Kelab Greenboc |
TG Nik Aziz Pernah Tolak Pindaan RUU 355, Umat Islam Tak Perlu Hirau Himpunan RUU Posted: 21 Jan 2017 01:43 AM PST PAS dilaporkan akan menganjurkan Himpunan RUU 355 pada 18 Februari ini di Dataran Merdeka. Pihak berwajib bagaimanapun enggan membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di situ, sebaliknya mencadangkan ia dibuat di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. PAS pernah diberi peluang dua kali untuk membentangkan usul persendirian RUU 355 di parlimen. Tetapi kedua-dua pembentangan itu berakhir dengan "mohon ditangguhkan" oleh pembentangnya sendiri iaitu Yang Berhormat Marang! PAS dilihat menggunakan RUU 355 hanya untuk meraih sokongan politik terhadap partinya. Sebenarnya, ahli parlimen dan umat Islam seluruhnya TIDAK WAJIB untuk memberikan sokongan kepada RUU 355 walaupun alasan yang diberikan PAS ialah untuk memperkasakan mahkamah syariah. Ini kerana semakan terhadap Hansard Parlimen tahun 1984, dimana pada tahun itu, kerajaan Malaysia telah mengusulkan untuk meminta Akta RUU 355 iaitu menaikkan denda dan memberatkan hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah. Cadangan pindaan itu pernah dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984 Namun, usul tersebut telah dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Cepa, TG Ustaz Nik Aziz Nik Mat. Semasa perbahasan, almarhum TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam. Ertinya dapat kita faham mengapa TG Nik Aziz menolak pindaan RUU 355 kerana bukanlah hukuman hudud, dan apabila ia bukan hudud maka tidaklah menjadi kewajipan untuk menyokongnya malah TG Nik Aziz mengambil keputusan untuk menolaknya. Jadi apakah rosak iman, kafir TG Nik Aziz lantaran menolak usul pindaan RUU 355 dahulu? Sepastinya tidak! Maka dengan itu tidaklah rosak iman seseorang kerana menolak pindaan yang digembar-gemburkan oleh PAS itu, apatah lagi ia bermotifkan politik kepartian. Yang rosak iman ialah mereka yang menggunakan RUU355 untuk meraih kepentingan politik dan menggunakannya untuk mengkafir sana-sini. PAS perlu hentikan segera retorik RUU 355 untuk mendapat sokongan orang Islam terhadap partinya dengan mengkafir mereka yang menolak usul persendirian berkenaan kerana RUU 355 bukan soal aqidah. Malah keseluruan RUU berkenaan adalah di bawah Perlembagaan Lord Reid, malah mengukuhkan RUU bererti mengukuhkan Perlembagaan Lord Reid yang ditentang oleh PAS sendiri. AMANAT HADI "Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir." Apa-apa pun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS bakal terhukum kerana sikapnya yang melampau batas itu. Sementelah lagi ramai yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan UMNO samada akan membenarkan Haji Hadi untuk membentangkan Bill Persendiriannya pada persidangan parlimen bulan Oktober depan setelah ditangguhkan sebaik saja ia dibacakan buat kali pertama pada persidangan parlimen yang lalu dan minta tangguh lagi selepas dibacakan untuk kali kedua pada November tahun lepas. Sikap Ghuluw (melampau batas) pemimpin PAS yang mengkafirkan |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan