Ahad, 13 Jun 2010

Ajijoi

Ajijoi


Siapa Adun BN yang nak melompat?

Posted: 13 Jun 2010 04:16 AM PDT


Hari ini kecoh apabila dikatakan terdapat satu sidang media oleh Ketua Penerangan PKR Perak, Ust Zulkifly Ibrahim mengenai beberapa Adun BN yang akan melompat ke PKR.

Handphone saya tak henti-henti dihujani panggilan telefon dan juga sms bertanyakan kesahihan akan berlakunya sidang media tersebut dan juga siapakah Adun-Adun yang dikatakan akan melompat itu? Sampai nak makan kenduri kahwin pun tak senang.

Kenapa tanya pada saya? Manalah saya tahu mengenai sidang media yang akan dilakukan oleh PKR? Kenapa tak tanya pada Mat Saman Kati?

Rakan blogger yang saya minta tolong untuk ke sana bagi mendapatkan maklumat, hanya menghantar sms "tak de apa2 pun, seminar PKR adalah...".

Alamak...kalau setakat buat sidang media untuk bagi hint saja, lebih baik tak payah. Buat susah hati Zambry je nak menjawab balik isu ni.

Walau berapa orang, walau siapapun, saya tetap berpendirian bahawa amalan melompat itu amat buruk sekali. Biarlah kita tunggu sehingga PRU-13 untuk mendapat mandat rakyat bagi memilih pemimpin yang sah. Bukannya pemimpin yang melompat.

Adun lompat mana menambah bini?

Posted: 13 Jun 2010 03:57 AM PDT


Tersebutlah sebuah kisahhhh, minggu lepas ada adun lompat yang dah menambah koleksi bini.

Adun yang mana satu? Salah seorang daripada yang di dalam gambar di atas tu.

Katanya kahwin dengan janda kaya dari Kuala Lumpur. Bertuah le badan.

Kalau Jamaludin, maknanya bernikah dengan isteri yang ke empat. Kalau Osman Jailu, dia pasang yang nombor tiga.

Kesimpulannya, sama ada duit habuan lompat hari tu masih berbaki banyak lagi sehingga boleh menambah bini. Ataupun, duit habuan lompat hari tu dah nak habis (atau dah tak dibayar lagi) sebab tu kena kahwin dengan janda kaya.

Kalau nak tahu lebih lanjut, tanyalah 'katak-sitter' mereka berdua ni, Kak Midah. Gerenti Kak Midah tahu semua hal mereka 'luar-dalam'. Betul tak, Kak Midah?

Selamat Pengantin Baru kepada...Jamaluddin ataupun Osman.

Perkahwinan Azmi & Umi

Posted: 13 Jun 2010 02:13 AM PDT

LAHAT 13 JUN: Majlis perkahwinan Azmi Shahril Bin Mohd Rasid dan pasangannya Umi Kalsum Binti Hj. Adam @ Md Dahalan yang berlangsung di Kampung Changkat Larang, Lahat begitu meriah dengan kehadiran ramai tetamu tengahari tadi.

Cuaca panas terik bukanlah penghalang kepada perjalanan majlis mahupun jumlah tetamu jemputan yang hadir.

Kami sekeluarga tiba di sana sekitar jam 12 tengahari tetapi meja makan telah pun dipenuhi. Ramai yang terpaksa menunggu giliran.

Tuan rumah bagi pengantin lelaki ini adalah pasangan En Mohd Rasid dan juga Puan Saedah yang bukanlah orang lain buat kami sekeluarga. Pasangan inilah yang telah berusaha menemukan jodoh saya dan isteri 11 tahun yang lalu. Puan Saedah pula ada pertalian saudara dengan bapa saya.

Seperti biasa apabila menghadiri majlis perkahwinan, 'gatal tangan' untuk bermain kamera akan menular tanpa disengaja.

Gambar-gambar yang dapat dipotretkan hari ini buat tatapan pengunjung blog sekalian. (Wanita memang suka menatap gambar-gambar perkahwinan, betul tak?)

Lima khemah yang penuh sesak dengan tetamu

Hidangan secara buffet buat semua

Selain buffet nasi minyak, bubur kacang dan satay juga
ada disediakan

En Mohd Rasid (kiri) sedang menerima kehadiran tetamu

Puan Saedah yang keletihan melayani tetamu yang ramai

Ketibaan pengantin yang disambut dengan letupan mercun

Bapa pengantin perempuan (kiri, belakang) ditegur tetamu

Pasangan Azmi Shahril dan Umi Kalsum


"Jemput masuk", pelawa Puan Saedah kepada rombongan
pengantin perempuan

Raja Sehari


Umi Kalsum

Azmi Shahril




Bapa pengantin perempuan, Hj Adam menepung tawar
anak dan menantu

Kucupan tahniah daripada si ibu

Kucupan selamat datang buat si menantu






Raja Sehari dimeja santapan bersama keluarga

Hj Adam @ Md Dahalan





Semoga pasangan pengantin kekal berbahagia sepanjang hayat.
Bermulanya perjalanan hidup yang baru sebagai suami dan isteri yang disatukan dengan amanah oleh Allah.

Perkahwinan Farhana & Radzi

Posted: 12 Jun 2010 07:40 PM PDT

Musim cuti sekolah merupakan suatu pesta perkahwinan yang melanda negara. Setiap minggu, masa tengahari akan dipenuhi dengan memenuhi undangan perkahwinan saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga mahupun sesiapa sahaja yang mengenali dan sudi untuk menjemput kami.

Selama dua minggu berturut-turut, kami dijemput ke majlis perkahwinan sepupu kami. Minggu ini, sepupu saya melangsungkan perkahwinan manakala minggu hadapan giliran sepupu isteri saya pula.

Kehadiran adalah diwajibkan. Tak pergi, tak boleh kerana inilah masanya berkumpul dan bertemu dengan ramai saudara mara dekat dan jauh.

Semalam, kami meraikan sepupu saya Farhana yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Radzi. Pada mulanya, malas nak menggalas kamera untuk mengambil gambar. Apabila terpandangkan ramai yang 'cepuk-cepak' mengambil gambar pengantin serta hadirin, rasa gatal tangan mula menular. Sebaik makan, kamera pun dikeluarkan daripada kereta...dan inilah hasilnya.

Biarpun terlambat namun masih sempat untuk beberapa keping gambar diabadikan sebagai kenangan. Gambar penuh mungkin boleh dilayari difotoblog abang kepada Farhana, Fahmi Foto.

Poster pasangan yang bertandatangan ucapan

Pengantin lelaki, Radzi meraikan tetamu

Pengantin perempuan, Farhana menyantuni tetamu

Saya sekeluarga bergambar bersama pasangan pengantin

Apa yang menarik perhatian mereka ini?

Tok Musa

Ibu pengantin perempuan (kiri) bersama tetamu

Bapa pengantin perempuan (kiri) melayani tetamu

Bersalaman sebelum pulang

Semoga berbahagia selamanya!

Tuan rumah, Salmah Bt Musa (Mak Chu) dan Mohd
Razari B Osman (Chu)

Majlis di rumah pengantin lelaki di Kampung Beng, Lenggong Ahad ini tak dapat kami hadiri kerana membahagi jemputan ke majlis perkahwinan anak lelaki Rasid pula.
Sori...

Sihatkah jika begini?

Posted: 12 Jun 2010 07:05 PM PDT

Majalah i-sihat keluaran Utusan Karya yang membawa isu mengenai Kanser Servik mudah didapati terpampang dimana-mana kedai buku seluruh negara.

Bukanlah isi ataupun isu yang diutarakan oleh para editor dan pengarang majalah tersebut yang mengganggu emosi saya. Tetapi gambar kulit yang jelas tersergam gambar susuk tubuh seorang wanita berbogel digunakan sebagai penyampai maksud.

Apakah langsung tiada rasa sensitif dikalangan karyawan baik lelaki mahupun wanita di Utusan Karya mengenai implikasinya terhadap minda rakyat terutamanya anak-anak apabila didedahkan dengan gambar yang sedemikian rupa apabila mereka berkunjung ke kedai buku?

Tiadakah rasa malu para wanita apabila 'rahsia bentuk tubuh' mereka dijaja sebegitu rupa?

Sebelum ingin menjual info yang akan menyihatkan tubuh badan kita, apalah salahnya untuk berhenti sejenak bagi memberi masa berfikir tentang natijah yang bakal 'terjual' nanti?

Sihatkan akal, minda dan hati sepatutnya didahulukan agar tubuh badan turut merasakan kebaikannya kelak.

Tanggungjawab menyampaikan ilmu telah dipalitkan dengan nilai komersial yang memusnahkan peradaban agama juga budaya bangsa.

Tiada ulasan: