Ahad, 4 September 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Husam & AMANAH Terus Mara Walaupun Diserang Pemimpin PAS

Posted: 04 Sep 2016 01:44 AM PDT

Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakan, kata Syam Ghaz

Pas Kelantan menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana beberapa isu yang dibawa oleh bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, dakwa bekas Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kelantan, Syam Ghaz.

Beliau berkata, isu utama yang dibawa Husam seperti naik taraf stadium, pembinaan lebuh raya dan tuntutan royalti petroleum berjaya menyedarkan rakyat Kelantan untuk terus memilih Pas ketika itu.


"Jika tidak kerana isu besar di atas, kemungkinan Pas Kelantan pun sudah tumbang seperti Pas Kedah.

"Lihat kepada kenyataan pesuruhjaya dan timbalan pesuruhjaya Pas Kelantan di Sinar Harian 31 Ogos, nampak jelas kerisauan itu timbul bila mereka sendiri yang gusar.

"Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakanlah, yang pasti ambo (saya) dan pasukan ambo juga akan turun bantu musim ni,"
katanya dalam satu kenyataan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini berkata penyertaan Husam ke dalam Amanah tidak menjejaskan Pas di negeri itu.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu pada 30 Ogos lalu.

Syam juga berkata, Pas masih memerintah Kelantan sehingga kini dengan undi popular tidak sampai 10 peratus sedangkan keahlian Amanah paling ramai di Malaysia adalah Kelantan.

"Pas memerintah Kelantan dengan 33 kerusi, 1 kerusi dari PKR. Kini Pas sudah hilang 1 Kerusi Dun apabila memecat Datuk Husam, tinggal 32.

"Keputusan PRU13 lalu, 14 kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah bawah 1,500 undi, bahasa mudahnya menang tipis, dan bermakna Pas betul-betul stabil di 18 Dun sahaja, tolak Dun Salor jadi 17," katanya.

Menurut beliau, jika mensasarkan 30 Dun, 14 Dun akangoyah PAS dan 7 goyah BN.

"Itu sudah cukup untuk Amanah mentadbir Kerajaan Kelantan PRU14 nanti. Kerana 23 Kerusi Dun sudah cukup untuk memerintah majoriti 1 kerusi," katanya lagi.

Husam yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah dalam satu majlis makan malam ambang merdeka di cyberjaya, 30 Ogos lalu.

Beliau disambut meriah di kelantan dan mula merasmikan dua cawangan Amanah di Salor.

Sementera itu, ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pula menyifatkan Husam sebagai bekas ahli Parlimen yang sangat berkaliber.

Beliau berkata, Husam bukan sahaja ahli Parlimen yang melakukan kerja rumah bahkan kajiannya mendalam menyebabkan hujahnya sukar ditepis.

"Husam Musa hanya satu penggal berada di parlimen (Kubang Kerian) 1999 hingga 2004. Tetapi keupayaan beliau berhujah cukup berkesan dan menarik perhatian.

"Tahun 2003, Malaysiakini memilih beliau sebagai 'newsmaker of the year. Pada tahun 2005, perwakilan PAS memilih beliau sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi.

"Peranan beliau sebagai Ahli Parlimen jauh lebih baik daripada beberapa ahli parlimen yang dipilih beberapa penggal,"
katanya.

Selepas penyertaan Husam ke dalam Amanah, presiden parti itu, Mohamad Sabu berkata Amanah akan bermesyuarat termasuk berbincang dengan Husam menganai posisi beliau dalam parti itu selepas ini.


'Tok Guru akan hanyutkan AMANAH dari Salor'

Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata jika almarhum bapanya masih hidup bekas menteri besar Kelantan itu pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jambatan Salor ke Laut China Selatan.

Jelas mengulas kenyataan bekas exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa, Nik Abduh berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip dan istiqamah dalam perjuangannya.

Kata anggota parlimen Pasir Mas itu, nilai seseorang yang "telah pergi" adalah berdasarkan kepada "akhir hidupnya."

Jika dia tetap dengan PAS, kata Nik Abduh, menjadi hak ke atas orang yang masih hidup untuk terus menjulang dan menyebut istiqamahnya.

"Jika ada anak buah yang berkata sebaliknya, itulah seburuk-buruk anak buah," katanya dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Salor adalah nama kawasan yang diwakili Husam ketika ini.

Husam pernah ini rapat dan menjadi setiausaha akhbar dan politik Nik Aziz sebelum diketepikan selepas bekas menteri besar itu meninggal dunia.

Dia yang pernah dipilih PAS menjadi naib presiden kemudian disingkirkan beramai-ramai oleh perwakilan parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.

Pada 30 Ogos lalu Husam kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH, diikuti sehari kemudian merasmikan hampir 20 cawangan baru parti itu di Kelantan.

Husam juga dilaporkan berkata Nik Aziz pasti akan bersamanya jika beliau masih hidup kerana apa yang diperjuangkan parti lamanya itu kini lari daripada apa yang pernah diperjuangkan bekas mursyidul am PAS berkenaan.

"Tok Guru Nik Aziz membawa pas berinteraksi dengan masyarakat bukan Melayu (Islam). PAS kini sudah meninggalkan masyarakat bukan Melayu atas alasan-alasan yang tidak kukuh," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pula berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang komited pada perjuangan parti dan bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan negeri itu.

"Saya masih ingat bagaimana arwah Tok Guru pernah menangis ketika majlis solat hajat kerana mahu mempertahankan kerajaan sedia ada.

"Jika Tok Guru sanggup berbuat demikian, takkan beliau nak sokong parti lain, selain PAS," katanya juga dilaporkan Sinar Harian.
-mk


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Kemasukan Datuk Husam Musa kedalam AMANAH jelas telah menimbulkan kegusaran yang amat sangat kepada PAS. Pelbagai kata nista dilemparkan kepada susuk tubuh mirip Erdogan itu.

Semalam Presiden PAS sendiri menyerang Husam sebagai "orang yang jahil agama".

"(Kenyataan Husam) Itu kenyataan orang yang jahil agama. Saya lebih rapat de­ngan Tok Guru daripada dia. Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya," katanya.

Seoralah dalam Malaysia dan dunia ini hanya orang PAS sahaja yang pandai. Yang lain jahil belaka. Alangkah lucunya.

Presiden PAS itu mengaku rapat dengan TGNA, tetapi beliau tidak tahu atau tidak pula mengulas bagaimana rapatnya Husam dengan TGNA.

Satu hal yang lebih lucu lagi ialah katanya: "Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya".

Lucunya ialah dia suruh tengok kaset arwah. Maka ditanyailah beberapa orang netizen mana nak cari kaset pada zaman ini wahai Tuanguru PAS? Memang betullah kata seorang pemimpin PAS Selangor sebelum ini: Ulama PAS selama ini duduk dalam perigi buta...

Kedua Nik Abduh. Katanya jika TGNA masih hidup beliau "pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jambatan Salor ke Laut China Selatan."

Lagi jauh Nik Abduh menggunakan dan memperalatkan nama ayahny daripada Husam.

Husam bercakap mengenai ketegasan pendirian TGNA mengenai perjuangan PAS yang tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kezaliman UMNO seperti yang dilakukan oleh pemimpin PAS yang ada kini. Maka dengan itu Husam berpendapat, dengan TGNA berpendirian sedemikian, tentulah beliau akan bersama AMANAH dan tidak bersama PAS.

Maka adalah tidak salah untuk Husam membuat jangkaan sedemikian. Tetapi kata-kata Nik Abduh, "almarhum bapanya masih hidup bekas menteri besar Kelantan itu pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jambatan Salor ke Laut China Selatan" tiada justifikasinya. Atas alasan apa beliau berkata demikian?

Apakah kerana nilai seseorang yang "telah pergi" adalah berdasarkan kepada "akhir hidupnya." Itu bukan alasan atau sandaran yang betul kerana ketika TGNA masih ada, AMANAH belum wujud dan konspirasi geng ulama terhadap golongan professional dalam PAS belum ketara sehinggalah pemergian TGNA. Konspirasi jahat geng ulama berlaku semasa Muktamar PAS ke 61 dengan penggunaan cai.

Hasil dengan penggunaan cai, maka menanglah kumpulan pro-ulama. Tetapi kemenangan sedemikian adalah jauh dari barakah Allah. Itu sebab mengapa masih ramai ahli PAS sendiri yang tidak kenal muka-muka AJK PAS Pusat sehingga sekarang, malah mereka yang menang itu pun ada yang lansung tidak dijemput oleh mana-mana kawasan atau cawangan PAS untuk berceramah dan sebagainya. Kalau datang meberi ceramah pun tak ramai yang datang mendengarnya. Itulah ertinya pemimpin yang dipilih dengan cara salah (penggunaan cai) tidak ada. keberkatannya.

Malah panggillah Timbalan Presiden PAS atau mana-mana Naib Presiden PAS berceramah. Siapa agaknya yang akan sudi datang mendengar jika bukan 30-40 orang ahli totok PAS sendiri?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. PAS semakin tenggelam dan akan mati kaku kerana bergerak songsang dengan arus perjuangan kebenaran dan keadilan sekalipun memakai nama "Islam". Sesunguhnya perjuangan hakiki Islam bukan pada nama tetapi kepada intipati dan isi perjuangannya dan PAS sudah menyimpang jauh walaupun mendabik ada "aku istiqamah".

Sementara Parti Amanah Negara terus mekar berkembang dan akan menyambut ulangtahunnya yang pertama di Muar Johor pada 24 September 2016 ini, sekalipun sebelum ini pemimpin PAS menyatakan tempoh hayat Amanah hanya 2-3  bulan saja.




FEATURED ADS


Tiada ulasan: