Sabtu, 14 Januari 2017

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAN Kata Caj 20 Sen Plastik Baik Untuk Rakyat

Posted: 14 Jan 2017 07:00 AM PST





amanh

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa langkah kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang digunakan orang ramai sesuatu yang baik untuk rakyat Selangor.

Pemimpin Pemuda PAN, Asim Abdullah Ainullotfi berkata, langkah tersebut walaupun menyebabkan rakyat Selangor perlu membayar 20 sen bagi setiap beg plastik yang mereka gunakan tetapi ia baik untuk persekitaran mereka.


"Plastik adalah antara komponen karbon yang menyumbang besar kepada pencemaran alam.

"Inisiatif kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik adalah satu usaha yang baik bagi mengurangkan penggunaan beg plastik oleh rakyat," katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita propembangkang hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak inisiatif kerajaan Selangor yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik menambah bebanan ekonomi rakyat.

Justeru, beliau menyarankan Menteri Besar, Datuk Seri Mohemad Azmin Ali mewajibkan pasar raya dan kedai di Selangor menyediakan beg guna semula untuk kegunaan pelanggan mereka.

Beliau turut mencadangkan pengecualian penggunaan beg plastik secara berselang hari dilaksanakan secara berperingkat ke atas rakyat Selangor. – mynewshub.cc

 negara4



Islam tidak sampai kepada DAP?

Posted: 14 Jan 2017 06:44 AM PST


IZWAN ABDUL HALIM





PENTAKSUB dalam kalangan PAN cuba menjustifikasikan penerimaan mereka terhadap DAP dengan pelbagai hujah terutama aspek dakwah. Antaranya membandingkan Umno dengan DAP, seolah-olah tidak memandang bahawa majoriti Umno adalah Muslim dan majoriti DAP sebaliknya. Malah, hingga meletakkan perbahasan ulama mengenai status kalangan manusia yang tidak sampai kepadanya seruan Islam.

Sekalipun DAP boleh digolong sebagai mad'u, tetapi tersangat dangkal untuk membela DAP dengan hujah sedemikian. Mereka telah lama wujud di negara ini yang majoriti Muslim. Mendengar dan melihat sendiri cara hidup Muslim di dunia ini secara langsung atau dari pelbagai medium.

Bahkan, mereka pernah ke Mesir, Tunisia dan negara umat Islam lain bertemu para ulama. Juga menanggapi sendiri konsep Maqasid Syariah. Paling ketara juga, ramai terpesona dan teruja apabila kalangan DAP hadir ke kuliah agama atau berucap memetik ayat-ayat al-Quran, selain pengakuan meniru gaya Khalifah Umar Abdul Aziz dan meuar-uarkan peruntukan untuk pembangunan Islam.

Selain itu, tidak kurang dari kalangan DAP yang mempelajari mengenai Islam, tetapi paling kuat menafikan Islam dari dilaksanakan. Didokong pula oleh kalangan asatizah tertentu yang membantu menghias dengan dalil dan nas di mana akhirnya menjurus untuk Islam tidak dilaksana atau ditangguhkan. Sedangkan segala perbahasan sewajarnya membuka jalan untuk Islam dilaksanakan secara roh dan jasad biarpun seminima mungkin.

Mereka jugalah asatizah yang curang dan menjadi pemangkin mencampuradukkan Islam dengan idealogi dan teori lainnya hingga umat menjadi keliru dan menghadapkan agama Allah ini dalam pelbagai pertuduhan.

Sepatutnya, segala pembelaan mereka terhadap DAP dengan menyandarkan kalam-kalam Allah perlu dimuhasabah betapa kemungkinan diri telah termasuk sebagaimana kalangan yang disebut dalam ayat-ayat surah al-Mumtahanah. Antaranya telah wujud kasih sayang hingga melanggar batas kewajaran dalam memberi dan berhubungan, tanpa ada sedikitpun kewaspadaan.

Maka jelas, tidak relevan sama sekali untuk menstatuskan DAP sebagai belum sampai Islam kepada mereka. Mereka bukan seperti 'katak di bawah tempurung', tetapi perumpamaan itu mungkin sesuai untuk kalangan PAN yang berfikir sedemikian.

Sebaliknya, DAP semakin menzahirkan penentangan mereka kepada perkara-perkara bersangkutan Islam. Lihat juga sebagaimana secara terancang dan sangat halus apabila menyebabkan orang Islam-Melayu di Pulau Pinang bagaikan terusir dari pulau tersebut. Jika mereka cenderung kepada Islam dan tidak rasis, mengapa tidak diusaha untuk mempertahankan rakyat yang telah bergenerasi menetap di situ?

Tindakan itu boleh dianggap lebih buruk dari penjajah Francis Light yang sejahat-jahatnya, dikatakan menerima terma "Selagi Ada Bulan & Bintang" merujuk kepada keberadaan Islam; jika benarlah terma itu wujud. Kerana pastinya tempoh singkat Francis Light di Pulau Pinang dahulunya tidak sempat sampai Islam kepadanya berbanding DAP yang pernah makan setalam dengan PAN.
                     

Sekolah agama rakyat agen perubahan masyarakat, bukan pemecah belah

Posted: 14 Jan 2017 06:32 AM PST





 
Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR


Tanah air ini telah mengalami transformasi pendidikan yang sangat pantas dan rencam semenjak satu abad ini. Pendidikan Islam yang diterima oleh orang  Melayu sebelum daripada zaman kolonial berupaya membuka dimensi berfikir Orang Melayu, sama ada sekolah pondok atau pun sekolah agama rakyat.

 Kedatangan British pada penghujung abad ke-19 seterusnya menjadikan pendidikan semakin rencam dengan pengenalan sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Tamil dan Sekolah Cina. Sekolah vernakular yang berakar di zaman kolonial akhirnya kekal berlangsung sehingga sekarang sehingga menimbulkan pemisahan kaum dan kelompok serta menebalkan perasaan etnosentrism.

Sekolah agama rakyat pula di zaman penjajah British menjadi benteng pemelihara aqidah dan pusat penentangan terhadap penjajah seperti Maahad Ehya as Sharif. Sekolah agama rakyat bukan sekadar melahirkan pelajar yang celik ilmu deeniyah tetapi celik politik dan mengimbangi kebimbangan akan pupusnya ulama yang menjadi kelompok autoriti dalam strata sosial masyarakat Melayu.

Sekolah agama rakyat adalah komponen sekolah-sekolah diniyyah yang diuruskan oleh orang ramai. Pada mula penubuhannya diinisiatifkan oleh tuan guru atau kiai (lebai) di sesuatu daerah. Ada juga yang diinisiatifkan oleh kelompok individu tertentu sebagai usaha memperjuangkan agama Islam. Sehingga hari ini sekolah-sekolah berkenaan diuruskan oleh yayasan yang ditubuhkan oleh mereka atau diuruskan oleh jawatankuasa tertentu bagi pihak masyarakat atau masih kekal di bawah pimpinan individu atau waris pengasasnya. Dari segi pembiayaan biasanya bergantung kepada sokongan rakyat, bantuan zakat ataupun yuran pelajar yang diambil secara minimum. Sekolah ini berdaftar di bawah pejabat agama negeri dan ada juga yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. (Abu Bakar Chik: 2010)

Sekolah agama rakyat ialah sekolah agama yang tidak mendapat bantuan kerajaan dan ianya didirikan dengan sokongan masyarakat. Masyarakat menubuhkan dengan cara menderma bahkan turut membantu membina bangunan.

PAS semenjak awal lagi menubuhkan sekolah agama rakyat melalui pendukung-pendukungnya di seluruh negara termasuk di sabah terlibat dalam usaha membina sekolah agama rakyat. Sekolah agama rakyat di negara ini muncul akibat kesungguhan graduan pendidikan Islam dan juga sokongan masyarakat yang merasakan kepentingan pendidikan Islam anak-anak mereka.

Antara faktor berlakunya kesinambungan untuk menggerakkan instutisi pendidikan Islam seperti sekolah agama rakyat ialah pulangnya pelajar Timur Tengah seperti graduan al-Azhar. Penuntut al-Azhar yang aktif dengan PMRAM diajar tentang berorganisasi dan mereka lebih berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan.

Kebangkitan Islam di Mesir yang digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin juga turut mempengaruhi pemikiran pelajar al-Azhar termasuk cara belajar 'talaqi' di Mesir juga menanam kecintaan kepada pendidikan Islam. Mereka ini kemudiannya dikesan ramai terlibat dalam menggerakkan sekolah agama rakyat di negara ini termasuk menggerakkan institusi pendidikan di bawah PAS.

Pada asalnya PAS tidak menubuhkan secara langsung sekolah agama rakyat tetapi ianya ditubuhkan oleh ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat. Ini berkemungkinan kerana PAS memberikan kebebasan kepada ahlinya untuk mewujudkan sekolah sendiri untuk mengelakkan karenah birokrasi dan memfokuskan kepada aktiviti politik parti berkenaan. Namun selepas kebangkitan semula Islam yang berlaku dalam dekad 70-an dan 80-an, PAS mula menunjukkan kecenderungan untuk menubuhkan sebanyak mungkin sekolah agama rakyat dan menghidupkan kembali sekolah agama rakyat yang tidak bermaya sebelumnya.

SAR yang ditubuhkan oleh PAS tumbuh merata di seluruh negara termasuk di Sabah, ianya mendapat sokongan daripada ahli dan masyarakat.

Atasi sekolah kurang murid, elak agihan sumber tidak cekap

Posted: 14 Jan 2017 06:29 AM PST

 
Oleh Hafiz Zainuddin


Sekolah, sebagai tapak mula bagi generasi akan datang memajukan diri merupakan institusi awal terpenting. Musim sekolah 2017 baru bermula. Kita disaji dengan telatah anak-anak yang memasuki alam persekolahan.

Ragam mereka dengan persekitaran baru tidak kurang mendapat perhatian, termasuk bagi pasangan muda yang teruja menghantar anak ke sekolah buat pertama kali.

Selain ibu bapa dan anak-anak, turut teruja adalah para guru yang sentiasa menyediakan diri untuk berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa.

Namun satu hal yang mungkin menarik atau janggal kita dengar saban tahun ialah isu kekurangan murid dalam sesebuah sekolah atau dikenali sebagai sebagai sekolah kurang murid (SKM).

Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak di Bagan Datoh, Perak seperti dilapor media baru-baru ini hanya menerima dua pelajar yang didaftarkan bagi sesi 2017 iaitu murid di tahun satu dan tahun lima.

Lain pula situasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang yang terpaksa 'bersesak-sesak' kerana memiliki lebih 4,5000 pelajar dan merupakan sekolah dengan jumlah pelajar paling ramai di Malaysia.

 Apakah punca ketidakseimbangan jumlah murid di sekolah?

Menurut data terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikemaskini pada 1 Jun 2016 lalu, statistik bilangan sekolah di negara ini berjumlah 10,180 dengan pecahan sebanyak 7,772 sekolah rendah manakala sekolah menengah pula berjumlah 2,408.

Jumlah keseluruhan murid pula berjumlah 4,873,928 orang dengan 2,685,403 pelajar rendah dan 2,188,525 pelajar menengah.

Persoalannya, mengapa isu ketidakseimbangan murid di sekolah masih berlaku sehingga sekarang dan apa perancangan Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah ini?

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, salah satu sebab berlakunya kekurangan atau kepadatan murid dalam sesebuah sekolah adalah faktor populasi.

Mengulas isu kekurangan murid di Sekolah Kebangsaan Rebak, Zairil berkata Kementerian Pendidikan harus mewajarkan keadaan tersebut supaya sumber kerajaan tidak dibazirkan.

"Berdasarkan kenyataan guru besar (seperti laporan media), sekolah ini juga mula kekurangan murid apabila sekolah baru didirikan di kawasan seberang.

"Jika benar, maka timbul persoalan mengenai perancangan KPM dan bagaimanakah dua buah sekolah boleh wujud dengan berhampiran walaupun tidak cukup bilangan populasi murid," katanya kepada Roketkini.

 Atasi dengan bersepadu, elak pengagihan sumber tidak cekap

Merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebanyak 34 peratus sekolah rendah negara ini berada dalam kategori SKM dengan 73 peratus daripadanya berada di luar bandar.
SKM disifatkan sebagai sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang.

Kata Zairil, kementerian perlu menangani isu kekurangan murid ini dengan lebih bersepadu bagi mengurangkan pengagihan sumber yang tidak cekap.

"Saya rasa kementerian harus mengambil perhatian perkara ini supaya tidak berpanjangan.

"Mungkin kementerian boleh memberi arahan supaya setiap Jabatan Pendidikan Negeri membuat audit bagi setiap negeri untuk mengenalpasti punca sekaligus mencari penyelesaian. Langkah harus diambil untuk merasionalisasikan keadaan," katanya.

Selain faktor populasi akibat penghijrahan, antara faktor lain yang dikenal pasti menyumbang kepada sekolah kurang murid ini ialah faktor kelengkapan sekolah, kekurangan guru dan kemudahan infrastruktur lain seperti perhubungan jalan raya khususnya di kawasan pedalaman. –Roketkini.com


MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat

Posted: 14 Jan 2017 06:15 AM PST


OLEH NAZLI IBRAHIM

 Mb notis 5A (3)

SUNGAI BULOH: Kerajaan Negeri menganggap 'kehilangan' pendapatan tahunan RM70 juta setahun amat berbaloi kerana ia disalurkan bagi menambah lagi kesejahteraan kehidupan rakyat di negeri itu.

Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia ekoran Kerajaan Negeri memperkenalkan langkah mengecualikan cukai taksiran kepada pemilik rumah kampung dan rumah kos rendah, sejak 2016.

"Apa maknanya kalau ekonomi baik, rizab besar tetapi rakyat di bawah susah. Kita mahu kekayaan negeri ini mesti diserah balik kepada rakyat Selangor secara pelaksanaan program dan projek yang bermanfaat.

AZMIN-500x357


"Antaranya cukai taksiran bagi kampung tradisi, kampung baru, kampung bagan dan rumah kos rendah yang sudah dua tahun kita kecualikan.

"Rakyat tidak perlu bayar cukai taksiran di negeri ini, duduk dengan percuma dan ini menyebabkan Kerajaan Negeri hilang pendapatan RM70 juta setahun tetapi yang penting kita mahu rakyat hari ini yang dibebankan dengan kos sara hidup tinggi dapat diberikan bantuan kebajikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis 5A kepada tiga penduduk Kampung Seri Indah B, Sungai Buloh dan sembilan lagi peduduk yang mengusahakan tanah kediaman masing-masing di Taman Daya, Selayang.

Katanya, selain itu Kerajaan Negeri turut menyediakan peluang pinjaman tanpa faedah iaitu skim pinjaman Hijrah untuk golongan peniaga di negeri itu.

Terdahulu, ketika membentangkan Belanjawan 2017 pada Oktober lalu, Mohamed Azmin mengumumkan meneruskan pemberian pengecualian cukai taksiran kepada pemilik kediaman di kampung tradisi, kampung baru, kampung bagan, kampung tersusun dan rumah kos rendah buat dua tahun berturut-turut.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut meneruskan program memberi pengecualian fi lesen perniagaan kepada golongan penjaja di negeri itu.-NFN-

PAS pulau majlis pelancaran PPBM?

Posted: 14 Jan 2017 06:08 AM PST

Oleh Nur Atiqah Abd Samad & Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemimpin tertinggi PAS nampaknya memulau majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam.
 
Hanya kelihatan kelibat Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar, yang lazimnya hadir dalam program PPBM atas kapasitinya peribadi dan bukannya mewakili partinya.
 
PPBM dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk diisi pemimpin PAS, namun ianya kelihatan kosong.
 
Antara nama yang tertera di kerusi kosong itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad.
 
Selain pemimpin PAS, PPBM turut mengundang pemimpin PKR, DAP dan Amanah.
 
PKR diwakili Presiden Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya, Datu Seri Azmin Ali, naib presidennya, Dr Shaharuddin Badaruddin dan Tian Chua.
 
Sementara DAP menghantar Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok.
 
Wakil daripada Amanah adalah, Mohamad Sabu (presiden), Salahuddin Ayub )timbalan presiden), Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa (naib presiden) dan Khalid Samad (pengarah komunikasi).
 
Turut hadir, Presiden Parti Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
 
 

Pelajar perempuan suspek ke-5 ditahan fitnah Adenan

Posted: 14 Jan 2017 06:03 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUCHING: Seorang lagi individu yang juga pelajar sekolah menengah ditahan hari ini atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar perempuan itu berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook "Zera Zera" ditahan polis Mukah pada jam 10.45 pagi tadi.
 
"Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau berkata, sehingga hari ini, sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas 7 laporan.
 
"Setakat ini, 5 individu ditahan polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan," katanya.
 
Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat komplikasi jantung

Lelaki terselamat daripada dihempap kren tumbang

Posted: 14 Jan 2017 06:02 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
MANJUNG: Seorang lelaki cedera selepas sebuah kren tumbang menghempap sebuah lori di tapak projek syarikat janakuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Manjung 5 Sdn Bhd, Manjung, Perak semalam.
 
TNB dalam kenyataannya berkata dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu, mangsa yang berada dalam lori hanya mengalami kecederaan ringan.
 
"Mangsa cedera selepas melompat keluar dari lori dan terjatuh ke dalam longkang. Dia telah mendapatkan rawatan di hospital," kata TNB sambil menafikan dakwaan di laman sosial kononnya dua maut dan lima cedera dalam kejadian itu.
 
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati pengendali kren tidak menggunakan besi pengimbang semasa menjalankan kerja mengangkat beban yang menyebabkan kren tersebut berada dalam keadaan tidak stabil.
 
"Kerja pembinaan di kawasan itu adalah di bawah selenggaraan kontraktor yang dilantik. Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata TNB sambil menjelaskan kejadian itu dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Perak.
 
Gambar kren tumbang yang menghempap lori itu menjadi tular di laman sosial semalam.
 
 

KALAU MENTERI TAK TAHU, HABIS....SIAPA YANG TAHU?

Posted: 14 Jan 2017 05:57 AM PST

shahbudindotcom


Ketika mengeluarkan arahan agar Mara dan UniKL menangguhkan sebarang tajaan untuk tahun ini, melainkan berkaitan pendidikan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob jelas tidak tahu menahu mengenai penajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan yang menjadi isu hangat sekarang ini.

"Saya akan dapatkan laporan terperinci daripada Mara dan UniKL. Seperti saya kata saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini.

"Apa-apa pun saya akan dapatkan laporan.

"Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok," katanya lagi.




Dalam hal ini, mujurlah ada Tengku Mahkota Johor yang berani mendedahkan bukti-bukti tentang penajaan yang diterima Kelantan daripada dua anak syarikat Mara iaitu Pelaburan Mara Bhd dan UniKL, jika tidak, sampai bila-bila pun Ismail Sabri tidak tahu apa-apa mengenainya.

Yang menjadi persoalan, mengapa Ismail Sabri selaku menteri tidak tahu?

Tidak diberitahu, tidak perlu diberitahu atau sengaja tidak diberitahu?

Bukankah beliau menteri yang bertangungjawab terhadap Mara dan Mara itu sendiri terletak di bawah kementeriannya?

Mengapa hal-hal seperti penajaan kepada sebuah pasukan bola yang boleh mengundang kontroversi kerana terdapat individu yang ada kepentingan di kedua-dua belah pihak, tidak dimaklum atau diberitahu kepada menteri?

Habis, kepada siapa Mara dan UniKL beritahu atau maklumkan mengenai penajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan itu?

Atau kelulusannya dilakukan tanpa makluman dan pemberitahuan kepada pihak atasan iaitu kementerian?

Apa lagi perkara-perkara lain di Mara, UniKL dan lain-lain anak syarikat Mara yang sepatutnya menteri tahu, tetapi beliau tidak tahu dan tidak diberitahu?

Lalu, tiap-tiap minggu ada mesyuarat pasca kabinet yang dipengerusikan oleh Ismail Sabri, apa yang diberitahu oleh Mara dan Annuar dalam mesyuarat tersebut?

Pengakuan tidak tahu oleh Ismail Sabri ini adalah satu lagi sebab yang kuat untuk PDRM dan SPRM agar segera menyiasat Mara dan Annuar Musa. 


Bayi lelaki bertemankan dua patung, ditinggalkan di tepi jalan

Posted: 14 Jan 2017 01:17 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KANGAR: Seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemukan di dalam sebuah kotak di tepi jalan masuk ke sebuah pasar raya di sini awal pagi tadi.
 
Ketua polis daerah Kangar Supt. Wari Kiew berkata polis menerima panggilan mengenai perkara itu pada pukul 7.10 pagi.
 
"Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah kotak. Di dalam kotak itu turut terdapat cadar, tuala, seluar bayi dan dua anak patung," katanya.
 
Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini.
 
 

Terima kasih sebarkan, inilah bukti kami telus

Posted: 14 Jan 2017 01:13 AM PST


Annuar Musa
Annuar Musa
 
BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa 'berterima kasih' kepada pihak yang menyebarkan surat menyurat, baucar di antara pasukan bola sepak The Red Warrior (TRW) dan UniKL.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Annuar berkata, dengan tersebarnya perkara itu, ianya menunjukkan kedua-dua pihak telah melakukan perjanjian dengan telus dan teratur.

"Ada surat tawaran, ada rundingan dan tawar-menawar, ada kontrak, ada baucar, ada resit dan lain-lain. Saya percaya bukan dengan UniKL sahaja tapi semua penaja lain, semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan.

"Kini terbukti penyertaan UniKL dalam tajaan/pakej komersial TRW dibuat secara terbuka, diisytihar dan diumumkan kepada orang ramai, malah majlis menandatangani perjanjian dibuat di depan khalayak dengan publisiti meluas," katanya.

Justeru tegas Annuar, penyebaran itu membuktikan tidak berlaku sebarang penajaan secara senyap ke atas TRW.

"Nama UniKL terpampang di jersi seperti dalam kontrak, saya bangga tajaan TRW dibuat secara terbuka dan beretika.

"Masih banyak pasukan yang kutip duit dari pelbagai sumber tapi segalanya tersembunyi. Tiada siapa tahu siaa penyumbang. Ada tajaan atau sumbangan kepada pasukan negeri,  ada kepada pasukan kelab, malah ada kepada pasukan milik individu. Itu biarlah ikut cara masing-masing," luahnya.

"Saya bangga TRW sebagai pasukan bolasepak negeri dan mempunyai cara tajaan yang teratur, berdokumen dan telus," tulisnya lagi.

Jelas Annuar lagi, walaupun beliau bukan lagi Presiden Kafa, namun besar harapannya agar TRW kekal sebagai pasukan milik ramai, berurusan secara berintegriti, diurus secara beramanah dan tidak menjadi hak mana-mana individu.

"Kini saya sebagai salah seorang penaja, kita taja selagi TRW bukan milik individu, selagi TRW  telus, selagi TRW boleh memberi nilai komersil," katanya.

Menegaskan lagi mengenai perkara itu, Annuar berkata buat masa ini sebagai penaja beliau masih yakin dengan TRW.

"Insya-ALLAH TRW adalah pilihan kita dalam memberi pulangan komersil dari pakej penajaan yang mereka tawarkan. Bola belum bermula, jersi belum dijual tapi TRW sudah berada di depan dalam pendedahan dan perhatian para pengguna, hebat TRW kan kan?," katanya.


Kerana ular, mereka terpaksa berkhemah dalam rumah

Posted: 14 Jan 2017 01:09 AM PST

Kerana ular, mereka terpaksa berkhemah dalam rumah
Inah bersama seorang anaknya di hadapan khemah yang didirikan di dalam rumah.


SIK - Sepasang suami isteri terpaksa mendirikan khemah dalam rumah sendiri, gara-gara kediaman mereka itu sering dimasuki ular.

Inah Yahya, 44, dari Kampung Kerawai berkata, khemah itu dibina di tingkat atas rumah sejak dua tahun lalu.

"Bahagian bawah rumah kerap dimasuki ular berbisa melalui lubang dan celah tingkap. Biawak juga sudah beberapa kali masuk. Walaupun tingkat atas dah reput, tetapi kami tiada pilihan untuk selamatkan diri.

"Masalah itu menyebabkan anak saya berusia 12 dan 15 tahun terganggu. Pernah anak bongsu bangun daripada tidur dan lihat ada ular di tepinya. Sampai sekarang dia trauma," katanya.

Menurut Inah, walaupun dia dan suami bekerja, namun pendapatan mereka kecil menyebabkan mereka tidak mampu untuk membaik pulih rumah tersebut.

"Saya kerja kilang, suami pula pemandu lori. Pendapatan kami yang kecil tak dapat tampung keseluruhan kos membaiki rumah pusaka ibu ini.

"Kami sekeluarga pernah bercadang pindah ke rumah sewa, tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana tak mampu bayar sewa," katanya.

Anaknya, Nur Hidayah Sabri, 12, berkata, sudah dua kali dia terserempak dengan ular di dalam rumah tersebut.

"Saya takut juga sebab ular itu masuk tidak tentu masa. Sebelum ini pernah terpegang ular ketika bangun daripada tidur," katanya.

Sementara itu, Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik, Sulaiman Ibrahim berkata, masalah keluarga itu akan dirujuk kepada agensi kerajaan.

"Difahamkan, keluarga ini belum pernah menerima bantuan daripada agensi berkaitan. Amanah percaya nasib mereka tidak sesekali diabaikan pihak berwajib dan kita akan rujuk kepada mereka terlebih dahulu," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 152125267647 atas nama Inah Yahya atau hubungi jiran mereka, Halimatun Azik di talian 017-4427673.


Calon PM diumum sebelum PRU14

Posted: 14 Jan 2017 01:03 AM PST

Calon PM diumum sebelum PRU14


PAKATAN Harapan hanya akan mengumumkan nama calon perdana menteri sebelum hari mengundi pada PRU14.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pengundi pastinya ingin tahu setelah mereka mengundi untuk calon pembangkang dan mereka juga ingin pastikan siapa calon perdana menteri yang akan memimpin kerajaan sekiranya berjaya memerintah negara.

"Sebab itulah, namanya hanya boleh diumumkan apabila tiba pilihan raya. Nama calon perdana menteri ini mungkin akan diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan.

"Namun ketika ini, Pakatan Harapan tidak sepatutnya berbincang secara terbuka mengenai pemilihan calon perdana menteri ini. Ia perlu dibincangkan secara tertutup di peringkat dalaman," kata Muhyiddin ketika ditemu bual oleh akhbar-akhbar Cina tempatan, baru-baru ini.

Kata Muhyiddin seperti dilaporkan China Press berkata, calon perdana menteri daripada parti pembangkang tidak semestinya dipilih daripada parti yang menang paling banyak kerusi, sebaliknya beliau adalah calon yang boleh diterima rakyat, dan pemimpin yang bersih.

Beliau berkata, jawatan perdana menteri sepatutnya hanya terhad untuk dua penggal sahaja iaitu selama 10 tahun.

"Buat masa ini, kuasa perdana menteri terlalu besar sehingga boleh memecat sesiapa sahaja sekiranya orang itu enggan mengikut arahannya," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau percaya, masyarakat Cina akan memberikan sokongan padu kepada Bersatu pada PRU14 walaupun parti itu berasaskan parti Melayu.

"Perjuangan Bersatu adalah untuk menyelamatkan Malaysia. Oleh itu, parti Bersatu akan memastikan semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India mahupun kaum lain mempunyai masa depan yang lebih cerah di Malaysia," katanya.

120 rumah dilelong setiap hari

Akibat gagal membayar pinjaman bank, menyebabkan semakin banyak rumah kediaman di sekitar Lembah Klang dilelong, terutama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Pemilik-pemilik rumah ini yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda, dipercayai dikenakan tindakan oleh bank untuk melelongkan rumah mereka setelah gagal meneruskan bayaran pinjaman setiap bulan.

Mengikut perangkaan yang diperoleh Lelongtips.com.my, hanya di Kuala Lumpur sahaja, jumlah rumah kediaman yang dilelong tahun lalu sebanyak 2,203 buah berbanding 1,789 buah berbanding 2015.

"Bermula 2004 sehingga hari ini, sebanyak 360,000 rumah kediaman telah dilelong ataupun secara purata, sebanyak 120 buah dilelong oleh bank setiap hari. Kebanyakannya yang terbabit dalam lelongan ini ialah rumah jenis flat, pangsapuri dan 'service apartment'," kata  laporan portal itu seperti dipetik Oriental Daily.

Salah satu punca utama golongan pemilik rumah kediaman ini gagal melakukan pembayaran pinjaman adalah disebabkan kemelesetan ekonomi melanda negara ini, sejak akhir-akhir ini.

Daripada jumlah pemilik rumah kediaman yang terbabit ini, kira-kira 70 peratus adalah terdiri daripada golongan berusia 30 hingga 40-an.

Mereka ini dikatakan menikmati bayaran deposit rendah yang disediakan oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan, namun gagal menanggung bayaran pinjaman setiap bulan seperti disyaratkan oleh bank.

China hargai sumbangan Adenan

Pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bukan sahaja dirasai oleh pemimpin-pemimpin tempatan, malah pejabat kedutaan China di Malaysia turut sedih kehilangan seorang pemimpin berdedikasi.

Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang berkata, beliau memuji usaha yang telah dilakukan Adenan kepada Sarawak terutama dari segi ekonomi dan pembangunan.

"Begitu juga dengan sumbangan Adenan dalam mengeratkan hubungan kerjasama antara China dengan rakyat Sarawak. Dalam beberapa pertemuan saya dengan Adenan sebelum ini, beliau seorang pemimpin yang mesra dan bijaksana.

"Pengorbanan Adenan pastinya akan dikenang rakyat Sarawak buat selama-lamanya," kata HuiKang dalam kenyataannya yang disiarkan di akhbar Sin Chew Jit Poh

Keadaan jantung Datuk Lat lemah

Posted: 14 Jan 2017 12:56 AM PST

Lat


IPOH - Keadaan jantung kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat adalah lemah, kata anak sulungnya Junaidah, 33.

"Bapa saya stabil. Dia seperti biasa boleh bercakap, makan dan berjalan cuma keadaan jantungnya sekarang ini lemah," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata hari ini bapanya telah menjalani beberapa ujian dan doktor memaklumkan keputusan ujian tersebut dijangka diketahui Isnin depan.

Lat, 65, dimasukkan ke Hospital Pantai di sini minggu lepas kerana masalah jantung namun dibenarkan keluar Selasa lalu, sebelum dimasukkan semula ke hospital yang sama semalam dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana wad biasa penuh dengan pesakit lain.

Sementara itu isterinya Datin Faezah Ahmad Zanzali ketika ditemui di hospital berkata, suaminya menerima rawatan di wad biasa dan memerlukan rehat yang secukupnya.

"Semalam dia sedih apabila dapat tahu media mengatakan dia dimasukkan ke ICU sedangkan keadaan dia stabil tetapi sebenarnya dimasukkan ke ICU kerana wad penuh.

"Beri la dia (Lat) masa untuk rehat dan jangan ganggu dia buat sementara waktu ini," katanya. - Bernama

'Pemimpin' Bersatu segak berdiri tunggu tetamu

Posted: 14 Jan 2017 12:54 AM PST

 Pemimpin' Bersatu segak berdiri tunggu tetamu
Tiga pemimpin tertinggi Bersatu 'berdiri' bagi menyambut kehadiran tetamu.

SHAH ALAM - Pelbagai kelainan dibawa Parti Bersatu bersempena dengan Majlis pelancaran rasmi parti itu di Stadium Tertutup Melawati di sini, hari ini.

Antaranya, menempatkan replika tiga pemimpin utama parti itu iaitu, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mohamad di pekarangan Stadium itu bagi menyambut tetamu.

Tinjuan Sinar Online pada ketika ini menunjukkan para hadirin yang hadir ketika ini masih belum memuncak.
Majlis pada malam ini akan bermula secara rasmi pada jam 8 malam, yang diantara pengisiannya adalah pelancaran rasmi parti itu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Parti Pribumi Bersatu merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz serta pergantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Umno pada 24 Jun 2016.

Borang pemohonan untuk mendaftarkan Parti Bersatu telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 9 September 2016.

Bersatu dianggap sebagai pendukung Mahathirism, parti nasionalisme Melayu.

Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Ianya juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera berslogankan Maju, Adil dan Makmur. Selepas itu slogan tersebut ditukar kepada Bersatu, Beramanah, Bermaruah.


Selepas isu pen drive rasuah FAM, TMJ mahu Kafa jelaskan isu tajaan UniKL Pula

Posted: 14 Jan 2017 12:43 AM PST

Bazooka Penaka

 


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers  menggesa Tan Sri Annuar Musa supaya menjelaskan tentang tajaan pelaburan MARA dan UNIKL yang disifatkan beliau sebagai duit rakyat.

"UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat," dakwa TMJ.

Ikuti kenyataan penuh dari TMJ:

Tan Sri, daripada ingin mengambil kesempatan dengan kejayaan Faiz Subri lebih baik luangkan masa untuk jelaskan mengenai tajaan pelaburan mara dan unikl iaitu duit rakyat.Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.

 Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu.

 Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.

 Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

 Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa.

UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

 Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

 DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Jersi Kelantan yang mempunyai tajaan UniKL
Jersi Kelantan yang mempunyai tajaan UniKL

Berikut adalah gambar yang disertakan TMJ.




Tiada ulasan: