Rabu, 23 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"

Posted: 23 Jun 2010 07:00 AM PDT



Oleh KEMALIA OTHMAN

SELAIN insiden dipukul adik kandung sendiri, penyanyi dan pelakon Ifa Raziah turut mengalami satu kejadian lain apabila dia diserbu penguat kuasa agama ketikamenginap di sebuah hotel di Changlun,Kedah bersama suaminya Mohd YaniAbdul Rahman.

Peristiwa itu berlaku ketika dia menjalanipenggambaran drama berjudul Dari Kodiang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ifa, dia agak sedih dan kecewa pihak terlibat menyerbu biliknya dengan cara yang kurang sopan sedangkan dia tidak berkhalwat.

Menceritakan pengalaman tersebut, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, bilik Ifa tiba-tiba diketuk dengan kuat seperti hendak pecah.

Terkejut dengan ketukan itu, suami Ifatelah membuka pintu bilik kerana menyangkaada perkara lain yang berlakutanpa mengesyaki mereka sebenarnyatelah diserbu kerana disyaki melakukanmaksiat.

Katanya, sewaktu pintu dibuka pihak berkenaan telah menolak suaminya dengan kasar tanpa memberi salam.

"Untuk mengesahkan kami sudah berkahwin, suami saya menunjukkan kad perakuan nikah sebagai bukti kami tidak berkhalwat.

"Malangnya pihak terbabit bertindakkasar sehinggalah berlaku pertelagahandengan suami saya," kata Ifa seperti yang dilaporkan akhbar Mingguan mStar, Ahad lepas.

Lebih daripada itu, menurut Ifa, ada diantara pegawai terbabit mengeluarkankata-kata kesat yang sepatutnya tidakberlaku apatah lagi peristiwa itu terjadikepada individu yang tidak bersalah.

Antara ayat yang menyakitkan hatidia disindir dengan kata-kata 'kau ingatkau artis besar sangat?'

"Saya tak marah jika mereka melakukanserbuan dengan menggunakan prosedur yang betul tetapi janganlah menyerbu sesuka hati serta bercakap dengan kata-kata yang kurang sopan.

"Dia orang seperti pandang rendah kepada saya dan lebih menyakitkan hati mereka langsung tidak menunjukkan rasa bersalah dan minta maaf pun kepada kami," ujarnya kesal.

Ifa yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Yani mempunyai dua cahaya mata turut memberitahu pengalaman tersebut memberi imej buruk kepadanya.

Bagaimanapun dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara remeh itu terus berpanjangan.

Cuma ujar Ifa, pihak berkenaan sepatutnyamenyiasat terlebih dahulu dan janganlah mudah melabelkan seseorang artis itu sebagai jahat.

Lebih memalukan kejadian pada malam itu menyebabkan berlakunya kekecohan sehinggamenyebabkan penghuni hotel lain turut terganggu.

"Bukan bilik saya sahaja malah dua bilik artis lain yang disewa atas nama suami saya turut diserbu.

Tapi yang hairannya jika serbuan untuk mencegah maksiat, kenapa bilik kami sahajayang diperiksa?" katanya kesal.

Ifa bagaimanapun berharap pihak berkenaan harus berfikir panjang sebelum membuatsesuatu tindakan. Ini kerana perbuatanitu menyebabkan masyarakat akan hilanghormat apatah lagi kepada agensi yang diberiperanan menjalankan tanggungjawab dengan berhemah.

mstar



Klip video lucah 'Ariel' dijual RM5

Posted: 23 Jun 2010 05:43 AM PDT


Gambar hiasan

2010/06/23

KUALA LUMPUR: Klip video ranjang didakwa bekas penyanyi band Peterpan, Ariel bersama aktres Indonesia Luna Maya dan Cut Tari mula berjangkit ke negara ini apabila pelajar dikesan aktif memuat turun rakaman klip lucah terbabit menerusi telefon bimbit masing-masing.

Lebih mengejutkan apabila video klip lucah berkenaan menjadi bahan bagi mengaut keuntungan segelintir individu yang menjualnya dengan harga serendah RM5.

Seorang pelajar kolej yang hanya mahu dikenali sebagai, Faizal, 22, berkata, video klip lucah itu mula berlegar di kalangan pelajar kolejnya di Petaling Jaya sejak lebih seminggu lalu.


Menurutnya, dua video klip berkenaan mengandungi perlakuan seks dua wanita dan seorang lelaki dipercayai dipindah turun melalui Internet sebelum ia tersebar melalui sistem Bluetooth telefon bimbit.


"Apa yang saya tahu terdapat dua video klip yang dimuat turun," katanya.


Menurutnya, biarpun dua artis wanita terbabit kurang popular di Malaysia, namun pendedahan media dan majalah hiburan menyebabkan ramai tercari-cari klip video berkenaan.


"Apa yang saya tahu ada antara rakan kolej turut menjalankan perniagaan dengan menawarkan klip video terbabit dengan bayaran RM5 kepada sesiapa yang berminat untuk memuat turunnya," katanya.


Dia ditemui wartawan Harian Metro semalam turut menunjukkan dua klip video berkenaan sebagai bukti ia wujud dan boleh dimuat turun dalam hanya beberapa minit.


"Walaupun klip video itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, namun aksi panas cukup mendebarkan dan setaraf dengan filem porno barat. "Malah, ada antara rakan yang bertanya sama ada kami memperoleh klip video lain membabitkan artis seberang itu," katanya.


Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata, klip video yang didakwa menyerupai artis tertentu memang menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak diketahui sama ada ia benar atau tidak.


"Saya minta hentikanlah perbuatan itu kerana ia jelas mengaibkan orang. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi sekurang-kurangnya abaikan klip kerana tidak ada faedahnya," katanya.

hmetro

Tuudia!! Penoreh getah jadi bookie

Posted: 23 Jun 2010 03:00 AM PDT


SEREMBAN - Seorang penoreh getah antara lapan ditahan Polis Negeri Sembilan kerana terbabit dengan pertaruhan haram sepanjang musim bola sepak Piala Dunia ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, lelaki terbabit ditahan di sebuah kafe siber dekat Simpang Pertang, Jelebu, Rabu lalu kerana menganjurkan judi haram menggunakan telefon.

"Penoreh getah berusia 40 tahun itu dikesan menganjurkan perjudian haram di siber kafe berkenaan dengan nilai pertaruhan tertinggi sebanyak RM1,000," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, polis melancarkan lapan serbuan berasingan terhadap kes perjudian haram bola sepak di negeri ini, tetapi hanya lima berjaya ditangkap membabitkan wang pertaruhan mencecah RM2.8 juta.

Hasil siasatan, katanya, polis mendapati jumlah wang pertaruhan setiap hari adalah hampir RM400,000 dengan nilai taruhan tertinggi sebanyak RM10,000.

"Mereka yang ditahan adalah lima penganjur dan tiga pemain berumur antara 32 hingga 47 tahun ditahan di kawasan perumahan, kafe siber dan restoran sekitar Seremban dan Jelebu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), di sini semalam.

Beliau berkata, hasil kesemua serbuan itu, polis merampas wang tunai sebanyak RM14,244, empat komputer riba serta telefon bimbit (14), modem komputer (dua) dan modem jalur lebar (tiga).

Selain itu, turut dirampas, sebuah kereta jenis Proton Iswara, buku catatan (empat), kertas maklumat pertaruhan (17) dan satu jadual perlawanan bola sepak.

Selain penoreh getah itu, katanya, turut ditahan seorang wanita jurujual atas kesalahan sama, sehari selepas lelaki terbabit ditangkap.

"Wanita berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya dekat sini," katanya.

Osman berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Akta Pertaruhan 1953 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara lima tahun.

Menurutnya, kesemua yang terbabit dengan judi haram itu juga dikesan membuat dan menerima pertaruhan melalui internet serta telefon untuk mengelakkan kegiatan dikesan polis.

"Bagaimanapun, hasil siasatan awal mendapati semua kes pertaruhan terbabit tidak mempunyai kaitan dengan bookie antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sejak berlangsungnya Piala Dunia, perlawanan antara pasukan England dan Amerika Syarikat mencatatkan pertaruhan tertinggi di kalangan kaki judi di negeri ini, bagaimanapun tidak memberitahu jumlahnya.

SH

Lulus lesen judi,Mansuh lesen ayam

Posted: 22 Jun 2010 11:00 PM PDT



KEMARIN DEPA KATA NAK MANSUH PMR DAN UPSR,TUP-TUP HARI NI LESEN AYAM PULAK YANG DIMANSUH.APA KENA MENGENA AYAM DENGAN UPSR? MUNGKIN CADANGAN PEMANSUHAN PMR DAN UPSR LEBIH PRAKTIKAL UNTUK DIPRAKTIKKAN DI KALANGAN AYAM.SEGALANYA MUNGKIN KERANA AYAM TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG PEPERIKSAAN UNTUK MENGUJI MINDA.APA YANG PERLU BAGI SEEKOR AYAM IALAH BERTELUR ATAUPUN MENGHULURKAN TENGKUK SECARA BERHEMAH KETIKA DISEMBELIH.

ADA AYAM PEDULI HARI TU DAH LULUS LESEN JUDI KATA BELUM LULUS LAGI?
SAMPAI WORLD CUP DAH NAK HABIS TAK TAU APA JADI.ADA TAK ADA LESEN JUDI BOLA,BOOKIE TETAP MENJADI-JADI.SEOLAH-OLAH SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI JUDI.

DEY MACHA!!! TAK PAYAH KECOH NAK MANSUH ITU INI LA,KALAU BERANI MANSUH TOL DULU.

BERJUANGLAH...KEPALA HOTAK SINGA LAUT BERJUANG DEMI KEADILAN SEJAGAT.



Mulai 15 Julai ini, lesen runcit bagi tiga barangan iaitu ayam, besi (bar bulat keluli lembut) dan simen akan dimansuh.

ismail sabri yaakobMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berikutan itu, ketiga-tiga barangan itu bukan lagi di bawah kawalan harga, sebaliknya harga ditentukan oleh pasaran.

Beliau berkata, antara tujuan langkah itu diambil ialah supaya tidak berlaku ketirisan ke sempadan memandangkan jurang perbezaan harga dengan negara Asean bagi simen dan keluli tidak ketara dan bekalan ayam yang semakin stabil sejak kawalan harga dikeluarkan.

Selain itu, ia untuk membolehkan kementerian memberi fokus kepada tiga barangan keperluan asas iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak yang masih dikawal bagi harga dan bekalan oleh kerajaan, katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini.

sellers meat 090805 chicken seller"Pada tahun 2008, kementerian mengambil langkah proaktif dengan memansuhkan kawalan harga terhadap ayam, besi dan simen. Bagaimananpun, kawalan bekalan masih diteruskan dan selain itu, melalui perlesenan, bekalan ayam dalam negara juga semakin stabil,” katanya.

Beliau berkata jumlah lesen runcit ayam yang dikeluarkan dari Januari hingga hari ini (22 Jun) ialah 2,676 dan 3,000 untuk simen serta 2,356 untuk besi.

Ismail Sabri juga berkata, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dijangka dibentang pada sesi Parlimen kali ini bagi menggantikan Akta Kawalan Harga 1946.

christmas malaysia shopping mall 221206 02"Kabinet dah luluskan. Saya berharap ia dapat di baca untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata akta ini jika diluluskan, lesen di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan akan dimansuh.

"Ini bermakna lesen di bawah skim itu tidak akan dikenakan terhadap peruncit pada musim perayaan akan datang,” tambahnya. - Bernama

Syarikat Yahudi dilayan, hak rakyat Kelantan dinafi

Posted: 22 Jun 2010 09:00 PM PDT



Wartawan Kita

KOTA BHARU, 22 Jun: Cuba anda bayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sanggup membayar RM77 juta kepada warga Yahudi melalui syarikat APCO Worldwide, sedangkan hak rakyat Kelantan mendapat royalti RM2 bilion dinafikan.

Bayaran hampir RM80 juta itu hanya untuk tiga orang, sedangkan hak 1.4 juta rakyat Kelantan mendapat royalti petroleum diketepikan begitu sahaja.

Lebih dibimbangi lagi apabila banyak syarikat milik kerajaan mengalami kerugian besar seperti Sime Darby
berjumlah RM1.6 bilion dan aliran tunai Felda pula susut sebanyak RM2.7 bilion dalam tempoh lima tahun.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran diberi kepada APCO sebanyak RM77 juta merupakan deposit dan tidak termasuk bayaran lain, sedangkan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan disisihkan.

Katanya, beliau juga bimbang wang ihsan yang diberi kerajaan pusat melalui jawtankuasa khas yang diwujudkan digunakan pula bagi mengurus Yayasan Darul Naim bagi mencapai matlamat politik Umno dan BN.

Menjawab soalan tambahan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dun hari ini
katanya, tidak dapat ditolak kemungkinan wang ihsan yang diberi sebelum ini digunakan yayasan tersebut.

"Buat apa tubuh Yayasan Darul Naim, kita bimbang pengurusan wang ihsan itu boleh berlaku penyelewengan seperti dialami banyak syarikat milik kerajaan sebelum ini," katanya.

Sebelum itu berlaku perang mulut di antara Husam dan Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) apabila beliau
mempertikai ungkapan Exco terbabit yang menyifatkan mahkamah di Malaysia seperti 'mahkamah kangaroo'.

Isu itu tumbul apabila Husam menjawab soalan Adun BN terbabit dengan mengatakan kerajaan negeri tidak tergesa-gesa membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah kerana prosesnya seperti diketahui ramai seperti mahkamah kangaroo.

Ketika beliau memberi contoh seperti kes bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan kes pita video V.K Lingam biar pun ada suruhanjaya ditubuh kerajaan bagi menyiasat namun tiada tindakan lanjut diambil.

Adhan cuba mengemukakan peraturan deewan nombor 28 ketika Husam terus menghujah mengenai perjalanan mahkamah di negara ini.

Ketika itu berlaku perang mulut sehingga Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim campur tangan dan
mengarahkan berkali-kali Adhan supaya duduk namun tidak dihiraukan pada awalnya.

Kemudian bangkit Hassan Mahmood (PAS-Tawang) yang meminta Speaker membenarkan Adhan membaca peraturan nombor 28, namun Timbalan Speaker meminta Adun terbabit membacanya.

Ketika Hassan membacanya tidak pun didapati kaitan peraturan dewan dengan apa yang dihujahkan Husam.
Ekoran itu Adun Tawang menyimpulkan Adhan sebagai pembohong kerana cuba menggelirukan dewan.

Husam juga meluahkan kebimbangan Petronas sebagai konglomerat besar milik kerajaan hilang wibawa apabila pecah kontrak dengan kerajaan Kelantan apabila menafikan hak ke atas royalti.

"Penjelasan Presiden Petronas kononnya Kelantan tidak berhak mendapat royalti 5 peratus kerana telaga carigali terletak lebih 3 batu nautika tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petronas 1974.

"Sedangkan Telaga Kikeh di Sarawak terletak 210 batu nautika, Tapis di Terengganu 230 batu nautika, dan Bumi Selatan di perairan Kelantan hanya 90 batu nautika. Mengapa Sarawak dan Terengganu dapat royalti, sedangkan Kelantan lebih dekat tidak.

"Kita bimbang tindakan kerajaan boleh merosakkan identiti Petronas ketika sedang berusaha keras melobi untuk meluaskan peluang perniagaan di luar negara," katanya.

Husam juga menjelaskan pasukan peguam yang dilantik sedang mengkaji kemungkinan untuk memfailkan kes yang sama di luar negara memandangkan operator carigali yang terlibat di perairan Kelantan milik syarikat asing.

harakahdaily

Video seks ‘Peterporn’ tepati ramalan

Posted: 22 Jun 2010 07:00 PM PDT



Klip panas vokalis Peterpan, aktres disifatkan atasi skandal penyanyi dangdut, ahli politik 2006

JAKARTA: Kemunculan video lucah didakwa membabitkan pasangan kekasih artis vokalis Peterpan, Nazril Ariel Ilham dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari didakwa pernah diramalkan pengamal ilmu mistik di Indonesia.
Malah, mereka menjangkakan ia lebih hebat dari video seks penyanyi dangdut, Maria Eva dan pasangannya, wakil rakyat, Yahya Zaini.
Saya meramalkan pada awal 2010 bahawa tahun ini bakal digemparkan dengan munculnya video yang lebih heboh daripada rakaman Maria Eva, dakwa seorang bomoh, Ki Kusumo dari Jakarta Timur.
Bukan itu saja, mengikut jangkaan Ki Kusumo, selepas kes video Ariel-Luna akan muncul lebih banyak video seumpamanya.
Kita akan dapat lebih banyak lagi (video) seperti ini, katanya.
Video aksi seks Ariel-Luna pertama kali disebarkan 4 Jun lalu memaparkan adegan seks mirip pasangan selebriti itu yang mengejutkan masyarakat Indonesia.
Belum hilang kejutan masyarakat terhadap video berkenaan, pada 8 Jun lalu, muncul pula video yang didakwa membabitkan Ariel serta Cut Tari.
Sehingga hari ini, Ariel, Luna mahu pun Cut Tari belum membuat sebarang penjelasan sama ada mengatakan ya atau tidak mengenai pelaku video terbabit adalah mereka. Sebaliknya, masing-masing mendakwa mereka adalah mangsa.
Empat tahun lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan rakaman adegan seks membabitkan artis Maria Eva dan Yahya Zaini yang tersebar dalam bentuk 3G.

Kes berkenaan mendapat perhatian berikutan status Yahya yang ketika itu adalah wakil rakyat parti Golkar. Berbeza dengan kes Ariel, Maria Eva disifatkan lebih berani serta sanggup menanggung risiko kehilangan kontrak dengan mengaku dirinya yang terakam dalam video terbabit. Selepas pengakuan berani Maria berkenaan, kes itu berakhir.
Tetapi, apa yang pasti, kes video seks terbaru sudah tersebar ke seluruh dunia, malah nilai pasaran video terbabit dilaporkan semakin tinggi.
Terbaru dilaporkan tempias skandal video terbabit turut dirasakan sehingga ke Hong Kong apabila bekas penyanyi kumpulan Ratu, Pinkan Mambo mendakwa pernah ditanya mengenai perkara itu ketika berada di sana.
Sampai juga hingga ke Hong Kong. Orang sana tanya tapi saya cuma katakan, Ya ada gosip berkenaan di Indonesia, kata Pinkan Mambo yang ditemui di Studio RCTI di Jakarta.
Pada masa sama, Pinkan turut melahirkan rasa terkilan dengan kes berkenaan.
Sedih kerana ia sampai ke luar negara. Amat sedih kerana ia membabitkan pemikiran masyarakat, katanya.
Bagi Luna Maya dan Cut Tari segelintir pihak menganggapnya sebagai satu peluang besar di mana mereka mungkin bakal ditawarkan dengan bayaran lumayan yang belum pernah diterima dari negara mereka sendiri.
Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana pembabitan dalam industri video seks adalah dilarang di Indonesia. Agensi

Sumber : Bharian.com.my

RM6.7 Bilion Untuk Dua Kapal Selam Scorpene

Posted: 22 Jun 2010 05:00 PM PDT



Kerajaan membelanjakan RM6.7 bilion untuk dua kapal selam Scorpene dimana pembeliannya kini disiasat kerana mahkamah Perancis kerana disyaki mempunyai unsur rasuah.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Zahid, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.
"Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," kata Zahid.
Daripada jumlah itu, RM454.186 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bayaran untuk "penyelarasan dan perkhidmatan bantuan" yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak RM4.85 billion.
Zahid juga mendedahkan kerajaan membayar RM1.1 bilion untuk peluru berpandu yang dijangka dibekalkan menjelang tahun 2013.


tvs



Tiada ulasan: