Selasa, 8 Jun 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


JADILAH MEDIA UMNO, MUKTAMAR AKAN BAGI RUANG

Posted: 08 Jun 2010 11:44 AM PDT

[1]

Petang tadi, seorang kawan yang merupakan blogger dari negeri kelantan ada telefon. Dia memaklumkan dengan katanya, "Siang tadi aku pergi ke PUTIK untuk dapatkan Pas Media, tapi hampa... kata pihak urusetia yang bertugas - pihak PAS tak sediakan Pas Media untuk blogger"

Dengan maksud, para blogger tidak diberi ruang untuk muktamar PAS pada kali ini. Keadaan ini berbeda sepertimana berlaku dalam kongres PKR baru-baru ini, yang juga dilakukan di Kelantan.

Memelikkan lagi, pihak muktamar PAS pada kali ini memberikan ruang terbuka kepada utusan untuk melaporkan sebarang perjalanan muktamar pada kali ini, disamping diberikan layanan istimewa. (sila Klik)

Sebentar tadi, ada pula seorang sahabat yang bekerja dengan PAS, yang dia juga berada di Kelantan menghantar SMS. Kandungan SMSnya adalah seperti berikut;

"Akhbar Utusan sejak dulu, sebelum ini dan sekarang masih berterusan cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan pimpinan PAS. Mingguan Malaysia beberapa minggu ini memberi focus kepad Muktamar PAS dari sudut amat negatuf. Sejak dulu lagi, anjuran boikot utusan telah dilancarkan. Bagi memberi sedikit 'tamparan' kepada akhbar utusan, sewajarnya akhbar tersebut tidak diberi ruang kepada muktamar kali ini. Layanan istimewa tidak seharusnya seperti yang diterima oleh akhbar-akhbar lain [walaupun teruk, tapi tidak seterus utusan]. TQ, sekadar cadangan rakyat Marhaen"

[2]

sila baca laporan Utusan Meroyan seperti berikut;

Utusan Malaysia bebas buat liputan muktamar

KOTA BHARU 7 Jun – Wartawan Utusan Malaysia tidak akan dihalang untuk membuat liputan Muktamar Tahunan Pas kali ke-56 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini mulai Rabu ini.

Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menerima kehadiran mana-mana wakil media bagi menjalankan tugas mereka.

"Kita parti yang matang," katanya ketika ditanya sama ada wartawan Utusan Malaysia akan dihalang membuat liputan sebagaimana yang berlaku semasa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.(sila Klik)

[3]

Nampaknya, belum lagi bergabung dengan UMNO, sudah ada sifat-sifat UMNO. Geng anti-UG, dihalang habis-habisan daripada terlibat program-program parti, waima geng anti-UG itu orang PAS sekalipun.

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan program jemaah di peringkat Universiti, puak-puak UG sedang memburukkan pimpinan PAS dan aktivis-aktivis PAS yang anti-UG.

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan pada 26 Mei 2010 baru-baru ini, ada pertemuan sulit antara seorang pimpinan PAS dengan Mufti Perak, Mufti Harussani di *** ****, Jalan A****, Kuala Lumpur. [gambar pun ada. Sampai masa dan ketika, akan didedah gambar itu]

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan ada seorang pimpinan PAS dari negeri Selangor berbalas-balas SMS dengan Noh Omar yang merupakan seorang pimpinan UMNO Selangor. Dalam SMS itu, pimpinan PAS terbabit mengeluh bahawa sebilangan besar ahli PAS di DUNnya menolaknya. Persoalannya, kenapa mengeluh kepada Pimpinan UMNO? [transkrip sms itu pun ada. Sampai masa dan ketika, ia akan didedahkan]

[4]

Pesanan kepada pimpinan PAS yang sedang asyik menipu ahli-ahli PAS bawahan, jangan menganggap ahli-ahli PAS ini bodoh. Perlu diingat, ahli PAS bukan sedikit, sebaliknya terlalu ramai, sehingga menjangkau bilangan jutaan orang.

Justeru, sebarang pertemuan sulit yang dilakukan di hotel-hotel dan di mana-mana sekalipun, pasti akan ada ahli-ahli PAS yang terserampak, dan merakamkan segala perkara yang sempat mereka rakam.

Ahli-ahli PAS yang terserempak itu, bukan ahli-ahli PAS biasa, bahkan kadangkala mereka adalah pimpinan PAS di peringat cawangan-cawangan, malahan diperingkat kawasan.

Pesanan, cukuplah usaha hendak membodohkan ahli-ahli PAS yang dilakukan oleh sebilangan pimpinan PAS [bukan semua, tapi sebilangan].

[5]

Teringat kata seorang pimpinan PKR di Terengganu, "kalau PAS nak gabung dengan UMNO, PKR ada harapan nak jadi Menteri besar di Terengganu"

Ungkapan ini pelik, tetapi memberi seribu satu makna.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
9 Jun 2010 * 2;45 Pagi

Tiada ulasan: