Kelab Greenboc |
Husam Beri Peluang PAS Siasat Segala Dakwaannya Posted: 05 Dec 2015 01:20 AM PST Husam 'letak senjata' sementara Demi memberi peluang kepada PAS yang dilihat mahu mengkaji semua teguran yang pernah dikemukakan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk 'meletak senjata' untuk seketika. Ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah Yayasan Darul Hijrah di Kampung Major, Kuala Krai, Husam berkata, kritikannya terhadap PAS dan Kelantan akan ditangguhkan untuk sementara waktu. Kata bekas exco kanan Kelantan itu, keputusan berkenaan diambil selepas dia bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS. "Oleh kerana PAS ambil berat untuk kaji semua, jadi saya gantung senjata untuk beri peluang dan berlaku adil, untuk mereka mengkaji dan seterusnya memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," katanya. Langkah berkenaan, kata bekas Naib Presiden PAS itu, selaras dengan prinsipnya untuk menegur penyelewengan semua pihak. Katanya, dia menyertai PAS bersama kawan-kawan yang lain adalah untuk berjuang di menegur penyelewengan Umno dan BN. Justeru, katanya, langkah menegur PAS juga adalah tanda dia konsisten dengan prinsip berkenaan. "Apa yang kita tegur adalah kesalahan. Sama ada kesalahan itu dibuat oleh kumpulan kita atau kumpulan lain, tetap kita membuat teguran," katanya. Lepas tegur, tak jadi Isnin lalu, Husam mengadap Jawatankuasa Dewan Harian PAS Pusat dan mengemukakan surat yang mengandungi teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan dan parti. "Sesuatu perkara yang tidak baik mestilah ditegur, itu prinsip PAS sendiri," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai perseteruan yang mungkin wujud antara beliau dan pemimpin atasan parti itu, Husam menjelas pendapat itu adalah oleh mereka yang berfikiran rendah. "Setakat yang saya tengok, sambutan dan kesan (teguran dibuat) adalah mereka mengalu-alukan kerana tugas pemimpin adalah menegur. Jadi saya tidak terima (dengar) pula orang kata saya tegur sebab bergaduh. "Kalau (sebelum ini) saya tegur Umno dalam parlimen, selepas itu kami boleh duduk minum sekali. "Tengok rekod saya, saya buat teguran kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) ketika beliau mahu jadikan Lapangan Terbang Subang sebagai pusat konvensyen. "Alhamdulillah kerana saya tegur, perkara itu tak jadi dan sekarang ia berfungsi sebagai lapangan terbang untuk penerbangan domestik," jelasnya. Tambah Husam, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat iaitu menegur perjalanan kerajaan negeri yang dikira bercanggah dengan prinsip berkerajaan. -mk
ULASAN GB PAS perlu menunjukkan ia berpegang kepada prinsip ketelusan dan integriti. Jika selama ini itu yang selalu ditekan dan dilaungkan maka kini sudah sampai masanya tekanan dan laungan itu dihadapkan ke muka sendiri. PAS juga perlu terbuka dan sedia menerima teguran jika ia mahu kekal relevan di pesada politik tanahair. Ada banyak teguran Husam yang telah "terlepas" dan telah diketahui umum. Dari isu balak, isu YIK, ke isu kerajaan perpaduan Selangor. Kesemuanya berbukti. Malah isu balak kini sudah berada di tangan SPRM. Isu YIK sudah diakui oleh Nik Amar tentang kebenarannya. Isu kerajaan perpaduan Selanor sudah ramai bekas-bekas AJK PAS Pusat yang sedia tampil jadi saksi. PAS perlu ikut jejak YAPEIM dimana dengan pendedahan NOW, Presiden dan timbalannya meletak jawatan kelmarin. Kini pimpinan PAS perlu buat cara yang sama. Letak jawatan secara terhormat, sebelum hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan hukuman yang lebi dasyat. Tetapi apa yang belaku apabila Husam menegur ialah berdiri sekalian pembodek-pembodek dan pentaksub-pentaksub mengutuk dan mencaci-maki Husam. Husam diaibkan dengan pelbagai fitnah dan kata-kata nista. Jika PAS gagal untuk bertindak selepas pendedahan Husam, percayalah PAS sedang meniti ke jurang kehancuran dan kemusnahan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan