Selasa, 22 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Syarikat Yahudi dilayan, hak rakyat Kelantan dinafi...baguihhh punya kepala hotak taik judi ,arak dan betina UMNO - APCO...!!!!

Posted: 22 Jun 2010 07:06 AM PDT

Cuba anda bayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sanggup membayar RM77 juta kepada warga Yahudi melalui syarikat APCO Worldwide, sedangkan hak rakyat Kelantan mendapat royalti RM2 bilion dinafikan.

Bayaran hampir RM80 juta itu hanya untuk tiga orang, sedangkan hak 1.4 juta rakyat Kelantan mendapat royalti petroleum diketepikan begitu sahaja.

Lebih dibimbangi lagi apabila banyak syarikat milik kerajaan mengalami kerugian besar seperti Sime Darbyberjumlah RM1.6 bilion dan aliran tunai Felda pula susut sebanyak RM2.7 bilion dalam tempoh lima tahun.

bayaran diberi kepada APCO sebanyak RM77 juta merupakan deposit dan tidak termasuk bayaran lain, sedangkan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan disisihkan.

kita  juga bimbang wang ihsan yang diberi kerajaan pusat melalui jawtankuasa khas yang diwujudkan digunakan pula bagi mengurus Yayasan Darul Naim bagi mencapai matlamat politik Umno dan BN.

Tidak dapat dinafi kemungkinan wang ihsan yang diberi sebelum ini digunakan yayasan tersebut.

"Buat apa tubuh Yayasan Darul Naim, kita bimbang pengurusan wang ihsan itu boleh berlaku penyelewengan seperti dialami banyak syarikat milik kerajaan sebelum ini,"

begitu juga  dengan kebimbangan Petronas sebagai konglomerat besar milik kerajaan hilang wibawa apabila pecah kontrak dengan kerajaan Kelantan apabila menafikan hak ke atas royalti.

"Penjelasan Presiden Petronas kononnya Kelantan tidak berhak mendapat royalti 5 peratus kerana telaga carigali terletak lebih 3 batu nautika tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petronas 1974."

"Sedangkan Telaga Kikeh di Sarawak terletak 210 batu nautika, Tapis di Terengganu 230 batu nautika, dan Bumi Selatan di perairan Kelantan hanya 90 batu nautika. Mengapa Sarawak dan Terengganu dapat royalti, sedangkan Kelantan lebih dekat tidak.

"Kita bimbang tindakan kerajaan boleh merosakkan identiti Petronas ketika sedang berusaha keras melobi untuk meluaskan peluang perniagaan di luar negara,"

Kita juga menyokong  sebarang  pasukan peguam yang dilantik supaya  mengkaji kemungkinan untuk memfailkan kes yang sama di luar negara memandangkan operator carigali yang terlibat di perairan Kelantan milik syarikat asing.

Zahrain babi sabung UMNO Bakal Dibogelkan

Posted: 22 Jun 2010 03:11 AM PDT

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.

Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas.

"Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini.

"Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat.

"Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini.Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini.

Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi.

"Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi. -SK

satim bikin gempaq...main sorok sorok dengan hantu tetek bik mama...!!!

Posted: 22 Jun 2010 03:04 AM PDT

URA-URA LETAK JAWATAN - NOH OMAR SAHKAN YB SATIM TIDAK HADIR MESYUARAT


Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Mohamed Satim Diman tidak hadir pada mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor malam Isnin.

Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 malam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar ketika ditemui pemberita berkata Mohamed Satim ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam Isnin kerana ada urusan.

Beliau berkata selain Mohamed Satim, bendahari Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Ketua Pemuda Suhaimi Ghazali juga tidak hadir pada mesyuarat ini kerana mereka ada urusan di luar negara.

Semalam Noh dilaporkan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Mohamed Satim berhubung khabar angin yang mengatakan Mohamed Satim akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, pada mesyuarat Isnin ini.

Noh berkata mesyuarat malam ini membincangkan mengenai pengurusan mesyuarat bahagian Umno Selangor.

Sementara itu Mohamed Satim sehingga kini tidak dapat dihubungi bagi membuat sebarang ulasan mengenai khabar angin itu, yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai timbul apabila Mohamed Satim tidak hadir semasa mesyuarat Adun Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

BERNAMA


ini tentu dah abis fulus ni...buat buat gempak...main sorok sorok nak dapatkan nyo nanti tok ketua depa boleh ulur....bila fulus penuh....maka penafian akan dibuat...

kah kah kah ...

semenjak dua menjak shopping KATAK ...sekarang dah tukar selera pulak ...nak shopping ular dalam semak....!!!!

Posted: 21 Jun 2010 10:15 PM PDT

SEKUTU APCO MEMELIHARA KATAK, SEKARANG MENCARI ULAR DALAM SEMAK PULA

MUSIM untuk `shopping' MP-MP dari PR telah berakhir atau mungkin ke penghujungnya. Kini, `Shopping' terarah kepada para `alim ulamak' yang bersikap seperti `ular dalam semak'. Ular dalam semak seperti ini adalah juga `Syaitan bisu' yang digambarkan di dalam kitab yang mana mereka itu arif tentang agama tetapi bisu tatkala berdepan dengan penguasa.

Setelah mereka menyedari bahawa tidak berbaloi wang jutaan ringgit dibelanjakan untuk `membeli' spesis katak yang kini ada beberapa ekor, mereka terpaksa beralih arah kepada mereka yang sering memakai `kopiah putih' atau `bersongkok hitam' serta memegang sijil/ijazah tinggi di dalam bidang agama. Sehingga ke tahap Phd mereka akan cuba pikat dengan umpannya sudah pastilah untuk menyelamatkan umat Melayu dan Islam. Kaedah itu sudah kita jangka kerana memang menjadi stail sekutu Apco ini akan melakukan apa jua agar cita-cita mereka tercapai. Cuma, mereka yang bijak dan pintar sahaja boleh membaca gerak tari sekutu Apco ini. Alim di dalam bidang ugama bukan bererti bebas dari godaan Syaitan.

Justeru itu, kita akan lihat nanti benarkah `shopping' ke atas ular dalam semak ini nanti berjaya mencapai ke tahap 100 orang atau mungkin lebih. Di saat kita dihidangkan di depan mata segala macam salah laku dan maksiat Penguasa, tidak terfikir oleh kita golongan agama ini terpedaya dengan tipu muslihat sekutu Apco. Memang benar, golongan Yahudi itu tidak kuat dan segagah mana tetapi mereka tersangat pintar untuk menipu. Jika tidak, masakan mereka masih menungkat langit di tanah umat Islam di Palestine.

Apa yang hendak dikisahkan jika ular dalam semak ini akan merayap ke dalam kem sekutu Apco. Bukankah sebelum ini mereka banyak membisu terhadap pemerintah? Kita tidak boleh melarang mereka untuk menjadi ular, kita hanya boleh mengingatkan sahaja. Kini, di pihak mereka sudah ada spesis `katak' dan tidak lama lagi ada pula spesis `ular'. Kita tunggu sahaja.


WFAUZDIN NS

Tukar slogan Umno kepada 'Melayu Cemerlang' ....KAN ELOK TUKAR AJE KE MELAYU CIBAI ...!!!!

Posted: 21 Jun 2010 10:08 PM PDT

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh mencadangkan supaya slogan Umno 'Hidup Melayu' diubah kepada 'Melayu Cemerlang' selaras dengan perkembangan negara. Beliau berkata slogan baru terbabit lebih sesuai bagi kaum Melayu untuk berusaha dengan lebih kuat demi bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam era inovasi dan kreativiti.

Slogan Umno 'Hidup Melayu' lebih sesuai untuk membina asas perjuangan untuk bangsa Melayu sebelum serta selepas negara mencapai kemerdekaan. Selaras dengan perkembangan negara masa kini, beliau berkata usaha memartabatkan kaum Melayu memerlukan pendekatan yang lebih realistik.



penyapu sial


Yaaaaaaaaaaaaaa cemerlang. Tu yang buat stadium pun runtuh, bangunan runtuh, royalti kena tipu.
Hahahahahaha hebat mu gannu. Natanggggggggggggggggg.

Tak usah di-tukar apa pun sekali orang orang UMNO dah memang tak di-sukai rakyat malaysia


hehehehehe melayu cemerlang ! ! ! !

Tanah siapa kena rampas - melayu cemerlang
Rumah siapa kena roboh - melayu cemerlang
Anak siapa kena tarik biasiswa - melayu cemerlang
Siapa kena ISA - melayu cemerlang
Siapa hidup melarat - melayu cemerlang
Kaum apa kelas ketiga - melayu cemerlang


Tak cukup ke memerintah 52 tahun sampai melayu tak cemerlang hingga kesaat ini. Nak berapa tahun lagi? Satu abad?

bukan melayu cemerlang melayu temberang ...ha ha ha ha ha....boleh terburai perut aku menahan lawak bodoh UMNO....!!!!...ha ha ha ha....!!!!

AKU SOKONG....POLIS MALAYSIA MEMANG KEJAM...PERTAMA JADI BARUA AHLI POLTIK KORUPSI KEDUA BOLEH MEMBUNUH SESUKA HATI KERANA DI LINDUNGI UNDANG UNDANG KANGGAROO....!!!!

Posted: 21 Jun 2010 10:04 PM PDT

Polis Malaysia adalah Kejam - kata wakil PBB



KOMPAS.com — Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinilai kejam dalam menangani tersangka dan tahanan. Pendapat itu disampaikan Komisi HAM PBB yang meninjau kondisi para tahanan PDRM di Malaysia.

"Penyiksaan menjadi prosedur standar. Keterangan diperoleh dari tahanan yang ditemui tim PBB dalam kunjungan ke Malaysia," kata El Haji Malik Sow, Ketua Delegasi HAM PBB, Jumat (18/6/2010) di Kuala Lumpur.

Para tahanan yang disiksa terkait kasus subversif, terorisme, imigran gelap, dan pencari suaka. "Sebagian tahanan mengaku dipukuli, ditendang, ataupun disiram air kotor," El Haji Malik Sow menerangkan.

Beberapa tahanan ada yang dikurung dan dibiarkan kelaparan. Sebagian besar tahanan tidak diberikan kesempatan menghubungi keluarga atau pengacara.

Sejumlah oknum polisi terlibat dalam pembunuhan seorang fotomodel Mongolia yang dikabarkan memiliki kedekatan dengan petinggi Malaysia. Fotomodel itu ditembak mati.

Kasus yang diduga terkait pemberian suap dalam pembelian kapal selam Perancis yang dilakukan Pemerintah Malaysia beberapa tahun lalu itu kini menghilang dari pemberitaan.

Komisi HAM PBB, mengutip keterangan para tahanan, mengatakan, mereka lebih memilih berada di penjara daripada di dalam tahanan polis ataupun imigrasi Malaysia.

Komisi HAM PBB datang atas undangan Pemerintah Malaysia yang berusaha melakukan reformasi hukum.

Raja Azahar Abdul Manap, seorang pejabat senior Departemen Dalam Negeri Malaysia, mengatakan, pemerintah berusaha memperbaiki kondisi tahanan imigrasi. Namun, Raja juga menyalahkan pemerintah negara asal imigran gelap. (Reuters/AFP/ONG)

skandal komisyen 100 juta euro.....kununnya sebagai kos latihan kapal selam scorpene (kd altantuya)

Posted: 21 Jun 2010 04:20 PM PDT




Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Saya ingin tahu 500 anggota ini dilatih untuk apa? Adakah untuk menyelenggara atau mengendalikan kapal selam Scorpene sedangkan menurut spesifikasinya ianya hanya memerlukan 20 orang untuk mengendalikannya.

"Jumlah tersebut tidak munasabah dan kita juga ingin tahu di mana dan mengapa dan yang begitu besar perlu untuk tujuan latihan itu?," soal Tian Chua.

Kata Tian Chua lagi, pada pandangannya 100 juta euro itu sebenarnya kemungkinan besar adalah komisen yang telah dibayar kepada pihak terbabit termasuk bayaran kepada ahli politik di Perancis yang terlibat dalam proses jual beli kapal selam tersebut.

"Kes kapal selam ini sekarang di bawah siasatan pendakwaraya Perancis dan kita juga dimaklumkan oleh pihak Perancis tiga minggu yang lalu, satu tindakan tergempar merampas dokumen mengenai kapal selam Scorpene ini daripada pengilangnya, DCN di Paris," tegas beliau.

Tambah Tian Chua lagi, kertas siasatan tersebut telah dibuka dan dimulakan dan beliau berharap kerajaan Umno-Barisan Nasional telus untuk menjawab isu ini dan bagaimana wang itu diagihkan sebagai komisyen.

Saman Ekor....sumber pendapatan haram kerajaan.... Bukan Menyusahkan aje Tetapi Menganiayakan

Posted: 21 Jun 2010 04:14 PM PDT

SEMUA rakyat yang sayangkan negara mengalu-alukan langkah kerajaan berusaha untuk menambahkan pendapatan negara. Dalam keadaan ekonomi meleset manakala pemimpin pula terkial-kial mencari idea macam mana untuk menambah pendapatan, apa juga ikhtiar oleh kerajaan perlu disokong oleh rakyat. Kerjasama dan sokongan rakyat sangat penting. Kalau tanpa sokongan rakyat usaha yang baik kerajaan tidak akan berhasil dan tanpa sokongan rakyat ia tidak membawa berkat.

Bagaimana pun dalam hal ini kerajaan hendaklah memahami masalah rakyat. Janganlah semata-mata kerana kerana hendak tambah wang perbendahraan negara maka rakyat jadi mangsa. Dikikis wang dari saku rakyat. Memang pun rakyat perlu dimangsakan, tetapi jangan melampau sehingga menyusahkan.

Ada beberapa tindakan kerajaan menunjukkan kerajaan begitu terdesak kerana ketiadaan wang dan rakyat dimangsakan sesuka hatinya.

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.

Pelik, sebelum ini kenderaan yang disaman ekor tidak disenaraihitamkan. Tetapi mulai April lalu ianya telah disenarai hitamkan. Saman yang tertunggal beberapa tahun sebelum yang diberikan pengecualian tiba-tiba dikenakan tindakan tegas. Sikap tiba-tiba menjadi iseng oleh JPJ dan polis ini menunjukkan keterdesakan kerajaan dalam mencari wang!

Tindakan itu bertentangan dengan slogan Najib Razak Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan. Memahami dari seruan Najib itu, PM itu mahu memberikan kesenangan dan keselesaan kepada rakyat disamping para pegawai kerajaan dan agensinya pula berusaha sebaik mungkin mempertingkatkan mutu kerja. Apakah bagi polis dengan menguatkuasakan tindakan itu sebahagian kerja baik mereka?

Kalau polis atau JPJ menyahut seruan Najib ini sudah pasti tindakan menguatkuasakan tindakan menyenarai hitam kenderaan ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Ataupun kalau hendak dikuatkuasakan haruslah dinotiskan dulu dan tidak melaksanakan undang-undang ikut suka hati dan nafsu saja.

Mungkin kalangan rakyat yang terlibat dengan masalah ini dapat merasakan bagaimana kerajaan khasnya pihak polis dan JPJ menganiaya mereka. Bayangkan berapa seseorang kena bayar kalau mereka ada dua atau tiga saman? Bukankah separuh gaji mereka harus diberikan kepada Polis hanya untuk mendapat cukai jalan baru. Ini tidak adil kerana kesalahan yang ditunding kepada mereka belum pasti lagi betul atau tidak.

Saya baru mendapat tahu hal ini dari beberapa orang rakan yang menghadapi kesulitan untuk memperbaharui cukai jalan masing-masing. Rata-rata mereka mengeluh dan menyatakan kerajaan tidak adil, menyusahkan dan menganiayakan.

Sebelum ini kenderaan yang disaman ekor (saman poerangkap laju) tidak dikenakan tindakan kenderaan disenarai hitamkan. Tuan punya masih boleh memperbaharui kenderaan masing-masing. Hanya saman di sekatan jalan yang ditanda tangani langsung oleh pemandu saja yang dikuatkuasakan. Mana-mana saman demikian kalau tidak dilunasi pihak JPJ tidak akan memperaharui cukai jalan melainkan selepas menjelaskan kepada pihak polis.

Rasanya kelonggaran ini ada baiknya dan masih dirasakan tidak begitu menganiayakan rakyat. Manakala saman yang ditandan tangani patutlah kuatkuasakan. Ada alasannya kerana saman yang ditanda tangani itu jelas kenderaan itu melakukan kesalahan. Polis dan pemandu kenderaan itu sendiri dapat mengetahui akan kesalahan mereka.

Berlainan dengan saman ekor, (perangkap laju) di mana polis bersembunyi di dalam semak atau di balik tembok. Di mana tuan punya kenderaan tidak mengetahui apakah dan dimana kesalahan mereka. Selalu terjadi bila mana kenderaan mereka dibawa oleh orang lain. Walaupun pihak polis ada mengeluarkan surat minta penjelasan siapa yang memandu kenderaan tempoh hari, tetapi surat penjelasan itu tidak pratikal.

Adakalanya surat tidak sampai kerana pertukaran alamat. Kalau mengikut prosuder biasa mana-mana saman yang tidak diserahkan sendiri kepada si pesalah ianya tidak boleh dibawa ke mahkamah?

Peraturan atau sistem saman sebegini tidak praktikal sebenarnya. Ia juga lebih kepada menganiaya rakyat. Rata-rata kalau saman ekor ini di bawa ke mahkamah saya rasa mahkamah akan menolaknya. Ada pendapat mengatakan saman ekor ini tidak valid untuk dibicarakan kerana ia tidak menurut peraturan-peratusan mengenai perundangan. Tetapi kerana sikap rakyat kita malas berurusan dengan mahkamah dan ingin mengelekkan berlaku 'kelecean' ke mahkamah menyebabkan mereka terus sahaja membayarnya.

Mungkin baik juga kalau ada sesiapa yang menghadapi kenderaan mereka disenaraihitamkan ekoran tidak melunas saman ini membawanya ke mahkamah. Biar ianya menjadi precedent apakah saman itu valid atau sebaliknya. Persatuan-persatuan penggunan mungkin boleh menguruskan hal ini. Banyak perkara yang berlaku dalam negara ini di mana rakyat diminta bayaran sedangkan ianya tidak sepatutnya.

Berbalik kepada tindakan iseng Polis menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman ekor kerana tidak melunasi kompoun itu perlulah dikaji balik. Musim ini musim 'kaat' - musim rakyat sesak janganlah menyusahkan lagi rakyat dengan kesusahan-kesusahan baru. Harapnya Perdana Menteri peka dan prihatin mengenai hal ini ada kemungkinan juga tindakan iseng Polis ini sebahagian dari ciri-ciri mensebotajkan dan menterbalikan seruan Najib itu, rakyat hendaklah disusahkan!


mso

belit UMNO-BN.....Masuk penjara untuk kekal MP, saran timbalan speaker

Posted: 21 Jun 2010 04:10 PM PDT

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli parlimen Batu, Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ketika ditemui wartawan di luar Dewan Rakyat, beliau berkata, memandangkan Tian telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000 kerana menggigit tangan anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes pada 2007, maka memilih dipenjara boleh mengelakkan persoalan sama ada denda tersebut telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen.

Tian, yang menang kerusi parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada angggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Beliau mengemukakan rayuan dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tersebut tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Junaidi, bagaimanapun, berkata Tian boleh memilih untuk menjalani hukuman dua bulan penjara bagi mengelak risiko terbatal kelayakannya sebagai ahli parlimen berhubung isu denda tersebut.

"Jika Tian Chua memilih untuk menjalani hukuman (dua bulan) penjara, isu ini tidak akan berbangkit," kata Junaidi.

Sementara itu, katanya, pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha.

Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.

Memetik kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 selepas dirujuk kepada jawatankuasa hak Parlimen selepas disabitkan kesalahan hasutan, Junaidi berkata "Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut."

Menurutnya, Dewan yang boleh berbuat demikian, bukannya Speaker.

Malaysiakini

Tiada ulasan: