Blog-list Malaysia |
- Penganas Atau Cuba Alih Perhatian Rakyat?
- Zaman Ustaz Fadzil, Jarang Kita Dengar Wala’ Diungkapkan
- Pembohongan Mahathir Disangkal
- Enjin Jet - Sarjan TUDM Hanya Kambing Hitam
- Karnival Fiesta Kelantan - Perancangan Allah Lebih Hebat
- Kalau Dah Popular, Bubar Sajalah Parlimen
- Kerajaan Kelantan Boikot Karnival Fiesta Malam Ini
- Keshvinder ‘tidur' masa PR perintah Perak
| Penganas Atau Cuba Alih Perhatian Rakyat? Posted: 16 Jun 2010 11:15 PM PDT Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta. "Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang," kata Anwar. "Di mana bukti bahawa terdapat kegiatan pengganas? Jika ancaman sebegitu mengugatkan mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa?" soalnya. |
| Zaman Ustaz Fadzil, Jarang Kita Dengar Wala’ Diungkapkan Posted: 16 Jun 2010 10:04 PM PDT Dalam Ucapan Dasar, Presiden PAS dilaporkan berkata: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim". Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu. "Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya. Kepada mereka yang aktif dalam PAS sewaktu arwah Ustaz Fadzil masih hidup tentu dapat merasakan kelainannya. Ini kerana Ustaz Fadzil tidak pernah menggunakan alasan "wala'" didalam menjalankan tugas beliau sebagai Presiden/Yang Dipertua Agung PAS. Saya masih ingat Muktamar PAS 1990 di Kota Baru. Ia adalah Muktamar PAS yang pertama selepas kemenangan di Kelantan selepas pilihanraya 1990. Di waktu itu, Pemuda PAS begitu lantang mengkritik beberapa idea dari kepimpinan PAS Pusat. Yang paling lantang adalah Malik Husin yang membidas idea Tok Guru Nik Aziz yang menekankan "Menerang bukan Menyerang". Arwah Ustaz Fadzil tidak pernah marah dan gusar apabila dikritik lantang sebegitu. Arwah Ustaz Fadzil menjawab semua hujjah-hujjah yang diberikan oleh Perwakilan. Sehingga dalam isu Ustaz Latif yang dibangkitkan Pemuda masa tu pun Ustaz Fadzil jawab. Sikap Ustaz Fadzil yang mementingkan hujjah bukan wala' ini menjadikan ahli-ahli "Wala'" kepada beliau secara OTOMATIK, tak perlu memaksa. Keputusan Ustaz Fadzil JARANG DIPERSOALKAN AHLI dan PENYOKONG sekalipun Ustaz Fadzil TIDAK PERNAH mempromosikan konsep wala'. Perkara yang sama juga boleh diperkatakan berkenaan Tok Guru Nik Aziz. Sepanjang yang saya mengikuti program beliau, dalaman dan luaran, saya tak pernah dengar beliau mengungkapkan perkataan "Wala'" ini. Sewaktu Muktamar 1990 itu, Tok Guru telah menegur pimpinan2 yang marah dengan kelantangan Malik Hussin. Tok guru membawa contoh Saidina Umar yang terlanggar kaki seorang yang beriktikaf dalam masjid kerana keadaan yang gelap. Orang yang dilanggar kaki itu jadi marah dan memaki Saidina Umar dengan memanggil dia buta. Saidina Umar tidak marah, malan hanya meminta maaf sebab terlanggar kaki. Sikit pun dia tak sebut yang dia adalah Khalifah kepada orang yang sedang tidur itu. WALA' ADALAH PROGRAM MEN"TERENGGANU" KAN PAS PUSAT Idea wala' ni mula popular setelah Presiden yang ada sekarang ni mengambil alih pemerintahan setelah perginya Ustaz Fadzil. Idea ini adalah menjadi pegangan kepada PAS Terengganu sejak sekian lama. Ahli-ahli dan pendokong-pendokong tidak boleh menegur pimpinan kerana semuanya wala'. Apa yang pimpinan buat, semuanya betul walaupun telah kalah pilihanraya berkali-kali. Pemilihan jawatan di Peringkat Kawasan dan Dewan pun melanggar Perlembagaan PAS. Namun, tidak pernah dipersoalkan oleh ahli kerana semua ahli PAS di Terengganu wala' kepada pimpinan. Setelah memerintah Terengganu pun, idea wala' ni masih diteruskan. Hasilnya, kita lihat sendiri. PAS Terengganu hanya mampu kekal satu penggal dan sehingga hari ini, tidak dapat merampas kembali Terengganu walaupun UMNO berpecah teruk. Apabila diberitahu rakyat Terengganu menolak kepimpinan PAS Terengganu yang ada sekarang ini, perkara tersebut ditolak mentah-mentah. Kepimpinan yang ditolak rakyat Terengganu masih dikekalkan. Ahli-ahli dan penyokong hanya diam membisu kerana "Wala'". PAS rugi tidak menjadi masaalah. Yang penting ahli mesti "wala'" pada kepimpinan PAS Terengganu. Biarlah kalah macam mana pun, ahli wajib wala' pada kepimpinan. Perwakilan Kedah menyatakan kalau hendak menang, kita wajib wala' pada pimpinan. Kalau begitu, di Terengganu kita tidak sepatutnya kalah kerana ahli semuanya wala' pada kepimpinan negeri. Namun, mengapa PAS Terengganu terus menerus kalah? Kadang-kadang perwakilan PAS ni tidak duduk di alam nyata. Mereka duduk di alam fantasi. Mereka tidak sedar bahawa kehidupan di alam nyata ini lain dari kehidupan di alam fantasi. Beza kepimpinan Ustaz Fadzil adalah Ustaz Fadzil sentiasa hidup di alam nyata. Atas sebab itulah Ustaz Fadzil tidak pernah menolak mana-mana kritikan dan teguran dan Ustaz Fadzil tidak pernah menggunakan alasan "wala'" untuk menutup kelemahan sendiri. Sahabat2 dulu sememangnya meminta rakyat wala' pada mereka, tapi mereka tidak pernah menghalang kritikan dan teguran dari sesiapa sahaja. Habislah PAS kalau terus menerus dihanyutkan dengan budaya PAS Terengganu. Tulang Besi ps Ustaz Halim memberi amaran Kedah dan Selangor akan jatuh kalau tidak mendaftar pengundi baru. Saya nak tanya berapa pengundi baru yang PAS Terengganu telah daftar setakat ini? XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX PAS: Waspada dengan blog, 'luncai' luar parti, Jimadie Shah Othman, Jun 11, 10, 10:31am |
| Pembohongan Mahathir Disangkal Posted: 16 Jun 2010 06:50 PM PDT Tak mungkin Melayu akan jadi kaum minoriti, kata penganalsis Kebanyakan penganalisis politik menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Ini kerana walaupun orang Melayu dibezakan dengan fahaman politik, tetapi ia tidak akan menjadi faktor utama kaum tersebut akan menjadi minoriti. Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tidak mungkin orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini. "Walaupun kaum Melayu negara ini mewakili (lebih) 60 peratus penduduk tetapi dalam jangka masa panjang saya percaya jumlah tersebut akan meningkat. "Jadi tidak mungkin orang Melayu akan menjadi minoriti dalam amalan demokrasi negara," katanya. Malah menurut beliau, perlembagaan juga sudah jelas akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Beliau berkata orang Melayu kemungkinan besar boleh jadi minoriti dari segi kekuatan politik sahaja. "Jika kita lihat dari segi kekuatan politik kemungkinan ia akan memberikan kesan kerana sekarang kita lihat imbangan politik lebih memihak kepada orang bukan Melayu. "Keadaan orang Melayu akan jadi minoriti itu juga bergantung kepada orang Melayu sekiranya mereka hendak memberika kuasa kepada orang bukan Melayu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing. Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berpendapat walaupun orang Melayu hari ini sering kali bercanggah pendapat terutamanya dari segi fahaman politik tetapi ia tidak akan menyebabkan kaum tersebut menjadi minoriti. "Walaupun dipisahkan dari segi politik tapi saya tidak lihat orang Melayu akan menjadi minoriti. "Ini kerana walaupun sering kali bertelagah antara satu sama lain ia hanya memberi kesan kepada jurang dalam orang Melayu. "Lagipun dalam amalan demokrasi yang ada sekarang ia pasti tidak akan berlaku," katanya. Bagi pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir hanya untuk menakutkan orang Melayu kerana masih ramai yang berpegang kepada idealogi bangsa. "Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri. "Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya. Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Isnin lalu sebagai terdesak dan tidak bertamadun. "Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir. "Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno," katanya. Sementara itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata orang Melayu akan jadi minoriti jika perpecahan yang berlaku selama ini tidak dibendung. "Jika berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu mereka akan menjadi lemah dan pada masa jika orang bukan Melayu bersatu tidak mustahil orang Melayu akan menjadi minoriti," katanya. Jelas beliau, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mana ramai miskin, maka secara automatik orang Melayu akan tertindas dan "berada dalam kedudukan terbawah dalam masyarakat di negara ini." "Apabila perkara ini berlaku orang Melayu akan menjadi hamba kepada orang bukan Melayu dalam negara sendiri," katanya. Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku cuma orang Melayu tidak menyedarinya. "Di Pulau Pinang perkara ini sudah berlaku di mana kepimpinan DAP menyisihkan orang Melayu dan kita lihat PAS dan PKR yang kononnya mahu membela nasib tidak mampu berbuat apa-apa. "Selain itu, mentaliti dan pemikiran orang Melayu hari ini lemah dan tidak dapat dibangkitkan sekiranya mereka menjadi minoriti. "Justeru orang Melayu perlu sedar akan kedudukan mereka sekarag dan mengukuhkan perpaduan yang kuat melalui kepimpinan yang baik," katanya. |
| Enjin Jet - Sarjan TUDM Hanya Kambing Hitam Posted: 16 Jun 2010 06:42 PM PDT Peguam keluarga Sarjan N. Tharmendran, yang kini menghadapi tuduhan mencuri dua enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mahu mendedahkan semua dengan membuat laporan polis berhubung layanan buruk diterimanya ketika dalam reman.Lawyer N. Surendran memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak guamnya dijadikan "kambing hitam" apabila dikenakan tuduhan bersubahat dan mencuri enjin-enjin pesawat jet F5 TUDM dan ditahan reman di Penjara Sungai Buloh. "Dia hanya seorang staf berpangkat rendah dan kami percaya tuduhan ke atas dia hanya bertujuan melindungi pihak tertentu," kata Surendran. TUDM mengesan kehilangan enjin jet dan rekod penyelenggaraan pada 22 Mei 2008 dan laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama. Kehilangan itu dilihat sebagai isu besar yang memalukan dan menjejaskan nama kerajaan ekoran siri peristiwa menimpa Kementerian Pertahanan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji tidak akan ada sebarang usaha untuk menutup kes tersebut. Najib merupakan Menteri Pertahanan ketika kejadian manakala Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menerajui kementerian itu sekarang mendakwa ia merupakan satu kerja dalaman. Surendran mendakwa anak guamnya itu dipaksa membuat pengakuan mencuri enjin-enjin itu. Katanya, mereka akan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam memaksa sarjan TUDM itu selepas anggota keluarganya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pagi ini. Akhir Mac lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan 19 Julai ini perbicaraan kes sarjan itu dan seorang ahli perniagaan yang didakwa bersubahat mencuri dan menghapuskan enjin milik TUDM. Hakim Aslam Zainuddin menetapkan tarikh bicara selama lima hari selepas pihak pembelaan memaklumkan mereka telah menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan. Mahkamah turut mendengar permohonan peguam Rakhbir Singh yang mewakili Tharmendran agar ikat jamin anak guamnya dikurangkan kepada RM10,000 daripada RM150,000 dengan seorang penjamin atas alasan tidak berkemampuan. Selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, hujahnya wang jaminan yang dikenakan terhadap Thamendran terlalu tinggi jika dibandingkan dengan nilai enjin yang didakwa dicuri itu. Aslam yang mendengar hujahan permohonan itu kemudian menolaknya secara lisan dan mengekalkan nilai jaminan sebelum ini. Pada 6 Jan lalu, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Oleh kerana tidak dapat mengumpulkan RM150,000 Tharmendran ditahan di penjara sejak enam bulan yang lalu. Surendran telah pun memfailkan rayuan berhubung perkara itu tetapi belum ada tarikh sebutan. |
| Karnival Fiesta Kelantan - Perancangan Allah Lebih Hebat Posted: 16 Jun 2010 06:05 PM PDT Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib. Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus. Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer. Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV. Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap. Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini. Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja. Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan. Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam. Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung. Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1. Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan 'atas sebab-sebab tertentu' di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu. Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia. |
| Kalau Dah Popular, Bubar Sajalah Parlimen Posted: 16 Jun 2010 05:30 AM PDT Pas Kelantan mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bubarkan Parlimen sekali gus mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dengan segera sekiranya beliau yakin untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan raya itu. Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa sokongan Perdana Menteri kini terus kukuh tidak melambangkan realiti suasana politik negara sekarang. "Kenyataan Tun tidak berpijak kepada realiti politik semasa. Beliau menggunakan analisis Merdeka Center untuk buat kesimpulan, sedangkan Pakatan Rakyat (PR) juga mempunyai analisis sendiri. "Oleh itu jika Perdana Menteri berani, sila bubar Parlimen sekarang dan kita beri peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru untuk mentadbir Putrajaya. Kita boleh tengok kebenaran analisis itu," katanya kepada Sinar Harian semalam. Kelmarin, Dr Mahathir berkata, PRU-13 boleh diadakan dalam masa terdekat memandangkan keyakinan dan kepuasan hati rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri sudah meningkat kepada 72 peratus. Pada PRU-12 lalu, Pakatan Rakyat (PR) memenangi 82 kerusi Parlimen, manakala BN mendapat 140 dari 222 kerusi yang dipertandingkan. Untuk mendapatkan majoriti dua pertiga BN perlu sekurang-kurangnya 148 kerusi Parlimen. Ditanya adakah PR mempunyai data mengenai analis semasa mengenai trend mengundi dalam negara ini, Fatah. berkata, pihaknya mempunyai banyak sumber yang kuat dan lebih meyakinkan dari apa yang dilakukan oleh BN. "Sumber dan data kini menunjukkan kita mampu untuk menawan Putrajaya sekiranya pilihan raya diadakan sekarang," katanya. [Sinar Harian] |
| Kerajaan Kelantan Boikot Karnival Fiesta Malam Ini Posted: 16 Jun 2010 02:23 AM PDT Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini. Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan. "Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlansung bermula 16 hingga 19 Jun ini. "Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi. Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri. "Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide," ujarnya. Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya. Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat. Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management. "Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra. "Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," ujarnya. Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut. Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing. Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini. "Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium. "Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama," ujarnya lagi. Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri. Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini. Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik. |
| Keshvinder ‘tidur' masa PR perintah Perak Posted: 16 Jun 2010 02:18 AM PDT Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh yang mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan DAP dan menjadi Adun Bebas disifatkan sebagai membuka pekung sendiri. Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Khalil Idham Lim (gambar) berkata, tindakan Keshvinder tersebut akibat menyedari tidak mampu menyelesaikan masalah serius rakyat di kawasannya sendiri sejak Mac 2008 lalu. Katanya, selama menjadi Adun sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Keshvinder didakwa 'tidur' sehingga tidak tahu permasalahan yang berlaku di kawasannya. "Saya tidak tahu apa yang dia lakukan sejak dia menjadi Adun sehingga rampasan kuasa, sehingga baru tahu ada orang susah di kawasannya selepas BN merampas kuasa. "Sesudah 2 tahun lebih menjadi Adun baru dia mahu berlagak menjadi wakil rakyat di Dun yang dimenanginya. Sebelum ini dia 'tidur' sahaja," kata Idham Lim yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini, kata Idham Lim, memberi peruntukan sebanyak RM75,000 yang disalurkan melalui pejabat daerah dan dikendalikan kelulusannya oleh Adun termasuk Keshvinder, namun tidak tahu ke mana peruntukan wang tersebut disalurkannya. Semalam, Keshvinder mengumumkan keluar parti pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang. Beliau sebelum ini pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat. Dalam kenyataan kepada media di luar pejabat SPRM pada hari itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu. "Dengan ini saya menegaskan bahawa tindakan Khesvinder tidak membawa masalah kepada Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat Perak terus utuh dengan gabungan yang mantap serta kesefahaman yang terus kami jalin terus bagi memastikan segala gerak kerja yang selama ini dirancang bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang diterus dan ditingkat dari masa ke semasa," kata Idham Lim yang juga Adun Titi Serong. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan