Rabu, 18 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Posted: 18 Jan 2017 04:59 AM PST


1. Aziz Kaprawi tidak perlu persoal kesetiaan saya kepada DYMM Sultan Johor. 

2. Sebagai anak Johor, sudah tentulah saya tumpahkan taat dan setia saya kepada Raja dan Negeri Johor. Selain itu, menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu juga adalah sebahagian daripada matlamat perjuangan parti saya yang jelas termaktub di dalam perlembagaannya. Jadi, jangan persoalkan kesetiaan saya kepada Sultan Johor. 

3. Isu yang berada di hadapan kita sekarang bukan isu kesetiaan. Isu pokoknya kedaulatan. Ia adalah soal prinsip. Apa prinsip kita mengenai kedaulatan negara dan kepentingan rakyat? Adakah penjualan tanah-tanah kepada syarikat asing untuk dibina rumah-rumah kediaman yang kemudiannya dijual sebahagian besarnya kepada rakyat negara asing memenuhi kepentingan rakyat negara ini? Bagaimana pula tanah-tanah ini yang dimiliki secara kekal oleh rakyat negara asing tidak mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara? 

4. Sejarah mengajar kita bahawa penjajahan bermula dengan tindakan pemerintah menjual sebahagian daripada wilayah negerinya kepada pihak asing. Akhirnya, wilayah itu jatuh ke tangan asing dan hilanglah kedaulatan negeri ke atas wilayah itu. Wilayah yang telah hilang ini tidak dapat diperolehi semula oleh negeri itu. Inilah pengalaman yang dilalui oleh negeri-negeri Melayu ketika British datang ke tanah air kita dengan Syarikat Hindia Timurnya. Inilah juga persoalan pokok yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dan ianya amat berasas. 

5. Ada pihak yang mengatakan bahawa penjualan tanah-tanah ini kepada syarikat asing dari negara China adalah pelaburan asing. Apabila saya mengkritik dasar ini, saya dituduh anti pelaburan asing. Tidak kurang juga ada media tempatan mengecap saya anti-Cina. 

6. Saya tahu apa maksud pelaburan asing dan saya antara orang yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia ketika saya berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Malah, ketika saya menjadi Menteri Besar Johor, saya juga mengetuai banyak delegasi ke luar negara untuk membawa masuk pelaburan asing ke negeri Johor. Orang Johor pasti ingat negeri Johor membangun dengan pesat pada ketika itu. 

7. Pelaburan asing berlaku apabila syarikat luar negara datang menanam modal di negara kita. Mereka membuka kilang-kilang pembuatan di negara ini, menggunakan bahan-bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk samada untuk dieksport atau dijual di pasaran tempatan dan menggaji pekerja-pekerja tempatan. 

8. Kerajaan menyediakan tanah untuk mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara kekal oleh syarikat-syarikat asing ini. Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan. Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing. 

9. Apa yang berlaku di Forest City adalah sebaliknya. Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual. Para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari negara China dan bahan binaan juga dari negara China. Malah para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga sebahagian besarnya adalah warganegara China. Juteru, apa manfaatnya kepada rakyat dan negara Malaysia selain keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menjalin usahasama dengan syarikat China? 

10. Sebenarnya, yang berlaku di Forest City bukanlah pelaburan asing, tetapi penjualan tanah kepada syarikat asing. Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Dasar kerajaan pada ketika itu ialah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal. Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing. 

11. Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah? Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan. 

12. Ya soal tanah adalah bidang kuasa negeri tetapi apakah kerajaan negeri boleh mengenepikan dasar pemilikan tanah oleh warganegara asing dan sekatan-sekatan yang biasa dikenakan ke atas pemindahannya boleh diketepikan begitu sahaja hanya dilihat dari sudut keuntungan wang ringgit semata-mata tanpa mempedulikan soal hak dan kedaulatan negeri? 

13. Isu pokok ialah keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara. Adalah menjadi suatu kewajiban, malahan ianya amanah yang saya dan PPBM harus pikul untuk mempertahankan bumi Johor dan Malaysia dari jatuh dimiliki oleh orang asing. Apa jadi kepada negeri kita jika semakin banyak tanah kita terlepas ke tangan asing disebabkan kealpaan kita untuk mempertahankannya! Tanah Besar China mempunyai agenda tertentu untuk menawan ekonomi wilayah termasuk rantau ini menerusi Gagasan Laluan Suteranya. Itulah juga yang diperingat oleh Tun Mahathir 

14. Yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya. Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia? 

15. Bagi saya, kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia mestilah berpaksikan kepada prinsip kebenaran. Itu juga yang diajar oleh agama Islam. Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar. 

MUHYIDDIN YASSIN 
18 Januari 2017 ~ sumber

Berucap dalam surau pun mesti ada 'Tauliah' ??

Posted: 17 Jan 2017 11:00 PM PST


 KUALA LUMPUR, 18 Jan - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan dihukum di Mahkamah Syariah Klang esok kerana mengajar Islam tanpa tauliah melalui ceramah di sebuah surau di Kapar pada tahun 2011.

 Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, dia didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi kesalahan itu, walaupun ucapannya itu tidak menyentuh Islam.

 "Saya kembali dari Gaza Palestin pada tahun 2011, dan saya surau telah jemput saya untuk memberi ceramah mengenai perjalanan saya ke Gaza.

 "Oleh itu, ceramah itu disampaikan di surau dan orang Jais menunggu saya, mengambil video ucapan saya dan mendakwa saya kerana mengajar tanpa tauliah. Saya memberitahu mereka bahawa saya bercakap tentang perjalanan saya, tetapi mereka berkata ia masih merupakan kesalahan," katanya kepada Malaysian Insider ketika dihubungi. 

 Khalid berkata, beliau telah didapati bersalah bulan lalu dan diserahkan hukuman maksimum, tetapi perkara itu kemudian melalui mediasi, dengan peguamnya berhujah hukuman yang lebih rendah. 

 "Jadi, esok akan keputusan itu," katanya.

 Khalid didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 10.00 pm - 11:50 pm pada 16 Ogos 2011. 

Bernama melaporkan bahawa Khalid, yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 Jika diberi hukuman maksimum, Khalid juga akan kehilangan kerusi Parlimen Shah Alam itu.~ sumber

Komen al-Husseyn :

 Apakah dengan memberi ucapan di dalam masjid atau surau ditakrifkan sebagai mengajar dan memerlukan tauliah?

Dalam isu ini, Jais tidak dapat membezakan antara penyampaian kuliah/mengajar dan ucapan. Orang ramai nampak ketidakadilan Jais dalam melaksanakan tanggungjawabnya... mujurlah pindaan RUU 355 belum lulus, kalau tidak entah apalah hukuman yg bakal Khalid terima!

Siapa yang cuba tipu : Khalid atau polis?

Posted: 17 Jan 2017 04:31 PM PST

Dua watak utama yang serang Khalid Samad  di kawasan
Parlimen Anak MP Pasir Salak dan Samseng baju kotak-kotak

 Polis menafikan kenyataan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa suspek utama kes rusuhan di luar bangunan parlimen pada November lalu tidak ditampilkan dalam kawad camnya.

 Sebaliknya, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, dalam sesi 10 Januari lalu, dua orang daripada 11 suspek telah berjaya dicam.

Komen al-Husseyn :

 Pihak keselamatan tangkap 11 saspek ditempat kejadian. Nama beserta nombor i/c siap diambil. Rakaman video pun terang-terang boleh membuktikan penglibatan mereka... Ketika kawad cam ni, mungkin saspek boleh menyamar ubah sedikit perwatakan jadi macam sotong ker ... dah tentu berlainan sekali rupa dan penampakannya ketika menyerang Khalid dulu...

Aiman Aziz : Kalau betul anak timbalan menteri hadir, tangkap je la. Bukti video semua ada. Sah2 dia yang serang. Polis jangan la makan dedak sangat. kesian ayam takda makanan.

Razaleigh Rahman : Sangat setuju, bukti video sangat jelas. Kawad cam kalau CCTV tak ada

Man Masai : Hahaha ak dah ckp semalam kolid ni taklehcaya punya, muhong lebih 

Aiman Aziz : Man Masai polis dah tolong Khalid. Mungkin masa tu Khalid rabun. Polis dah cakap anak timb menteri hadir. Bukti video pun dah ada anak timb menteri yang serang. Esok ko leh tolong suruh polis tahan anak timb menteri tak??

Daniel Adam : Kalau Khalid berbohong dan sebar fitnah, ambil tindakan laa. Nafi saja tak guna dan tak memadai. Orang Pekan tu pun berkali kali nafi duit 1MDB masuk akaun peribadi dia, tapi hakikatnya satu dunia dah tahu. Rakyat Malaysia pun bukanlah semua jenis bodoh. Ini bukan era zaman batu.

Iskandar Zulkarnain : Beliau antaranya mendakwa beberapa pihak, termasuk anak Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang terlibat tiada dalam kawad cam yang dihadirinya.

 Ehhh takkan khalid tak kenal penyerangnya pula? Kalau dia tak dapat cam dan sipenjenayah itu tidak dibawa ke kawad cam maka apa makna diadakan kawad cam itu? Bukankah buang masa dan menjadi pertikaian umum? 

Antonio Oscar : Mungkin ada hadir di balai utk kawad cam tapi belum tentu masuk dlm bilik pengecaman 

Rido Ore: bukti amat terang tak boleh sembunyi, semua org nampak!!!!!!!! huhu........apa lagi, tangkap dan hukum, sebat 100 kali...orang2 yg tidak hormat undang2 negara, mereka ini pengganas. 

Iskandar Zulkarnain : Kesemua suspek yang ditangkap telah pun mengambil bahagian dalam sesi kawad cam, termasuk anak kepada timbalan menteri yang dimaksudkan melainkan, hanya satu suspek yang masih belum dikenal pasti," kata Amar Singh. Siapa yg kami nak percayakan kata-kata kamu atau Khalid? ~ sumber

Tiada ulasan: