DIALOG RAKYAT |
- LEBIH BAIK KU NAN LARANG SEKALI TUN M JANGAN PIJAK PWTC!!
- Bakar kami, Najib juga ikut terbakar, kata Hamidah
- Tidak ada parti harus perintah selama-lamanya, kata Mahathir
- Pemimpin akar umbi Umno Gopeng lepaskan jawatan
- Kerajaan negeri beri RM2 juta untuk pemain JDT
- Husam sahkan temui Pas Isnin ini
- Penjualan aset kepada China langkah terdesak Najib
- 'Tanpa Pas jangan mimpi tawan Kedah balik'
- Memorial peringatan akan dibina di Belanda buat mangsa nahas MH17
- Pemberian khas RM500 untuk penjawat awam N.Sembilan dibayar bulan depan
- Dua kanak-kanak lemas terjatuh dalam perigi lama
- Azmin nafi ada pemimpin pusat tahu hasrat lima ADUN PKR
- 'Buat mesyuarat dalam kelambu jika enggan didengari' - Mat Taib
- 'Bukan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang pecat saya' - Hamidah
- Shafie Apdal kritik UMNO kerana tiada ucapan Muhyiddin pada PAU
- Buktikan saya berada di pentas pembangkang – Hamidah
- Umno jangan jadi Si Tanggang
- Bapa Ummi Nazeera dipenjara 31 tahun
- PKR: Tiada undi tak percaya terhadap Nik Nazmi
- Sebutan semula kes subahat bunuh Kevin Morais 6 Jan
- Shafie: Umno bukan dimiliki seorang ahli
- 56 tahun dukung isteri kerana sayang
- Google Map, Waze ancam keselamatan negara?
- ‘Kami hormati keputusan Dun Sabah’
LEBIH BAIK KU NAN LARANG SEKALI TUN M JANGAN PIJAK PWTC!! Posted: 27 Nov 2015 02:31 AM PST shahbudindotcomSetiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO masih mempertimbangkan sama ada mahu menjemput atau tidak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2015) tahun ini. Sambil mengatakan perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat, Tengku Adnan juga mengatakan, "secara peribadi, saya rasa mungkin Tun Mahathir tidak akan datang. Sejak kebelakangan ini beliau kerap menghentam parti. "Apa-apa pun kita tunggulah...nak jemput atau tidak," katanya lagi. Soalnya, kenapa perlu nak dibincangkan lagi? Bukankah sudah tradisinya bekas-bekas pemimpin dijemput hadir? Tidakkah Tun Mahathir bekas pemimpin kita yang banyak berjasa dan beliau berhak diberikan jemputan sebagai penghormatan kepadanya? Apa yang mahu ditunggu lagi dan kemudian pandai-pandai pula Tengku Adnan mengatakan Tun Mahathir mungkin tidak menghadirinya. Sama ada hadir atau tidak, biarlah keputusan itu dibuat oleh Tun Mahathir dan bukan Tengku Adnan yang wajar membuat andaian awal mengenainya. Tetapi begini sajalah - jika UMNO ingin mencipta satu lagi sejarah, sebagaimana sebelum ini telah mencipta sejarah baru dengan tidak membenarkan Muhyiddin Yassin merasmikan perhimpunan sayap-sayap, adalah lebih baik Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, tidak dijemput sama sekali untuk menghadiri PAU 2015 kali ini. Tidak cukup dengan itu, UMNO juga perlu mengeluarkan arahan rasmi agar Tun Mahathir tidak dibenarkan langsung menjejakkan kakinya ke kawasan sekitar Dewan Merdeka, PWTC sepanjang berlangsungnya perhimpunan itu antara 8 hingga 12 Disember. Bahkan, semua pihak yang pernah mengkritik dan menghentam Najib juga jangan dijemput dan dilarang sama menjejakkan ke PWTC. Biarlah tahun ini mereka yang dalam kategori pembodek dan pengampu saja yang dijemput menghadirinya. Baru PAU 2015 ini ada kelas!! | ||
Bakar kami, Najib juga ikut terbakar, kata Hamidah Posted: 27 Nov 2015 02:19 AM PST Anne Muhammad Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat parti pada Selasa lalu mengingatkan presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak agar tidak terus 'membakar' negara. Katanya, beliau telah menyampaikan amaran itu kepada Najib menerusi pesanan teks ringkas (SMS) namun tidak dibalas. "Jangan bakar negara, kalau kami terbakar, dia (Najib) juga akan ikut terbakar," kata Hamidah pada sidang medianya di Ipoh hari ini. Hamidah yang ditemui lengkap berbaju merah warna rasmi Umno. Katanya, beliau juga tidak akan merayu kepada pucuk pimpinan sebaliknya akan menghantar surat memohon penjelasan tentang sebab sebenar dipecat. "Sehingga hari ini saya masih belum mendapat apa-apa surat. Hanya tahu melalui stesen televisyen. Saya masih kabur mengapa saya dipecat," katanya. Kata Hamidah, beliau hanya menegur Najib yang didakwa terpalit dengan 1MDB dan juga isu derma bernilai RM2.6 bilion dan ia bukan ditujukan kepada Umno. Tegur presiden bukan parti Hamidah turut mempertikaikan, adakah dengan menegur presiden beliau terus dipecat dari parti. "Saya jelas, saya tegur Najib berdasarkan konteks individu. Saya tegur presiden Umno bukannya parti. "Bila (saya) tegur (dia) cakap nak runtuh kan parti. Kita tegur sebab apa yang dilakukan presiden itu buat parti runtuh. "Saya cakap terus terang, saya suarakan presiden untuk undur. Bukan serang parti dan kenapa harus hukum saya," katanya. Bagaimanapun beliau menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menegaskan akan meneruskan perjuangan namun bukan di pentas politik. "Saya terima lapang dada, hati terbuka dan ada hikmah. Namun perjuangan saya demi negara (dan) rakyat. Mungkin di pentas berbeza dan bukan politik," katanya. Hamidah turut menasihati wanita Umno yang lain untuk mempertahankan parti itu demi negara dan bangsa. Sementara itu, Hamidah ketika disoal wartawan menafikan akan menyertai pembangkang. "Saya tidak masuk pembangkang, tapi saya lihat rakyat perlu diselamatkan.(Saya) bimbang negara akan hancur. Saya tidak akan diam diri dian tidak akan patah semangat dengan langkah lebih bebas," katanya. | ||
Tidak ada parti harus perintah selama-lamanya, kata Mahathir Posted: 27 Nov 2015 02:14 AM PST Shakira Buang dan Kow Gah Chie Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak ada parti yang harus memerintah selama-lamanya dalam sebuah negara demokrasi. Katanya, demokrasi yang baik adalah sistem dua parti di mana pembangkang cukup kuat untuk mengambil alih dan menawarkan alternatif kepada rakyat. "Cara terbaik adalah untuk negara ini yang mempunyai dua parti politik; ini akan memastikan satu atau yang lain akan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan," katanya pada ucaptama semasa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015. "Pembangkang yang lemah tidak akan berkesan dalam memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa," kata beliau. "Bagi tadbir-urus yang baik, pembangkang mesti kuat dan mampu menawarkan alternatif. Tiada pihak harus memerintah selama-lamanya," katanya. Menurutnya, demokrasi juga tidak akan berjaya sekiranya sesebuah negara itu tidak memahami konsep sistem itu dengan baik. Dr Mahathir berkata, demokrasi hanya akan berjaya sekiranya sesebuah negara itu memahami batas sistem itu dan tidak menggunakan cara keganasan sekiranya sistem yang ada itu tidak berjaya. "Mereka mesti memahami demokrasi itu tidak sempurna, dan ia hanya akan berjaya sekiranya mereka mengetahui had penggunaan sistem itu agar ia sempurna digunakan," katanya. Bagaimanapun Dr Mahathir berkata bahawa rakyat juga boleh mengadakan protes di jalanan sebagai cara untuk membantah sekiranya sesebuah kerajaan itu tidak adil sebagai jalan terakhir. "Jika semua gagal, protes ganas boleh diambil sebagai jalan keluar," katanya. Selain itu, ketika diminta mengulas isu berkaitan Umno, Mahathir enggan memberikan respon dan berkata hanya akan menjawab segala persoalan mengenainya pada Ahad di ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015 itu | ||
Pemimpin akar umbi Umno Gopeng lepaskan jawatan Posted: 27 Nov 2015 02:09 AM PST Anne Muhammad Beberapa pemimpin akar umbi Wanita Umno Bahagian Gopeng mengumumkan perletakan jawatan mereka daripada parti hari ini. Pengumuman itu dibuat pada sidang media bersama bekas ketua wanita Umno bahagian itu Datuk Hamidah Osman yang dipecat Umno minggu lalu. Menurut ahli jawatankuasa bahagian Gopeng, Kalsom Abdul Hamid, beliau terkilan dengan pemecatan Hamidah dan yakin bahawa ketuanya itu tidak bersalah. "Saya sayang Datuk (Hamidah), jadi bila dengar dia dipecat saya terkilan dan sedih. "Saya bersama dia sudah 25 tahun. Dia tidak bersalah, itu yang terlampau sedih (lepaskan jawatan)," katanya pada sidang media di sebuah hotel di Ipoh, petang tadi. Turut melepaskan jawatan adalah ketua penerangan wanita Gopeng Maziah Khaudan; bendahari, Haziah Samah; penolong setiausaha, Fatimah Abdul Rahman dan AJK bahagian Fatimah Mohd Isa. Sebelum ini Presiden parti Datuk Seri Najib Razak yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Hamidah atas alasan berkaitan displin parti. Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr MahathirMohamad. Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan. Hamidah yang tiba di sidang media bersama rakan seperjuangan itu kelihatan berpelukan antara satu sama lain malah ada di antara mereka yang menitiskan air mata. Mereka melaungkan 'Hidup Datuk Hamidah' dan 'perjuangan perlu diteruskan'. Sejurus sidang media itu tamat, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu patriotik 'inilah barisan kita' sebelum bersurai. | ||
Kerajaan negeri beri RM2 juta untuk pemain JDT Posted: 27 Nov 2015 02:01 AM PST SINAR HARIAN JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor mengumumkan pemberian insentif RM2 juta buat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT). Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata pemberian ganjaran tersebut susulan kejayaan skuad Harimau Selatan itu merangkul gelaran Juara AFC 2015, di Tajikistan, 31 Oktober lalu. "Kita memberikan untuk pegawai dan pemain-pemain JDT satu insentif dengan jumlah keseluruhan RM2 juta sebagai tanda ucapan terima kasih," katanya pada Majlis Penghargaan Penaja dan Media di Persada, disini. Majlis anjuran PBNJ itu diserikan kehadiran Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. JDT melakar sejarah sebagai pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara menjulang Piala AFC selepas menundukkan FC Istiklol dari Tajikistan dengan jaringan 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe, Oktober lalu. Artikel Berkaitan
| ||
Husam sahkan temui Pas Isnin ini Posted: 27 Nov 2015 01:58 AM PST Husam berkata, beliau menerima jemputan itu daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi pesanan Whatsapp sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air pada minggu lalu. "Saya telah memberikan tarikh 30hb November ini untuk pertemuan itu. Masa yang ditetapkan ialah 2 petang, di pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut dan saya akan hadir Insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. [ARTIKEL BERKAITAN: Kes Husam: Dewan Harian Pas tetap mesyuarat esok] Sebelum ini, Pas mengeluarkan surat arahan kepada Adun Salor itu untuk tampil ke Dewan Harian Pas Pusat, 24 November lalu. Takiyuddin berkata Husam perlu memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataan beliau yang dibuat kepada umum sebelum ini. Husam dalam laporan sebelum ini mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor pada 2008. Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam pada 6 November lalu. Tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang sehingga Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengajak Husam untuk bersemuka dalam majlis terbuka bagi mendapatkan penjelasan berhubung kritikan tersebut. | ||
Penjualan aset kepada China langkah terdesak Najib Posted: 27 Nov 2015 01:56 AM PST PETALING JAYA - PKR mendakwa penjualan aset strategik penjana kuasa Edra Global Energy kepada China dengan nilai RM 9.87 bilion sebagai langkah terdesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, penjualan tersebut adalah langkah untuk menebus hutang milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Ini merupakan langkah yang sangat tidak patriotik memandangkan pemilikan syarikat penjana kuasa merupakan kepentingan nasional. "Beliau telah melutut dan menagih kepada kuasa asing. Penjualan Edra Global Energy kepada China juga kelihatan berkaitan dengan persoalan keselamatan Laut China Selatan dimana China secara agresif mendakwa memiliki Laut China Selatan di dalam ruang "Nine-Dash-Line"," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita, hari ini. [ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB jual Edra global tidak jejas industri tenaga] Mohamed Azmin turut mendakwa, Sidang Kemuncak Asean baru-baru ini gagal membentuk muafakat Asean berhubung dengan keselamatan Laut China Selatan yang mengancam kestabilan rantau ini. "Adalah suatu tragedi, Asean mempunyai doktrin ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) yang dicetuskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak tetapi dicabuli oleh puteranya sendiri kerana Najib menikus di depan kuasa asing," katanya. Menyentuh soal, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), Mohamed Azmin berkata, ia perlu dibahaskan secara terbuka demi untuk melindungi kedaulatan negara. "Namun, Putrajaya gagal menampilkan kepimpinan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dan bermaruah," katanya. | ||
'Tanpa Pas jangan mimpi tawan Kedah balik' Posted: 27 Nov 2015 01:46 AM PST PETALING JAYA - Pembangkang hanya bermimpi untuk kembali mentadbir Kedah sekiranya memutuskan hubungan dengan Pas. Ketua AMK Kedah, Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, semua pihak perlu sedar realiti sebenar bahawa negeri itu didominasi parti Islam tersebut. "Landskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama dengan negeri Terengganu, Pulau Pinang, Selangor. "(Di Kedah) parti dominan adalah Pas. Kalau nak putus dgn Pas, jangan berangan nak memerintah Kedah. Ini realiti di negeri saya," katanya ketika sesi perbahasan di Kongres Nasional AMK 2015, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, beliau mengingatkan bahawa penyokong Pas begitu ramai di negeri itu. "Kalau nak menang, nak perintah balik Kedah seperti sebelum ini, kita kena bersama. Tak boleh putus dengan Pas. "Kalau putus dengan Pas... berapa ribu sekolah pondok di Kedah? Berapa banyak sekolah agama rakyat? Itu semua ahli-ahli Pas...pengundi-pengundi Pas. "Kalau pilihan raya di Parlimen Alor Setar, sekiranya 4,000 sahaja ahli-ahli Pas tidak mengundi calon PKR, boleh menang? Tak boleh menang," katanya. Beliau menegaskan PKR perlu realistik walaupun ditekan oleh parti sahabatnya sendiri. "Sekarang ini, kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah tekan kita. Paksa kita putus dengan Pas. Paksa kita putus dengan DAP. "Tak kan kita yang AMK ini takut? Kita kena berani. Sekarang ini DS dipenjara, kita pun takkanlah nak bergaduh sepanjang masa. Kita kena buang yang keruh ambil yang jernih," katanya. | ||
Memorial peringatan akan dibina di Belanda buat mangsa nahas MH17 Posted: 27 Nov 2015 01:40 AM PST AFP | Diterjemahkan oleh: Azyyati Ahmad THE HAGUE: Sebuah taman akan dibina berhampiran dengan Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam sebagai memorial memperingati mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17. Menurut Yayasan Bencana MH17, sejumlah 298 batang pokok mewakili setiap mangsa yang terkorban akan ditanam menjadi simbol tugu peringatan di memorial tersebut. "Waris-waris mangsa berbesar hati memilih agar memorial kebangsaan itu dibina di Vijfhuizen, berdekatan dengan Schiphol," kata jurucakap Yayasan Bencana MH17. Dalam undian yang telah dilakukan sebelum ini, lebih separuh keluarga memilih lokasi tersebut. Pokok-pokok yang akan ditanam nanti akan membentuk reben hijau gergasi, iaitu lambang yang dipakai oleh waris-waris mangsa bagi memperingati tragedi yang menggemparkan dunia pada 17 Julai, 2014 itu. Pelancaran memorial ini dijangka pada 17 Julai 2017. Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Sebanyak 298 mangsa terkorban dalam tragedi itu, termasuk 43 rakyat Malaysia. | ||
Pemberian khas RM500 untuk penjawat awam N.Sembilan dibayar bulan depan Posted: 27 Nov 2015 01:37 AM PST BernamaSEREMBAN: Pemberian khas sebanyak RM500 kepada 6,588 kakitangan awam di negeri ini termasuk yang berkhidmat di badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dibayar bulan depan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemberian khas itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan kakitangan awam dalam menyempurnakan tugasan dengan baik. "Pemberian ini juga diharap akan meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk membeli barang keperluan persekolahan anak-anak," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Mohamad berkata penjawat awam di negeri ini telah mempamerkan kecemerlangan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan pada tahun lepas, kesemua projek yang diluluskan berjaya dilaksanakan dengan kos sebanyak RM88.53 juta. "Sepanjang mentadbir negeri ini, saya dapati bahawa jentera pentadbiran kerajaan negeri berada di tahap terbaik dan telah menunjukkan peningkatan dalam kecekapan pengurusan dan pentadbiran. "Pencapaian tersebut dapat dilihat daripada beberapa aspek pengurusan seperti peningkatan kutipan hasil, pelaksanaan projek-projek pembangunan, pembasmian kemiskinan dan keselamatan," katanya. | ||
Dua kanak-kanak lemas terjatuh dalam perigi lama Posted: 27 Nov 2015 01:36 AM PST BernamaKetua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mangsa Mohd Nabil Nuriman Mohd Lazim, 9, dan Muhammad Amirul Hakim Syahrul Azman, 7, dipercayai bersama seorang lagi rakannya Muhammad Izul Apiq Amirozi, 8, telah bermain di satu kawasan lopak air dalam kebun itu, kira-kira 100 meter dari rumah Mohd Nabil Nuriman. "Ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak menyedari bahaya bermain air di kawasan itu sebelum mereka terjatuh ke dalam perigi yang sama paras dengan lopak air," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Menurut beliau, Muhammad Izul Apiq yang berjaya menyelamatkan diri meminta pertolongan daripada bapanya yang bergegas mengeluarkan kedua-dua mangsa dari telaga itu serta meminta anak lelakinya itu pergi memberitahu kejadian tersebut kepada bapa Mohd Nabil Nuriman kira-kira pukul 5 petang. "Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Besut namun telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk rawatan. Mohd Nabil Nuriman merupakan pelajar kelas Program Pendidikan Khas Intervensi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi, Jerteh manakala Muhammad Amirul Hakim dari SK Kampung Nangka, Kuala Besut. Menurut Khaled, siasatan mendapati paras air perigi yang tidak dipagar itu didapati meningkat lebih empat meter akibat daripada hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu. Perigi lama itu masih digunakan oleh pemilik kebun sawit untuk mendapatkan sumber air bagi tujuan pertanian terutama pada musim panas. Sementara itu bapa Mohd Nabil Nuriman, Mohd Lazim Muhammad, 44, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Besut berkata anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu makan tengah hari bersamanya di rumah sebelum mangsa keluar tanpa disedari untuk bertemu dua rakannya itu. Katanya, beliau terkejut apabila seorang daripada rakannya yang terselamat datang ke rumahnya untuk memaklumkan yang anaknya itu lemas di perigi lama. | ||
Azmin nafi ada pemimpin pusat tahu hasrat lima ADUN PKR Posted: 27 Nov 2015 01:31 AM PST Israr Khalid, Astro Awani SERDANG: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan bahawa ada pemimpin pusat parti itu mengetahui lebih awal hasrat lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya untuk berkecuali dalam usul penambakan laut pada persidangan DUN Pulau Pinang. Menurutnya, keputusan lima ADUN itu dibuat sendiri demi kepentingan rakyat dan tidak dipengaruhi unsur lain. "Kita kena percaya kematangan ADUN kita di mana mereka mengambil pendirian untuk memastikan kepentingan rakyat dipertahankan. "Ini bukan soal peribadi atau perbezaan politik, tetapi ADUN dalam Pakatan Harapan Baru sentiasa meletakkan kepentingan rakyat itu dalam perbahasan dan perbincangan mereka," jelasnya ketika ditemui dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2015 di Pusat Konvensyen dan Pameran Mines (MIECC). "Seperti yang diumumkan semalam (Rabu), pemimpin tertinggi di peringkat pusat menerima penjelasan kelima-lima ADUN dan bagi kita isu itu telah selesai," tegasnya. Pada Rabu, Pengerusi Biro Penyelaras Anggota Parlimen dan ADUN PKR, Datuk Johari Abdul berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendesak ADUN Bukit Tengah yang juga Ketua Whip PKR, Ong Chin Wen mendedahkan identiti pemimpin pusat yang dimaklumkan berkenaan hasrat lima wakil rakyat mereka untuk berkecuali dalam usul yang dibangkitkan ADUN Barisan Nasional (BN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad. Guan Eng menyifatkan tindakan tersebut seperti menikam kerajaan negeri dari belakang selain menganggap ia satu tindakan 'bersifat UMNO.' Chin Wen bersama empat ADUN lain mengambil keputusan untuk tidak mengundi dalam usul yang meminta kerajaan negeri membuat pendengaran awam terhadap projek penambakan laut semasa sidang DUN Pulau Pinang pada Jumaat (20 November). Mereka adalah Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Dr Norlela Ariffin (Penanti). Ia menyebabkan usul itu ditolak setelah gagal mendapat sokongan majoriti apabila hanya 10 yang menyokong - sembilan daripada BN dan seorang daripada DAP sementara 23 daripada Pakatan Harapan tidak menyokong. | ||
'Buat mesyuarat dalam kelambu jika enggan didengari' - Mat Taib Posted: 27 Nov 2015 01:28 AM PST Syah Hairizal Kamalul Arifin, Astro AwaniPETALING JAYA: UMNO disaran mengambil contoh keterbukaan yang dipamerkan di negara jiran Indonesia dalam kebebasan bersuara. Bekas Menteri Besar Selangor, Menteri Besar ke-11, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata hak bersuara dan perbincangan secara langsung yang disiarkan stesen televisyen republik tersebut perlu dicontohi parti keramat orang melayu itu. "Kita ambil contoh beberapa forum yang diadakan di Indonesia, seperti yang dianjurkan Kelab Peguam Indonesia. "Mereka menganjurkan forum yang dihadiri pemimpin tertinggi negara itu Presiden Joko Widodo dan Gabenor Jakarta sambil disaksikan oleh penuntut universiti. "Segala macam soalan yang dibangkitkan dibincang secara terbuka oleh Presiden dan Gabenor tanpa sebarang sekatan soalan mahupun jawapan" ujarnya yang ditanya mengenai kemungkinan sekatan liputan oleh media pada Perhimpunan Agung UMNO, Disember nanti. Jelas Muhammad perkara ketelusan dan keterbukaan yang dipamer republik itu semakin kabur di negara ini dan itu yang perlu dititikberatkan UMNO. Pada Khamis, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau belum menerima sebarang makluman berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bakal diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media. Perkara itu menurut Zahid di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Adnan pada Rabu telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut akan diadakan secara tertutup dan pihak media akan dihadkan. Mengulas lanjut perkara tersebut Muhammad berkata jika perkara yang dimaksudkan pemimpin dalam parti itu benar berlaku maka beliau pasti ada suatu yang tidak kena dan seolah-olah mahu menyorokkan sesuatu. "Jika ia berlaku sebegitu mesti ada perkara yang ingin disorokkan jika tidak mengapa perlu dibuat secara tertutup. "Maksudnya UMNO tidak lagi menjadi parti yang terbuka seperti sebelum ini," ujarnya. Jelasnya lagi, selama hampir 50 tahun beliau berjuang bersama beberapa pemimpin yang masih ada dalam parti itu semenjak 1964, perkara seumpamanya tidak pernah berlaku. "Selama hidup saya didalam UMNO sebelum ini tidal pernah perkara sebegini dilakukan apatah lagi di peringkat cawangan. "Jika begitu, UMNO bahagian dan cawangan juga perlu dibuat secara tertutuplah sebab tiada keterbukaan lagi. "Kalau begitu lebih baik buat mesyuarat dalam kelambu," ujarnya yang telah meninggalkan parti itu dengan beralih arah menyertai Pakatan Rakyat pada 2013. | ||
'Bukan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang pecat saya' - Hamidah Posted: 27 Nov 2015 01:25 AM PST Harits Asyraf Hasnan, Astro AwaniIPOH: "Pemecatan saya tidak dilakukan dengan adil." Itu dakwaan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman yang turut menyifatkan dirinya 'kambing hitam' UMNO. Jelasnya, Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak pernah mengeluarkan sebarang surat yang memerlukannya tampil memberikan penjelasan. "Saya mendapat surat Mei lalu meminta saya memberi penjelasan kerana saya didakwa membawa Tun Dr Mahathir. "Sejak saya dipecat Selasa lalu, saya langsung tidak mendapat sebarang surat berkenaan penjelasan pemecatan saya. Jadi saya rasa ini tidak adil. "Kalau mengikut prosedur, saya perlu dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin; saya perlu beri penjelasan, ini tidak," jelas Hamidah. Justeru, beliau mendakwa tindakan pecat ke atas dirinya tidak dilakukan oleh Jawatankuasa Disiplin. | ||
Shafie Apdal kritik UMNO kerana tiada ucapan Muhyiddin pada PAU Posted: 26 Nov 2015 04:10 PM PST Sudah menjadi kebiasaan kepada ahli UMNO mendengar ucapan Timbalan Presiden setiap kali Perhimpunan Agung UMNO. PETALING JAYA : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengkritik UMNO berhubung keputusan supaya perasmian mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh ketua sayap bukannya Timbalan Presiden seperti lazimnya. Naib Presiden UMNO itu berkata, keputusan itu yang dikatakan atas permintaan oleh ketua-ketua sayap parti adalah sesuatu yang tidak wajar. Beliau berkata, menjadi kebiasaan bagi ahli-ahli UMNO untuk mendengar ucapan, pandangan dan harapan bukan sahaja daripada Presiden parti tetapi suara dari akar umbi termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan perwakilan. "Setiap teguran yang dibuat pasti untuk penambahbaikan dan juga asas kepada kekuatan parti terbesar negara ketika ini. UMNO yang menjangkau usia 70 tahun sepatutnya lebih terbuka dan tidak hanya inklusif untuk kepentingan individu-individu tertentu. "UMNO bukan dimiliki oleh seorang ahli, UMNO adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya. Shafie, Ahli Parlimen Semporna turut menyindir kehendak yang dibuat oleh ketua-ketua sayap tersebut. "Kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap yang lebih arif tentang perjuangan dan memahami perjuangan UMNO lebih daripada pemimpin yang lebih berpengalaman, saya hormati keputusan kolektif tersebut. "Tetapi sekurang-kurangnya takkanlah Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden tidak boleh berucap di dalam penggulungan?," soalnya. Beliau turut yakin dan pasti bahawa ahli UMNO di peringkat akar umbi mahu mendengar, meneliti dan menilai apa yang ingin disampaikan oleh barisan kepimpinan ketua-ketua sayap, Naib-Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden parti. "Tidak lama dulu Presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya UMNO perlu reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan UMNO ini kekal sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang-orang muda dan sebagainya. "Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja, sebaliknya ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap peringkat, terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti keramat ini," jelasnya. | ||
Buktikan saya berada di pentas pembangkang – Hamidah Posted: 26 Nov 2015 04:09 PM PST Andaian berada di pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti adalah satu perkara yang tidak benar PETALING JAYA : Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman mahu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuktikan tuduhan bahawa beliau kini berada di pentas pembangkang. Sambil melahirkan rasa simpati terhadap parti yang disertainya itu, Hamidah mempersoal langkah Tengku Adnan yang turut mengandaikan dirinya cuba memburuk-burukkan UMNO. Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Tengku Adnan itu adalah satu tuduhan yang tidak benar dan harus dinafikan. "Tak betul. Dimana? Bila? (berada di pentas pembangkang). Apa maksud dia (Tengku Adnan) buruk-burukkan parti? "Dimana saya memburuk-burukkan parti? Saya tak pernah buruk-burukkan parti pun. Apakah Presiden itu parti, parti itu Presiden?," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today. Ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan membuat rayuan atau mengambil tindakan undang-undang ekoran pemecatannya itu Hamidah menjawab, segalanya akan ditentukan hari ini (Jumaat). . Tengku Adnan dilapor berkata, punca Hamidah dipecat daripada UMNO adalah ekoran beliau kini berada di pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti itu. Pada 24 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Hamidah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di bangunan sementara Parlimen. | ||
Posted: 26 Nov 2015 04:02 PM PST Oleh Razali Awang Jika dibandingkan dengan puluhan siri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelumnya, pendekatan yang dibuat pada tahun ini amat 'ganjil' sekali.Satu persatu kepelikan diumumkan dengan pelbagai alasan yang menguji rasional dan kepintaran minda. Entah di mana silapnya, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa perhimpunan kali ini, media tidak akan dibenarkan membuat liputan semasa persidangan di Dewan Merdeka, di larang berlegar-legar dan lebih mengejutkan, tiada siaran langsung daripada televisyen litar dari dalam dewan kepada mereka yang bersimpuh di lobi, bermundar-mandir di kaki lima atau kepada mereka yang menghirup kopi di Riverside. Kata-kata beliau yang dirakam wartawan di Parlimen menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan. Paling tidak kepada perwakilan. Jika tiada lagi litar televisyen, apakah pengisian kepada mereka. Adakah Mak Jemah akan duduk bersembang sambil mengira gelang di lengan, membanding beg tangan, membelek telefon pintar atau mereka akan melepak ke kompleks membeli belah sementara menunggu PAU selesai? Bagi kaum Adam pula, adakah mereka berterusan lepak dengan bercawan teh dan kopi dengan asap berkepul-kepul sementara menunggu masa berlalu? Imaginasi itu terbayang sebaik Ku Nan membuat kenyataan yang dianggap lebih banyak halusinasi berbanding realiti. Jika benar seperti yang beliau kata, maka begitu hebat sekali peraturan pada PAU tahun ini khususnya kepada media.Hilanglah kemesraan yang terjalin selama ini antara UMNO dan media. Segalanya akan renggang. Alasan Ku Nan bahawa tindakan itu dibuat bagi mengelak berita daripada PAU kali ini disensasi ada logiknya. Tetapi adakah beliau lupa, dengan sekatan yang dibuat akan lebih banyak akan disensasi kerana itu fitrah manusia. Makin dilarang, makin dicari. Kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu yang sememangnya dikenali dengn sikap tegas dan lepas cakap itu membuatkan ramai wartawan dan pengamal media sentap.Dalam masa yang singkat segalanya menjadi viral. Maklumlah, larangan ini membabitkan media sendiri, tidak kira sama ada mereka pro kerajaan, pro pembangkang atau jenis atas pagar. Kecoh memang kecoh bila ia kena atas batang hidung wartawan sendiri. Di hari yang sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang cuba menjernihkan keadaan dan menjelaskan perkara itu masih belum diputuskan Majlis Tertinggi. Satu lagi persoalan timbul. Jika benar seperti yang dikata beliau, Ku Nan membuat kenyataan bagi pihak mana? Adakah kenyataan itu bersifat peribadi atau Zahid cuba bermain tarik tali? Tulisan ini tidak menyentuh mengenai pelbagai peraturan "luar tabie" pada PAU kali ini, termasuk Timbalan Presiden UMNO tidak lagi merasmikan mesyuarat sayap sayap parti dan hanya dua daripada tiga Naib Presiden UMNO akan memberi kenyataan kepada media setiap hari. Itu berita realiti yang sememangnya sudah cukup sensasi. Sekiranya larangan kepada media diteruskan juga, ia bermakna kepimpinan UMNO sendiri yang cuba mengasingkan parti. Di mana secara diam merekalah yang merosakkan reputasi parti di kaca mata wartawan. Tidakkah mereka ingat lagi bahawa UMNO itu sendiri diasaskan bersama oleh bekas salah seorang wartawan, Datuk Onn Jaafar. Bahkan ramai pahlawan UMNO teridiri daripada insan dari pihak media sendiri. Mereka bukan calang-calang, mata pena yang digunakan lebih tajam daripada ucapan bergegar di dalam dewan. Parti orang Melayu itu berkembang kerana tulisan wartawan, daripada huruf jawi ke rumi, daripada surat khabar ke tv dan kini di atas talian. Apakah ini pembalasan yang diberikan kepada pihak media yang saban tahun berhimpun bersama, membuat liputan dan memberi ulasan. Jangan kerana nyamuk seekor habis kelambu dibakar….renungkanlah sejak lebih 60 tahun lalu, tanpa tulisan wartawan, UMNO tidak akan berada di tempat sekarang.-freemalaysiatoday.com | ||
Bapa Ummi Nazeera dipenjara 31 tahun Posted: 26 Nov 2015 03:50 PM PST Bernama Seorang ahli perniagaan dikenakan hukuman penjara 31 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas. Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Tertuduh, yang diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, dikenakan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak bermula hari ini. Ini bermakna tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama 10 tahun. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai namun menaikkan wang jaminan daripada RM200,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin. Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri. Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A'khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn Bhd. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul, dekat Kuala Lumpur, antara Disember 2006 dan Mei 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan. Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam. Terdahulu, Maziah memberitahu mahkamah bahawa kesan daripada tindakan tertuduh menyebabkan beliau hilang hak sebagai pengarah dan juga pemegang saham bagi syarikat tersebut. Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ketika ditemui di luar mahkamah, Ummi Nazeera memberitahu pemberita beliau bersyukur dengan keputusan tersebut dan menyatakan segala keperitan ibunya telah berakhir. "Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya," katanya yang pernah membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria. Sebanyak 13 saksi pendakwaan dan 13 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu. - Bernama | ||
PKR: Tiada undi tak percaya terhadap Nik Nazmi Posted: 26 Nov 2015 03:45 PM PST Shakira Buang Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan bahawa parti itu tidak menerima sebarang laporan berhubung usul undi tidak percaya yang didakwa dibuat terhadap Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata perkara itu sebagai berita sensasi untuk menghangatkan suasana kongres parti itu hujung minggu ini. "Saya belum dapat laporan dan hanya dapat tahu melalui berita di televisyen. Itu (berita) hanya berbentuk sensasi, kerana ia bukan sumber rasmi parti," katanya. Beliau yang juga MP Pandan berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Laporan portal berita Astro Awani hari ini yang memetik sumber berkata Nik Nazmi mungkin berdepan cabaran terhadap kepimpinannya melalui usul undi tidak percaya dalam Kongres PKR pada hujung minggu ini. Laporan itu juga menyebut salah satu cabang AMK di Kedah telah memfailkan borang bagi membawa perkara itu untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa usul. Laporan itu juga menyebut, dalam borang usul itu Nik Nazmi dilihat tidak berkemampuan untuk menerajui AMK pusat. Ia mendakwa usul itu dipercayai dari cabang Baling. Mengulas lanjut, Rafizi yang juga naib presiden parti itu berkata jika benar perkara itu berlaku sudah pasti pihaknya dimaklumkan terlebih dahulu. "Saya rasa tidak, jika betul berlaku saya akan dapat laporan lebih awal. Esok Kongres PKR dan Jawatankuasa Usul sudah tentu akan berbincang terlebih dahulu sebelum dibawa ke persidangan kongres AMK," kata Rafizi. Sertai PKR Nik Nazmi yang merupakan ADUN Seri Setia memenangi jawatan ketua AMK Pusat pada Ogos 2014 dengan menewaskan Amirudin Shari. Kini, beliau adalah exco pendidikan, pembangunan modal insan, sains, teknologi dan inovasi kerajaan Selangor. Sebelum itu, Rafizi hadir pada majlis pengumuman penyertaan empat tokoh pemimpin muda daripada NGO Islam berpengaruh di Malaysia bersama PKR. Mereka adalah bekas presiden ABIM, Amidi Abd Manan, bekas Yang Dipertua ABIM, Wilayah Persekutuan, Muhammad Muszaki Mohd Ozir, bekas Naib Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Mohamad Khalib Khan Ghani dan bekas setiausaha ABIM negeri Pahang, Mahadi Deraman. Penyertaan keempat-empat tokoh muda ini difahamkan berikutan n pelbagai kepincangan dalam pentadbiran kerajaan sekali gus membuatkan rakyat mencari alternatif yang lebih cenderung kepada perubahan. | ||
Sebutan semula kes subahat bunuh Kevin Morais 6 Jan Posted: 26 Nov 2015 03:42 PM PST MALASIAKINI Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini menetapkan 6 Jan depan untuk sebutan semula kes seorang mekanik yang didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, September lepas. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memaklumkan beberapa laporan berkaitan kes itu termasuk laporan tempat kejadian belum diperoleh. Beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu sementara menunggu laporan berkaitan diperoleh dan peguam R Thirukumaran yang mewakili tertuduh A Murugan tidak membantah permohonan itu. Pada 28 Sept lepas, Murugan, 44, didakwa bersubahat dengan enam lelaki membunuh Kevin di No 20 Desa Mentari di Petaling Jaya, di antara 9.30 pagi hingga 8 malam, 4 Sept lepas. Sementara itu, Dr Kolonel K Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu iaitu G Gunasekaran, 47, R Dinishwaran, 23, A Thinesh Kumar, 22, M Vishwanath, 25, S Nimalan, 22, dan S Ravi Chandaran, 44, melakukan kesalahan itu. Enam lelaki dan doktor tentera itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28 Sept lepas. Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas. Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. -Bernama | ||
Shafie: Umno bukan dimiliki seorang ahli Posted: 26 Nov 2015 03:33 PM PST SINAR HARIAN Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Umno bukan dimiliki oleh seorang ahli dan mengingatkan bahawa tidak lama dulu presiden parti itu pernah menyuarakan bahawa Umno perlu pembaharuan. "Umno adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," tegasnya. Beliau membuat peringatan itu sebagai respons kepada pengumuman mengejutkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan agung tiga sayap parti itu tidak akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti lazimnya. "Tidak lama dulu presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya Umno perlu reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan Umno ini kekal sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang muda dan sebagainya. "Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja. "Sebaliknya ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap peringkat, terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti keramat ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Katannya kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap tersebut, maka beliau hormati keputusan kolektif tersebut, "tetapi sekurang-kurangnya takkanlah timbalan presiden dan naib-naib presiden tidak boleh berucap di dalam penggulungan?" Berikut adalah kenyataan penuh Shafie: Dalam menghormati keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan baru-baru ini, saya berpandangan adalah tidak wajar ketetapan yang telah dilakukan oleh barisan Majlis Tertinggi yang secara terang menidakkan tradisi yang telah menjadi amalan Umno selama ini di mana ucapan timbalan presiden di dalam perasmian sayap-sayap itu ditiadakan. Saban tahun mesyuarat agung Umno yang diadakan setahun sekali ini biasanya akan menghimpunkan ahli-ahli Umno dari semua peringkat akar umbi dari seluruh pelusuk negara. Adalah menjadi kebiasaan juga bagi ahli-ahli Umno ini untuk mendengar ucapan, pandangan, dan harapan bukan hanya dari presiden parti, bahkan suara akar umbi, termasuk timbalan presiden parti, naib-naib presiden dan juga para perwakilan. Sebagai parti terbesar negara, kita tidak mahukan hanya ahli Umno sahaja yang terkesan dengan segala inisiatif dan juga agenda yang bakal dilakukan, sebaliknya kita juga mahu supaya apa yang dilontarkan boleh didengari tidak hanya oleh ahli Umno bahkan kita juga mahu jutaan rakyat Malaysia yang berada di luar dewan mendengar dan seterusnya menyokong kita. Saya masih ingat semasa pertama kali saya mengikut ayahanda saya Tun Sakaran ke perhimpunan agung Umno pada tahun 1970-an di Hotel Hilton, tempat persidangan pada ketika itu bukan sahaja dipenuhi dengan asap rokok, malahan halwa telinga kita disajikan dengan ucapan-ucapan yang bernas, walaupun ada juga teguran-teguran lantang yang dibuat, tetapi saya dapat lihat setiap ahli Umno yang hadir termasuk barisan pemimpin tertinggi parti menerima setiap bait ucapan dan teguran itu dengan berlapang dada. Setiap teguran yang dibuat pasti ianya untuk penambahbaikan dan juga asas kepada kekuatan parti terbesar negara ketika ini. Umno yang menjangkau usia 70 tahun sepatutnya lebih terbuka dan tidak hanya inklusif untuk kepentingan individu-individu tertentu. Umno bukan dimiliki oleh seorang ahli, Umno adalah hak kepada lebih 3 juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya. Walaubagaimanapun, kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap yang lebih arif tentang perjuangan dan memahami perjuangan Umno lebih daripada pemimpin yang lebih berpengalaman, saya hormati keputusan kolektif tersebut, tetapi sekurang-kurangnya takkanlah timbalan presiden dan naib-naib presiden tidak boleh berucap di dalam penggulungan? Saya yakin dan pasti ahli Umno peringkat akar umbi mahu mendengar, meniliti, dan menilai setiap apa yang ingin disampaikan oleh barisan pimpinan ketua-ketua sayap, naib-naib presiden, timbalan presiden dan seterusnya presiden parti sendiri. Saya percaya ahli Umno mampu membezakan mana yang baik untuk kekuatan serta penambaikan kepada parti dan sebaliknya. Tidak lama dulu presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya Umno perlu reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan Umno ini kekal sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang-orang muda dan sebagainya. Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja, sebaliknya ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap peringkat, terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti keramat ini | ||
56 tahun dukung isteri kerana sayang Posted: 26 Nov 2015 03:22 PM PST SINAR HARIAN Du Yuanfa bersama isterinya, Zhou Yuai berkahwin pada November tahun 1958. Memetik laporan Shanghaiist.com, isterinya jatuh sakit ketika dia meninggalkan isterinya untuk mencari rezeki di sebuah lombong arang batu Bandar Tai'an. "Kami baharu sahaja lima bulan berkahwin. Ketika itu saya dapat surat dari keluarga yang mengatakan isteri sakit dan tak mampu bangun. Saya ambil cuti dan pulang ke kampung segera untuk jaga isteri saya," katanya. Penyakit yang menyerang isterinya menyebabkan isterinya lumpuh. Yuai tidak lagi mampu membuat kerja rumah dan terpaksa bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk bergerak. Selama 56 tahun, Yuanfa meletakkan isterinya di atas kerusi roda dan menyorong isterinya ke semua hospital dan jawapan yang diterima oleh doktor-doktor yang merawat isterinya sama. Yuai disahkan tidak mampu berjalan dan makan dengan sendiri, serta tidak mampu melahirkan anak. Menurut Yuanfa, ramai sahabat dan ahli keluarga cuba memujuknya untuk menceraikan isterinya, bagaimana Yuanfa sebaliknya terus setia bersama Yuai. Demi isterinya, Yuanfa sanggup berhenti kerja di lombong arang batu kerana mahu sentiasa menjaga isterinya. Kata Yuanfa lagi, dia pernah memanjat gunung beberapa kali untuk mencari akar dan daun herba untuk menyembuhkan isterinya. Pulang ke rumah, Yuanfa akan mereneh herba itu dan merasa ubat akar kayu yang dibuat terlebih dahulu sebelum memberikan ubat herba itu kepada Yuai. Ia bagi memastikan ubat itu tidak beracun. Pada musim panas, Yuanfa memandikan isterinya setiap hari bagi memastikan isterinya berada dalam keadaan sejuk dan selesa. Manakala bagi setiap musim panas pula, Yuanfa akan mengendong isterinya keluar setiap kali matahari memancar di luar rumah. "Itu semua saya lakukan selama 56 tahun dan saya masih sayangkan dia sehingga kini," katanya lagi. | ||
Google Map, Waze ancam keselamatan negara? Posted: 26 Nov 2015 03:18 PM PST KUALA LUMPUR - Terserah kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkaji dan mengambil tindakan jika merasakan penggunaan aplikasi Google Map dan Waze mengancam keselamatan negara. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jalani Johari berkata, setakat ini kerajaan tidak melihat sebarang masalah pada penggunaan kedua-dua aplikasi tersebut. "Tidak harus dilihat teknologi digital ini sebagai satu masalah kerana ia adalah berkaitan ruang umum dan bukan ruang privasi selain memudahkan masyarakat. "Penggunaan kedua-dua aplikasi itu adalah tertakluk kepada polisi privasi antara pemberi perkhidmatan dan pengguna,"katanya semalam. Beliau menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN, Tenom) yang meminta penjelasan bahawa rakyat terlalu bergantung kepada Google Map dan Waze bagi tujuan pencarian lokasi dan secara tidak langsung maklumat berkaitan Malaysia telah dibekalkan kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Israel. Menurutnya, penggunaan aplikasi itu juga bukan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Akta Peribadi 2010 yang telah di kuatkuasakan kementeriannya. Namun, beliau berkata, kementeriannya bersedia memberikan kerjasama kepada MKN untuk membantu dan menasihati terutama membabitkan isu komunikasi. Katanya lagi, semua pihak tidak harus melihat aplikasi tersebut sebagai penghalang bagi rakyat negara ini menikmati kemajuan teknologi. "Tetapi yang paling penting dan menjadi kebimbangan ialah rakyat terlalu mudah mendedahkan maklumat peribadi mereka dalam alam maya. Rakyat perlu sentiasa berhati-hati,"katanya. Kadar penembusan jalur lebar di negara ini pada tahap 72.2 peratus dengan 22 juta rakyat menggunakan Internet. | ||
‘Kami hormati keputusan Dun Sabah’ Posted: 26 Nov 2015 03:15 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini berkata beliau menghormati keputusan Persidangan Dun Sabah melarang beliau dan rakan sejawatan dalam parti, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu. Larangan tersebut berhubung dengan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel H.Kiranm, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III di Filipina. "Kami tidak sangsi lagi untuk menghormati (keputusan) kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengharamkan kami daripada memasuki (negeri-negeri itu) kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. [ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah sahkan ke Bukit Aman 4 petang esok] Ahli Parlimen Batu, bagaimanapun, berkata larangan itu sepatut dilakukan berdasarkan perlindungan keselamatan dan keamanan rakyat Sabah dan bukan bergantung kepada tohmahan dan dakwaan oleh sesetengah individu. Persidangan Dun Sabah hari ini meluluskan usul khas melarang kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu daripada memasuki negeri itu susulan pertemuan kontroversi dengan Jacel. Jacel telah memuat naik empat keping gambar mengenai pertemuan 9 November itu di akaun Facebooknya, sekali gus mengundang kemarahan pelbagai pihak di negara ini. Tian Chua berkata beliau dan 'tunggu dan lihat'sama ada beliau juga akan dipanggil oleh polis untuk siasatan lanjut selepas mereka meminta Nurul Izzah memberi kenyataan petang esok. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan