Khamis, 12 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dialog terbuka : Dr Rozaini sedia bersemuka dengan Hj Hadi

Posted: 12 Jan 2017 09:33 AM PST

 Ramai juga yang tidak faham kenapa saya kata saya perlukan surat rasmi. Bahkan ada pensyarah dan pelajar master pun nak kritik saya kerana saya minta surat rasmi. Kononnya saya nak glamour lah, cakap berbelitlah. Saya huraikan ringkas sahaja di kesempatan ini:

1. Saya tidak berhasrat pun untuk berjumpa pada asalnya kerana pendirian saya dan pendirian tokoh berkenaan sudah jelas. Saya mengkritik beliau atas isu ini setelah saya melihat video rakaman beliau tempoh hari dan video-video lama beliau berkaitan syiah.

2. Ramai dari kalangan penyokong beliau di page ini dan di whatsapp meminta saya berjumpa beliau. Bahkan di setiap post di page saya ini walaupun tiada kaitan dengan tokoh berkenaan akan ada penyokong yang bertanya saya di ruangan komen bila mahu bersemuka dengan beliau. Ada juga sahabat-sahabat dalam PAS juga minta saya bersemuka.

3. Saya nyatakan saya bersedia jika dijemput untuk bersemuka. Syaratnya ialah beliau sendiri yang turun dan ia mesti dalam bentuk DIALOG TERBUKA kerana isu ini isu umat dan akidah. 

4. Surat rasmi perlu kerana ia dialog terbuka. Selain saya penjawat awam, surat rasmi juga perlu untuk dinyatakan format dialog. kenapa masa perjumpaan tertutup dulu tidak perlu surat? kerana itu perjumpaan tertutup. Ini dialog terbuka. Kenapa perlu terbuka? supaya semua dapat nilai hujah dengan adil. 

5. Hairan saya. Bila saya kritik di FB disuruh berjumpa. Bila bersedia nak berjumpa dikata mencari glamour dari ulama bertaraf dunia pula. Senang menjadi beliau. Buat kenyataan terbuka ok, orang nak jawab terpaksa mengadap beliau. 

6. Beginilah, saya pun dah letih dengan isu ini. Jika tidak berminat saya pun tidaklah terhegeh-hegeh. Teruskan dengan pendirian anda dan saya akan teruskan dengan pendirian saya. Salam hormat dari saya.

 Dr Rozaimi Ramle

 Komen al-Husseyn :

Sekianya Hj Hadi masih kekal dgn pendapat skg bahawa mazhab syiah imamiyah di iran ini  adalah dalam Islam... sila jangan abaikan kesedian Dr Rozaimi bersemuka untuk berdialog secara terbuka.

 Berikut beberapa komen pembaca terhadap tulisan Dr Rozaimi. Terlalu banyak komen-komen. Ini hanyalah sebahagian yang menarik untuk tatapan. Jangan terlepas pandang komen dari  Kristal Assyami .... bacalah sendiri :)

Huzai Yop Dulu: pas selalu anjurkan debat, sebab dulu golongan bijak pandai ada dlm pas, Skrang pas tak berani nak berdebat.. Ingat hadi awang tue berani berdebat terbuka?? Dlm parlimen pun asyik ponteng.. Ada peluang bahas ruu355 ditangguhnya..

Aboysbt Bin Mohd Said : Sy setuju terbaik dr rora.. dr rora dialog dgn haji hadi yg mengatakan syiah mazhab islam perlu dirungkai supaya slps ini syiah boleh dikembangkan dgn aman damai tanpa tangkapan oleh jbtan2 agama islam dan syiah subur berkembang dimalaysia slps diiktiraf presiden pas sbg mazhab islam...jika slps dialog byk kepincangannya dan kesesatan syiah kita akan tentang haji hadi n penyokongnya supaya umat tidak terus dikelirukan agamawan dan ulama...sila buat live tv1 tv3 sbb isu syiah penting utk umat spy umat tak keliru...bring it on dr rora hj hadi..asap

Khairi Kay E : klau dah tghh kata syiah tu sebuah mazhab, jgn la pertikaikan lg.sbg sorg ulama dunia, apa sja yg beliau ckp harus kita ikut.sbg presiden parti islam yg besar, beliau smstinya xkan silap dlm berkata2.kita yg x fhm islam ni kena ikut dan akur saja apa yg beliau ckp.msti ada ilmu2 yg kita x tahu tp beliau lbh tahu.mmg la sblm ni rmai yg kata syiah tu jauh menyimpang dan sesat sbb pegangan nya dah lari dari asasnya..tp lps tghh kata syiah tu sebuah mazhab,jgn pertikai apa pun.kita trima je la apa yg diperkatakan sbb kita bkn ulama dunia spt beliau

Faiz Mfa: Teserlahlah kebodohan ahli dan penyokong pas. Sudahlah bodoh, dungu pulak tu. Mari aku perjelaskan pada si bodoh.

 Ustaz Rozaimi mengkritik Hadi based pada fakta jelas melalui tulisan rasmi, video Hadi dan pengakuan Hadi ke Tehran selama 30 tahun berkenaan taqrib. Kritikan Kemudian muncullah penyokong2 bodoh ini menyuruh ustaz Rozaimi berjumpa dan berdialog dengan Hadi. Siapa yang gesa suruh berjumpa berhujah? Siapa yang gesa ajak berdebat? Siapa yang gesa ajak berdialog? Kau orang yang beria2 desak maka kau oranglah keluarkan surat rasmi jemputan tersebut. Ini perkara biasa dilakukan. Masih tak faham2 lagikah wahai penyokong taksub?

Hapipi Uzir: Mengkritik secara ilmiah dengan hujjah tidak perlu berjumpa pun xpe..TGHH manusia biasa bukan maksum ilmu agama pun..secara peribadi kesemuanya ada pendirian ..kalau betul nak berdialog sepatutnya TGHH jemput Dr rora bukannya Dr rora pergi berjumpa TGHH tanpa diundang.. Mufti wilayah releks je jemput Us Zamihan secara terbuka.. tapi TGHH dikritik tiada pula TGHH mengeluarkan jemputan untuk berdialog . Hanya puak Taasub je yang melebihi dari ketuanya..

Basharudin Mohammed : Apa sifat syiah:-

 1. Melebel.... majoriti sahabel dilabel kafir dan murtad... isteri rasul dilabel jalang... sunni dilabel lebih najis dari anjing...

2. Taksub.... mentaati imam imam lebih taksub dari mentaati rasul dan apa sahaja percakapan imam mesti ditaati dan dipertahankan walau pun tak diterima akal..

3. Takut berhujah... imam syiah sangat takut berdebat dan selalu kalah debat dengan ilmuan sunni kerana mereka tidak akan dapat mempertahankan hujah melalui dalil... melainkan berhujah 'itu kata imam' atau mereka akan bertakeyyah atau mencari daleh...

4. Sombong.. imam dan ilmuan syiah akan berhujah dengan sombong dan tidak boleh ditegur... mereka akan memastikan pengikutnya taat setaatnya kepada imam dan bercakap dengan sombong sambil memaki maki sunni dengan menyebut anjing, torut, berhala... ........ errrrrrr.... agak agak siapa dikalangan yang mirip dengan PERANGAI (bukan akidah) syiah ini? Patut laaaa

شهريل اغوس : Saya lihat pihak Pas ni susah nak terima kritikan dan sentiasa berfikir mereka betul. Perbezaan pandangan & kritikan adalah perkara biasa saja bagi ahli ilmu. Mereka pun akui pemimpin mereka tak maksum, jadi apa masalahnya? Kalau nak kira, kritikan mereka kpd pihak lain lagi dahsyat.

Mustaza Yusof: 74.6 % rakyat Malaysia dah kenal sapa Dr Rozaimie Hadith (kaki fitnah lepastu delete) yg sebnarnya..nak tunjuk pandai tapi bangang pulak yg muncul..Terimalah akibatnya..Kadang2 pengajaran tu xdtg dari kuliah, tapi dtg dari akibat kerja tangan kita sendiri

Kristal Assyami: Ingatkan nk beri surat minta maaf kat tghh kerana merekayasa ucapan tghh dari yg sebenar,tapi minta tghh bg surat rasmi bagai kononnya dia sorang je penjawat kerajaan...abis tu tghh bukan penjawat kerajaan jugak ke?malah tghh sendiri lebih dari tu lg ,bukan saja penjawat kerajaan malah sbg ahli parlimen yg tugasnya besar dalam menggubal dasar negara lagi..jgn egois sgt.

Khamis Jintan: Dr basit dan maulana pun mengkritik hj hadi. Video mereka terbaru. Tujuannya menyedarkan masyarakat bahaya syiah ini dan jangan terpengaruh dgn dakwaan hj hadi. Aku hairan kemana ustaz pas yg kuat menentang syiah dulu seperti Nazmi Karim dan Azeli taliban? Adakah mereka juga percaya dgn ulama besar mereka?

Wan Yusoff Wan Abdullah : nak bongkar kesesatan syiah bongkarlah , syiah memang sesat. semua org dah tahu sejak dulu2 lagi, tapi jangan kaitkan dg PAS. PAS bukan syiah dan tak ada usaha bawa pengaruh syiah dlm PAS. PAS adalah PAS. kalau H Hadi berpendapat syiah adalah mazhab dan tidak sesat itu adalah pebdapat peribadi beliau dan tak ada sangkut paut dg PAS. PAS adalah part Islam yg berpegang kpd ASWAJA. PAS bukan parti H.Hadi tapi parti ahli2 PAS . PAN guna isu ini untuk jatuhkan PAS dan menangkan UMNO. UMNO boleh berehat sejak PAN wujud. UMNO akan menang besar dlm PRU14 nanti

Syedahmadfadhli Ibn Syedabdulrahman : Of course kena ada surat rasmi utk DIALOG TERBUKA. Rata2 yg hentam n kata mengada nak surat rasmi tu boleh dikatakan xberapa nak cerdik utk hadam formal procedure utk DIALOG TERBUKA. Bukan nak bekap Dr tapi biarlah bijak kalau nk hentam wahai rakyat malaysia sekalian

Muizz Daud : Dlm bnyk2 doktor falsafah aku jumpa, dia ni la yg paling sampah sekali! Memalukan institusi pengajian tinggi ja...lebih baik kamu tu jd politaik drp tenaga pengajar. Mau sesat pelajar2 nti!

Marzuki Shahidan: Dailog terbuka????? Sejak bila tghh ni jadi berani????? walaun akan cari seribu alasan untuk pertahankan tok guru depa yg tak pernah tak takut berdailog secara terbuka.........

Reduan Mohd : RORA N TORA datang lagi dgn idea dendam kesumat... boddoh berlagak pandai.. setara mana phd hadith... baru hafal brp hadith jer pun... itupun belum tentu ingat penuh matan dan sanad... berlagak lebih sudu dr kuah...

 klu nak kata org PAS taasub... ni puok2 hang yg ngaku ittiba' sunnah tak taasub ke... ???

Syazlene Dato Taruddin : Cukup la Rora tunjuk bodoh...semakin nampak teruk cara menonjolkan diri...nak cari glamour dengan cara begini di fb...pastu cakap letih...lagilah nampak poyo seorang yg ada Dr..

Bekam Ipoh Meru : Sy cdgkan Rora p belajar Tasauf la..nmpk berat banang dah..semakin lama semakin merapu..dulu bila dengar phd hadis sy terbayang seorang alim lg tawadhuk..tapi mcm hampeh..status mcm budak2..jenis keras kepala mcm ni x pyh dialog2 la..

روسيدي الأيوبي : Bismillah... Bergelar sebagai ilmuan Islam jangan terlalu meninggi diri atau terlalu ego dengan pencapaian kelulusan universiti. Kalau membela dikata 'WALAUN'. Kalau masing-masing membisu, nampak Tuan Dr makin melampau. Merapu pun ada. Bila kawan-kawan kami membela, dianggap pula seperti Tuan Guru Presiden kami maksum. Saya hanya nak bagitahu satu, Tuan Guru kami telah abdikan diri untuk dakwah Islam semenjak dari muda hingga sekarang. Tidak melatah nak komen dan kritik ilmuan Islam yang lain sewenangnya. Setidaknya kami menjadi saksi betapa sukar untuk 'ISTIQAMAH' mentafsirkan Al-Quran Al-Kareem buat tatapan ummah sehingga dua kali khatam. Kalau anda anggap beliau langsung tak faham pun tentang 'TAQIYYAH' yang diamalkan Syiah, usahlah berdabik dada sangat dengan ilmu yang kita tahu. 'ISTIQAMAH' seseorang itu dinilai oleh ummah. Membela Tuan Guru Haji Hadi tidak lebih kerana memahami di mana tempat sewajarnya untuk menghormati tokoh ini. Jauh sekali dengan 'TAASUB'. Malas nak berbalah panjang, banyak kerja perlu dibuat untuk ummah... Usdin....

Ashraf Musicman: Saya btl2 brharap dialog antara dr dan tghh jd kenyataan..dgn cara itu blh membuka mata sstngh pihak..aminnn

Kurio San: Semoga jalan untuk menjelaskan kebenaran isu ini dipermudahkan. Sama-samalah kita b'tolak ansur agar dialog ni terlaksana. Bagi pihak pro TGHH, ini sebenarnya peluang baik untuk membersihkan nama TGHH. Jangan pula ada cubaan menggagalkan dialog ini. Dr Rozaimi dah memberi ruang utk b'dialog mengikut prosedur yg sepatutnya. Pihak TGHH sepatutnya tiada masalah dalam mengeluarkan surat rasmi.

Muhamad Joko: Kesimpulannya. Orang dah offer. Buat surat ja pon. Bukan susah. Ke dulu waktu sekolah tak pernah buat karangan surat rasmi. Wakakaka. Isunya, bukan Dr. Hadap sangat nak jumpa. Tapi maulaunta yg gedik sangat nak suruh Dr. Jumpa. Skrang Dr dan kasi salam perkenalan. Jawab la boboy. Jangan sembang saja kemas. Paksa Dr. Jumpa mamat tu Dr on. So. Berani ke mamat tu sahut? 

Tiada ulasan: