Ahad, 6 Jun 2010

!! BUJANG SUSAH !!

!! BUJANG SUSAH !!


MAVI MARMARA: KEKUASAAN ALLAH

Posted: 06 Jun 2010 07:59 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Maha Suci Allah..



ALLAH itu Maha Berkuasa. Kunfayakun, jika dikata jadi, pasti akan berlaku. Kuasa Allah juga jelas ditunjukkan ketika kejadian serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara Ahad lalu yang disaksikan bukan seorang malah hampir kebanyakan sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Ilias cukup terpegun apabila melihat sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal itu sejam sebelum serangan dimulakan seakan memberi tanda sesuatu yang buruk sedang hampir di belakang mereka.

"Sepanjang perjalanan, ada juga kami memancing, tetapi jangankan dapat ikan, bayangnya juga tiada, tetapi entah dari mana datangnya, tiba-tiba sekumpulan ikan lumba-lumba ada di belakang kapal mengiringi kami. Ia bagai satu tanda.

"Banyak sebenarnya kejadian pelik yang dapat dilihat sepanjang insiden itu. Antaranya, angin kuat yang muncul tiba-tiba setiap kali komando Israel membaling bom asap pemedih mata. Banyak yang mereka lontar tetapi satu pun tak jejaskan kami. Tak ada seorangpun cedera atau pedih mata.


"Tiap kali bom itu meletup, ada angin kuat menolak asap ke arah lain. Beberapa orang di kalangan kami pula boleh dengan selamba mengutip bom kosong itu umpama mengutip bertih jagung dan membuangnya ke laut. Tak langsung terasa gentar," katanya.

Menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, pula ia disifatkan sebagai bantuan Allah yang mengirimkan tenteranya untuk menghulurkan bantuan. Malah, kejadian ikan lumba-lumba itu juga membuktikan kekuasaan Allah.

Jamuliddin menyambung ceritanya dengan berkongsi satu senario pelik dan lucu di mana ramai tentera Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri menggunakan botol air mineral.

"Bukannya berbahaya pun. Sekadar baling botol mineral ke bot mereka. Kelam kabut mereka lari. Apabila mereka berpatah balik, kami mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak.

"Paling tidak boleh dilupakan, ketika kami semua sudah ditawan, ada beberapa rakan lain yang cedera parah diangkut dengan pengusung ke helikopter dan melalui kami. Terharu rasanya kerana meskipun kecederaan mereka sangat parah, tiada langsung tanda kesakitan di wajah mereka.

"Malah mereka masih tersenyum dan melambai gembira ke arah kami. Salah seorang daripadanya dikhabarkan sudah meninggal dunia," katanya.

Doktor perubatan dari Haluan Malaysia, Dr Arba'ai Shawal, pula masih jelas terbayang bau wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki sebelum beliau melangkah keluar dari Mavi Marmara.

"Saya pernah ke gua di mana menjadi tempat nabi disembunyikan ketika perang Uhud yang baunya masih kuat sehingga kini. Bau tiga jenazah itu memang sama dengan bau itu. Sebak di hati saya kerana wajah mereka juga tidak seperti baru menempuh kesakitan. Nampak seakan tersenyum," katanya.

Burung layang-layang di tengah laut dan hinggap di atas kapal pastinya pelik. Ini kerana burung itu selalunya terbang berkawan dan tidak ada di tengah laut. Namun, ia disaksikan sukarelawan Malaysia dari Muslim Care Malaysia, Halim Muhamad Redzuan beberapa jam sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel.

"Ia mungkin nampak seperti tidak ada apa-apa petanda tetapi bagi saya ia cukup pelik dan luar biasa. Apatah lagi, ia muncul beberapa ketika sebelum serangan udara dilancarkan," katanya.

Mustapa Mansor dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia pula menyifatkan tidak ada apa yang lebih menyentuh perasaannya dan di luar kebiasaan apabila melihat beberapa Ahli Parlimen dari pelbagai negara sanggup tidur di lantai bersama sukarelawan lain sebagai tanda bersatu berjihad untuk penduduk Palestin.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

BERBONGGOL DI KEPALA BERPAKAIAN TAPI TELANJANG

Posted: 06 Jun 2010 05:37 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم



"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini" –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-






" akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat" - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.





UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

UMNO NI TAK PERNAH TARBIAHKAN VINCENT TAN KE?

Posted: 05 Jun 2010 09:57 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Vincent Tan - Saya Tak Faham lah Pembangkang ni !!

Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation. Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut. Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

"Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun. Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

Tiada ulasan: