Ahad, 13 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


PAS yakin ke Putrajaya

Posted: 13 Jun 2010 03:00 PM PDT

Hazayani Zakaria

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang optimis PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya suatu hari nanti.

Beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan di muktama PAS kali ke-56, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini berkata, tidak mustahil suatu hari nanti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara melihat kepada sokongan yang biberikan oleh rakyat termasuk orang bukan Islam terhadap PR.

"Ke Putrajaya InsyaAllah, kita membawa kemenangan. Orang kata kita bermimpi, tapi kta bermimpi yang soleh," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau juga berkata, sekiranya syariat Islam benar-benar diamalkan di negara ini, segala permasalahan sosial yang melanda negara dapat diselesaikan.

"Jika benar-benar kita mengamalkan syariat Allah, insyaAllah segala permasalan sosial dan moral dapat diseesaikan," katanya.

Beliau berkata, PAS berada dalam bahtera yang selamat bersama rakan-rakan Pakatan yang lain.

"Yakinlah, kita sekarang ini berada dalam bahtera yang selamat. Teruslah besama Pakatan rakyat untuk ke Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji mutu perbahasan seluruh perwakilan yang disifatkan sebagai matang dan menepati isu.

"Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh perwakilan yang menyampaikan perbahasan yang mutunya semakin meningkat," katanya.

harakahdaily



Share

Keputusan Piala Dunia 13/06/10

Posted: 13 Jun 2010 09:45 AM PDT



PRETORIA: Ghana menjadi negara pertama dari benua Afrika mencatatkan kemenangan di Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Serbia 1-0 dalam saingan Kumpulan D di Stadium Loftus Versfeld, sebentar tadi.

Gol kemenangan itu diperoleh menerusi sepakan penalti oleh Asamoah Gyan pada minit ke-85.

Sebelum itu, Serbia terpaksa bermain 10 orang apabila Aleksandar Lukovic diperintah keluar padang selepas mendapat kad kuning kedua pada minit ke-74.

TERDAHULU...


PEMAIN tengah Slovenia, Andraz Kirm (kanan) bersaing dengan pemain Algeria, Hassan Yebda pada saingan Kumpulan C Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, malam tadi. Keputusan Algeria tewas kepada Slovenia 0-1. - Foto AFP

POLOKWANE: Slovania memperoleh mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Algeria dalam satu lagi pertemuan Piala Dunia Kumpulan C di Stadium Peter Mokaba, sebentar tadi.

Gol Slovenia diperoleh menerusi tendangan kencang Robert Koren pada minit ke-79 selepas Algeria bermain 10 orang apabila Abdelkader Ghezzal mengutip kad kuning kedua pada minit ke-64.

Awal pagi tadi, pertemuan England dan Amerika Syarikat dalam kumpulan sama juga seri 1-1.

-bharian

Share

PAS tampilkan 'ikon' bola anti-judi

Posted: 13 Jun 2010 05:00 AM PDT


Lagenda: Radhi bersama pasukan Kedah

Jun 13, 10

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

"Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an.

Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

Ajak Dr M, Pak Lah berdemo

Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir.

"Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan.

"Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini.

"Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya.

malaysiakini


Share

Siapa kata orang Melayu lari dari PAS?

Posted: 13 Jun 2010 03:00 AM PDT



Oleh Hamba Allah

Aku cukup setuju dengan perwakilan Shah Alam, Khalid Samad. Siapa kata orang melayu beralih dari sokong PAS.

Memang sebenarnya orang melayu tak pernah sokong PAS. Pasainya selama ini yang sokong PAS adalah orang Islam yang nakkan kepada Islam. Realitinya, kata YB Khaild Samad, sokongan orang melayu kepada PAS meningkat hampir 300% dari orang melayu.

Memang sebenarnya pun sokongan orang melayu kepada PAS sebelum ni pun tak banyak mana. Yang pernah dapat banyak pun mungkin lebih sikit masa PRU tahun 99, tapi tu pun diragui sebagai sokongan padu kepada PAS.

Realitinya, PRU sebelum-sebellum ni, PAS biasa sangat kalau hilang wang pertaruhan terutama sekali di sebelah negeri Johor.

Ramai yang kata orang melayu lari dari PAs sebenarnya cuma persepsi yang timbul bila sokongan orang bukan Islam kepada PAS tiba-tiba meningkat dengan cukup mendadak sampai PAS berjaya menubuhkan Dean Himpunan Penyokong Pas yang dinaik taraf dari Kelab Penyokong PAS.

Persepsi tu nampak lagi jelas bila keadaan di Perak dan Penang dijadikan contoh. Di Perak PAS cuma berjaya menang 6 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Yang lainnya calon PAS kalah kepada calon Umno BN. Di Penang pulak calon PAS kalah di semua kerusi kecuali kerusi Dun Permatang Pasir.

Walau apa pun. Pas memang amat-amat memerlukan peningkatan sokongan orang melayu untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan Dun. Sebabnya memang kebanyakkan kerusi yang calon Pas bertanding adalah kerusi majoriti melayu. Bukan takat majoriti tapi peratus pengundi melayu melebihi 70%.

Kalau kerusi tu 80% pengundi melayu, maknanya PAS kena dapat sokongan hampir 50% untuk mejamin kemenangan calon Pas.

Jadinya, aku sangat mengharapkan semua pihak dalam Pas meningkatkan lagi gerakerja untuk menarik sokongan orang Melayu. Tambah-tambah lagi aku mengharapkan Dewan Ulama' memulakan geerakerja berperancangan untuk pastikan sokongan orang Melayu Islam beralih dari menyokong Umno BN kepada menyokong PAS Pakatan Rakyat.

Bukan maksud aku Dewan Ulama' tak buat apa-apa tapi aku cuma nak bagitau aku tak nampak apa yang Dewan Ulama' buat selama ni. Dan aku rasa tak salah kalau kita letakkan tanggungjawab yang paling utama kepada Dewan Ulama' untuk tarik sokongan orang Islam sendiri kepada Pas.

detikdaily



Share

Israel samun RM12j

Posted: 13 Jun 2010 01:00 AM PDT



2010/06/13

Tentera Zionis tak pulang wang sukarelawan Gaza

AMMAN: Tentera Israel bukan saja membunuh malah merompak wang tunai AS$3.5 juta (RM11.5 juta) serta merampas pelbagai peralatan milik aktivis misi bantuan Gaza selepas mereka diserang di perairan antarabangsa, 31 Mei lalu.

Mangsa serangan flotila yang terselamat ketika bercakap kepada stesen televisyen Iran, Press TV, memberitahu komando Israel merompak wang tunai dan pelbagai peralatan anggota konvoi bantuan berkenaan.

Beratus-ratus aktivis melaporkan kehilangan wang tunai, komputer riba, telefon dan pakaian selepas dibebaskan Israel, minggu lalu. Dianggarkan 600 telefon bimbit, 400 kamera video dan 350 komputer riba masih ada di tangan tentera Israel pada masa ini.
Malah, seorang aktivis Itali, Manolo Luppichini yang berada dalam kapal Sfintoni-8000 mendakwa, kad kredit miliknya yang dirampas askar Israel didapati digunakan untuk membeli barang.

Tentera Israel menyerang flotila berkenaan di Laut Mediterranean dan membunuh sekurang-kurangnya sembilan aktivis keamanan, lapan warga Turki dan seorang rakyat Amerika Syarikat di kapal Mavi Marmara selain mencederakan 50 yang lain.

Israel menahan sebelum membebaskan 700 aktivis dari 42 negara yang berada di atas kapal bantuan ketika ia cuba melepasi sekatan ke Gaza dan menyerahkan 10,000 tan bantuan kemanusiaan di wilayah yang daif itu.

"Komando Israel mencuri kamera dan telefon bimbit ketika mengarahkan kami keluar dari kapal. Mereka merampas apa saja bentuk teknologi yang kami miliki," kata seorang aktivis, Alex Philips.
Kebanyakan aktivis misi bantuan itu juga membawa wang tunai dalam jumlah yang besar, hasil kempen pungutan derma yang dijalankan. Wang berkenaan untuk digunakan bagi tujuan amal di Gaza yang dikenakan sekatan Israel sejak tiga tahun lalu.

"Mereka merampas lebih AS$3,500 (RM11,500) wang tunai dan lesen memandu saya. Mereka turut mengambil kad permit kerja saya di Arab Saudi sebagai guru. Mereka mengambil komputer riba dan pakaian," kata seorang lagi aktivis, Bllat Abdul Aziz.

Sementara itu, dakwaan itu turut diakui wartawan TV3 , Halim Mohamed yang mengesahkan semua barangan miliknya dan milik jurukamera, Mohd Jufri Judin, iaitu telefon bimbit, komputer riba, kamera digital, kamera video, buku nota, resit hotel, serta bahan yang boleh mengaitkan bukti kekejaman rejim Zionis turut dirampas.

"Sebelum merampas semua barangan, kami diberitahu semua barangan itu akan dipulangkan semula tetapi tidak diberitahu bila. Apabila kami merujuk kepada pegawai Kedutaan Thailand yang membantu mengisi beberapa borang dan prosedur sebelum boleh dibebaskan, kami diberitahu jika dalam tempoh dua minggu tidak dipulangkan, bermakna barang yang dirampas tidak akan diserahkan semula," katanya.

Halim berkata, tentera Israel merampas semua barangan yang ada, kecuali dompet dan pasport sebelum membebaskan semua sukarelawan selepas menjalani pemeriksaan.

"Bagaimanapun, semalam (Jumaat) saya ada menerima e-mel daripada seorang sukarelawan Ireland yang turut serta dalam misi kemanusiaan itu meminta delegasi serta sukarelawan yang barangan mereka dirampas menyenaraikan barangan mereka bagi memudahkan urusan pengambilan semula barangan melalui pejabat kedutaan," katanya ketika dihubungi semalam.

bharian


Share

Umno-BN Berdagang Dengan Zionis Israel Sejak 1998

Posted: 12 Jun 2010 11:00 PM PDT

Oleh Suraaya Hulaimi


PENGKALAN CHEPA 13 Jun - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendesak kerajaan Malaysia menamatkan dengan segera kontrak dengan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide demi keselamatan rakyat dan bagi memastikan kedaulatan negara tidak diceroboh oleh anasir Zionis.
Menurut Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian maklumat terkini mendedahkan Malaysia sudah mengadakan hubungan dagang secara sulit dan rahsia dengan negara haram Israel sejak 1998 Malaysia.
"Apco Worldwide mengambil tempat hari ini dan menggunakan wang rakyat sebanyak RM77 juta dan yang paling merbahaya apabila satu lagi syarikat iaitu Asiasoft Sdn Bhd yang terlibat dalam memasang sistem rangkaian polis radio Malaysia yang tidak pernah di pertikaikan oleh Polis DiRaja Malaysia," tegas beliau semalam semasa membentang usul mengutuk tindakan kerajaan Umno-Barisan yang menyerahkan dua padang minyak Blok L dan M kepada Brunei.
Tindakan ini menyebabkan negara kehilangan potensi pendapatan sebanyak RM320 bilion.
Usul tersebut disusli dengan usul mengecam tindakan Umno-BN yang merugikan negara dengan memberi hak milik tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodlands kepada Singapura.
PAS mendesak supaya kedua-dua isu yang menyentuh kedaulatan negara ini perlu segera dibincang dalam parlimen dan bukan hanya diluluskan oleh Perdana Menteri.
Wakil PAS Tambun, Dr Khairudin Malik mencadangkan agar PAS menjalankan satu tindakan yang bersungguh-sungguh dan bukan sekadar mendesak pihak berkenaan sahaja berhubung dengan isu kedaulatan negara.
Beliau mengesyorkan agar PAS menyaman Datuk Seri Najib Razak sebagai defenden dan kerajaan Umno-BN kerana menyalahgunakan kuasa sebagai pemimpin negara dan menggadai kedaulatan negara kepada pihak asing.
"Keduanya kenapa tidak PAS meminta rakyat keluar menunjuk perasaan besar-besaran kerana isu ini lebih besar dari PPSMI, isu ISA, isu judi dan isu Bersih kerana ia melibatkan kedaulatan negara.
"Kalau yang lain kita sanggup keluar ke jalan raya, kenapa yang ini kita tidak sanggup," soal beliau.
Usul membatalkan lesen judi sukan bola sepak dibentangkan oleh wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shari.
Beliau berkata kerajaan Malaysia telah meluluskan judi sukan dan sedang dalam proses menganugerahkan lesen tersebut kepada Ascot Sports Sdn Bhd.
"Maka kita terpanggil untuk membangkitkan usul ini dan malang pula yang mengumumkan ialah Timbalan Menteri Kewangan yang merupakan orang Bachok dari Kelantan dan bekas bakal Menteri Besar Kelantan.
"Allah telah jelas mengharamkan judi dan tidak ada agama yang menghalalkan judi dan kita hendak mengulangi komitmen DPPP pada ceramah hari Khamis lepas mempertikaikan kerajaan meluluskan judi dan kita tidak tahu Umno ini apa agamanya.
"Kerana itulah kita perlu bangkit bagi memperlihatkan prihatin kita bukan sahaja dari PAS tapi juga i Pakatan Rakyat.
"Perkara ini kalau dibiarkan akan menjadi bala kepada masyarakat kita kerana anak-anak kita masih dapat berjudi walaupun kedai ditutup kerana mereka masih boleh mendapatkanya melalui internet," kata Ahmad Fadhli.
Antara desakan DPPP termasuk mendesak Kerajaan Malaysia memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.
DPPP juga Mendesak PAS pusat memobilisasi rakyat Malaysia turun ke Perhimpunan 100,000 Mansuhkan Judi Bola pada 3 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.
Wakil Tebrau, Shamsul Bakri turut menyatakan sokongan kepada usul yang dibawa oleh DPPP dan berharap bantahan terhadap lesen judi ini akan diteruskan kepada jenis judi lain.
Sementara itu Dr Khairuddin mencadangkan usul tambahan agar pimpinan tinggi PAS mengadakan debat bertajuk 'Judi Subur Umno Takbur' ataupun 'Juara Rakyat Juara Judi'.
Kesemua usul yang dibentangkan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Muktamar ke-52.

SK


Share

Penyebar video lucah belum dicam

Posted: 12 Jun 2010 09:08 PM PDT



2010/06/13

JAKARTA: Polis masih belum menerima maklumat mengenai penyebar pertama video porno yang membabitkan artis terkenal Indonesia, Ariel 'Peterpan', serta pelakon dan model, Luna Maya dan Cut Tari.


GAMBAR ILUSTRASI... ARIEL bersama dua artis yang dikaitkan dalam video lucah.
Dalam pada itu, Ariel yang sudah digelar Ariel 'Peterporn' selepas video lucah itu tersebar, mengambil sikap berdiam diri selepas disoal siasat oleh polis, semalam.


Dia dan Luna yang disoal selama kira-kira dua setengah jam enggan bercakap kepada wartawan yang menanti mereka di luar balai polis di Jakarta. Sementara itu, pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan menggesa polis supaya turut menyiasat suami Cut, Yusuf Subrata berhubung video berkenaan.


Farhat Abbas dari Lembaga Sosial Masyarakat Jamin Rakyat berkata, tindakan Yusuf berdiam diri tidak boleh diterima walaupun dia bertindak demikian untuk menutup aib isterinya.


Farhat turut mengesyorkan supaya polis memeriksa kesihatan Ariel, Luna dan Cut memandangkan apa yang mereka lakukan membabitkan seks bebas yang jika dibiarkan akan menyebabkan virus tersebar luas. — Agensi

hmetro

Share

Lawak Ahad: Pak Pandir Naik Helikopter

Posted: 12 Jun 2010 07:00 PM PDT



Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:
"Panasnya dalam helikopter ini …".
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …"


Share

Pusat urut guna payu dara diserbu

Posted: 12 Jun 2010 05:00 PM PDT


SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR - Sapu jeli bermula dari hujung kaki sampai ke leher sebelum tukang urut wanita warga China atau Thailand dalam keadaan bogel sedia mengurut menggunakan buah dada masing-masing bagi memuaskan setiap pelanggan.

Demikian khidmat urut yang ditawarkan oleh dua buah pusat refleksologi di Taman Tun Dr. Ismail yang telah membuka perniagaan masing-masing sejak dua bulan lalu.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar malam kelmarin apabila sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur menyerbu kedua-dua premis tersebut serentak.

Dalam serbuan pada pukul 10.30 malam yang diketuai oleh Deputi Supritendan Razali Abu Samah itu, polis menahan tujuh wanita warga Thailand dan seorang wanita China dipercayai sedang menunggu pelanggan di kedua-dua premis tersebut.

"Kita terpaksa mengumpil pintu hadapan salah sebuah premis kerana pemiliknya enggan membuka pintu ketika serbuan.

"Selepas setengah jam bertungkus-lumus, kita berjaya membuka pintu dan menemui empat wanita Thailand manakala seorang lagi dapat melarikan diri," kata beliau ketika ditemui di lokasi tersebut malam kelmarin.

Menurut beliau, serbuan di sebuah lagi pusat urut tidak jauh dari situ berjaya menahan tiga lagi wanita Thailand dan seorang wanita warga China.

kosmo


Share

Tiada ulasan: