Selasa, 24 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Sudah Jadi Seperti IS/ISIS, Kembali Ke Era Extrimism....

Posted: 24 Nov 2015 01:22 AM PST

Sindiran halus Amanah kepada PAS, budaya mengkafir punca ekstremisme ala Isis

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini memberi amaran sikap tidak bertolak ansur dalam kepelbagaian dan anggapan kebenaran hanya milik jemaah tertentu menjadi punca keganasan dan ekstremisme ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) serta insiden seperti letupan di Paris.



Kerisauan penularan ideologi itu dinyatakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan mereka di Dewan Rakyat.

"Asasnya ialah sebaran secara sedar atau tidak disedari beberapa doktrin di kalangan pengkuliah dan penceramah agama antaranya menganggap jemaah atau kelompoknya memiliki kebenaran mutlak lalu mewajarkan pelabelan sesat, munafik dan mengkafirkan sesama umat Islam yang bukan dari kalangannya.

"Fenomena takfiri ini adalah asas pemikiran Isis dan seumpamanya.

"Memilih wadah politik lain dengan meninggalkan parti lama dianggap pengkhianat dan layak mendapat laknat malah memaksa supaya isteri diceraikan berpandukan kepada ikat janji yang dibuat," kenyataan mereka dipetik.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, kedua-dua ahli parlimen itu dipercayai merujuk kepada parti lama mereka, PAS yang sinonim dengan budaya mengkafirkan Umno serta mereka yang dianggap mengasingkan agama serta politik.

Ia juga merujuk kepada tindakan PAS yang mensyaratkan pemimpinnya beraku janji menceraikan isteri mereka sekiranya bertindak keluar parti.

"Pemikiran ini menjadikan tinggalkan parti politik tertentu dengan memilih wadah lain seolah keluar daripada Islam. Inilah pelabelan murtad, sesat munafik dan tinggalkan jemaah yang dikuliahkan sebahagian pengkuliah dan penceramah.

"Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya Isis dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat," kenyataan mereka dipetik lagi.


Mujahid dan Kamarul Bahrin yang turut mengadakan sidang media berkenaan perkara itu menggesa agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mencegah perkara tersebut daripada terus menular.

"Kami menuntut kerajaan supaya lebih sensitif kepada corak pemikiran ini dan proaktif menangani kegiatan pra-keganasan secara ideologi ini dengan membentuk jawatankuasa mendepani ideologi ekstremisme di peringkat Parlimen," kata Mujahid.

Beliau turut menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama negeri memantau penceramah serta isi kandungan kuliah di masjid dan surau bagi membendung pemikiran ekstremisme. – TMI


PAS lancar perang ibarat IS ke atas anggota AMANAH

Naib Presiden Parti Amamah Negara (AMANAH) hari ini mendakwa anggota parti itu menjadi mangsa kepada 'tindakan melampau' ahli-ahli dan penyokong PAS.

Ahli Parlimen Parit Buntar dan juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menyamakan tindakan mereka sama seperti ciri-ciri rangkaian pengganas Negara Islam (IS).


Bercakap pada sidang media di Parlimen, Mujahid berkata anggota AMANAH dimaki hamun secara lisan dan juga di laman Facebook pada setiap hari.

Katanya, terdapat insiden di mana ahli-ahli PAS atau pengikutnya terus ke rumah-rumah ahli AMANAH dan memanggil mereka sebagai "kafir dan munafik" serta menoreh tayar kereta mereka.

"Orang-orang ini fikir mereka adalah kebenaran mutlak dan melabelkan yang lain (ahli-ahli AMANAH) sebagai sesat, munafik dan kafir serta tidak sama dengan mereka," katanya.

Memetik kejadian di mana pemimpin AMANAH diminta menceraikan isteri mereka kerana meninggalkan PAS, Mujahid berkata pemikiran itu adalah sama dengan kumpulan pengganas IS.

"Jika ini tidak dibendung, ideologi ini akan merebak dan membawa kepada kebangkitan minda yang menyerupai IS," katanya.

Mujahid juga mendakwa bahawa dengan berdiam diri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui tindakan tersebut.
-mk


ULASAN GB

Memang benar, PAS kini telah kembali ke era ekstrimism seperti yang diamalkan oleh IS. Presiden PAS sendiri telah mengeluarkan "fatwanya" bahawa mereka yang menyertai AMANAH adalah pengkhianat dan perlu dihapuskan. Ia kembali ke era ekstrimism dengan budaya kafir mengkafir seperti yang telah difatwakan di dalam AMANAT HADI satu ketika dulu.


Sedagkan ulamak-ulamak muktabar sebelum ini telah menyatakan bahawa:


Sikap permusuhan yang diambil oleh PAS itu terzahir dengan jelas apabila wujudnya gejala samseng di dalam PAS yang tidak putus-putus dilakukan ke atas kumpulan profesyenal yang menyertai AMANAH. Terbaru, keluarga Pengerusi AMANAH Marang telah diserang dan dimaki hamun oleh seorang "uustaz" yang merupakan anak kepada Pen Setiausaha Badan perhubungan PAS Terengganu kononnya berpenyakit mental, Mphd Nasih Ulwan Zakaria.

Tak cukup dengan memaki hamun dan melabel dengan pelbagai label seperti barua, tolol, broker dan pengkhianat... ahli-ahli PAS dari atas sampai ke bawah menyerang AMANAH tanpa henti... dan benarlah seperti dikatakan orang bahawa PAS kini sedang mengalami sakit jiwa dan mental yang parah dengan kewujudan AMANAH.

Mereka mengganggap PAS itu sebagai "agama" dan mereka yang keluarkan PAS dianggap telah terkeluar dari agama Islam. Sampai begitu didoktrinkan ahli-ahlinya yang jelas sudah amat keterlaluan dan terpesong dari kebenaran.

Malah ada diantara tok-tok guru PAS yang menghalalkan darah para ahli AMANAH dengan mewajarkan pembunuhan sepertimana Hharakahdaily menyiarkan kenyataan seorang ulama PAS Negeri Kedah, Hj Abdul Wahab Hassan yang mengutip hadith Nabi yang menhyatakan Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh...

Bukankah kenyataan itu telah menyamakan "parti PAS" sebagai "agama Islam"?

Penasihat Umum AMANAH, TG Hj Ahmad Awang telah menjawab tuduhan itu:


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".

~Ustaz Ahmad Awang
Baling, Kedah.
03.08.15


Utusan & Harakah Masing-masing Kini Bermasalah

Posted: 23 Nov 2015 07:34 PM PST

Utusan Melayu bakal berhentikan pekerja

Syarikat penerbitan akhbar pro-UMNO, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan bakal memberhentikan lebih 200 pekerjanya dalam tempoh terdekat ekoran menghadapi masalah kewangan yang semakin tenat.

Menurut sumber, Utusan Melayu yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan kakitangan seramai 1,400 terpaksa mengurangkan jumlah pekerjanya sekurang-kurangnya 20 peratus ekoran masalah yang dihadapi itu.

Katanya, pekerja yang akan diberhentikan itu melibatkan banyak bahagian termasuk Jabatan Pengarang.

Katanya, semua itu berlaku disebabkan syarikat terbabit tidak lagi dapat menanggung kos operasi yang semakin meningkat terutama melibatkan bahan-bahan yang digunakan untuk percetakan akhbar.

"Pada masa ini kilang percetakan akhbar milik Utusan yang terletak di Tebrau telah ditutup dan pekerja-pekerja yang terbabit kini terpaksa menganggur.

"Manakala sebuah lagi kilang yang terletak di Gong Badak (Terengganu) yang digunakan untuk mencetak akhbar edaran Pantai Timur akan ditutup," kata sumber berkenaan kepada FMT.

Sumber itu menyatakan, keadaan Utusan Melayu menjadi teruk sejak awal tahun ini dengan bermacam langkah diambil oleh pihak pengurusan, namun, segala usaha yang dilakukan tidak berjaya.

Jelas sumber itu lagi, gaji yang sepatutnya diterima oleh kakitangan eksekutif yang kebiasaannya dibayar pada 24 atau 25 haribulan hanya akan dibayar pada 28 November ini, sekaligus menguatkan lagi dakwaan tersebut.

"Ya…Utusan dah takde duit untuk membayar gaji pekerja. Saya tahu perkara ini pun setelah diberitahu oleh pihak atasan yang menguruskan gaji pekerja.

"Meskipun Ketua Pengarang syarikat itu sering kali menyatakan ada jalan keluar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun, sehingga hari ini ia tidak menjadi kenyataan," kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, keputusan untuk memberhentikan pekerja itu merupakan langkah terakhir sekiranya syarikat tidak menemui jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Utusan Melayu telah memberhentikan pekerja Utusan Printcorp sebelum menjualnya kerana menghadapi masalah kewangan. Tahun lalu, Utusan Melayu mengalami kerugian RM82.64 juta,meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya. -FMT

ULASAN GB

Kerana banyak sangat memfitnah, Utusan telah diheret beberapa kali ke mahkamah dan telah tewas dalam banyak kes yang melibatkan bukan saja puluhan malahh ratusan ribu ringgit.

Entah siapa lagi yang bebal sangat nak beli dan baca utusan. Ia adalah sama seperti menggalakkan akhbar itu untuk terus menabur fitnah ditambahi dengan isu-isu perkauman yang tebal.

Membeli dan membaca Utusan berererti meredhakan fitnah itu berterusan dan kemudian mendapat "saham dosa" dari fitnah-fitnah yang dipaparkan.

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat.


Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi.

AHLI PAS ENGGAN BELI HARAKAH

Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai.

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.

"Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor.

Sebelum ini, salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin pernah mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

"Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar," tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

"Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah," katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak awal tahun ini.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

"Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

Ishak turut mendedahkan kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS.

Demikianlah kisah Harakah yang kini persis saudara kembar Utusan.


Tiada ulasan: