Ahad, 6 Jun 2010

dollah yankee

dollah yankee


Dewan Rakyat hari ini 'Very Busy'

Posted: 06 Jun 2010 06:39 PM PDT




Hari ini Dewan Rakyat akan bersidang lagi. Gurkah-gurkah politik di'port' juga kata yang sidang dewan kali ini 'will be damn busy'.

Dewan Rakyat akan sibuk bukan lah sebab Najib nak bentangkan usul untuk kondem Israel berhubung dengan serangan mereka keatas kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, tetapi dewan akan sibuk sebab hari ini juga para-para MP Jawatankuasa Hak dan keistimewaan akan menyiasat dakwaan mengatakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang telah mengelirukan dewan rakyat dengan isu APCO-Israel.

Pada hari terakhir sidang dewan 22 april lalu suara majoriti dari MP BN telah bersetuju untuk menghadapkan Anwar kepada Jawatankuasa itu kerana mengaitkan telah 1malaysia dengan SatuIsrael.

Disamping itu, dewan juga akan sibuk bertukar tempat duduk berikutan kemenangan wakil Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Sibu serta MP Wangsa Maju yang tiba-tiba berubah jadi katak, juga pertukaran beberapa timbalan menteri dalam rombakan kecil kabinet baru-baru ini.

dollah yankee -
Hari ini kerusi yang ada ialah: BN-136 , DAP-29 , PKR-25 , PAS-23 , PSM-1 , BEBAS aka KATAK-8

Tiada ulasan: