Jumaat, 4 Jun 2010

Ajijoi

Ajijoi


1 Gaza, 2 Demo: Jumlah sokongan yang jauh berbeza

Posted: 04 Jun 2010 05:57 AM PDT

Demo anjuran Pakatan Rakyat

Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS

Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.

Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.

Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini.

Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.

Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut. GALERI FOTO

Berikut kronologi perhimpunan tersebut:

2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.

Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh]

Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.

Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.

Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan.

Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.

2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.

3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.

3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.

Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.

Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.

Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.

"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.

Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.

"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.

Demo anjuran Barisan Nasional

... dan 200 sertai demo BN di Masjid Negara

Kira-kira 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini.

Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

Tampil dalam pakaian putih, mereka bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin".

Selain itu juga, peserta yang terlibat membawa kain rentang yang bertulis seperti "justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza) dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang".

Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam.

Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat pemimpin parti komponen BN yang lain seperti MIC dan MCA.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel.

"Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.

Seorang aktivis NGO Islam daripada Turki turut hadir menyatakan sokongan mereka.

Seyfuddin Seyif dalam ucapannya mendesak semua pihak memboikot barangan Israel seperti McDonald, Coca-cola dan Levi's.

"Katanya tidak kepada Israel," katanya.

Sebelum itu beberapa aktivis NGO yang hadir mengedarkan risalah boikot barangan Israel di masjid berkenaan.

-laporan malaysiakini.com

Jumlah penyokong kumpulan 'Penghalau Yahudi' jauh lebih ramai yang turun menyatakan pendirian mereka terhadap kekejaman Israel baru-baru ini, berbanding dengan jumlah penyokong 'Penyewa Khidmat Yahudi' hari ini.

Namun begitu, bukanlah jumlah yang menjadi ukuran tetapi semangat dan kesungguhan dalam 'melaknat' perbuatan terkutuk Yahudi.

Himpunan Sejuta Ummah untuk Gaza - 4 Jun 2010

Posted: 04 Jun 2010 05:52 AM PDT





Gaji guru sekolah agama rakyat hanya RM450 sebulan!

Posted: 03 Jun 2010 04:49 PM PDT

PULAU PINANG, 3 Jun: Dilema yang dihadapi oleh guru-guru atau tenaga pengajar di sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh terus terpinggir tanpa ada mana-mana pihak yang benar-benar serius membela nasib mereka.

Dengan pendapatan antara RM450 hingga RM1000 sebulan di zaman serba mahal ini, mereka sebenarnya berada dalam dilema antara mahu mendidik anak bangsa mereka dengan ilmu agama dengan keperluan asas kehidupan mereka sendiri.

Dilema ini berlaku di seluruh negara. Mungkin berbeza dengan Kelantan kerana di sana ada badan khas iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menjaga kebajikan dan menguruskan kepentingan mereka.

Di Pulau Pinang, masalah ini terbiar sejak dahulu seolah-olah mereka boleh hidup pagi, petang dan malam dengan membaca ayat suci Al Quran sahaja.

Namun, amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul untuk mendidik dan memberi ilmu kepada anak-anak di teruskan walau dengan gaji yang tidak seberapa.

Tinjauan Harakahdaily ke Sekolah Agama Madrasah Nahdatul Islah, Kubang Semang, Bukit Mertajam baru-baru ini untuk melihat dari dekat masalah ini mengejutkan pihak kami.

Guru-guru di sini hanya menerima gaji RM450 sebulan dari Jakim di samping tambahan tidak sampai RM100 dari pihak sekolah hasil dari yuran pelajar di situ.

Sekolah ini mempunyai hampir 100 orang pelajar berusia antara enam hingga dua belas tahun.

Mereka ditempatkan di enam buah kelas dengan pengawasan daripada lapan orang guru yang kebanyakannya mempunyai diploma dalam pelbagai bidang pendidikan agama.

Kelas bermula pada sesi petang antara jam 2.30 hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Antara penekanan mata pelajaran yang diberikan ialah al Quran, tauhid, fekah dan jawi. Kelas ini juga dikenali sebagai kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardu Ain.

Ustazah Nurulhuda Ismail (gambar) yang mempunyai Diploma Syariah memperolehi pendapatan sebanyak RM 450 setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan sumbangan berdasarkan kepada jumlah pelajar yang membayar yuran setiap bulan.

"Setiap bulan saya mampu mendapat sebanyak RM90 daripada pihak sekolah bagi jumlah pelajar yang belajar dalam kelas yang saya ajar."

Sementara itu Ustazah Mahfuzah Yusof yang mengajar KAFA selama 5 tahun di sekolah ini berkata, beliau memperolehi pendapatan daripada Jakim sebanyak RM450 sebulan. Manakala pihak sekolah pula memberikan sebanyak RM70 setiap bulan.

"Jumlah yang sekolah berikan kepada saya setiap bulan adalah tidak tetap namun begitu jumlah yang saya terima sebanyak RM70 ini adalah yang paling banyak. Ini berdasarkan kepada jumlah pelajar yang belajar di sekolah ini," kata Mahfuzah menceritakan nasibnya kepada Harakahdaily.

Ustazah Zahrah Zakaria yang telah mengajar sejak tahun 1993 lagi hanya memperolehi sebanyak RM300 sebulan. Manakala pihak sekolah pula memberikan sebanyak RM80 bergantung kepada jumlah pelajar yang ada.

"Dulu saya hanya mendapat sebanyak RM280 sahaja daripada pihak kerajaan. Tapi kini mendapat RM300. Namun begitu ini adalah khidmat saya kepada pihak sekolah yang begitu memerlukan tenaga pengajar dalam bidang agama.

"Dengan jumlah yang dibayar oleh pihak kerajaan, ia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan jumlah masa, pelajar dan komitmen yang diberikan oleh para guru bagi mendidik anak-anak,"katanya.

Ustaz Muhammad Najib Muhammed Khalid (gambar kiri) yang mengajar sejak tahun 2005 menyatakan beliau hanya mendapat sebanyak RM160 sebulan sebelum tahun 2009 dari pihak kerajaan.

"Pada bulan oktober 2009 sahaja saya mendapat kenaikan dengan bayaran sebanyak RM400 sebulan sehinggalah tahun 2010. Manakala pihak sekolah pula menyumbangkan sebanyak RM100 sebulan.

"Oleh kerana itu adalah menjadi harapan kami para guru KAFA supaya jumlah elaun yang diberikan kepada semua guru-guru KAFA dikaji semula dan diberi ganjaran yang setimpal bersesuaian dengan kos sara hidup pada waktu kini,"katanya.

Guru Besarnya, Ustaz Suhaimi Harun pula berkata setiap pelajar akan dikenakan yuran sebanyak RM10 setiap orang. Manakala sumbangan yang diterima dari pihak kerajaan adalah tidak tetap kerana ia berdasarkan kepada jumlah pelajar yang belajar di sesebuah sekolah.

"Pada tahun 2008 pihak sekolah menerima sebanyak RM3425 setahun dari pihak kerajaan negeri untuk pengurusan dan pembayaran kepada guru. Manakala pada tahun 2010 pula kita menerima sebanyak RM3450 yang mana jumlah ini juga adalah untuk gaji 7 orang guru dan pengurusan.

"Cuba kita darab dan bahagikan jumlah ini untuk setahun. Jumlah yang diterima amat sedikit.Sedangkan para guru perlu mengajar setiap hari walaupun hanya 3 jam yang diuntukkan oleh mereka," kata Ustaz Suhaimi kepada Harakahdaily.

(Gambar: Ustaz Suhaimi, guru besar sekolah berdiri di depan bangunan baru sekolahnya.)

Bagi beliau, komitmen para guru sangat hargai kerana walaupun mendapat jumlah pendapatan yang tidak menentu dan sedikit mereka tetap komited untuk memberi didikan agama kepada anak-anak yang semakin meningkat.

Walaupun sedar mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mereka sendiri tetapi kesungguhan untuk memberikan didikan agama yang sesuai untuk anak-anak tidak pernah mereka ketepikan.

Tambahan lagi sejak kebelakangan ini kehendak dan minat ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama semakin tinggi.

Untuk itu, pihak sekolah telah merancang untuk membuat bangunan tambaha bagi menampung keperluan tersebut.

Untuk memenuhinya, mereka membuat permohonan ke merata tempat bagi menampung keperluan itu.

Sekolah ini masih lagi memerlukan sumbangan bagi membantu membangunkan sebuah bangunan baru untuk menempatkan hampir 100 pelajar yang sedang belajar di sini.

(Gambar: Masjid Lama Kubang Seman ini masih digunakan untuk kelas KAFA)

"Bangunan baru tiga tingkat bagi mendirikan sekolah ini sedang dalam proses pembinaan. Ia memerlukan sumbangan sebanyak RM130,000 yang masih kurang walaupun kita telah berjaya memperolehi sebanyak RM300,000.

"Oleh kerana itu sekiranya ada masyarakat yang ingin menyumbangkan bantuan, sumbangan wakaf atau infaq kepada pihak sekolah boleh memasukkan terus sumbangan mereka melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad, bernombor, 07016010051720,"tambah Ustaz Suhaimi lagi.

-harakahdaily.com

Amat malang sekali apabila di sebuah negara yang mengaku sebagai negara Islam yang hebat dimata dunia tetapi para pendidik yang memartabatkan agama Islam itu sendiri bagai tiada berharga.

Apartment untuk disewa di Tanah Rata, Cameron Highlands

Posted: 03 Jun 2010 04:25 PM PDT

Kemana anda membawa keluarga anda musim cuti sekolah ini? Apa kata anda ke Cameron Highlands.

Masalah penginapan bukan lagi menjadi halangan. Kami ada menyediakan apartment untuk anda.

Sebuah apartment dengan 3 bilik (2 bilik kelamin dan 1 bilik bujang) serba lengkap dengan peralatan bagai sebuah rumah dan hanya 5 minit berjalan kaki ke Pekan Tanah Rata.

Terletak di tingkat 3, Apartment Royal Lily kami cuma RM250.00 sehari semalam (Cuti Umum / Hari Minggu / Hari Kerja). Sewaan hanya untuk MUSLIM sahaja.

Untuk menyewa, sila hubungi Shamsul Jamil di talian 019-3832467

Gambar-gambar apartment Lily:-

Ruang Tamu

Bilik Kelamin 1

Bilik Kelamin 2

Bilik Bujang

Shower panas (Water Heater) disediakan

Ruangan Dapur

Peta lokasi

SELAMAT BERCUTI


Syok tu dapat bercuti ke Cameron Highlands.

Tiada ulasan: