Ahad, 6 Jun 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


10 Bukti Nyata Pergerakan Pemuda UMNO itu Buta dan Tuli !

Posted: 06 Jun 2010 08:27 AM PDT

Written by MB Warrior

Sebaik sahaja aku tamat pengajian dulu , aku diperkenalkan oleh beberapa kenalan dalam Pergerakan Pemuda UMNO , aku aktif dalam beberapa ketika sebelum aku mengambil keputusan yang aku tidak mampu untuk menipu diri aku lagi untuk bersekongkol dengan sekelompok individu yang mengikut buta tuli Pimpinan tanpa pertikai.

Kalaupun aku percaya kuat pada fahaman nasionalis Melayu waktu itu tetapi sekatan kepada fikrah gelora jiwa muda itu aku tidak boleh toleran lagi .

Semangat Muda itu mahukan Islah ! Perobahan !


Atas semangat inilah dulu Kaum Muda dituduh liberal !

Syed Syeikh Al-Hadi dituduh sesat !

Najib Razak itu Melayu Liberal !!!

Label 'liberal' itu adalah membawa takrif negatif di kaca mata mereka yang buta dan tuli kepada perobahan !

Kecaman itu harus dilempar kerana kelak nanti takut kuasa dirampas dari Anak Muda yang ada idealisma !

Ada baiknya nyahkan mereka dahulu , sebelum Si Tua akan tumbang dari kuasa dan digelak tawa kerana sudah tiada semangat daya juang kerana sudah mewah nikmati kekayaan dari kuasa.

Anak Muda miskin tidak ada apa yang ditakutinya , bukan ada harta dan khazanah negara yang disamunnya.

Terlalu banyak perkara pokok dalam pembinaan negara ini yang nampak molek pada teori tetapi apabila sampai ke tangan gerombolan UMNO ini , ditafsir dan dilaksana secara mandul dan bobrok.

Barulah aku faham ketika itu , idealisma itu tidak berapa penting dalam politik Pemuda UMNO.Benar.Cuma perlu tahu Artikel 153 , Ketuanan Melayu , mintak projek kah kah kah

Soal Melayu miskin , integrasi kaum , menjunjung nilai , korupsi , penyelewengan , wujudnya pemimpin yang menyundal , tanah Melayu digadai ke Cukong , semua itu tak penting.

Semua 'dosa' itu akan diampun oleh 'Ketuanan Melayu'.

Melawan Pimpinan UMNO itu lagi besar 'dosanya' !

Perobahan dalam Pemuda UMNO itu tidak akan kunjung tiba.Percayalah. Itu hanya laungan dan pekikan menipu selagi Presiden UMNO itu Najib !

Kalaupun ditukar Ketua Pemuda UMNO itu ke Mukhriz pun , masih tidak akan merobah apa-apa.Yang harus dirobah oleh UMNO itu takkan mampu diubah sampai bila pun.

Untuk merobah budaya mengampu dan menjilat Pimpinan Tinggi !

Apa sahaja , "Oh itu bagus tu Dato Seri" , "Itu memang saya sokong" , " semua okay Dato "
dan jelaan lagi kata-kata ampu yang dalam jangka masa panjang akan menyempitkan lagi kepala hotak Pemuda UMNO dan memandulkan fikrah dan akal mereka.

Pemimpin Idealisma Tinggi itu takkan mampu dibentuk dalam Pemuda UMNO , yang akan lahir hanyalah barisan Pemimpin ala ' Suhaimi Doraemon ' atau Khairy yang lembik , takut kepada pengikut , apalagi kepada Pemimpin Atas.

Politik Pemuda UMNO juga tidak berkisar kepada Idealisma dan pelaksanaan polisi untuk Melayu terbanyak , hanya politik murahan menaikkan pimpinan seperti politik MCA , kem A nak jatuhkan kem B.Kem C menangguk di air keruh.

Sedangkan pada hakikatnya , Rakyat sebenarnya tak pedulik langsung pun sapa yang nak menang pemilihan parti.

Rakyat dah muak.

Lihat apa jadi pada MCA ?

Soi Lek dah jadi Presiden MCA setelah berhempas pulas dalam politik dalamannya.

So What ?

Pengundi Cina masih tak mengundi BN.

Begitulah jugak nasib Pemuda UMNO.

Kalaupun Mukhriz menang.

Kau ingat lepas tu berduyun-duyun Anak Muda masuk Pemuda UMNO ? kah kah kah

Aku sebenarnya mengharapkan Ezam melaksana Islah dan Perobahan dalam UMNO itu sebagaimana dicanang .

Tapi rupanya Ezam telah bertukar dari bertukar dari seorang Pejuang Berprinsip kepada Pemain Politik Murahan mempertahankan kesundalan Pemimpin UMNO.

Yang aku paling tak tahan dia boleh 'up' kan Khir Toyo ...KAH KAH KAH

Buang masa....

Apa pun dalam mana-mana pergerakan Anak Muda , tidak kira parti politik atau NGO JANGAN DISEKAT FIKRAH MEREKA !!!

Itu dulu sebelum perkara lain.


INI 10 BUKTI PEMUDA UMNO ITU BUTA DAN TULI :


1.PEMUDA PERTAHAN DEB , NAJIB HAPUS DEB !!!

KAMU BUTA DAN TULI . KAMU KATA " YA DATO SERI NAJIB "

2.PEMUDA PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA , NAJIB GADAI NEGARA PADA YAHUDI APCO !!!

KAMU BUTA DAN TULI. KAMU KATA " YA DATO SERI NAJIB "

3.PEMUDA PERTAHANKAN KAMPUNG BARU , NONG CHIK MAHU GADAI PADA CUKONG !!!

KAMU BUTA DAN TULI.KAMU KATA " YA DATO SERI NAJIB "

4.PEMUDA PERTAHANKAN ANAK MUDA DARI JUDI , NAJIB BAGI LESEN
JUDI !!

KAMU BUTA DAN TULI.KAMU KATA " YA DATO SERI NAJIB "

5.PEMUDA PERTAHANKAN PALESTIN , NAJIB SEKAT MINYAK KE IRAN

KAMU BUTA DAN TULI.KAMU KATA "YA DATO SERI NAJIB "

6.PEMUDA PERJUANGKAN AGAMA , NAJIB SEKONGKOL AMERIKA SERANG AFGHANISTAN !!!

KAMU BUTA DAN TULI.KAMU KATA "YA DATO SERI NAJIB "

7.PEMUDA MEMBELA RAKYAT MISKIN , NAJIB NAIKKAN HARGA MINYAK !

KAMU BUTA DAN TULI.KAMU KATA "YA DATO SERI NAJIB "

8.PEMUDA MEMBELA RAKYAT MARHAEN , NAJIB NAIKKAN HARGA BARANG !

KAMU BUTA DAN TULI.KAMU KATA " YA DATO SERI NAJIB "

9.PEMUDA LAWAN KORUPSI , PEMIMPIN KAMU SENDIRI KORUPSI !

KAMU BUTA DAN TULI.KAMU KATA " YA DATO SERI"

10.PEMUDA MAHU JAWATAN MENTERI , NAJIB TAK BAGI

KAMU BUTA DAN TULI. KAMU KATA " TAKPELA KHAIRY" ........." KAH KAH KAH



ELOK KAMU JANGAN JADI PEMUDA UMNO !!!

BERHENTI JADI PEMUDA UMNO !!!

PERGERAKAN PEMUDA PATUT TUKAR JADI PEMUDI UMNO !!!

TAKPUN BERGABUNG DENGAN PUTERI UMNO!!! KAH KAH KAH


Tawan Malaysia

Muktamad! Tiada Judi bola di Pulau Pinang (Video Inside)

Posted: 06 Jun 2010 07:44 AM PDT

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.

Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.

Sementara itu Lim pula berkata beliau belum sebarang rayuan, tetapi mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut.

Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Menjawab soalan, Lim berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk memantau aktiviti taruhan haram judi sukan.

"Jika ada pertaruhan haram berlaku, ia menjadi tugas (agensi) penguatkuasaan dan polis," tambahnya.

Beliau menambah, pertaruhan melalui telefon dan internet adalah di bawah dalam bidang tugas Telekoms, dan bukan kerajaan negeri.

"Anda harus bertanya kepada perdana menteri tentang hal ini, bukan saya," katanya.


Derma tidak akan menghalalkan judi

Posted: 06 Jun 2010 07:27 AM PDT

Janji hartawan Tan Sri Vincent Tan untuk 'menderma' kepada yayasannya adalah 'gula-gula' untuk cuba memujuk rakyat Malaysia supaya menerima sebagai halal apa yang mereka tahu memang haram, kata setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat.

"Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta, yang ditabur atas nama kebajikan.

"Tidak ada rakyat yang hidup bahagia kaya raya hasil daripada judi kecuali syarikat judi sahaja yang kaya raya seperti beliau. Duit yang dikaitkan dengan judi tidak boleh membawa manusia hidup bahagia," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Tan - yang memiliki syarikat Ascot Sports yang mendapat lesen judi sukan - untuk menderma RM525 juta, hasil jualan Ascot kepada Berjaya Corps - konglomerat yang dikuasainya.

Tan dilaporkan berkata, sumbangan kepada Better Malaysia Foundation, yang menyediakan biasiswa dan bantuan perubatan, adalah untuk menolak dakwaan yang beliau meraih keuntungan daripada hasil jualan Ascot.

Suhaizan berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan derma tersebut.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini. "Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, GMJ akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen ini ditarik balik.

"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka memerlukan," tambahnya.

Tentera Israel memang berniat membunuh

Posted: 06 Jun 2010 06:13 AM PDT

Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.

Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas.

Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.

"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini.

"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.

"Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang yang mereka mahu bunuh.

"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya.

Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.

"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.

"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia."

Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya.

Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.

Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."

Sementara itu, Noorazman berkata mereka juga tidak menyangka dapat keluar dari Israel seawal ini.

"Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.

"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.

"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel)," kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin.

Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang selama pulang itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal.

"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.


Bernama

Asal usul negara haram Zionis Israel.

Posted: 05 Jun 2010 10:00 PM PDT

Dicatat oleh Mat Amin

Sejak 3500 tahun Sebelum Masehi, Palestin telah didiami oleh orang-orang Arab Palestin. Ia terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean di sebelah barat, Lubnan di utara, Syria dan Jordan di sebelah timur dan Laut Merah serta Semenanjung Sinai di sebelah selatan.

Kedudukannya amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan telaga minyak yang paling kaya di dunia. Ia juga sebagai batu loncatan ke Benua Asia dan Afrika. Oleh itu banyak negara barat mengidam-idam untuk menguasainya.

Oleh sebab-sebab di atas maka pendudukan kaum zionis Israel ke atas wilayah suci Palestin bukanlah satu perkara yang kebetulan, melainkan sudah lama dirancangkan secara rapi oleh kaum Zionis Yahudi.

Gerakan ini bermula dari tahun-tahun 1890-an dan memakan masa setengah abad lamanya dengan mendapat sokongan daripada sesetengah negara barat khasnya imperialis British dan imperialis Amerika Syarikat.

Kerana sebab-sebab sejarah, bangsa Yahudi tinggal bertaburan di dunia khasnya di Jerman, Amerika, Russia dan lain-lain.

Kaum Zionis sudah lama berangan-angan hendak mendirikan sebuah negara Yahudi agar semua orang Yahudi di seluruh dunia menetap di situ.

Palestin adalah negara yang dipilihnya. Ini telah mendapat sokongan kuat daripada British kerana ia ingin mempertahankan kedudukan imperialisnya di Timur Tengah serta mengawal Terusan Suez.

Manakala imperialis Amerika Syarikat juga ingin menguasai kawasan Timur Tengah yang kaya dengan sumber alamnya. Demi mencapai kepentingan masing-masing, British dan Amerika telah memberi sokongan yang kuat dan saling bersubahat dalam komplotan mewujudkan negara Zionis Israel.

Demi mencapai niat jahatnya, kaum Zionis telah menggunakan bermacam-macam siasat yang kejam dan lunak. Mula-mula ia cuba memperdaya orang ramai dengan membuat propaganda-paropaganda konon orang Yahudi di seluruh dunia menderita penindasan.

Dengan itu ia cuba mendapat simpati agar orang-orang Yahudi dibenarkan membentuk negara sendiri. Untuk memaksa orang-orang Yahudi berpindah beramai-ramai ke Palestin, kaum Zionis bahkan berkomplot dengan Kerajaan Czar Russia dan Kerajaan Nazi Hitler di Jerman supaya melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi di sana.

Misalnya, selepas Perjanjian Program Kishinev pada tahun 1903, 45 orang Yahudi di Russia telah dibunuh. Selepas Perjanjian Haavara antara pertubuhan Zionis Sedunia dengan Kerajaan Nazi Hitler di Jerman pada tahun 1933, penindasan ke atas orang Yahudi di Jerman semakin diperhebat.

Pembunuhan besar-besaran ke atas orang Yahudi Dalam Perang Dunia Kedua oleh Nazi Hitler adalah sebahagian daripada komplotan untuk memindahkan orang Yahudi ke Palestin.

Selepas Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1917, Britain telah mengisytiharkan apa yang disebut Pengumuman Balfour yang membenarkan orang Yahudi bermastautin di Palestin.

Dan pada tahun 1922 pula, Palestin dikuasai oleh imperialis British. Dengan ini ia membenarkan seramai 16,500 orang Yahudi masuk ke Palestin tiap-tiap tahun.

Pada tahun 1946, Jumlah penduduk Yahudi di Palestin meningkat menjadi 678,000 orang manakala penduduk Arab Palestin 1,269,000 orang.

Justeru dengan mendapat tunjangan imperialis British, maka kaum zionis baru begitu berani menjangkaukan kuku syaitannya ke dalam wilayah Palestin dan berani bertindak dengan sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin.

Mereka bahkan telah menubuhkan sebuah organisasi pengasas bernama "Haganah" yang bertugas mengusir rakyat Palestin serta merampas tanah-tanah rakyat Arab yang sudah turun temurun bercucuk tanam di situ. Ini telah mendatangkan malapetaka yang tak terhingga ke atas rakyat Palestin.

Pada bulan November 1947, Bangsa-bangsa Bersatu di bawah pengaruh Amerika Syarikat dan British telah membahagikan Palestin menjadi dua – 42.88% tanah Palestin diberika kepada Arab Palestin, manakala kira-kira 57% diserahka kepada kaum Zionis.

Pada bulan Mei 1948, kaum Zionis Yahudi pun mengisytiharkan penubuhan negara Israel.

Tapi ini masih tidak memuaskan hatinya lagi. Demi mencapai ambisinya, mereka terus menggunakan taktik keganasan dan kekerasan untuk mengusir penduduk Arab dari Palestin serta memperluaskan wilayahnya dengan mencapluk wilayah Arab Palestin.

Justeru dengan cara-cara inilah, akhirnya penduduk Arab Palestin hanya tinggal 300,000 orang sahaja, manakala lebih daripada 2 juta lainnya telah kehilangan tempat tinggal dan 80% tanah Palestin juga telah dirampas.

Meraka yang kehilangan tempat kediaman kebanyakannya menjadi pengungsi di negara-negara lain, khasnya di khemah-khemah pelarian Jordan, Lubnan, Mesir dan negara-negara Arab lainnya.

Inilah latar belakang bagaimana kaum Zionis Israel selangkah demi selangkah mencapluk negara Palestin. Pendek kata negara Israel didirikan di atas tulang belulang rakyat Palestin dan rakyat Yahudi yang dipergunakan kaum Zionis dengan kerjasama British dan Amerika Syarikat.


Kini dan Silam

Rombakan kabinet : Pemuda Umno tidak terkilan

Posted: 05 Jun 2010 09:40 PM PDT

Mungkin benar mereka tidak terkilan, kerana bukan semua mereka yang menyokong Khairy.

Kononnya mereka tidak rasa apa-apapun.. bagaimana mereka nak berasa kalau Ketua mereka itu bukanlah orang yang disukai mereka.


Rombakan kabinet: Lagi penafian Pemuda Umno terkilan


Jun 6, 10 12:37am

Pergerakan Pemuda Umno tidak terkilan walaupun Ketuanya Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu.

Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin Umno tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak, dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di Kota Bharu pada Sabtu.

Pergerakan itu juga katanya memahami hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dalam membuat rombakan tersebut.

"Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan... agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik.

"Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun," katanya yang mengulas mengenai 'kehangatan' isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin isu itu tidak akan menimbulkan keresahan pada kalangan pemimpin Umno khususnya pada kalangan Pemuda sendiri.

Sementara mengulas isu berlainan, Razali berkata Pemuda telah melancarkan kempen khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bernilai 50 sen bagi setiap SMS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Kutipan daripada kiriman SMS itu akan disumbangkan kepada tabung bantuan kemanusiaan, katanya.


Bernama

Kisah Saudagar Dari Venice berulang di Sibu

Posted: 05 Jun 2010 09:22 PM PDT

Roslan Harun

SAUDAGAR Dari Venice mengisahkan nasib seorang ahli perniagaan selepas dia gagal menjelaskan hutangnya kepada seorang peminjam wang Yahudi.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh peniaga dan peminjam wang itu, jika hutang tidak tidak dapat dilunaskan pada waktunya, si peminjam hendaklah membayar dengan dagingnya sendiri.

Oleh kerana terlalu memerlukan wang, saudagar itu bersetuju tanpa berfikir panjang.

Dia yakin dapat menjelaskan hutangnya itu. Malangnya apabila tempoh pinjaman tamat, saudagar itu gagal menjelaskannya. Hutangnya menjadi banyak selepas ditambah wang bunga.

Saudagar itu menjerit takut apabila teringatkan perjanjian yang dibuatnya. Dia terpaksa membenarkan daging di tubuhnya dipotong untuk diserahkan kepada peminjam wang Yahudi itu.

Saudagar itu hampir berputus asa tetapi tiba-tiba dia teringatkan seorang hakim yang terkenal bijak di kota Venice. Mungkin hakim itu dapat membantu, fikirnya.

Dia kemudian membawa peminjam Yahudi yang kelihatan tidak sabar untuk melapah dagingya, berjumpa hakim.

Di depan hakim, kedua-duanya pun menceritakan kisah masing-masing. Hakim kemudian membenarkan Yahudi itu memotong daging saudagar yang ternyata terkejut besar dengan keputusan itu.

Sebaik saja si Yahudi mengacukan pisaunya ke tubuh saudagar itu, hakim itu menjerit: "Kamu boleh ambil dagingnya tetapi kamu tidak boleh ambil setitik pun darahnya. Mengikut perjanjian, kamu hanya berhak ke atas dagingnya tetapi tidak disebut langsung pasal darah!"

Si Yahudi terpinga mendengar jeritan hakim. "Mana mungkin aku lapah dagingnya tanpa menumpahkan darah?" fikirnya.

Akhirnya, peminjam wang Yahudi itu terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu tempoh hari, PM Najib Razak membuat perjanjian dengan pengundi dalam bentuk kata-kata yang berbunyi: "I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me."

Jika peminjam wang Yahudi membuat perjanjian dengan saudagar kekurangan dana, Najib membuat perjanjian dengan pengundi. Jika Yahudi gagal dapatkan daging si saudagar, nasib Najib juga sama, dia gagal mendapatkan kemenangan di Sibu.

Jika peminjam Yahudi gagal mendapatkankan daging manusia diidamkannya kerana faktor darah, Najib gagal untuk mendapatkan kemenangan untuk Robert Lau Jr, daripada Sarawak United People's Party (SUPP) kerana terpesongnya perjanjian beliau yang berbunyi "I help you, you help me" (Saya tolong awak, awak tolong saya).

Ya, Najib mahu tolong penduduk Sibu, tetapi wang dan dana peruntukan yang mahukan diberikannya itu bukan daripada poket beliau atau Barisan Nasional atau SUPP tetapi adalah daripada kerajaan Persekutuan. Buktinya semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebelum ini, pada cek RM3 juta yang diberikan kepada Sekolah Cina Rasa jelas tertera perkataan KERAJAAN PERSEKUTUAN. Jadi "I" (saya) yang digunakan Najib, tidak 'valid' (sah), kerana wang yang ditaburkannya adalah wang KERAJAAN bukan daripada poketnya sendiri atau wang Barisan Nasional.

Apabila wang kerajaan yang sebenarnya hak RAKYAT digunakan sesuka hati oleh seseorang individu, maka tidak wujud perjanjian antara Najib dengan pengundi Sibu. Sewajarnya wang rakyat yang diperolehi daripada semua rakyat tidak kira parti sokongan mereka, juga dikembalikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi masing-masing.

Namun apa yang mahu dilakukan Najib, wang rakyat itu mahu diberikan kepada orang yang dipercayai mahu menyokongnya saja. Apakah ini bermakna orang yang dirasainya tidak menyokong beliau, tidak akan merasai langsung wang atau faedah pembangunan daripada wang itu? Kalau demikian tidak payahlah orang tidak menyokong Barisan Nasional membayar cukai kerana faedah daripadanya tidak diperolehi mereka. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana semua rakyat kena membayar cukai jika sudah cukup syarat-syaratnya.

Satu perkara lagi yang menyebabkan Najib dan konco-konconya gagal 'memakan' daging penduduk Sibu adalah kerana 'perjanjian' itu membabitkan Najib dan mereka, langsung tidak disentuh akan calon daripada SUPP itu.

Najib berkata "I help you, you help me." Ya sesetengah pengundi Sibu yang baik hati, yang termakan budi mahu menolong Najib, tetapi bagaimana pula ya, sebab muka Najib tidak ada pula pada kertas undi. Yang ada hanyalah wajah Wong Ho Leng daripada DAP, muka Robert Lau Jr (SUPP) dan gambar Narawi Haron (Bebas).

Mungkin sesetengahnya berkata: "Kami mahu pangkah 'you' Najib, tapi 'sorrylah' muka awak tak ada!" Maka kempunanlah Najib, hajatnya tidak kesampaian di Sibu. Harap-harap beliau dan konco-konconya akan kempunan lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti!


Harakah Daily

GMJ mahu Berjaya hormati protes rakyat.

Posted: 05 Jun 2010 07:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) memberi amaran kepada Kumpulan Berjaya jangan sesekali mendesak kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar membenarkan premis judi sukan di negeri masing-masing dan tidak membantah langkah menghalalkan aktiviti itu.

Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk menolak premis judi bola sepak di negeri masing-masing.

Oleh itu kata beliau, pihaknya hairan mengapa syarikat tersebut masih masih meneruskan hasrat mengadakan premis aktiviti judi sukan di negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat, malah di negeri-negeri lain pimpinan Barisan Nasional.

"Kerajaan Pakatan iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang sudah menolak lesen judi bola sepak di negeri mereka jadi mengapa Kumpulan Berjaya masih hendak mereka menarik balik larangan tersebut.

"Tindakan yang diambil kerajaan Pakatan untuk menolak lesen judi sukan ini selari dengan kehendak rakyat.

"Kalau mereka sudah tolak mengapa mesti mahu paksa mereka terima?" kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan.

Suhaizan berkata Kumpulan Berjaya sepatutnya menerima keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan menghormatinya.

"Saya nak cakap kepada Kumpulan Berjaya supaya jangan hanya mementingkan diri sendiri.

"Kerajaan Pakatan sudah tolak kerana memikirkan tentang rakyatnya jadi semua pihak perlu menghormati keputusan ini," katanya.

Tambahnya, GMJ akan terus mendesak kerajaan supaya menarik balik kelulusan lesen judi sukan.

"Kita akan terus mendesak kerajaan dan tidak akan sesekali kita mengubah pendirian ini.

"Kita mahu kerajaan menarik balik kelulusan tersebut kerana memikirkan tentang masa depan rakyat dan negara.

"Ini kerana judi hanya akan memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan malah ia juga tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat," katanya.

Semalam, GMJ mendesak Kabinet menarik balik lesen judi sukan, sebaliknya menguatkuasakan undang-undang judi kerana gejala sosial itu akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bergabung tenaga untuk membantah tindakan kerajaan itu.

NGO yang terlibat termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras), Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.

Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan juga Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.

Selain itu Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyertai gerakan tersebut.

GMJ dibentuk bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia.


The Malaysian Insider

Derma RM525 juta : Lu cakap macam Najib la Vincent Tan

Posted: 05 Jun 2010 09:38 AM PDT

Dalam satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei 2010 seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times Najib telah didakwa terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya kecil parlimen Sibu oleh Pengerusi DAP Karpal Singh.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

"I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me," kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kononnya siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" itu.

Hari ini pula Vincent Tan berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

Vincent Tan telah merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Apa bezanya kenyataan Vincent Tan yang AKAN menderma RM525 juta kepada badan kebajikan dengan janji Najib yang beliau AKAN memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu?

Vincent Tan, setelah merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing telah menjanjikan AKAN menderma RM525 juta kepada badan kebajikan.

Manakala Najib pula menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika pengundi di Sibu mengundi untuk memberikan kemenangan kepada BN di Sibu pada Pilihanray kecil yang lalu.

Nampaknya tiada yang berbeza kenyataan mereka itu, mereka menjanjikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..

Hmm.. Lu cakap macam Najib la Vincent Tan..

*********************************************

Judi sukan: Vincent Tan rayu Pakatan jangan berkeras

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata.

Tan (gambar) juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

"Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini," kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan.

"Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali," kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan.

Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

"Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

"Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi "pertaruhan telefon."

"Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

"Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.

"Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah," kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald's.

Berjaya Corporation juga terlibat dalam perniagaan hartanah.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: