Khamis, 10 Jun 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


52.9 PERATUS HASIL NEGARA UNTUK HUTANG:NI BAIKKER?HA HA HA

Posted: 10 Jun 2010 09:52 AM PDT

Jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM405.1 bilion atau 52. 9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010.

Kira-kira 96 peratus daripada jumlah hutang berkenaan dibiayai melalui sumber dalam negeri.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 5.3 peratus pada 2010 berbanding tujuh peratus pada 2009.

"Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tahap yang mampan dan memastikan akaun semasa kerajaan sentiasa berada dalam lebihan," demikian menurut EPU dalam Laporan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dikeluarkan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan RMK-10 di Dewan Rakyat hari ini.

Ia berkata bahawa usaha bagi mengukuhkan kedudukan fiskal yang dilaksanakan sejak 2000 telah menambah baik kedudukan fiskal kerajaan Persekutuan, yang mana defisit keseluruhan telah mengecil kepada 3.2 peratus pada 2007 daripada 5.5 peratus pada 2000.

Bagaimanapun, defisit fiskal telah meningkat kepada 4.8 peratus pada 2008 dan tujuh peratus pada 2009 kesan daripada kelembapan ekonomi dunia.

Dalam tempoh tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)(2006-2008), EPU berkata hasil kerajaan Persekutuan mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 14.6 peratus setahun, yang disumbangkan terutamanya oleh kutipan cukai pendapatan korporat dan individu yang lebih tinggi berikutan prestasi ekonomi yang memberangsangkan.

Tetapi kelembapan ekonomi dunia pada 2009 telah memberi kesan kepada kutipan hasil yang dijangka menokok hanya tiga peratus setahun dalam tempoh RMK-9, katanya.

Sehubungan itu, hasil kerajaan Persekutuan dianggar meningkat sebanyak 8.6 peratus setahun semasa tempoh RMK-9 (2006-2010), dengan hasil berkaitan minyak menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah hasil pada 2010.

Perbelanjaan mengurus meningkat pada kadar 16.2 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun pertama RMK-9 berikutan peningkatan ketara subsidi minyak dan makanan serta emolumen ekoran pelarasan gaji penjawat awam.

Pelaksanaan dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion sebagai langkah kitaran balas pada 2009 dan 2010 turut menyumbang kepada perbelanjaan yang lebih tinggi.

EPU berkata dalam tempoh RMK-9, inflasi dijangka kekal rendah pada kadar purata 2.8 peratus setahun hasil daripada pelaksanaan dasar kewangan yang menyokong dan langkah pentadbiran untuk membendung inflasi meskipun harga minyak dan produk makanan global meningkat tinggi pada 2008.

Sebahagian besar pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RMK-9 telah disumbang oleh permintaan dalam negeri. Dalam tempoh 2006-2008, permintaan dalam negeri meningkat 7.7 peratus setahun tetapi dijangka menyederhana dengan ketara kepada 2.5 peratus setahun dalam tempoh 2009-2010, terutamanya disebabkan penguncupan KDNK sebanyak 0.5 peratus pada tahun 2009.

Pertumbuhan domestik diterajui oleh penggunaan swasta yang berkembang sebanyak 6.5 peratus setahun berikutan harga komoditi yang lebih tinggi, pasaran guna tenaga yang berdaya tahan dan kemudahan pembiayaan kewangan yang lebih baik.

Bagi prestasi mengikut sektor, semua sektor kecuali perlombongan dan kuari mencatatkan pertumbuhan positif yang diterajui oleh sektor perkhidmatan.

Keseluruhan eksport negara juga telah berkembang pada kadar 3.2 peratus setahun, kecuali eksport produk elektrik dan elektronik yang menyumbang 59.1 peratus daripada jumlah eksport pembuatan, merosot sebanyak 0.1 peratus setahun.

- Bernama

TOLAK TERUS PINTI UG BERSAMA UMNO APCO YAHUDI

Posted: 10 Jun 2010 08:03 AM PDT

ANALISIS, 10 Jun — Beberapa pemimpin PAS yang ditemui sebelum dan selepas majlis perasmian ketiga-tiga sayap parti itu di Kota Baru malam tadi memberikan pendirian yang sama — fokus kali ini mereka ialah memperkukuh dan memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimana dengan kerajaan perpaduan atau UG (unity government) dengan Umno-BN? Tidak, demikian rumsuan mereka.

Pendirian ini semakin jelas berbanding dengan senario setahun lalu. Malah lebih jelas selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Susulan pertemuan di Ipoh dan Shah Alam, pada malam tadi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menekankan bahawa parti Islam ini sudah tidak lagi berminat dengan idea kerajaan perpaduan bersama Umno-BN.

Dimaksudkan lebih awal berbanding tahun lalu kerana Menteri Besar dalam ucapan perasmian muktamar ketiga-tiga sayapnya PAS di Kota Baru menekankan bahawa beliau sudah pahit dengan pengalaman empat dekad lalu.

Jika pada muktamar lalu, Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan pendirian tidak memihak kepada idea kerajaan perpaduan ketika sedang berlangsungnya muktamar PAS Pusat, tetapi kali ini beliau menekankan pendirian beliau dengan jelas secara langsung tanpa menyebut perkataan "UG" ataupun "kerajaan perpaduan".

Sebagaimana dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya pagi semalam, Nik Aziz memulakan ucapan perasmian beliau dengan mengimbas apa yang berlaku di Kelantan empat dekad lalu. Pengalaman di Terengganu juga dikongsi.

Pendirian beliau dinyatakan kepada kesemua sayap PAS serentak. Rata-rata mereka yang menghadiri majlis perasmian malam tadi merupakan mereka yang bakal mewarisi kepimpinan PAS pada masa-masa mendatang. Sama seperti pengalaman dilalui oleh Nik Aziz empat lalu.

Dalam ucapannya kira-kira 30 minit, kata Nik Aziz, PAS memilih untuk berjuang melalui medan siasah iaitu medan yang ditutup rapat pada zaman penjajah.

"Itulah penjajah Inggeris di Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Inggeris dan Perancis di Timur Tengah. Siasah PAS adalah politik-dakwah. Maka, kita bergerak sebagai parti politik dan kita berdakwah (berkempen) ketika bertanding dalam pilihan raya dan selepasnya demi mencapai cita-cita untuk mempersembahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat.

"Dalam perjuangan inilah, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik-dakwah.

"Kesemua pengalaman pahit manis ini merupakan khazanah PAS yang berharga dalam mendepani cabaran pada masa akan datang," katanya.

Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat R. Kumutha (dua, kanan) ketika hadir pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda di Pengkalan Chepa malam tadi. — Gambar Bernama
Dalam menyertai pilihan raya, PAS pernah bersendirian meraih sokongan rakyat.

Hasilnya, PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum pada tahun 1959.

"Sekalipun berdepan dengan parti gabungan Perikatan pada masa itu, namun kita berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan baik. Sejarah juga mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

"Kita menyertai Barisan Nasional demi perpaduan, namun kesannya amat parah kepada PAS khususnya di Kelantan, PAS sendiri telah berpecah empat — selain PAS, munculnya Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa," katanya.

Kata Nik Aziz, PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut.

"Ia ditambah lagi dengan peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978," katanya.

"Inilah sejarah jatuh bangun PAS di dalam politik negara. Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua dalam menongkah perjuangan," kata Nik Aziz dengan mengulas lanjut bahawa "ingin saya peringatkan, lembaran sejarah mencatit Umno dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melipat senjata."

Dengan membawa ahli-ahlinya melihat sejarah, Nik Aziz berkata PAS juga akan tetap bersama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi pilihan raya nanti kerana pakatan itu "semacam" pertolongan daripada Tuhan.

Beliau juga melihat Pakatan Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

Nik Aziz berkata melalui Pakatan Rakyat, ia membuka pintu lebih luas untuk PAS dalam berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam.

"Selama ini Islam diajar untuk orang Melayu sahaja di pondok dan tidak kepada bukan Islam," katanya.

Beliau juga mengulangi pendiriannya agar PAS tidak bergabung dengan Umno yang pernah mengkhianati parti pada 1978 sehingga parti itu terjejas teruk.

Pandangan-pandangan pemimpin spiritual ini turut dikongsi oleh pemimpin lapisan kedua parti Islam ini.

Naib Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata pertemuan kali ini akan lebih menjurus kepada usaha memantapkan PAS dengan mengeratkan kerjasama bersama Pakatan Rakyat.

"Kita akan lebih kepada soal ini," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan apabila ditanya sama muktamar kali ini khususnya Dewan Ulama akan turut menyentuh isu kerajaan perpaduan.

Sebagaimana dikatakan oleh Nik Aziz, PAS pernah bertanding pilihan raya secara persendirian. Kemudian ia bergabung dengan Barisan Nasional, keluar dan bertanding dalam pilihan raya tanpa gandingan dengan mana-mana pihak. Pada 1990 PAS turun gelanggang bersama Semangat 46 dan kemudian dengan kerjasama Barisan Alternatif sembilan tahun kemudian.

Yang dimaksudkan usaha itu membolehkannya menawan satu negeri, kemudian dua negeri pada 1999 dan lima negeri bersama Pakatan Rakyat.

Kejayaan PAS ini bukan bersama Umno tetapi bersama parti-parti bukan Umno.

Apakah ini memberi nilai tambah kepada PAS sehingga mereka mahu menjauhi daripada idea kerajaan perpaduan Umno-BN?

Dua tahun lalu PAS-DAP-PKR membentuk Pakatan Rakyat susulan pilihan raya umum ke-12.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Pertemuan kali ini akan digunakan untuk mencari jalan memperkukuhkan ketiga-tiga komponen dalam Pakatan Rakyat yang kini memerintah empat buah negeri.

Perak telah beralih tangan awal tahun lalu ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat - masing-masing dua PKR dan seorang DAP keluar parti.

"Kami hendak memperkukuhkan Pakatan tetapi apakah pendekatan kita?" kata Nik Mohd Amar yang cuba menjelaskan pendirian PAS.

"Perlu ada pemahaman... sikap bagi dan terima. PAS boleh menerajui, sebagai contoh dengan urus tadbir yang baik, agar komponen PR boleh menjadikannya sebagai contoh," kata beliau.

Nik Mohd Amar memberitahu The Malaysian Insider bahawa PAS kini berada dalam kedudukan yang baik memandangkan ahli-ahlinya "lebih terbuka kepada realiti politik semasa."

"Dalam usaha memperkukuhkan PAS, kami akan meminta ahli-ahli menerima realiti politik semasa," kata beliau sambil mengakui ia sebagai satu cabaran bagi mengajak ahli-ahli PAS menerima kehadiran DAP dan PKR bersama Pakatan Rakyat.

"Kami mahu memberi tumpuan untuk membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau sambil menambah, respons kepada PAS mengalami pertumbuhan baik.

"Kelab Penyokong PAS, mereka menerima idea negara Islam," Nik Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sambil menekankan keperluan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan melupakan idea kerajaan perpaduan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad berkata sayap PAS itu akan membincangkan usaha-usaha untuk menghalang budaya melompat dalam parti.

Ketika ditemui di Kota Baru malam kelmarin, Kamaruzzaman memberitahu The Malaysian Insider, muktamar kali ini akan membangkitkan syor-syor kepada Pakatan Rakyat tentang cara untuk memilih calon.

"Kami menggunakan kaedah yang ketat dalam memilih calon. Calon yang dipilih melalui pelbagai tahap, mereka yang betul-betul mempunyai perwatakan moral yang baik dan juga komitmen kepada parti," kata beliau dengan mengaitkan sejauh mana pentingnya kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan sejauh mana seriusnya PAS dalam meneruskan kerjasama ini.

"Ini sebabnya mengapa kerajaan negeri Kelantan walaupun dengan beza satu kerusi boleh kekal antara tahun 2004 dan 2008," kata beliau lagi.

Dua komponen Pakatan Rakyat — DAP dan PKR kehilagan lebih 10 wakil rakyat sepanjang dua tahun ini.

Ketika ditemui selepas majlis perasmian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, pihaknya akan meneruskan perjuangan mereka bersama Pakatan Rakyat.

"Tidak, tidak. Bab lama (ini) sudah ditutup. Kita akan bersama Pakatan, ini sudah diputuskan," kata beliau sambil menambah, Umno lazimnya akan cuba untuk menghidupkan semula isu ini.

"Umno boleh bawa, kami kekal dengan keputusan yang sudah dibuat... tumpuan kali ini ialah memantapkan PAS bersama Pakatan," kata beliau.

Selepas dua tahun PAS semakin tegas dalam pendirian mereka berhubung isu idea kerajaan perpaduan. PAS kelihatan melihat masa depannya lebih cerah bersama Pakatan Rakyat.

PAS mahu memujuk ahli-ahlinya agar menggunakan peluang terbaik ini untuk menuju Putrajaya bersama DAP-PKR. Cabaran PAS: mengukuhkan kedudukan, memantapkan Pakatan Rakyat dan menjauhi idea kerajaan perpaduan serta tidak mahu mengulangi pengalaman pahit 1970-an

Muslimat tolak kerjasama politik dengan Umno

Posted: 10 Jun 2010 04:55 AM PDT


Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 10 Jun: Dewan Muslimat PAS tidak akan menyokong sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) memandangkan parti itu telah menghianati amanah rakyat.

Bersesuaian dengan keputusan pucuk pimpinan parti, Dewan Muslimat PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan mereka apa lagi parti itu memusuhi perjuangan Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (gambar) bagaimanapun berkata Dewan Muslimat akan terus mendukung dasar tahaluf siasi yang dilaksanakan oleh PAS Pusat.

"Kita akan bersama-sama mengukuhkan penglibatan dan sumbangan Dewan Himpunan Penyokong PAS dan bersama-sama berperanan dalam Pakatan Rakyat.

"Kita juga masih bersedia membuka pintu dialog dengan sesiapa saja demi menjaga masalah dan kesejahteraan ummah,"ujarnya.

Katanya, sikap terbuka ini selari dengan peruntukan dalam perlembagaan PAS yang akan melakukan apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang Negara untuk mencapai semua itu.

Katanya, Dewan Muslimat akan terus mendukung dasar dan strategi terbuka "PAS For All" memandangkan keyakinan dan sokongan bukan Islam dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS sendiri atau NGO di luar akan diperteguhkan.

Bagi memastikan hubungan tersebut semakin utuh, Dewan Muslimat PAS akan mempereratkan hubungan dan dialog antara budaya dan agama dengan berbagai golongan dan etnik minoriti bukan Islam.

"Untuk itu, muslimat peringkat akar umbi akan diminta mendekati dan menyantuni kalangan minoriti yang tertindas serta melebarkan ruang dakwah Islamiyah pada kesempatan yang ada," kata Nuridah.

Pada masa yang sama, Dewan Muslimat PAS katanya akan terus menjadikan kebajikan rakyat antara agenda utama gerak kerja terancang.

Katanya, selama ini kerja-kerja kebajikan telah dapat menjernihkan pandangan serong yang ditanam oleh musuh Islam kepada masyarakat awam.

Katanya, agenda membantu rakyat miskin ini akan berterusan tanpa mengira musim kerana ia menjadi tuntutan Islam untuk membantu golongan miskin dan tertindas.

Sambungnya, kemiskinan yang berleluasa terutama di luar bandar dan penempatan peneroka di pinggiran bandar bukan saja dalam bentuk miskin harta, malah juga miskin aqidah.

"Untuk itu, Dewan Muslimat akan bersama-sama meneruskan misi dakwah dan kuliah-kuliah pengajian awam bagi membantu mereka keluar dari kejahilan,"ujarnya

ISU PERKAUMAN:GERTAK BERI AMARAN JANGAN HALANG

Posted: 10 Jun 2010 01:54 AM PDT

Gertak beri amaran jangan halang program Melayu Bangkit

June 10, 2010

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) memberi peringatan kepada semua pihak terutama pembangkang supaya tidak menghalang perjalanan program perhimpunan "Melayu Bangkit" di Kuala Terengganu, Isnin ini.

"Kali ini saya minta semua pihak terutamanya pembangkang supaya tidak lagi menghalang perjalanan program ini," kata Pengerusi Gertak Razali Idris beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Sebelum ini pembangkang menjadikan perhimpunan Melayu Bangkit sebagai permainan politik mereka dengan menyebarkan fitnah dan ia telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan," katanya.

Justeru kata Razali, beliau berharap perhimpunan minggu depan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak.

Perhimpunan "Melayu Bangkit" yang sepatutnya diadakan pada 13 Mei lalu terpaksa ditunda atas aspek keselamatan.

Ia ditangguhkan ekoran bantahan pelbagai pihak termasuk PAS. Malah, MCA dan MIC, komponen Barisan Nasional juga membantah program tersebut.

Razali berkata pengisian program itu tidak berubah daripada rancangan asal iaitu membincangkan isu yang melibatkan kaum Melayu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

"Konsep dan pengisian program tetap sama dan saya harap melalui perhimpunan ini orang Melayu dapat bersatu hati dalam mempertahankan bangsa dan agama tanpa mengira fahaman politk masing-masing.

"Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama pada program ini dan saya harap orang ramai dapat hadir dan mendengar apa yang ingin dikatakan oleh beliau nanti," katanya.

Perhimpunan itu turut mendapat kerjasama Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT).

"Kita menyasarkan seramai 10,000 orang terdiri daripada masyarakat setempat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik akan menyertai perhimpunan ini.

"Selain itu, kita juga berharap pemimpin parti pembangkang dapat menghadirkan diri dalam perhimpunan ini dan memahami apa erta sebenar penganjuran perhimpunan ini sebelum membuat sebarang keputusan," kata Razali.

ha ha GELARAN DATO CHU JUI MENG DITARIK BALIK:DENDAMKAH PUNCANYA?

Posted: 09 Jun 2010 11:52 PM PDT

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

NONEChua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

NAJIB AUTA MENIPU PASAL HUTANG NEGARA? INGAT RAKYAT BODOHKER?

Posted: 09 Jun 2010 09:15 PM PDT

Mengikut angka Bank Negara Malaysia, jumlah hutang negara adalah RM 378,302 juta . Manakala, Najib cuma mengatakan RM233.92 bilion sahaja.

Soalan saya kepada Najib Tun Razak, di mana beliau mendapat maklumat beliau? Hakikatnya, hutang Malaysia pada waktu ini berada di tahap 53% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Ertinya, setiap ringgit yang dikumpul kerajaan, 52 sen harus dibelanjakan untuk membayar hutang. Hanya 48 sen sahaja yang boleh digunakan untuk membantu rakyat. Itu kalau kerajaan BN nak bayar hutang. Kalau duit tu diguna untuk mengkayakan kroni, bertambah lagi lah hutang kita tahun depan.

NAJIB KUAT AUTA PASAL MAKLUMAT EKONOMI NEGARA malaysiawaves

NAJIB MUNAFIK POLITIK:MAHFUZ

Posted: 09 Jun 2010 07:10 PM PDT

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 9 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai munafik politik walaupun Perdana Menteri itu kelmarin telahpun membentangkan usul khas di Dewan Rakyat mengecam tindakan Zionis-Israel menghalang armada kemanusiaan masuk ke Gaza minggu lepas.

Kecaman Mahfuz itu gara-gara sebuah kapal misteri bernama Zim Genova milik Zim Israel Nevigation Company dilaporkan berlabuh di Perlabuhan Klang sejak semalam, sebagaimana dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Usul Perdana Menteri di Dewan Rakyat menunjukkan kemunafikan politik Najib kerana semalam Najib bersama-sama Ahli Parlimen Umno BN mengecam keganasan Israel tetapi, pada masa yang sama menjalinkan perdagangan komersial dengan negara haram itu.

"Dia (Najib) bersikap munafik dengan agamanya (Islam), munafik dengan bangsanya (Melayu) dan munafik seluruh rakyat dunia dan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan media di Lobi Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pendedahah  tersebut sekaligus hampir menjawab pendedahannya semalam di Dewan Rakyat, iaitu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa masih menjalinkan perdagangan komersial secara rahsia dengan negara haram Israel sebagaimana yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed sejak 20 Mac 1996 lalu.

Ekoran kapal misteri itu juga, menurut beliau sekaligus hampir menjawab dua dakwaannya sebelum ini, iaitu kerajaan Malaysia terbabit membekalkan bahan kimia dan minyak kelapa sawit ke negara haram tersebut sejak Mac lepas.

Dari segi yang lain, beliau mendesak kerajaan mendedahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit yang membekalkan komiditi tempatan pada Israel.

"Saya cabar Najib jelaskan di Parlimen berhubung siapa pembekal minyak sawit negara kepada negara haram itu kerana hanya Sime Darby dan Felda sahaja terbabit dalam perladangan komersial itu."

"Dua-dua (Sime Darby dan Felda) adalah GLC, Najib tak perlu bermunafik dengan saya," sindir beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, sifat munafik Najib sudah tentu mengguris para peneroka dalam kedua-dua GLC tersebut sekiranya para peneroka terbabit tahu realiti sebenar sifat munafik Najib, Umno dan BN.

Dalam perkara berkaitan, beliau turut mempersoal peranan kerajaan dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan tanah air.

"Takkan radar kapal selam Najib tak boleh kesal kapal milikan Israel ini sedangkan kapal ini bukan ada di dasar laut, wartawan Utusan pun boleh kesan," sindir beliau lagi.

Tuntas dari itu, beliau meminta Najib membentangkan semula usul mengecam zionis Israel dalam masa terdekat tanpa berwajah munafik seperti sekarang.

Nik Aziz: Jadikan PAS alternatif efektif bagi Muslim Melayu

Posted: 09 Jun 2010 05:09 PM PDT

June 10, 2010
KOTA BARU, 10 Jun — PAS, rakan komponen Pakatan Rakyat, perlu mempunyai daya penarik yang efektif kepada kaum Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.
Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan berkata, PAS perlu mendapat sokongan Melayu dengan kadar yang lebih banyak bagi memastikan kemenangan parti itu, sekali gus menggantikan Umno.
"Kita mahu menjadikan PAS sebagai parti yang menarik kepada Muslim Melayu.
"Semoga dengan jumlah 110 kerusi parlimen yang majoritinya Muslim, akan berlaku suatu pendekatan terbaik bagi menjamin kemenangan Islam setidak-tidaknya kesemua kerusi yang PAS bertanding," kata Nik Aziz.
"Pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu.
"Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu.
"Saya suka mengingatkan agar memerhati perkembangan ini dengan serius," katanya.
Nik Aziz berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serentak di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.
Dengan mengambil kira perkembangan sepanjang dua tahun lalu, tegas Nik Aziz, PAS perlu bergerak cergas mulai sekarang bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dengan membawa Islam sebagai ideologi perjuangan parti.
Nik Aziz berbual dengan Ketua Dewan Muslimat Nuridah Mohd Salleh (kanan) selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama serentak di Kota Baru malam tadi. — Gambar Choo Choy May
"PAS sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas dalam meraih sokongan pengundi Melayu. "Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan 'Ketuanan Melayu' yang merupakan dongengan pemimpin Umno," katanya.
Nik Aziz menambah, orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa kris yang dijulang oleh pemimpin Umno "bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka."
"Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri.
"Projek-projek pembangunan daripada pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup," kata Nik Aziz yang menerajui Kelantan sejak 1990.
Secara kebetulan muktamar tahunan PAS termasuk ketiga-tiga sayapnya diadakan di Kota Baru memperingati dua dekad pemerintahan PAS di Kelantan.
Dalam ucapannya, beliau juga meminta ketiga-tiga sayap PAS membuat satu panduan terperinci dalam mendapatkan kepercayaan orang Melayu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ini kali pertama muktamar tahunan ketiga-tiga sayap dirasmikan secara serentak.
Nik Aziz menambah, demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama PAS dalam pelayaran bahtera perubahan ini, "PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar dterima rakyat."
"Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran," katanya.
Nik Aziz menambah, usaha ini perlu dilakukan setiap masa, bukan lima tahun sekali tatkala menjelang pilihan raya.
"Bahkan perlulah sentiasa memilih antara laluan fujuraha (maksiat) dan laluan taqwaha (ketaqwaan).
"Inilah beza antara jemaah Islam dan sekular. Pada sudut inilah, saya meletak harapan besar kepada Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat agar meletakkan keutamaan menguasai sasaran lebih besar pengundi Muslim Melayu," katanya

Tiada ulasan: