al-banjari online 2010 |
| Demo Israel - KJ akan jadi ultraman ? Posted: 04 Jun 2010 06:51 PM PDT Kelmarin, seusai solat jumaat telah diadakan demo bantah Israel di masjid jamek Batu. Lima oleh jamaah masjid. Edaran risalah kutuk Israel juga turut diedarkan. YB Kuala Kurau, Ahli Parlimen Parit Buntar diantara yang ada bersama dalam demo di situ. Harusani ? Oh..walaupun itu masjid kampung dia, tapi dia tak main ler demo-demo ni..! Hj.AnuarHashim - Ketua Pemuda Umno/BN Khairi Jamaluddin menawarkan diri agar dihantar ke Gaza untuk menghadapi Israel, jika apa yang dibuat tidak membawa perubahan. "Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya. Beliau turut menyatakan tidak berpuas hati terhadap kekejaman tentera Israel. Amboi-amboi hebat bunyinyer... harap tak terkencing dalam seluar. Gamaknyer hanya dia seorang akan ke Gaza kerana himpunan yang dibuatpun takde sambutan. Apa tidaknya, himpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara itu hanya dihadirinya kira-kira 200 orang sahaja. Kelibat komponen BN yang lain, iaitu MIC dan MCA tak kelihatan pun. Pulak tu, dalam tempoh 30 minit himpunan itu berakhir, tetapi ucapan Khairi itu mengalahkan himpunan Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan rakyat. Tampil dalam pakaian putih kalangan pemuda BN dan dua tiga kerat anggota NGO itu bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin". Selain itu, kelihatan juga kain rentang "Justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza). Antara wakil NGO yang hadir ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia. |
| Sengkek gua..! Misi konvoi gua yang GAGAL Posted: 04 Jun 2010 06:01 PM PDT 19:01pm[Jumaat] "..Konvoi PR|Sabtu-semua peserta berkumpul jam 8 pagi di Masjid Riduaniah Kuala Kangsar[KK] untuk menaiki 2 bas yang disediakan-Penyelaras Program Tour@PeraK.." Itu sms yang YB Idham sent. Batery kamera, e-cam, henfon selamat di'charge'kan. Laptop pun dah kilat-kilat dipolish. 1 pagi semua peralatan penting blogger ABO sudah siap diletakkan atas meja. Peralatan yang menjadi 'abdi' jujur dan ikhlas membantu ABO ketika keluar buat news cover up untuk program PR sudah siap siaga untuk berkhidmat. Duit minyak, tol dan belanja makan RM50 juga siap dimuatkan ke dalam dompet. Nak 'add' lebih dari itu, itu jer yang ada. Aku bukan 'lostma' yang buleh dapat juta-juta untuk ber'shopping' di New York. Hmm..! Alhamdulillah, duit bayaran pengiklan minggu ini tu..! Matematiknyer, cukur utk belanja tol dan minyak pergi balik ke KK. Congak melayunya pulak, masih ada baki RM12. Itu buat belanja minum-minum, ganti peluh yg keluar nanti. Bab makan, tak kan konvoi tak sedia kot? Yahudi pun bagi makan..hahaha ! 6.45am [sabtu] Enjin kereta dihidupkan. Tap. Tap. Tap ! Er...try again ! Tap. Tap. Tap. Try..and try..and try..and again..again..again. Mampuih !! Enjin kereta tak mau hidup la plak. Apa pasaiii..? " Pasai dok 'kuda' sangat keter tu laa jadi macam tu.." Tiba-tiba suara ghaib jerit-jerit tepi lubang telinga. Sapa pulak dia ni. Kiri kanan bukan ada orang pun. Sunyi-sunyi subuh lagu ni 'dia' dok sindir-sindir pulak. Nak kata itu suara bini, bukan ! Suara lelaki tu. Cilakak...! Itu suara aku rupanya. Suara hati sendiri. Ceh !! Ambik rokok sebatang dan cucuh. Putih asap kepui-kepui keluar macam asap bom. Otak ligat cari 'cara' nak McGyver kan supaya enjin keter hidup dan walaq. Hmm...! Tak kan nak ketuk pintu jiran kot, tolong tolak keter. Dibuatnyer jiran-jiran penat berjunub semalam, usahkan nak tolak keter, tolak tombol pintu pun...belum tentu nak bulihhh..! Tu dah masuk tahap, susahkan jiran. Boleh mengundang 'murka'. Nabi kata, tak baik wooo..susahkan dan sakiti hati jiran..! Dalam kepala, kalau ler parkir keter aku ni letak kat sini, tentu tak jadi masalah. Tak payah susah-susah tolak. Jiran pun gembira. Ah..imaginasi lagi. Jam dah tunjuk angka 7.20am. 7.30am Misi konvoi gua GAGAL. Gagal untuk kali ini. Dalam hati cakap lagi, " mana aku nak cekau duit extravaganza buat modal nak beli bateri kereta pulak..? Aduhh..! Tak der pilihan, gua kena tolak juger henfon ni..itu jer jalan yang ada. Tapi lepas gua tolak henfon ni, jangan ada sapa-sapa yang dok gatai nak call kaa..nak sms kaa. (*) Err...ada sapa-sapa nak beli henfon gua, model Motorola Q Pro. Nak tolak murah-murah jer. Buat modal beli bateri keter gua yang dah kong. Tapi jangan ler hangpa pi mintak RM2 hinggit pulak. Mentang-mentang sebut 'tolak murah'. Itu dah menganiaya namanyer..! Huhuhu.Tawaran dibuka bermula dengan harga lelong RM250. Lelongan ini ditutup apabila tiada lagi harga tinggi ditawarkan dalam tempoh 24 jam. Selamat tinggal henfon ku..demi sebijik bateri kereta! Huhuhu..!! (*) apsal la aku sengkek sangat 2-3 bulan ni..!! |
| You are subscribed to email updates from al-banjari online 2010 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan