Selasa, 22 Jun 2010

Addin

Addin


Serangan Pengganas Talian Hayat Terakhir Untuk UMNO

Posted: 22 Jun 2010 08:16 AM PDT

Kenyataan Ketua Polis Negara kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas keatas rumah kuil Batu Cave dan kuil Kuan Yin Air Itam adalah sangat dikesali. Kenyataan tersebut menunjukan satu pakatan politik jahat antara UMNO BN dan Polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS yang merupa Parti Politik Islam yang mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inilah kebimbangan yang menghantui umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama PR mengambil alih Putrajaya. UMNO mengharap bantuan Musa Hassan serta PDRM bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakkan PAS untuk kePutrajaya bersama PR bagi membawa perubahan kearah Malaysia baru yang lebih maju.Bagi umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir umno.

Kenyataan Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan dibawah ISA keatas induvidu yang takkan dapat dibukti sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan umno.Tindakkan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bilamana umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang melayu Islam pada umno.Isu tersebut berakhir dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat.semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat umno,tetapi ternyata rakyat mengambil tindakkan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat umno.

Kini sekali lagi umno/bn cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka olih majlis keselamatan negara puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu isu keselamatan dan pembanggunan (KESBAN). Ternyata UMNO masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah beganjak jauh meninggalkan UMNO. Rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara.Tetapi UMNO BN membawa pendekatan autokrasi dan kukubesi.

Rakyat perlu menghentikan perbuatan UMNO mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama. Sebaliknya rakyat mesti menunjuk jalan keluar pada UMNO untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir oleh PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera.

Sumber

Tiada ulasan: