Rabu, 4 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Mahfuz: Selagi Najib Berkuasa Negara Rosak Rakyat Menderita

Posted: 04 May 2016 12:25 AM PDT

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang diberikan surat tunjuk sebab susulan penglibatannya dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri Kedah tidak memperdulikan apa jua tindakan yang bakal mereka hadapi malah terus bersama di pentas Parti Amanah Negara malam kelmarin di dalam Gerakan Selamatkan Malaysia.

Mahfuz, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah mengakui dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Kempen Selamatkan Malaysia Malaysia Negeri Kedah yang berlangsung 1 Mei lepas di pekarangan Wisma Harapan Baru, Stargate, Kedah turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan


Program berkenaan telah mendapat sambutan luar dugaan dari rakyat pelbagai kaum dimana lebihkurang 10,000 rakyat Kedah membanjiri kawasan program berkenaan.

Mahfuz di awal ucapannya berkata, beliau berada bersama-sama di pentas Selamatkan Malaysia adalah demi kerana rakyat dan negara.

Sekalipun beliau pernah menerima kesan lansung daripada "kezaliman" yang berlaku di zaman lampau, namun ia tidak menghalangnya untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir dan rakyat bagi mempastikan masa depan yang lebih baik.

Beliau juga menjawab persoalan siapakah Perdana Menteri selepas Najib diturunkan dimana beliau menyatakan ia akan ditentukan oleh 222 ahli parlimen yang akan mempersembahkan nama Perdana Baru kepada Yang Dipetuan Agong.

Beliau menambah selagi Najib berkuasa, negara rosak, rakyat terus menderita.

"Kalau ada orang mengatakan bahawa kita nak biar Najib kekal sampai cukup penggal, saya tak boleh begitu. Saya tidak bersedia bersekongkol dengan Najib mengkhianati negara dan rakyat. Saya tidak bersedia untuk membiarkan negara terus rosak dan rakyat menderita," katanya.

"Kita tidak boleh biarkan kemungkaran politik, kemungkaran ekonomi terus berlaku di dalam negara kita ini," tambahnya.

Sementara itu, di dalam perkembangan berasingan, Mohd Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan yang juga telah diberi surat tunjuk sebab telah meletak jawatan secara rasmi sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah pada 1 Mei 2016. Demikian tulis Setiausaha Parti Amanah Negara negeri Kedah, Sdra Aris Awang di dalam facebooknya.

Menurut Aris, pengakuan YB Nasir meletakkan jawatan tersebut dinyatakan oleh beliau sendiri di pejabat AMANAH Negeri Kedah ketika beliau ditanyai benarkah desas desus yang timbul itu.

Nasir dikatakan berada di pejabat AMANAH Kedah, di Wisma Harapan Baru, Bandar Stargate, Alor Setar untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan penganjuran Pidato Selamatkan Malaysia pada 1 Mei 2016 lalu.


Penduduk Letakkan Harapan Tinggi Hud Andri Menang Di Beting Maro

Posted: 03 May 2016 06:46 PM PDT

BETING MARO: Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) Hud Andri Zulkarnaen Hamden dilihat mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri di dalam pilihanraya negeri Sarawak 2016 di DUN N29 Beting Maro.

Anak kelahiran Sibu, Sarawak yang berumur 43 tahun ini amat dikenali oleh masyarakat Beting Maro kerana sifat dan sikapnya yang mesra rakyat dan mempunyai pengalaman di dalam membela rakyat.

Beting Maro terletak di bawah Parlimen Batang Lupar yang turut mempunyai dua lagi kerusi, iaitu Sebuyau dan Lingga.


Hud Andri adalah seorang aktivis masyarakat dan pernah menjadi Seiausaha Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor dan Pengerusi NGO Amal Relief (ARiF) Cawangan Sarawak.

Di dalam parti pula, beliau ialah seorang ahli jawatankuasa AMANAH Negeri Sarawak, Timbalan Setiausaha Biro Politik AMANAH Pusat dan AJK Biro Tanah & Luarbandar AMANAH Pusat.

Dengan pengalamannya sebagai aktivis masyarakat diadunkan dengan sikapnya yang mudah mesra itu, apatah lagi dengan mewakili parti AMANAH yang merupakan komponen Pakatan Harapan, penduduk Beting Maro meletakkan harapan yang tinggi kepada Hud Andri untuk membawa masalah penduduk Beting Maro terutama di Kampung Pusa, Kampung Beladin, Kampung Semarang dan Kampung Sepinang yang kini berdepan dengan masalah bekalan air bersih.

"Penduduk Sarawak khuususnya di Beting Maro ini tahu hanya calon-calon Pakatan Harapan yang dapat membela dan membantu kami, bukan calon-calon BN atau calon-calon parti sendirian," kata Ahmad Hanafi, 52, seorang penduduk di Kampung Pusa.

Walaupun penyandang, ADUN Beting Maro, Razaili Gapor dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) pernah berjanji untuk menangani isu malar segar ini sejak musim kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2010 lagi, namun janji itu tidak pernah ditunaikan.

"Pakej yang ada pada Hud Andri sudah lengkap untuk beliau diangkat menjadi wakil rakyat bagi Beting Maro," tambah Ahmad lagi.

Di laman sosial facebook, Syafiq Kiwichan, seorang petugas yang gigih membantu kempen AMANAH di Beting Maro menulis:

"Mengalir air mata seorang pakcik, sebatang kara di kg LOT, terharu apabila di santuni oleh calon parti Amanah negara Hud Andri, N29 Beting maro, menurutnya Seorang pakcik berusia 82 tahun di kpg kalok menangis bila saya datang ziarah beliau.

Tinggal keseorangan dan anak2 seramai 4 orang semuanya tinggal berjauhan. beliau juga sudah uzur dan tidak berdaya.

Beliau berkata tidak pernah seorang pon datang ziarah beliau.

Salam duak jari lan undi hud andri"



Selain dari itu, anak muda Beting Maro telah secara sukarela membantu Hud Andri berkempen dengan berkonvoi mottorsikal mengibarkan panji-panji AMANAH melalui jalan-jalan kampung di Beting Maro

Zahara Ali, peniaga atas talian pula berkata, beliau yakin masalah bekalan air rawat di kampungnya, Kampung Pusa akan selesai jika blok pembangkang semakin kuat, lapor Malaysia Dateline.

"Kalau kita tidak sokong PBB, kita tak beri undi kepada ADUN sini dahulu.

"Macam sekarang ada dua calon pembangkang, cubalah sokong PAS atau satu parti lagi (Amanah), biar pembangkang kuat di Sarawak (serta) kuat bawa isu air ini di DUN nanti," katanya.

Zahara bagaimanapun berkata, beliau dan suaminya yang bergelar 'pensyarah' di sebuah Universiti Awam di tanah air ink mungkin tidak lagi mengundi calon PAS, yang dianggap mesra Barisan Nasional.

PRN lalu, Razaili menang di DUN N.29 Beting Maro dengan 3,069 undi.

Penolong Setiausaha AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang bertanding atas tiket PAS ketika itu tewas, dengan memperoleh 2,678 undi.

BN menang dengan hanya majoriti 391 undi sahaja.

Untuk pilihan raya 2016 ini, terdapat 10,474 pengundi terdiri daripada 89.1 peratus Melayu, Iban 8.7 peratus, Cina 1.9 peratus, dan lain-lain 0.3 peratus.





Tiada ulasan: