Ahad, 6 Jun 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


RM525 JUTA VINCENT TAN $ YAYASAN BETTER:

Posted: 06 Jun 2010 07:57 AM PDT

Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation.

Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut.

Pulau Pinang tetap larang judi sukan

Posted: 06 Jun 2010 01:24 AM PDT

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.

Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.

Sementara itu Lim pula berkata beliau belum sebarang rayuan, tetapi mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut.

Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Menjawab soalan, Lim berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk memantau aktiviti taruhan haram judi sukan.

"Jika ada pertaruhan haram berlaku, ia menjadi tugas (agensi) penguatkuasaan dan polis," tambahnya.

Beliau menambah, pertaruhan melalui telefon dan internet adalah di bawah dalam bidang tugas Telekoms, dan bukan kerajaan negeri.

"Anda harus bertanya kepada perdana menteri tentang hal ini, bukan saya," katanya. Berita asal

LANGKAH APCO SOGOK PELAJAR PULA? PAS KELANTAN BAHAYA

Posted: 05 Jun 2010 10:56 PM PDT

Pengagihan wang ihsan di Kelantan yang sebelum ini hanya untuk pelajar sekolah rendah akan turut diberi kepada pelajar tingkatan enam bawah dan enam atas yang layak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pihaknya telah mengenal pasti antara 6,000 dan 8,000 pelajar tingkatan enam yang akan menerima wang tersebut.

Selain itu, antara 12,000 dan 14,000 murid sekolah rendah juga akan menerima wang ihsan tersebut yang akan diberi dalam tempoh terdekat membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM10 juta, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Ujian Kemahiran Menembak di Lapang Sasar Gunung, di Bachok pada Sabtu.

Masing-masing akan menerima RM200, katanya.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan persekutuan juga bersetuju garis pendapatan ibu bapa yang melayakkan anak mereka menerima wang ihsan itu dinaikkan daripada RM530 kepada RM1,500 sebulan.

Peningkatan garis pendapatan bulanan ini akan membolehkan penjawat awam berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak turut menikmati bantuan tersebut, katanya.

Bagaimanapun, Awang Adek berkata pelajar sekolah rendah yang menerima bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin tidak akan diberi wang ihsan itu.

Sementara itu mengenai baki peruntukan sebanyak RM15 juta yang diluluskan kerajaan pusat pada tahun ini hasil komisyen minyak yang digali di luar perairan Kelantan, beliau berkata ia akan diguna untuk membantu mangsa bencana alam di negeri itu.

- Bernama

ARTIS DAN VIDEO LUCAHNYA

Posted: 05 Jun 2010 05:56 PM PDT

(Gambar)
BEKAS vokalis Peterpan, Ariel (gambar) masih berlum tampil membuat sebarang kenyataan berhubung klip video lucah miripnya yang tersebar. Malah menurut sumber, dia juga masih belum berbincang hal tersebut bersama ahli kumpulannya yang lain.
Sejumlah wartawan hiburan Indonesia cuba mendapatkan teman lelaki kepada Luna Maya ini selepas mendapat maklumat bahawa mereka berada di studio untuk merakamkan album terbaru tapi tidak berhasil.
Salah seorang ahli kumpulannya, Reza memberitahu bahawa mereka masih belum mendapat sebarang maklumat tentang perkara tersebut.
"Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara tersebut kerana saya dan ahli kumpulan yang lain masih belum membincangkan hal ini dengan Ariel sendiri.
"Lagi pula perkara itu tidak mengganggu kehidupan peribadi anggota kumpulan mereka yang lain. Kita santai sahaja, Areil sudah biasa diterpa dengan berita-berita panas seperti itu," jelasnya seperti dipetik Detik.com

Tiada ulasan: