuntutan model itu, tiada kuasa tindakan terhadap Gulatis (tiada kes untuk di bicarakan di mahkamah) dan mahkamah boleh membatalkannya. Peguam Suganan Krisnan dan Kumar Thagaraju mewakili Zahnita manakala Abdullah Abd Rahman mewakili Gulatis. Pada 11 Dis tahun lepas, Zahnita, 25, memfailkan saman dengan mendakwa Gulatis menggunakan gambarnya dalam poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya, menyebabkan beliau mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil yang lain kerana perkara itu. Zahnita memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Ahmad Zaidi & Partners. Zahnita memohon ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Beliau juga memohon supaya Gulatis menghentikan penggunaan gambarnya pada mana-mana iklan syarikat itu dan memohon maaf secara terbuka melalui media massa tempatan. Zahnita mendakwa pada 15 Jan 2008, beliau telah memberi kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) untuk menggunakan gambarnya bagi majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga bermula Januari tahun lepas. Beliau mendakwa pada 23 Julai 2008, Gulatis telah meminta persetujuannya secara lisan untuk menggunakan gambarnya daripada hak milik KKSB tetapi beliau tidak bersetuju. Bagaimanapun pada 30 Julai 2008, Zahnita mendapati Gulatis telah menggunakan gambarnya secara meluas dalam poster, kain rentang, brosur dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya. Sebelum kejadian itu, Zahnita telah pun bersetuju dengan syarikat tekstil lain, Syarikat Jakel Trading, bagi menjayakan satu usahasama bernilai RM2 juta dan akibat daripada penggunaan gambarnya oleh Gulatis, syarikat Jakel memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengannya kerana beranggapan beliau mewakili Gulatis dalam saingan industri yang sama. Zahnita berkata beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan Jakel, sekali gus menjejaskan imej dan reputasinya di mata masyarakat. Berikutan itu, beliau telah menghantar surat tuntutannya pada 19 Ogos 2009 kepada Gulatis menuntut RM2 juta sebagai kerugian dan kehilangan pendapatan, namun syarikat itu masih gagal menjelaskan amaun itu. | ||||||||
| MP Kapar hadap Selcat tapi dilarang bawa 2 saksi utama Posted: 04 Jun 2010 01:52 AM PDT TERKINI Pengerusi Selcat Teng Chang Khim melarang wakil rakyat itu daripada mengemukakan dua saksi atas alasan jawatankuasa itu tidak menerima kenyataan daripada mereka. "Kami hanya boleh memanggil Encik Chong kerana hanya dia yang mengemukakan dokumen (kepada Selcat)," kata Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). Selcat yang mengadakan pendengaran awam bersidang buat hari ketiga hari ini berhubung dakwaan amalan rasuah di syarikat perniagaan pasir negeri Selangor itu. Meskipun Manikavasagam menggesa agar dibenarkan mengemukakan dua saksi termasuk seorang staf Kumpulan Semesta dan kontraktor pasir, Teng bertegas dengan pendiriannya sambil berkata, Selcat perlu menerima kenyataan bertulis daripada saksi terlebih dahulu sebelum jawatankuasa boleh memutuskan sama ada memanggil saksi-saksi terbabit. "Saya ada VCD yang akan menunjukkan kesemua bukti... saya ada lebih banyak dokumen yang boleh dikemukakan kemudian," kata Manikavasagam. Apabila Teng memberitahunya bahawa beliau tidak boleh berbuat demikian di peringkat semasa dan apabila memanggil saksi Cheong Hoong Wooi, wakil rakyat itu bangun dan meninggalkan dewan pendengaran awam. Cheong, kontraktor perlombongan pasir mendedahkan bahawa Pengurus Pemasaran Kumpulan Semesta Wong Swee Leong ada memintanya supaya bayar komisyen RM1 bagi setiap tan matrik November lalu bagi "pasir pada masa-masa akan datang." Tambahan pula menurut Cheong, meskipun Wong telah mengesahkan harga RM12.50 bagi setiap tan matrik bagi pasir di Sungai Darah, beliau telah mengkaji semula harga sehingga RM14 selepas hampir kesemua simpannya habis. Kenyataan itu bercanggah dengan maklumat Pengarah Eksekutif Ramli Abd Majed semalam bahawa syarikat tidak mengubah harga sebaik sahaja tender diberikan. Kontraktor itu menambah Kumpulan Semesta membenarkannya membuat bayaran dulu dan mendapatkan pasir kemudian. "Saya juga mahu mengadu bahawa Kumpulan Semesta tidak memberikan apa-apa penyata akaun," kata Cheong. "Jadi, saya tidak tahu butiran belian yang saya buat," katanya. "Mereka juga tidak mengeluarkan resit ke atas bayaran dibuat," katanya lagi. "Ini adalah kelemahan," kata Teng. Sesi pendengaran berakhir dan ditangguhkan selepas keterangan Cheong dan bacaan kanun bersumpah oleh seorang lagi saksi Low Chai Eng yang juga kontraktor perlombongan pasir. Teng mengumumkan bahawa Selcat akan bersidang pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. | ||||||||
| Judi sukan: Peminat bola pelbagai kaum kata ‘jangan halalkan’ Posted: 04 Jun 2010 01:51 AM PDT KUALA LUMPUR — Hasil pungutan suara menunjukkan keputusan mengejutkan dengan golongan muda, yang meminati sukan, umumnya membantah keputusan kerajaan menghalalkan judi sukan, yang dipercayai akan bermula dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. Rata-rata majoriti golongan muda daripada kalangan semua kaum utama negara ini yang ditemui di Lembah Klang membantah langkah tersebut. Hampir 77 peratus responden yang ditemui berpendapat bahawa kerajaan tidak wajar melesenkan pertaruhan sukan. Hanya 23 peratus yang bersetuju dengan langkah itu. Peratusan dua pertiga membantah itu membabitkan pendirian responden Melayu dan Cina manakala seratus peratus responden golongan muda India tidak bersetuju sama sekali dengan langkah kerajaan itu. Seramai 73 peratus dan 77 peratus masing responden Melayu dan Cina tidak bersetuju langkah melesenkan judi sukan. Mereka berpendapat keputusan melesenkan pertaruhan sukan akan memberikan kesan buruk kepada sukan dan juga masyarakat. Pendirian ini dilahirkan ketika beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan membabitkan kesemua kaum memprotes langakh kerajaan ini. Setakat ini dua kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang dan Selangor memutuskan untuk tidak memberi kebenaran kepada operasi lessen judi sukan. Selain itu, imej sukan yang selama ini bersih akan tercemar apabila pertaruhan tersebut diluluskan selain mungkin akan wujud proses jual-beli dalam sukan, kata beberapa responden yang ditemui. Operasi lesen peraturan atau judi memerlukan kebenaran pihak berkuasa tempatan. Hasil pungutan suara itu jelas membuktikan bahawa bukan sahaja orang Melayu tetapi kaum-kaum lain juga membantah usaha melesenkan pertaruhan sukan. Salah seorang responden yang ditemui, Mohd Affendy Abu Bakar, 24, usaha kerajaan untuk melesenkan pertaruhan sukan akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat di negara ini. "Apakah faedah yang boleh rakyat dapat apabila pertaruhan sukan diluluskan? "Ia hanya memberikan lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat berbanding kebaikan," kata kakitangan swasta ini. Seorang lagi kakitangan swasta, Noor Azam Zainal Abidin, 25 berkata keputusan untuk meluluskan pertaruhan sukan tidak memberikan sebarang faedah kepada masyarakat. "Masyarakat tidak mendapat sebarang faedah, sebaliknya hanya memberikan kesan buruk dalam masyarakat. "Jadi bagi saya adalah lebih baik kerajaan membatalkan hasrat tersebut bagi kebaikan semua pihak," katanya. Bagi pelajar, Khairul Anuar Salleh, 22 berkata kelulusan tersebut hanya memberikan kesan buruk kepada masyarakat selain mencemar imej sukan di negara ini. Bagaimanapun kakitangan swasta Wan Mohd Tarmizi Wan Ismail, 29, yang bersetuju dengan langkah kerajaan kerana langkah melesenkan akan menghalang perjudian haram daripada berleluasa. "Saya setuju kerana saya lihat ia dapat menghalang perjudian haram ini daripada terus berleluasa. "Tapi banyak perkara perlu dibuat untuk mengatasi masalah perjudian haram yang semakin berleluasa," katanya. Pendapatnya disokong kakitangan swasta, Chan Weng Chun, 30 yang bersetuju dengan cadangan kerajaa itu dan pada masa sama dapat menghalang perjudian haram daripada berleluasa. "Sekarang kita lihat perjudian haram semakin berleluasa jadi cadangan kerajaan itu dapat menghalangnya. "Selain itu, pihak berkuasa juga dapat mengawal perjudian haram ini dengan mudah apabila cadangan tersebut dilulusan," katanya. | ||||||||
| Anwar pohon dokumen ‘cabar’ penetrasi, kes ditangguh 14 Julai Posted: 04 Jun 2010 01:50 AM PDT TERKINI BERNAMA KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan sehingga 14 Julai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ketua pembangkang itu memohon supaya semua dokumen perubatan dibekalkan kepada beliau. Permohonan itu dibuat sehari selepas seorang doktor yang memberi keterangan kepada mahkamah, mengesahkan berlakunya penetrasi zakar ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Mahkamah dijadual mendengar pemeriksaan balas terhadap pakar bedah dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim selepas pihak pendakwaan selesai melakukan pemeriksaan utama terhadap saksi kedua itu pagi ini. Bagaimanapun, peguam utama Anwar, Karpal Singh memaklumkan kepada mahkamah yang penuh sesak itu bahawa pihak pembelaan memerlukan beberapa dokumen dan bahan untuk diteliti oleh pakar forensik Australia Prof Madya David Lawrence Noel Wells, yang dilantik sebagai pemerhati oleh pasukan pembelaan Anwar, sebelum menyoal balas Dr Mohd Razali. Antara rekod yang dipohon oleh Anwar ialah nota klinikal tiga doktor dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun 2008, dua hari selepas Mohd Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menetapkan 18 Jun untuk mendengar permohonan itu Semalam, Dr Mohd Razali mengesahkan bahawa berlaku penetrasi zakar berdasarkan laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani pada empat kapas kesat yang diambil daripada Mohd Saiful. Karpal Singh berkata beliau memfailkan notis untuk mendapatkan dokumen berkenaan dengan menyertakan afidavit sokongan daripada Anwar dan Wells. Pada 29 Jan, Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan Anwar supaya pihak pendakwaan membekalkan kepada beliau pelbagai dokumen termasuk dokumen perubatan dan sampel spesimen, memutuskan bahawa beliau boleh memohon untuk mendapatkan dokumen itu ketika perbicaraan berlangsung. Dalam permohonannya, Anwar meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, email, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful. Dr Mohd Razali menjalankan pemeriksaan ke atas bekas pembantu Anwar itu bersama-sama dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng. Anwar turut memohon sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas Mohd Saiful yang dijalankan di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual yang digunakan oleh hospital dan kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan. Dalam afidavitnya, Wells berkata beliau diminta oleh Anwar untuk member keterangan sebagai seorang pakar dan beliau telah pun memberi keterangan di kesemua wilayah di Australia lebih 800 kali. Beliau berkata bagi membolehkan beliau memberi apa jua nasihat yang berguna kepada peguam Anwar, adalah penting dan mustahak untuk memperoleh semua dokumen serta bahan berkenaan. Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kodominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Terdahulu, ketika disoal oleh Peguam Cara Negara II yang juga ketua pendakwa Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Dr Mohd Razali, 37, yang bertugas dengan Jabatan Pembedahan HKL, memberi keterangan bahawa semua peralatan yang digunakan untuk memeriksa Mohd Saiful telah pun dibasmi kuman. Beliau berkata lembapan yang ditemui dalam kawasan sekitar dubur Mohd Saiful mungkin disebabkan oleh bahan berasaskan air dan gel pelincir. Ketika ditunjukkan gel pelincir, Dr Mohd Razali bersetuju dengan pendakwaan bahawa gel itu boleh digunakan dalam perlakuan seksual selain bagi memeriksa dubur pesakit. Ditanya sama ada Mohd Saiful ada memberitahu beliau bahawa seseorang telah memasukkan objek plastik ke dalam duburnya, Dr Mohd Razali menjawab: "Tidak. | ||||||||
| Selcat: Tiada elemen rasuah di Kumpulan Semesta Posted: 04 Jun 2010 01:48 AM PDT "Kami tidak melihat adanya apa-apa (unsur) rasuah selepas inkuiri selama tiga hari," kata Teng kepada pemberita di sini. Inkuiri ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Bagaimanapun Teng berkata Selcat akan menyiasat dakwaan seorang kontraktor perlombongan pasir hari ini bahawa pengurus pemasaran Kumpulan Semesta meminta RM1 bagi setiap tan matrik pasir dikeluarkan daripadanya November lalu. "Bukan kesemua kes yang kami terima itu rasuah," kata Teng. | ||||||||
| 60 NGO desak heret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hague Posted: 04 Jun 2010 01:16 AM PDT MERDEKA REVIEW ![]() Kami, 60 Pertubuhan masyarakat sivil seperti di bawah, mengutuk sekeras-kerasnya tentera laut Israel menyerang kapal menghantar barang bantuan kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan kematian 9 orang dan lebih 30 orang cedera. Tindakan zalim dan pembunuhan Israel terhadap sukarelawan kemanusiaan bertentangan dengan undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa; penyekatan barang bantuan kemanusiaan ke tangan orang Palestin yang perlu diselamatkan, telah mencabul hak asasi manusia orang Palestin untuk mendapat barang perlu kehidupan. Rakyat Malaysia juga disaran supaya terus meneliti perlakuan kejam dan penganiayaan Israel terhadap orang Palestin serta bertentangan konvesyen antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - menduduki tanah Palestin, membina kawasan kediaman di tanah yang diduduki, meroboh rumah dan mengusir orang Palestin, membina tembok pemisah bagi menyekat tanah wilayah Palestin secara haram, menutupi lima pintu masuk perbatasan di sekitar tebing barat - Israel dan Gaza- Israel dan mengawal pengedaran barangan, menyerang kawasan kediaman Palestin dengan senjata api berat membunuhi ramai orang Palestin yang tidak bersalah. Masyarakat antarabangsa mesti memberi tekanan berterusan kepada Israel supaya kembali ke meja perundingan dan meminta Amerika Syarikat tidak lagi membenarkan tindakan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia Israel. Kedua-dua pihak harus menjalankan proses perdamaian semula, menginstitusikan satu pelan damai untuk mewujudkan sebuah Negara Palestin. Pertubuhan yang menandatangani : | ||||||||
| Isu Bonus Terus Dominasi Selcat Posted: 04 Jun 2010 01:13 AM PDT TV SELANGOR Hari kedua siasatan awam Selcat terhadap dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang menguruskan industri pasir di Selangor masih bertumpu kepada prestasi syarikat itu dan keperluan membayar bonus lumayan kepada kakitangan dan lembaga pengarah. Pengerusi Kumpulan Semesta Abdul Shukor Nagor berhempas pulas untuk menyakinkan panel badan Selcat yang ditubuhkan kerajaan pakatan rakyat mengenai keperluan memberikan bonus lebih setengah juta kepada lembaga pengarah. "Encik Shukor, semalam ada maklumkan kepada jawatankuasa ini bahawa kakitangan dan juga ahli lembaga pengarah menerima bonnus iaitu dari September hingga Disembar 2008, dan Januari hingga Jun 2009 ada empat bonus, soalan saya seterusnya berapakah bonus yang diterima oleh ahli lembaga yang diterima oleh mereka?," soal Teng. "Adakah wajar sebenarnya dari segi amalan korporat, sebuah syarikat yang beroperasi dalam tempoh singkat itu jumlah bonus itu perlu dibayar?" soal Teng. "Saya tidak nampak ada keadaan yang begitu luar biasa khususnya KSSB adalah sebuah syarikat milikan kerajaan negeri di mana semua kemudahan dan kerjasama dari jabatan diberikan sehingga satu jawatankuasa dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri bererti kerajaan negeri dan daerah memberi kerjasama kepada syarikat ini," kata Teng. "Sebenarnya kami sahaja yang perlu melalui semua perspektif ini. orang yang mengorek secara tidak berlesen, tidak perlu melalui kesemua proses ini. Teng turut menegur KSSB tidak mempunyai peningkatan ketara dalam hasil kutipan dari perniagaan pasir berikutan statistik menunjukkan sedikit peningkatan dari tahun 2007 hingga 2008. "Encik Shukor bersetuju atau tidak di mana sebuah syarikat yang baru beroperasi hampir beberapa bulan sahaja sudah dapat meberi bonus interim bermakna syarikat itu sudah pasti baru beberapa bulan sahaja sudah dapat bonus interim bererti ada bonus lagi belum sampai," soal Teng. Ini jawapan Shukor: "Sebenarnya masa kita mengeluarkan bonus pada bulan Disembar, kita telah dapat forecast sehingga Jun dan kita rasa yakin yang kita boleh membuat banyak lagi keuntungan," kata Shukor. Dalam pada itu, ketika ditanya sumbangan KSSB kepada kerajaan negeri, Shukor memberitahu RM3.5 juta dividen dibayar kepada MBI termasuk 1.3 juta dibayar melalui progam Merakyatkan Ekonomi Selangor. | ||||||||
| Pakatan Rakyat, NGO Capai Resolusi, Desak Obama Beri Tekanan Kepada Israel Posted: 04 Jun 2010 01:12 AM PDT TV SELANGOR Rundingan Meja Bulat Keadilan dan Keamanan Untuk Gaza mencapai resolusi bersama antara badan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat dalam mengutuk serangan tentera Israel ke atas kapal aktivis Freedom Flotila. | ||||||||
| Pengundi Permatang Pauh Dipindah, Dakwaan Umno Disangkal Posted: 04 Jun 2010 01:09 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang hari ini menyangkal dakwaan yang menyatakan lebih 5,000 pengundi bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh telah ditukarkan sebagai pemilih di kawasan lain. Selasa lepas akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata kegiatan pemindahan pengundi itu disedari kira-kira dua minggu lepas apabila beberapa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya membuat semakan daftar pemilih. Abdul Jalil turut mendakwa terdapat kemungkinan kegiatan pemindahan pengundi itu dilakukan oleh pihak tertentu dan dibantu "orang dalam" bagi memastikan kawasan Parlimen Permatang Pauh terus dikuasai pembangkang. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat (gambar) memberitahu, pimpinan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan ulama akan berhimpun di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara jam 2 petang esok.
"Itulah yang saya nak kata, dia (KKSB )mungkin mengamalkan 'pilih kasih' dengan terima permohonan satu pihak (pemaju) dan tolak satu pihak (pemaju) yang lain," jelas beliau pagi tadi ketika menunggu giliran untuk menghadapi pendengaran awam yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).
Solat hajat diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV pagi tadi turut disertai wakil Palestin, Abdul Hadi HJ Junaidi. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Dr Mohamad Fadzli Hassan serta wakil-wakil rakyat.
"Saya telah bersedia sebenarnya kerana benda (penyelewengan) ini telah lama menyusahkan rakyat kita sendiri.








Sungguhpun kerajaan Israel telah melepaskan 124 orang termasuk 12 orang warganegara Malaysia, kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel. Selain daripada memanggil mesyuarat tergempar parlimen, kami menggesa kerajaan berpakat dengan Negara-negara lain yang berjuang atas prinsip hak asasi manusia untuk mengheret dan menghukum Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hague, menuntut keadilan untuk 9 orang mendiang dibunuh yang kurang nasib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan