Rabu, 16 Jun 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


TAHNIAH PIMPINAN PAS !!!

Posted: 16 Jun 2010 03:34 AM PDT

[1]

Dalam article lepas yang bertajuk "budaya politik media dalam PRU akan datang", aku ada melontarkan satu pendapat tentang budaya politik baru dalam PRU yang mendatang.

Ada yang menerima pendapatku itu, dan tidak ketinggalan ramai yang menolak. Terutama mereka yang mengagungkan kepimpinan ulama, seakan-akan menganggap ulama adalah 'ma'sum' dan 'profesor serba tahu'; mengetahui semua perkara, tanpa melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan, disamping menganggap golongan selain ulama adalah bodoh dan tidak mengetahui apa-apa.

Pendapatku itu berasal dari perbincangan dan wacana bersama sebilangan sahabat yang terlibat dalam dunia media. Namun, bukan bermakna ia adalah benar seratus peratus. Justeru, ia boleh diterima dan ditolak.

[2]

Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Pada hari ini, aku tidak mengetahui punca dan sebab, tidak semena-mena terlintas dalam fikiranku untuk mengetahui keadaan sebenar dan kejadian secara mendalam berkenaan berlakunya peperangan badar Al-Kubra.

Aku membaca beberapa buah kitab dan buku, seperti kitab Al-Kamil Fi At-Tarikh, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, Zad Al-Ma'ad, Ibnu Hisyam dan kitab Muhammad: baina Al-Harb wa As-salam. Fokus bacaanku, hanya tentang peperangan badar sahaja.

Menarik difikirkan tentang kejadian peperangan badar yang aku dapat pada hari ini adalah, bahawa penurunan ayat keizinan berperang adalah firman Allah SWT;

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Maksudnya;
"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu"

(Surah Al-Haj : 39)

Jika dilihat banyak kitab-kitab tafsir dan sirah, didapati ayat ini merupakan ayat keizinan berperang yang dikhususkan untuk peperangan badar. Namun, didapati bahawa, setelah penurunan ayat ini, para sahabat tidak terus melancarkan sebarang serangan terhadap orang-orang Quraish, sebaliknya melakukan beberapa siri "sariyah" atau diterjemah sebagai ekspedisi sebelum tercetusnya peperangan yang disebut sebagai "ghazwah".

[3]

Jika dilihat asal punca peperangan badar, ia bukanlah satu peperangan besar. Ia sekadar ambosh atau serangan gorilla yang hendak dilakukan oleh para sahabat terhadap Quraish.

Ia bermula daripada maklumat yang diketahui oleh sahabat nabi SAW dari kalangan muhajirin, bahawa orang Quraish telah bertindak mengambil harta-harta mereka setelah mereka meninggalkan Makkah.

Tindakan Quraish itu dimaklumkan kepada Nabi SAW. bapa Saudara Nabi SAW yang bernama Hamzah, adalah antara sahabat Nabi SAW yang agak agresif mendesak Nabi SAW untuk melakukan ambosh, atau serangan gorilla dengan tujuan untuk mengambil harta mereka sahaja, tetapi ditenangkan oleh Nabi SAW disebabkan tidak ada keizinan dari Allah SWT lagi.

Namun, tidak lama kemudian Allah SWT telah menurunkan ayat keizinan melakukan serangan gorilla terhadap Quraish. Pun begitu, sebelum serangan dilakukan, Nabi SAW telah melakukan beberapa siri ekspedisi bagi memastikan keadaan peperangan nanti, kemenangannya akan berbelah pihak kepada kelompok Islam.

[4]

Dalam kitab-kitab sirah menyatakan bahawa, sebelum tercetusnya peperangan badar, banyak ekspedisi yang dilakukan oleh Nabi SAW; sama ada baginda SAW sendiri terlibat, mahupun sekadar dihadiri oleh sahabat-sahabat atas lantikan Nabi SAW.

Antara ekspedisi tersebut adalah, ekspedisi Saif Al-bahri pimpinan Hamzah, Ekspedisi Rabigh pimpinan Ubaidah bin Harish, ekspedisi Al-Abwa' [dikenali juga sebagai perang Waddan] pimpinan Nabi SAW sendiri, ekspedisi Buwath pimpinan nabi juga, ekspedisi Abi Sufyan pimpinan Nabi SAW juga, ekspedisi Zil 'Usyairah [dikenali badar sughra] pimpinan Nabi SAW juga, dan eskpedisi nikhlah pimpinan sepupu Nabi SAW itu, Abdullah bin Jahsy Al-Asadi.

Dalam ekspedisi-ekspedisi itu, Nabi SAW telah melakukan beberapa tindakan. Antaranya adalah, memastikan kekuatan dan kelemahan musuh [quraish] dan menyusun strategi bagi menggoncangkan kegiatan ekonomi Kafir Quraish yang merupakan sumber kekuatan mereka.

Yang paling penting dari itu adalah, tujuan Nabi SAW melakukan ekspedisi itu adalah untuk berjumpa banyak kabilah-kabilah arab yang berada di antara Makkah dan Madinah agar melakukan perjanjian bersama dengan kerajaan Madinah, seperti tindakan Nabi SAW mengadakan perjanjian damai dengan Bani Mudlij, bani Dhamrah dan sebagainya.

Tindakan Nabi SAW itu tidak lain dan tidak bukan, supaya mengkurangkan musuh-musuh ketika berlaku peperangan badar nanti. Bahkan, ia juga meletakkan satu pengharapan agar golongan-golongan ini dapat membantu tentera Islam sekiranya tercetus peperangan badar nanti.

Ternyata, tindakan Nabi SAW itu berjaya membuktikan hasil yang cukup hebat, apabila terbukti dalam peperangan badar Al-Kubra, pihak umat Islam telah mencapai kemenangan yang gemilang, waima bilangan tentera umat Islam jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan tentera quraish.

[4]

Dalam kes ini, aku menilai ia seakan-akan sama bagi PAS untuk berhadapan dalam PRU akan datang. Muktamar PAS kali ini, tidak dinafikan terdengar slogan yang indah; mahu menguasai putrajaya. Namun, dilihat kandungan perbincangannya, hanya segelintir sahaja berbicara tentang target besar itu.

Selayaknya, dalam Muktamar baru-baru ini, pihak pimpinan PAS berusaha membanyakkan bantuan terhadap PAS dalam berhadapan PRU akan datang, sepertimana usaha Nabi SAW bagi berhadapan dengan peperangan Badar Al-Kubra. Tetapi, cara sebilangan pimpinan PAS berucap dalam muktamar pada kali ini, memperlihatkan satu gambaran bahawa pimpinan PAS 'menjemput' dilakukan serangan hebat lagi terhadap PAS.

Setelah sebilangan pimpinan PAS tertentu melakukan serangan terhadap blogger, sudah kelihatan bibit awal bahawa ada blogger yang sebelum ini sekadar mengkritik sebilangan pimpinan PAS [bukan kritik PAS, tetapi sebilangan pimpinan PAS], tetapi kini sudah menukar trend sehingga menjadi sebagai golongan yang menyerang PAS [bukan lagi terhadap sebilangan pimpinan PAS].

Malahan, sudah kedengaran dari sebilangan rakan-rakan blogger mengungkap, "Dalam PRU akan datang, kita tolong PKR dan DAP je.. jangan tolong PAS.."

Jika keadaan ini tidak berjaya di'cover' oleh pimpinan PAS, dibimbangi keadaan ini akan berterusan sehingga PRU akan datang. Jika keadaan ini berlaku, susah hendak merungkai keadaan PAS dalam PRU akan datang.

Aku tidak merasakan bahawa PR [PAS, PKR dan DAP] akan kalah dalam PRU akan datang. Tetapi, dari maklumat-maklumat pihak yang terlibat dalam "dirasah maidaniyyah", mereka mendakwa bahawa dalam keadaan sekarang, sekiranya berlaku PRU, PAS berada dalam dua keadaan sahaja; iaitu sama ada bilangan kerusi PAS kekal dalam keadaan sekarang, ataupun kerusi PAS di peringkat ADUN dan parlimen akan berkurangan. [teori mereka, akan dikupas dalam artikle akan datang].

Jika keadaan ini berlaku, bersedialah PAS untuk menjadi golongan yang lebih manoriti dalam Pakatan Rakyat. Maka, tidak perlu meletakkan angan-angan bahawa PAS hendak mendominasi Pakatan rakyat untuk masa akan datang.

[5]

Artikle ini, sekadar lontaran pandangan sahaja. ia tidak dikatakan sebagai betul. Ia sekadar lontaran pandangan setelah melihat realiti yang berlaku.

Pastinya, yang betul itu datang dari Allah dan Rasulullah SAW. Adapun selain itu, ia boleh diterima dan ditolak. Antara yang boleh diterima dan ditolak itu adalah artikle ini.

Yang paling penting difikirkan adalah, semua kita mahu melihat Islam memerintah di Malaysia dengan jayanya. Sekiranya PAS tidak berjaya, jangan disalahkan kepada orang lain, seperti menjadi budaya PAS sejak sekian lama.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
16 Jun 2010 * 6:21 Petang

Tiada ulasan: