™ kaasii peecaahhh laaa...® |
UMNO CUBA GAGALKAN PROJEK RAKYAT PULAU PINANG Posted: 12 May 2016 04:35 AM PDT Projek itu adalah projek rakyat Pulau Pinang. Ia tidak melibatkan wang rakyat daripada kantung kerajaan negeri. Bahkan, dananya bukan daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan. Projek itu bernilai RM27 bilion. Projek itu bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang dijangka makin buruk menjelang tahun 2020. Ia melibatkan pembinaan sistem LRT atau monorel, Tram, kereta kabel, terowong bawah laut dan penambahbaikan sistem jalanraya di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Namun, Umno sebagai pembangkang melalui adunnya cuba menggagalkan projek yang memberi manfaat besar kepada pembangunan dan rakyat negeri ini. Kerajaan Pulau Pinang telah melantik SRS Consortium yang diketuai oleh Gamuda Berhad sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk perlaksanaan pelan induk pengangkutan negeri itu. SRS Consortium juga diberi tanggungjawab projek menambak laut, iaitu membina 3 buah 'pulau jadian' sebagai sebahagian usaha untuk menampung kos projek. 'Pulau Jadian' itu akan dibangunkan dengan pelbagai industri untuk kepentingan lebih 1,663,700 rakyat negeri itu. Pada Sidang DUN November tahun lalu, Adun Umno Pulau Betong mengusulkan untuk menangguhkan projek itu, bagaimanapun usul itu ditolak majoriti ahli dewan. Pada sidang DUN bermula 13 Mei sehingga 20 Mei nanti, pembangkang Umno mahu projek itu gagal melalui usul yang akan dibahaskan bagi membatalkan projek tambak laut untuk membina 3 pulau jadian. Harap 5 Adun PKR tidak termakan 'umpan Umno' dengan mengambil sikap berkecuali sepertimana mereka lakukan pada sidang Dun November lalu ! Maklumat lanjut : Pelan Induk >>> http://pgmasterplan.penang.gov.my/index.php/ms/2016-02-26-03-12-57 Pelan LRT >>>> http://pgmasterplan.penang.gov.my/index.php/ms/2016-02-26-03-12-57/pengangkutan-awam/lrt Pelan Monorel >>>> http://pgmasterplan.penang.gov.my/index.php/ms/2016-02-26-03-12-57/pengangkutan-awam/monorail Pelan BRT >>>> http://pgmasterplan.penang.gov.my/index.php/ms/2016-02-26-03-12-57/pengangkutan-awam/brt Pelan Trem >>> http://pgmasterplan.penang.gov.my/index.php/ms/2016-02-26-03-12-57/pengangkutan-awam/brt Sumber dari FB Zul Mohamed 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! |
DSAI menziarahi buat kali terakhirnya arwah Adiknya dengan kawalan ketat Polis Posted: 11 May 2016 08:22 PM PDT |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...®. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan