Isnin, 16 Januari 2017

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NAJIB SUDAH BOLEH ADAKAN PILIHANRAYA ESOK

Posted: 16 Jan 2017 07:54 AM PST

 shahbudindotcom


Di sebalik masih sarat dengan banyak isu dan sedang bergelut untuk meyakinkan rakyat, sekurang-kurangnya pada awal 2017 ini saja,  Najib Razak sudah mendapat tiga dorongan yang boleh menyejukkan hatinya untuk terus bertakhta di Seri Perdana.
 
 
 
 
Mula-mula oleh media antarabangsa.

 
 
Kemudian oleh seorang penganalisis dalam negara.
 
 

 
 
Terbaru pula oleh seorang pakar ekonomi.

Lalu, tunggu apa lagi Najib?

Bubarlah Parlimen dengan segera!

Berani?? 

Khalid kesal penyerang tiada dalam kawad cam

Posted: 16 Jan 2017 07:45 AM PST

Shakira Buang 




Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan polis meminta beliau hadir melakukan kawad cam namun tidak menampilkan watak utama yang melakukan serangan di luar bangunan parlimen November lalu.

Menurut Khalid, hanya individu yang dilihat sebagai pemerhati kejadian dibawa dalam sesi kawad cam berkenaan dan bukan individu yang menyerangnya.

"Dari video yang dikongsikan saya dapati watak-watak utama tidak hadir untuk kawad cam itu di mana anak timbalan menteri yang terlibat pada ketika itu saya cari tidak ada.

"Ada dua, tiga individu yang bertindak kasar dengan salah seorang mereka memakai baju petak-petak pun tidak ada, yang bertakbir dan cakap banyak pun tak ada," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat parti AMANAH hari ini.

Dalam kejadian pada 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan orang mendakwa dari Pasir Salak, Perak, ekoran pertikaman lidah membabitkan perkataan "sial" antaranya dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin juga merupakan ketua bahagian Umno Pasir Salak merangkap anggota parlimen kawasan berkenaan.

Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan.

Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.

Mengulas lanjut Khalid yang juga Ketua Penerangan AMANAH Pusat berkata beliau telah meminta pegawai penyiasat mencatatkan segala komen beliau.

Dalam sidang media itu juga Khalid meminta Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memandang serius kes terbabit.

"Kita mengharapkan bahawa pihak pejabat Peguam Negara mengambil tindakan yang cepat, segera dan serius untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pejabat Peguam Negara itu sendiri kerana sudah banyak isu yang timbul seperti 1MDB," kata Khalid.

Katanya lagi, Speaker Dewan Negara Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga diminta memainkan peranan beliau dengan mengkaji apakah tindakan sewajarnya ke atas anggota Parlimen Pasir Salak.

"Tan Sri Speaker juga perlu memikirkan dan mempertimbangkan tindakan yang wajar untuk kita bendung kes-kes sebegini.

"Kalau tidak ada apa tindakan akan adalah yang akan membawa penyokong mereka sendiri dan kita akan melihat satu keadaan yang huru hara di dalam Parlimen itu sendiri kerana tidak ada tindakan yang tegas.

Tambah Khalid, apa yang berlaku pada 24 November itu boleh dielak sekiranya speaker mengambil tindakan tegas mengawal ucapan di dalam Dewan Rakyat.


Gesa perbaiki urusan di dalam Parlimen

Posted: 16 Jan 2017 07:40 AM PST

Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta agar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perbaiki urusan di dalam Parlimen untuk elakkan kes rusuhan terhadap ahli Parlimen berulang.

Menurutnya, sekiranya Speaker bijak mengambil tindakan segera, kes rusuhan ini tidak akan berlaku.

"Eloklah jika pihak terlibat dapat mengkaji apa tindakan wajar dilakukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku di dalam Dewan Rakyat.

"Sekiranya tiada tindakan yang diambil untuk membendung kes-kes. sebegini maka orang lain juga boleh lakukannya dan mencetuskan keadaan huru-hara di Parlimen.

Sebelum ini,  hari terakhir Dewan Rakyat tahun lalu kecoh apabila Khalid Samad diserang di perkarangan Parlimen di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khalid Samad diserang di Parlimen]

Khalid yang baru tiba di Parlimen diserang ketika keluar dari kereta oleh sekumpulan individu.

Difahamkan serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelar Ahli Parlimen Pasir Salak , Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan gelaran  'sial' dalam sidang dewan, tempoh hari.

Tambahnya lagi, Speaker juga harus mengurus perbahasan di dalam dewan dengan lebih berkesan.

"Kes ini boleh dielak jika Speaker ambil tindakan dan tegur ucapan Ahli Parlimen pada hari itu dan minta beliau menarik semula kata-katanya.

"Pada pendapat saya juga, perkara seperti ini seharusnya diambil tindakan segera dan jika perlu hantar menteri keluar dari dewan, lakukanlah," katanya lagi.


Mahathir perlu selesai isu Amanah terlebih dahulu

Posted: 16 Jan 2017 07:37 AM PST


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
 
SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat menyelesaikan masalah kerusi dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang akan 'membuat kacau' dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi adalah Amanah dan bukannya Pas.

"Mahathir sepatutnya kena selesai isu Amanah (yang ingin bertanding merebut kerusi pembangkang lain).

"Yang kita jangka yang akan mengganggu (dalam pemilihan kerusi) nanti bukannya Pas, tetapi daripada Amanah sendiri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khianat rakyat jika letak calon sendiri lawan BN]

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati partinya sebagai rakan pembangkang.

"Kami tetap di pihak pembangkang, maka Pas perlu dihormati sebagai rakan pembangkang.

"Amanah pula mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pas, jadi pengkhianat bukan dari Pas," katanya lagi.

Sebat dalam hukuman syariah tidak kuat

Posted: 16 Jan 2017 07:32 AM PST

sebat
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Hukuman sebatan mengikut undang-undang syariah dalam pandangan ulamak tidak sekuat sebatan dalam peraturan konvensional atau undang-undang sivil.

Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, sebatan syariah jauh lebih ringan kesannya yang mana sehingga kini kita boleh lihat prosedur sebatan ini dalam peruntukan undang-undang prosedur jenayah syariah.

"Sebagai contoh, kita lihat peruntukan Seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Peruntukan sama dapat dilihat dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002.

"Seksyen 125 Akta/Enakmen Prosedur Jenayah Syariah menjelaskan peruntukan seksyen ini dan Seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat," katanya dalam Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, di Ikim, hari ini.

Katanya,  alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Tambahnya, sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kejarajaan untuk diperakui kesihatannya.

"Jika pesalah itu hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat dua bulan selepas melahirkan anak.

"Seterusnya, hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. Orang yang dilantik bagi melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang.

"Penggunaan alat sebatan perlulah digunakan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah," katanya.

Selepas itu, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan bukan menariknya.

Sebatan tidak boleh dikenakan di bahagian muka, kepala, perut, dada dan bahagian sulit.

Selain itu, pesalah perlulah memakai pakaian mengikut hukum syarak.

Jelasnya lagi, jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, bagi perempuan pula dalam keadaan duduk.

"Sebatan itu perlu ditangguhkan jika pegawai perubatan kerajaan mendapati pesalah tidak lagi dapat menerima sebatan sebelum pesalah sihat tubuh badannya untuk menyambung baki hukuman," katanya.


Peguam: Mahkamah Singapura tak kaitkan Rosmah

Posted: 16 Jan 2017 07:22 AM PST

MALAYSIAKINI



Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan yang tersebar di Internet mengaitkan beliau dengan tuduhan menandatangani cek sebagai "Eric Tan".

Menurut peguam kepada isteri perdana menteri itu, Noor Hajran Mohd Noor, perkara itu dikatkan dengan kes jenayah di Singapura membabitkan bekas pengurus cawangan Falcon Bank, Jens Fred Sturzenegger.

Katanya, semakan terhadap pernyataan dikeluarkan Pejabat Peguam Negara Singapura mendapati tuduhan ke atas Rosmah itu tidak disokong dengan sebarang fakta.

"Ini tuduhan serius, bertujuan membuat representasi, menerbitkan fitnah untuk mencemar nama, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan itu akan merosakkan reputasi dengan niat jahat untuk memusnahkan dan mengurangkan kredibiliti Rosmah sebagai isteri yang berhormat perdana menteri," kata Noor Hajran dalam kenyataan hari ini.

Pada 11 Januari lalu Sturzenegger dilaporkan dihukum penjara 28 minggu dan denda S$128,000 selepas mengaku salah atas enam tuduhan hasil siasatan negara itu ke atas 1MDB.

Dia dituduh gagal mematuhi arahan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk melaporkan pemindahan dana yang meragukan - bernilai AS$1.262 bilion ke dua akaun Falcon Bank pada 2013.

Sturzenegger juga dituduh menipu pegawai MAS bagi mengalih perhatian mereka daripada menyiasat akaun bank dikawal ahli perniagaan Malaysia, Jho Low, dengan mendakwa akaun berkenaan "dimiliki dengan manfaat" seseorang bernama Eric Tan Kim Loong.

Ekoran itu, beberapa blog menerbitkan spekulasi mengenai peranan Rosmah dalam kes berkenaan.

Jho Low diketahu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak dan bekerjasama dengan anak Rosmah, Reza Aziz menghasilkan filem Hollywood, The Wolf of Wallstreet.

Sementara itu Noor Hajran juga membuat penjelasan mengenai gambar Rosmah dengan keterangan "Big Momma sighted in Claremont Quarter in Perth - one bodyguard and two personal maids tagging along".

Menurut peguam itu, individu terbabit adalah rakan kepada Rosmah dan bukan pembantu rumahnya.

"Tuduhan menganggap rakan-rakannya sebagai pembantu peribadi betul-betul menjijikkan, menghina dan memalukan mereka.

"Jelas sekali penulis dan/atau blogger itu tidak mempunyai apa-apa fakta yang boleh dipercayai dan pengetahuan penuh berkaitan kehidupan peribadi Rosmah.

"Tuduhan dan kenyataan salah dibuat blogger dan pengamal media sosial adalah pembohongan kepada orang awam yang direka untuk membuat dan membentuk pendapat palsu serta mengelirukan," katanya.

Noor Hajran merujuk kepada gambar yang muncul tidak lama selepas diketahui Najib dan keluarganya menghabiskan cuti hujung tahun mereka di Australia.

Kata peguam itu, pengedaran gambar berkenaan menyebabkan "ruang peribadi tidak rasmi" Rosmah "diceroboh dengan keterlaluan".

Tiada ulasan: