Sabtu, 26 Jun 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Selama Ini Umno Anggap Golongan Ulama Ekstrem

Posted: 26 Jun 2010 01:01 AM PDT

Najib: Kemasukan ulama bukan makna Umno ekstrem

KUANTAN, 26 Jun — Penyertaan ramai golongan ulama ke dalam Umno tidak akan menjadikan parti itu sebagai parti yang ekstrem terhadap perjuangan Islam, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata penyertaan itu membuktikan dasar perjuangan Umno dalam menegakkan syiar Islam di negara ini diiktiraf oleh golongan berkenaan.

"Kita tidak mahu Umno dilihat sebagai parti ekstrem. Islam sebenarnya bukan agama yang ekstrem. Jadi kita akan memperjuangkan Islam yang diterima oleh semua pihak dan umat yang terbaik adalah umat yang sederhana mengikut panduan Islam," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah, anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), di sini.

Seramai 40 ulama muda dari seluruh negara menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Najib, sebelum bermula mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur malam semalam.


Najib, yang juga Presiden Umno berkata parti itu sentiasa mengalu-alukan penyertaan golongan cendekiawan agama untuk menyertai Umno.

"Saya berharap ini sebagai satu titik permulaan kepada lebih ramai lagi cendekiawan Islam untuk menyertai dan menyokong perjuangan Umno," kata Najib.

Beliau berkata Umno telah membuktikan bahawa dasar-dasar perjuangannya selama ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkat antarabangsa.

"Kita akan terus memperkukuhkan perjuangan Umno dan memastikan apa yang kita lakukan selari dengan kehendak dan tuntutan Islam," katanya.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan yang tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan sukan, Najib berkata perkara itu tidak perlu berbangkit lagi.

Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan pengamatan kerajaan selain pandangan majoriti rakyat.

"Kita mendengar isi hati rakyat dan membuat keputusan bahawa lesen judi sukan tidak akan dikeluarkan," katanya.

Zahid Hamidi Menggelak Lagi..

Posted: 25 Jun 2010 09:07 PM PDT

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak menamakan dua buah syarikat yang membida projek untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi apabila diasak oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen semalam.

Ketika penggulungan perbahasan Azmin meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan mengapa pengambilalihan lapangan terbang TUDM Sungai Besi tidak dibuat secara tender terbuka.

Beliau mempertikaikan jawapan menteri dengan ambil merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang berulangkali mengatakan projek penswastaan khususnya dalam penjualan aset negara dan penjualan tanah yang strategik akan dibuat secara tender terbuka.

"Mengapa dalam kes lapangan terbang Sungai Besi perkara ini tidak dilakukan. Jika ini dilakukan pastinya rakyat akan mengetahui berapa pendapatan kerajaan dalam urus niaga daripada ketelusan seperti ini.


Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar kemudiannya bangun mencelah meminta kepastian daripada menteri berhubung kedudukan sebenar lapangan terbang tersebut.

Beliau memetik laporan media pada bulan April lepas yang memetik Ahmad Zahid sebagai berkata tiada cadangan bangunkan tanah lapangan terbang itu sebagai hub komersial.

"Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia mengatakan pihaknya sedia mengosongkan kem Sungai Besi dan yang terkini pada 11 Jun, menteri mengumumkan kepada media bahawa lapangan terbang akan ditutup.

Menteri dalam penjelasannya kepada soalan yang dibangkitkan dalam ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata cadangan untuk membangunkan tanah lapangan terbang itu telah di bawa oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di samping cadangan dua lagi syarikat lain yang dikemukakan kepada kabinet.

Azmin kemudiannya mencelah meminta menteri menamakan dua lagi syarikat yang membida projek tersebut tetapi Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dua lagi pembida projek itu dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada beliau.

Beliau membidas jawapan menteri tersebut di mana Menteri dan Timbalan Menteri turut menggelak untuk menjawab atau pun beliau tidak mahu menjawab.

"Ada satu lagi kategori hari ini apabila menteri menjawab tidak ingat, saya rasa sebagai Menteri Pertahanan, Naib Presiden Umno yang paling kanan, mustahil beliau tidak ingat.

"Ini bukanlah perkara baru dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, saya telah membangkitkan siapakah pembida yang menyertai pembangunan ini.

"Sudah pastilah Kementerian menyediakan jawapan untuk menteri menjawab dan saya juga mahu tahu mengapa pegawai di kementerian tidak menyenaraikan dua lagi nama syarikat yang membida projek ini," soal Azmin lagi.

Azmi turut mempersoalkan apakah pengalaman 1Malaysia Development Berhad sebagai pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman membangunkan tanah yang begitu strategik dan mahal.
Apabila ditanya berhubung penglibatan tiga individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Datuk Desmond dan Datin Cindy berhubung projek tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada individu yang disebut Ahli Parlimen Gombak terlibat atau tidak.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menghentikan perbahasan usul selepas mendapati menteri yang diasak dengan soalan berhubung isu tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

40 Ulama Bukannya 40 Penyamun!

Posted: 25 Jun 2010 08:57 PM PDT

SEMACAM kejuatan tetapi ia tidak mengejutkan! Begitulah yang dapat disimpulkan berhubung keinsafan dan kesedaran 40 orang ulama yang menyerahkan borang menyertai Umno. Marilah kita semua mengucapkan ahlan wasalan ya marhaban kepada mereka semua. Semoga niat mereka untuk berdakwah dalam Umno dan memperbetulkan kepincangan agama termasuk soal kerohanian akan diberkati Allah.

Malam tadi mereka telah menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli Umno kepada Najib Razak sambil diperhatikan oleh Muhyiddin Yassin. Malangnya penyertaaan yang diura-urakan seramai 100 orang itu hanya 40 orang saja tanpa chef devissionnya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Asri dikatakan akan ikut menyertai dalam masa terdekat.

Setidak-tidaknya kelewatan Asri menyertai Umno malam tadi, 13 Rejab 1431 menepati firasat saya sebelum ini. Saya telah mengira tidak secepat itu Asri menyertai Umno tanpa menolek dan melihat riak risik di belakang. Kalau pun Asri akan menyertai Umno juga itu adalah pilihan terakhir buatnya kerana kebutuan dan bukan ketentuan. Yang pada saya tindakan tetap tidak bijaksana kandipun menyertai Pas.


Dalam sidang akhbar semalam saya nampak ada bekas MB Perlis Shaidan Kassim. Apakah Shahidan Kassim menemani 40 ulama berkenaan. Apakah Shahidan bertindak menjadi Mursyidul Am kepada kumpulan itu. Walaupun tidak lagi jadi MB tetapi sekurang-kurangnya jawatan itu menyamakan dia dengan Nik Abdul Aziz.

Sekali lagi kita ucapan syabas kepada Shahidan Kassim kalau benar kemasukan itu kerana inisiatif dan usahanya. Kerja Islam harus dilakukan sesiapa saja tidak kira dari celah mana dia datang. Membawa orang masuk jemaah Islam akan mendapat pahala!

Yang hendak perkatakan di sini apakah matlamat penyertaan 40 ulama itu akan sampai atau tercapai. Seperti mana kata ketuanya, Dr Fadzlan Mohd Othman, 35 penyertaan mereka untuk bekerjasama dengan Umno berkaitan agama di kerohanian. Ada dua subjek di sini, agama dan kerohanian.

Bila sebut agama sudah tentulah soal-soal mengenai ibadat, mualamat, munaqahat dan sebagainya. Ini termasuklah soal sembahyang , puasa, haji dan sebagaiunya. Inilah pengertianan agama difahamkan oleh Umo selama ini. Sebab bila sebut perjuangan sebut politik ia bukan agama lagi bagi Umno. Bagi Umno politik dan agama dua perkara yang berbeza dan perlu diasingkan seperti minyak dengan air. Larangan menggunakan masjid sebagai medan politik adalah tunjuk ajar dan kefahaman Umno yang sekular.

Maknanya maksud Dr Fazlan itu ialah hanya berkaitan atau kena berkait kepada soal-soal sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Ia tidak akan boleh melebihi daripada sempadan itu. Misalnya, Dr Fadzlan dan ulama lain tidak boleh menterbiyah bagaimana kewajiban warga dalam sebuah negaranya. Jauh sekali untuk membincangkan soal-soal penegakan hukum Islam dalam masyarakat dan negara. Tidak boleh kerana itu bukan intri dalam kamus agama Umno.

Manakala bila disebut kerohanian pula, ia bersangkut soal-soal yang seni atau ghaib - hakikat. Dalam hubungan ini ialah mengenai pemikiran, fahaman mengenai agama dan ilmu-ilmu keTuhanan. Kerohanian itu bab-bab yang menyentuh soal semangat, soal jiwa dan soal hakikat. Apakah dalam hal ini ulama itu akan memberi roh (kerohanian) kepada Umno? Mereka akan mendakwa supaya Umno mendekati kerohanian, mengenal Tuhan dan diri sendiri atau berbicara soal falsafah manusia dan keTuhanan? Begitukah.

Jika inilah yang akan diberikan penekanan ia satu benda yang baru dalam Umno. Inilah tranfosrmasi sebenarnya. Soal kerohanian, pembentukan jiwa manusia menjadi manusia yang kamil yang senatiasa takut kepada Allah tidak ada dalam Umno selama ini. Jiwa Umno tidak pernah dibentuk dan dibangunkan secara bersepadu dalam soal ini. Kerana itulah jika diperhatikan jiwa manusia sebagai pemimpin dalam Umno dan jiwa manusia bergelar pemimpin rosak dan kering dengan air dinul hayat.

Bukti paling jelas berlakunya berbagai kejataan dan kemungkaran dalam Umno, atau kerajaan yang dipimpin oleh Umno. Jenayah, rompak, tipu, rasuah dan sebagaiunya telah bersarang dan berjelumu dalam kerajaan hari ini. Bila sebut kerajaan tersebutlah Umno. Perhatikan bagaimana kotornya proses pemilihan dalam Umno. Kekotoran ini adalah simbol dan angkubah mengenai kemungkaran Umno yang kering dengan jiwa keagamaan.

Persoalanya kini bolehkah ulama itu melaksanakan apa yang dikehendaki itu? Bekerjasama dalam bidang agama dan kerohanian. Memberi tafsiran benar tentang agama kepada Umno yang sudah ditinggal dan dilupai lebih 60 tahun? Dan membawa manusia Umno seramai 3 juta itu kembali kepada diri manusia yang merupakan hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini? Boleh dan mampukah?

Bagi Umno penyertaan mereka itu tetap mengutungkan mereka. Ia akan memperukuhkan parti berkenaan. Ia akan dijadikan modal besar kepadanya untuk menempelak Pas. Dalam Pas rancak dan ghairan memanggil bukan Islam bersama mereka (juga atas maslahat dakwah), Umno pula kini sedang berjalan menuju kiblat benar bersama mini kiblat itu. Perubahan ini orang melihat Umno yang melakukan islah dan tajdid yang benar ke atas pengisian harakinya.

Inilah yang hendak dijual.

Kita harus berpandangan baik dengan apa yang dihajati itu. Cuma di sini saya ingin menyebut bahawa sebelum ini juga sudah ada agenda seperti itu. Usaha untuk mengubah Umno dari dalam telah dibuat sebelum ini. Malahan berbagai kumpulan dan puak juga telah menyertai Umno dalam usaha memantapkan memperukukuhnnya sebagai parti agama dan bangsa.

Anwar Ibrahim dulu pun menyertai Umno bersama beberapa rakananya dari gerakan Abim atas alasan yang sama. Bukan main lagi madah dan gurindannya untuk menghalalkan tindakan itu. Kemasukan Awnar itu sehingga ditangisi setengah rakan lain kerana tempatnya bukan dalam Umno tetapi dalam Pas.

Bekas Naib presiden Pas, Nakhaei Ahmad juga telah menyertai Umno. Mungkin tujuannya kerana mahu meneruskan aktiviti siasahnya setelah beliau bermasalah dengan Pas. Ketokohan Nakhaei saya rasakan lebih hebat dan besar dari 40 ulama baru itu. Mohd Asri Muda juga turut sama menyertai Umno dengan harapan Pas akan berkubur. Malahan ramai lagi orang-orang agama baik dari Pas atau lain menyertai Umno.

Begitu juga berbagai kumpulan dan golongan profesional diheret dan diseret menyertai Umno. Dari artis, pelawak, pelakon, hinggalah mat rempit dan penjolok buah kepala sawit semuanya diangkut. Tetapi apakah yang berlaku kepada Umno? Apakah mereka berjaya? Saya tidak mahu menidakkan usaha mereka dan mengatasi takdir. Tetapi sejarah masa lampau boleh dijadikan sempadanan.

Begitu juga kalau dengan kemasukan itu, Umno mengalu-alunya untuk memperukuhnya, ia juga menyangsikan. Kemasukan yang bak melukut di hujung gantang itu tidak akan dapat mengubah keadaan dalam Umno. Saya juga tidak percaya kalau Umno sedia mengubah dasar dan prinsip Islam yang diterima pakainya selama ini yang liberal dan rencam kepada prinsip yang murni dan lebih jelas.

Dengan melihat perangai dan perwatakan Umno saya meragui kalau mereka ini diberikan peranan yang luas dalam Umno. Mereka akana dikawal serapinya. Golongan bojuis dalam Umno yang rata-rata tidak berpendidikan dan latar belakang Islam tidak mudah untuk menerima dakwah dan fikrah mereka. Kalau golongan ini ke depan akan berlaku pertembungan nanti, di mana ia akan berakhir dengan pemusnahan para ulama seperti para jahiliah membunuh anak perempuan mereka kerana golongan borjuis itu mempunyai wang, berkuasa dan pengaruh yang merata.

Tetapi tidak mengapa kita lihat dan perhatikan bagaimana mereka hendak bermula. Bagaimana mereka akan merencanakan agenda mereka. Janganlah masuk kerana diajak ataupun dipengaruh dengan janji-janji molok. Ingat anda adalah orang berjiwa murni dan rapat dengan Tuhan. Tuhan tidak mudah dipengaruh ataupun diperalatkan! Masuklah dengan memberi impak kepada Umno dan bukan masuk kerana mencari 'daun-daun' perlindungan.

Masuk Umno tidak menjadi masalah, tetapi jangan kemasukan itu seperti masuknya 40 penyamun ke dalam gua wa ising mataaakaji long.... Akhirukalam biarlah 40 itu benar-benar ulama dan bukannya 40 penyamun! Jadikan diri anda ikan di lautan yang tidak tepu dengan air laut meskipun duduk di situ berkurun. Cuma ingatlah, meskipun terror ikan mengawal diri, dia tidak juga mampu untuk menawarkan air laut. Ingat beringat! - mso

Rakyat Makin Meluat - Selangor Bakal Jatuh Ke Tangan Umno/BN

Posted: 25 Jun 2010 08:48 PM PDT

Pemimpin PKR Selangor, malam semalam berikrar akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar besar yang dipercayai akan menghadai pemberontakan oleh sesetengan ahli parlimen parti itu.

Tujuh belas daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor hadir pada mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan mereka ke atas Khalid.

Khalid mengambil keputusan untuk tidak bersama pada mesyuarat dua jam yang diadakan di kediaman menteri besar itu.

Hanya lima pemimpin bahagian, termasuk Azmin Ali yang mengetuai bahagian Gombak tidak hadir.

Dua daripada ketua bahagian itu memberitahu mereka tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan juga mempunyai tugasan lain tetapi berikrar menyokong Khalid.


Hanya dua yang tidak memberikan sebarang alasan dan mereka itu dipercayai penyokong Azmin.

Mesyuarat tergempar ini diadakan oleh ketua bahagian PKR Selangor berikutan desas desus bahawa 15 ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid semasa permukiman parti itu di Shah Alam yang bermula hari ini.

Khamis lalu, Azmin yang juga naib presiden PKR mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Khalid.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini," katanya.

Pada sidang media itu Azmin yang diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR," katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Ulama Seperti Ini Tak Perlu Dihormati

Posted: 25 Jun 2010 04:48 PM PDT

Ulama Muda Ada Tawar Menawar Sebelum Menyertai Umno

Kenapa mengambil masa begitu lama yang dikatakan Ulama muda ni untuk meyertai Umno?, mereka lahir dari negara mana ?, bila masuk Malaysia ?.

Sebelum ini di mana mereka2 ini ?, sememang nya mereka menyertai Umno hanya kerana habuan, mereka ini sememang nya tidak bertanggung jawab dalam hala tuju politik bernegara, amat dangkal baru sekarang menyertai politik, itu pun dengan berbagai2 janji, ini kerana realiti Umno yang suka menyogok.

Satu soalan lagi, adakah mereka baru mendaftar menjadi ahli Umno atau sememang nya darah daging berketurunan Umno ?, sejak dulu dan kini, buat lawak laa ulama ni dekat2 pilihanraya cari duit, macam cerita P.Ramlee la pulak 40 penyamun.


Ulama seperti ini tidak perlu di hormati, kerana mereka membiarkan sekian lama negara di perintah dengan ideologi kabur Umno dengan terang2an bercanggah dengan peraturan Islam, mampu kah meraka2 ini merobah Umno ?, sedang kan sebelum sudah ramai Ulama senyap kata madey tidak bolih buat apa2, mereka hanya boneka Umno sambil merembat elaun2 dan gaji buta jah, sebagai pengunci mulut dan otak mereka.

Di bawah ini ayat2 bodoh pertama ulama muda, yang bermaksud politik suku ugama suku.

*
"Kemasukan ini bukan berlandaskan politik dan bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak. Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda," kata Fadlan yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada sidang media selepas majlis penyerahan borang itu.


Aku tidak heran bila meraka di namakan Ulama Umno, kerana mereka berapa kerat jah berbanding ramai nya sekular2 dalam Umno yang berpandangan kebaratan. - tok ggawo

Kerajaan Tak Jadi Keluar Lesen Judi Sukan - Najib

Posted: 25 Jun 2010 08:42 AM PDT

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

40 Sertai Umno Tanpa Dr. Asri

Posted: 25 Jun 2010 06:49 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak menerima sampul surat 40 borang penyertaan daripada Fadlan Mohd Othman (dua dari kiri) dengan diperhatikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur malam ini.

Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini.

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan kedua dalam waktu terdekat.

"Sebenarnya ada dua golongan yang menyokong Umno. Satu sebagai ahli secara langsung dan lagi bukan ahli tetapi menyokong Umno.

"Dr Asri termasuk dalam kedua-dua kumpulan ini. Tetapi pada masa sekarang Dr Asri dalam kumpulan kedua iaitu menyokong dari luar dan satu hari nanti akan menjadi ahli Umno," kata beliau menjawab soalan status Asri yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Parti Liar Anak-Anak VIP

Posted: 25 Jun 2010 03:17 AM PDT

PARTI LIAR ANAK NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO - HIDUP YAHUDI!!

Semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar,Hotel Hitlon Kuala Lumpur, Malaysia Darul UMNO telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin tiba dengan kereta BMW putih.

Yang menggemparkan bila Ashman Najib (ANAK PM MALAYSIA) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K.Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah.Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.


Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.

Ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA penduduk FELDA YANG PANGKAH UMNO.

* http://warta365.blogspot.com/

Hak Anwar Dinafikan Lagi Mahkamah 1 Malaysia

Posted: 25 Jun 2010 01:52 AM PDT

Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua kenyataan termasuk kenyataan saksi pengadu Mohd Saiful Bukhari dalam kes tuduhan liwatnya.

Ketika membuat keputusan itu, panel hakim Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim berpendapat mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melayan rayuan itu.

Mahkamah berkata keputusan Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu bukan merupakan perintah akhir yang ada kesan bagi menentukan hak pihak perayu.

Kemudian panel hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei lalu yang menafikan akses memperoleh kenyataan Mohd Saiful yang direkodkan oleh polis.


Anwar mahu semua kenyataan tersebut kerana beliau mendakwa terdapat percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful semasa dalam perbicaraan kes tuduhan liwat terhadapnya sehingga boleh mendorong kebolehpercayaan pengadu dicabar.

Anwar, 63, mendakwa saksi utama (Mohd Saiful) telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat itu berlaku tanpa kerelaannya tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela.

Sulong bersetuju dengan hujahan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori yang diputuskan semasa perbicaraan dengan meminda Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman kerana perintah itu dianggap tidak muktamad.

Menurutntya pindaan kepada seksyen itu adalah untuk mengelak kelewataan perbicaraan kerana pihak yang mengalami kerugian akan merujuk kepada mahkamah yang tinggi untuk rayuan.

Bagaimanapun, peguam Anwar, Karpal Singh mengemukakan bahawa perkara itu dibenarkan rayuan kerana ia adalah keputusan muktamad yang melucutkan hak anak
guamnya.

Karpal berkata jika kebolehpercayaan saksi utama (Mohd Saiful) dicabar dan keterangannya diragui maka kes pendakwaan akan runtuh dan Anwar berhak untuk dibebaskan.

Mohd Yusof, bagaimanapun, berkata tidak ada asas untuk membenarkan permohonan pembelaan untuk diberikan kenyataan Mohd Saiful kerana undang-undang memberi kuasa budi bicara yang luas kepada peguam negara mengenai institusi pendakwaan jenayah.

Katanya tidak ada percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful di mahkamah sambil menjelaskan elemen kerelaan atau tanpa kerelaan bukan intipati dalam kesalahan itu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Perbicaraan kes liwat itu disambung 14 Julai ini.

Di luar mahkamah, Karpal Singh berkata beliau akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin ini.

Tiada ulasan: