Isnin, 3 Ogos 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SUMBANGAN TOK ARAB

Posted: 03 Aug 2015 07:18 PM PDT






SUMBANGAN

TOK ARAB


RM2.6 bilion dalam akaun Najib derma, bukan 1MDB, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan sumbangan penderma.
Ia bukan dari syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa pihak tertentu, katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rm2.6-bilion-dalam-akaun-najib-sumbangan-derma-bukan-duit-1mdb-kata-sprm#sthash.Hk4hzvhe.dpuf


KAH KAH KAH
woit
gwa sudah cakap
laporan wsj betul
laporan the edge betul
laporan sarawak report betul
memang ada duit masuk
gwa sudah cakap 
duit masuk dari tok arab
gwa sudah cakap
ada tok arab bengong
ada tok arab bagi sedekah


SAPA ARAB ITU?


------------------

TANGAN SIAPA PUNYA KERJA

Posted: 03 Aug 2015 06:43 PM PDT





SiLA TEKA

TANGAN SiAPA?

KAH KAH KAH
woit
tangan siapa?
tangan najib?
tangan zahid?
tangan badak?
woit
sudah gila ke
badak mana ada tangan
kah kah kah


APA PUNYA TUUR


------------------

ADA DUA PARTI PAS

Posted: 03 Aug 2015 06:00 PM PDT







KINi ADA DUA 

PARTi PAS

SATU PAS HADi

SATU LAGi PAS

TUAN IBRAHiM


PAS minta Najib jawab 10 soalan objektif

PETALING JAYA: Kegagalan  Najib Razak memberikan jawapan malah mengelak dari menjawab isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca keyakinan rakyat terhadapnya kini semakin merosot.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mendapatkan jawapan yang jelas, beliau memberikan 10 soalan objektif bagi memudahkan Najib menjawabnya.

"Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Najib. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut?" soalnya.

Menulis di status Facebook miliknya, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan versi manakah yang betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut.

Bahkan, beliau juga menggesa agar Najib menjawab persoalan apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan adakah Najib yang meluluskannya.

"Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?.

"Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang dibeli daripada 1MDB.

"Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit. Siapa yang sedang berbohong?" soalnya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut mendesak agar Najib menjawab sama ada adakah beliau sudah memutuskan untuk mengambil tindakan saman terhadap portal berita Wall Street Journal (WSJ).

"Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti  Muhyiddin?

"Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?

"Apakah Datuk Seri bersetuju dengan  Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?" ujarnya.

Berikut 10 soalan objektif yang dikemukakan kepada Najib :





  1. Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?A. Ya
  2. B. Tidak

2. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak

3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?

A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB

B. Versi  Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM

C. Versi  Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah

D. Versi  Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM

E. Versi  Mahathir – duit itu untuk pilihanraya

F. Versi jawapan asal Datuk Seri – Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri

4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan  dan Datuk Seri yang meluluskannya?
A. Ya
B. Tidak

5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?
A. Ya
B. Tidak

6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung  Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB.

Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.
Siapa yang sedang berbohong?
A. Najib Razak
B. Abdul Azeez Rahim

7. Apakah saman WSJ ke belum?
A. Belum
B. Sudah

8. Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti  Muhyiddin?
A. Ya
B. Tidak

9. Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?
A. Ya
B. Tidak

10. Apakah Datuk Seri bersetuju dengan  Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?

A. Ya
B. Tidak



------

BILA NAJIB AKAN DIJEMPUT

Posted: 03 Aug 2015 11:59 AM PDT




JENG JENG JENG
seram yang 
menyeramkam
jeng jeng jeng


'Saya tidak tahu apa yang dibincangkan'

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau tidak tahu apa yang dibincangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin semasa menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada Ahad lalu.

Katanya, pertemuan itu berlangsung secara tertutup antara mereka berdua sahaja, lapor Astro Awani.

"Setengah jam pertama Tuanku bersama Tan Sri Muhyiddin di bilik bacaan.




KAH KAH KAH
woit
satu johor nak tahu
satu malaysia nak tahu
bila pula giliran najib
dijemput datang
mengadap sultan melaka

KAH KAH KAH

-------------

BANGSA JOHOR SAMBUT MUHYIDDIN

Posted: 03 Aug 2015 07:00 AM PDT





TONTON

BANGSA 

JOHOR

SAMBUT 

MUHYiDDiN



SIAPA RAHMAN DAHLAN

Posted: 03 Aug 2015 06:30 AM PDT






SI DAHLAN
Si dahlan punya anak ni makin lama makin aku nak maki je bapa dia ni..ada anak ..sialannya mcm berpanjangan..oii man...ko naik pangkat itu bukan tuah man...itu lubang kubor ko dalam politik..ini mesti kuat makan pingaram masa kek kampung ni ..tak pu ..ini mesti kaki curi bahar orang ni masa duluk duluk...heheheh..man man....patai nah kam alap..dah no pain kam palui palui kami tek...man man...seringgit man...hehehehe on DUIT DARI TOK ARAB
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 8/3/15
RAHMAN DAHLAN
Kah Kah Kah... Rahman Dahlan bukan dari Sepilok! Sepilok tu kat Sandakan! Rahman Dahlan dari Kota Belud! Dekat Kota Kinabalu! Kira asal orang bandar jugalah! Tapi inilah menteri paling kelakar dalam kabinet Najib! Betapa tidak jawatannya ialah Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan! 

Namun sesiapa yang pernah pergi ke Kota Belud akan mendapati inilah bandar yang paling tidak sejahtera! Betapa tidak, lembu-lembu boleh lepak di tengah bandar Kota Belud! Tahi lembu pula bersepah-sepah di sana sini! Memang terasa loya nak makan minum kat sesetengah restoran kerana terhidu bau tahi lembu! Pendek kata memang bandar Kota Belud tempat asal Rahman Dahlan kurang sejahtera! 

Tapi Rahman Dahlan adalah Menteri Kesejahteraan Bandar! Nota kepada Rahman Dahlan: Kasi sejahtera dulu itu bandar Kota Belud bah! Orang Sabah on DUIT SEDEKAH TOK ARAB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/3/15


-------------

LLAGI KESAH DUIT TOK ARAB

Posted: 03 Aug 2015 05:30 AM PDT









NAJiB AKAN 

BUKTIKAN

DUIT DARI


TOK ARAB 

SEDEKAH 

ISU PEMBIAYAAN POLITIK HELAH MENUTUP SKANDAL 1MDB

Sejak beberapa hari yang lepas, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik. Perkara ini mula-mula disebut oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN,  Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri oleh Perdana Menteri,  Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya di Seremban,  Najib mengumumkan kesediaan beliau untuk menyatakan punca kewangan Umno dan penyumbang-penyumbang kepada dana Umno lalu mencabar parti-parti pembangkang untuk turut menyatakan punca kewangan kami.

Operasi harian KEADILAN termasuk membayar gaji kakitangan di ibupejabat, sewa pejabat-pejabat KEADILAN negeri dan perbelanjaan ibupejabat ditampung oleh potongan gaji oleh wakil rakyat KEADILAN. KEADILAN mempunyai 29 ahli parlimen dan 40 ADUN di seluruh negara. Ahli Parlimen dan ADUN di Selangor dan Pulau Pinang (negeri yang diperintah pakatan pembangkang) menyumbang 20% dari gaji bulanan kepada KEADILAN. Ahli Parlimen dan ADUN dari negeri lain menyumbang 10% dari gaji bulanan kepada KEADILAN.

Bagi perbelanjaan lain, KEADILAN mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihanraya. Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual.

Walau bagaimana pun, isu pembiayaan parti-parti politik ini hanyalah helah yang dimainkan oleh Umno dan  Najib Razak. Saya berpandangan bahawa isu ini ditimbulkan untuk menutup dua persoalan besar yang tidak boleh dijawab oleh  Najib  Razak:


1.    Ke manakah wang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB dan benarkah wang itu telah diambil oleh individu-individu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Jho Low?

2.    Kenapakah RM2.6 bilion yang sebahagiannya dituduh turut berasal dari dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri?

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh  Abdul Rahman Dahlan dan  Azalina Othman setakat ini memberi gambaran seolah-olah dana RM2.6 bilion itu kononnya adalah sumbangan dermawan antarabangsa kepada  Najib  Razak dan bukannya dana 1MDB.

Saya tidak terkejut sekiranya  Najib Razak melalui jurucakapnya seperti  Abdul Rahman Dahlan dalam masa beberapa minggu ini akan menjual cerita-cerita berikut:

1.    Dana RM2.6 bilion itu adalah derma dari orang kaya dari Timur Tengah secara peribadi kepada  Najib Razak. Derma itu digunakan oleh  Najib Razak untuk membiayai kempen pilihanraya Umno dan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu

2.    Ada bukti dalam bentuk dokumen bahawa kononnya dana RM2.6 bilion itu adalah derma kepada  Najib  Razak

3.    Oleh kerana dokumen itu, maka pemindahan RM2.6 bilion itu bukanlah berunsur rasuah dan hanyalah sumbangan politik seperti mana kes RM40 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi  Musa Aman, Ketua Menteri Sabah satu ketika dahulu.

4.    Berdasarkan perkara ini, siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Perdana Menteri akan menyimpulkan bahawa tidak ada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja

Isu-isu yang dibawa kebelakangan ini berkaitan pembiayaan parti-parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan skrip yang telah disediakan iaitu siasatan berkenaan 1MDB dan dana di dalam akaun peribadi 1MDB mendapati tiada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia yang celik tidak akan termakan dengan putar alam begini. Saya juga berharap pimpinan Umno yang masih ada sedikit maruah seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengkritik Dato' Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak diperbodohkan dengan cerita dongeng kononnya dana RM2.6 bilion ini adalah sumbangan derma orang kaya Timur Tengah kepada Najib  Razak.

  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN






--------------

PECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 03 Aug 2015 01:11 AM PDT








PARA 

TAHANAN 

JINJANG

DALAM

 PERJALAN 

KE RUMAH 

PASONG 

DANG WANGI

UNTUK 

DIBEBASKAN

SILA BERI

 SOKONGAN


14m
Terkini: OYDS akan diproseskan jaminan Mulai 5pm secara perperingkat. Mohon bersetiakawan 7pm di IPD Dang Wangi.







-----------------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 03 Aug 2015 12:30 AM PDT







iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

ADA ORANG GUNA NAMA NAJIB

Posted: 03 Aug 2015 12:00 AM PDT




 KOMENATR
yang melapor akhbar
the wall street journal
bukan akhbar utusan melayu
bukan akhbar ther star
bukan akbar sinar harian
bukan akhbar harakah
bukan akhbar mek  jah 
ini THE WALL STREET JOURNAL
akhbar yang mewakili kepentingan
kaum pemodal antarabangsa

dokumen siasatan 1MDB 
yang menjadi sumber berita
dinyatakan secara jelas oleh 1MDB
bahawa dokumen ini telah dilihat
oleh peguam negara
telah dilihat oleh perdana menteri
maknanya telah dilihat oleh najib

menafikan bukan satu yang pelik
kalau kita pergi ke penjara
hanpir 95% yang ditahan semuany
TIDAK mengaku bersalah

NOTA
najib razak
wajib terus diburu
sampai dia tumbang





AKAUN SAPA



2112022011880



2112022011906




Sumber kami kukuh, kata WSJ pertahan laporan mengenai Najib

Walaupun dinafikan perdana menteri, akhbar The Wall Street Journal (WSJ) tampil mempertahankan laporannya semalam yang mendakwa berbilion ringgit dipindahkan ke akaun peribadi  Najib Razak, dengan berkata ia bersandarkan maklumat siasatan dan dokumen kukuh.

Bercakap kepada CNBC, Ken Brown, ketua biro WSJ di Hong Kong, berkata pihaknya sangat cermat sebelum menerbitkan laporan itu memandangkan ia melibatkan seorang ketua kerajaan.

"Kami amat berhati-hati dan kami percaya dokumen yang ada pada kami adalah kukuh dan bersumberkan siasatan yang boleh dipercayai, bukan siasatan berniat politik.

"Ia merupakan laporan penting dan kami serius mengenainya.

"Bila-bila ada ketua sesebuah negara... atau ada bukti menunjukkan wang dimasukkan ke akaun, akaun peribadi, dan berkait urusan kerajaan, ia menjadi penuh drama," Brown memberitahu CNBC.


Tambahnya, dokumen yang ada padanya sudah dilihat Peguam Negara dan juga perdana menteri sendiri.

Ditanya sama ada beliau tahu sumber dana tersebut, Brown berkata pihaknya "tahu apa yang mereka tahu", sambil menambah sebahagian dana berasal daripada sebuah unit Kementerian Kewangan, manakala sebahagian lagi menerusi sebuah bank swasta yang ada kaitan dengan Abu Dhabi, yang menurut Brown mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia dan menyokong bon 1MDB.


KAH KAH KAH
woit 
apa makna penafian ini?
ini bermakna ada seorang lagi
jantan bernama najib razak
yang ada akaun dalam ambank
kah kah kah
jantan ini sedang menyamar
jantan yang menyamar inilah
yang buka akaun di bank
yang  rembat duit 1MDB
jantan ini dapat 700,000 dolar
dapat  2 bilion ringgit dari 1MDB
kah kah kah
tugas rakyat malaysia sekarang
ialah cari dimana jantan ini duduk
kah kah kah
mari kita selamatkan
najib razak yang asli
mari kita tibai 
najib razak  yang menyamar

SELAMATKAN

NAJiB RAZAK




-------------------

DEMO WARTAWAN

Posted: 02 Aug 2015 11:00 PM PDT




DEMO 

SABTU iNI

PASAR SENI







808







------------------

DUIT DARI TOK ARAB

Posted: 02 Aug 2015 10:08 PM PDT






SAEKOR LAGI

CAP AYAM 

BARU KELUAR



Wang dalam akauan amanah PM adalah derma daripada penyokong parti yang tidak didedahkan identitinya. More ››


KAH KAH KAH
woit
ini sama macam:
1- telor dalam seluar najib - najib yang punya
2- kentut dari najib - najib yang punya
3- badak sebelah najib yang punya

TAPI
tok arab mana 
nak sedekah jariah 700 dolar
tok arab mana 
nak sedekah jariah 2.6 bilion ringgat
ini mesti tok arab putar alam
kah kah kah

TOK ARAB

----------------

YA AMPOOON

Posted: 02 Aug 2015 09:40 PM PDT







YA AMPOON


KENA

TENDANG
masa anwar 
kena tendang
tak ada sultan 
panggil anwar
masa muhyiddin
 kena tednag
sultan johor 
panggil mengadap

HEBAT











--------------

SATU PERTANYAAN

Posted: 02 Aug 2015 09:08 PM PDT







SiAPA ADA 

TERNAMPAK

KHAiRY 

SAJE TANYA

LAMA HiLANG






--------------

JANJI MUHYIDDIN

Posted: 02 Aug 2015 08:18 PM PDT







JANJi

 MUHYiDDIN


Saya akan terus bercakap tentang 1MDB, kata Muhyiddin

 Muhyiddin Yassin berikrar tidak akan membisu walaupun digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri, kerana beliau masih lagi mempunyai tanggungjawab sebagai timbalan presiden Umno.
Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang di Dewan Pekan Rabu, Kluang, Johor hari ini, beliau berkata, ucapan dan kata-katanya semata-mata demi memastikan Umno terus berkuasa dan kerajaan pemerintah tetap stabil.
"Ya, saya berhadapan sedikit perbezaan pandangan dengan presiden parti. Dalam satu perkara sahaja – 1MDB.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-ikrar-takkan-membisu-walaupun-bukan-lagi-tpm#sthash.DKkWv2B8.dpuf


KAH KAH KAH
woit
ini janji bahaya
ini janji bukan janji capati
ini janji jawa
ini bukan janji bugis street


APA PUNYA TUR

-----------------

ASAL BALIK USUL

Posted: 02 Aug 2015 07:43 PM PDT







BIASANYA

POLiTiKUS

MINTA NAK 

JUMPA SULTAN

INI SULTAN 

NAK JUMPA 

POLiTiKUS

APA MAKNA?


Gambar bersama Muhyiddin-sultan, 'pemimpin sejati' dipuji

Sekeping gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama bekas timbalan perdana menteri  Muhyiddin Yassin  dan menteri besar Johor membawa seribu makna apabila dimuat naik ke Internet petang ini.

Turut bergambar bersama, Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, permaisuri Johor, serta Menteri Besar Johor  Khaled Nordin.

Melalui akaun Facebook bola sepak Johor, yang dinaunginya, TMJ memuat naik gambar mereka bergambar bersama, kemungkinan dalam pertemuan mereka di Istana Serene, Johor Bahru hari ini.

Tanpa menyentuh secara jelas, gambar itu dimuat bersama tulisan memuji "pemimpin sejati",

"Pemimpin sejati tidak mencipta pengikut, mereka membentuk lebih ramai pemimpin," menurut tulisan itu.


Dalam gambar tersebut, TMJ berpakaian baju batik berdiri di sebelah kanan Muhyiddin yang memakai sepasang baju Melayu berwarna merah.

Selepas kira-kira sejam dimuat naik di Facebook JOHOR Southern Tigers itu, tulisan itu disukai oleh lebih 21,000 pengguna Facebook dan hampir 2,000 perkongsian dilakukan serta lebih 500 komen.

Tulisan tersebut memberi pelbagai reaksi susulan pertemuan di Istana Bukit Serene itu.

Thyro Bryan: Daulat Tuanku, demi untuk rakyat jelata mohon Tuanku menasihatkan Pemimpin yang berasal dari negeri Johor supaya tidak memalukan bangsa Johor dengan sikap yang tidak sewajarnya dan mengeluarkan kenyataan yang memalukan bangsa Johor. Ampun tuanku.

Hairul Hisham Zainal Abidin: Harapan tinggi untuk berita baik dari istana Johor. Daulat Tuanku.

Nur Hafizah: Mohon campur tangan raja-raja Melayu membantu kami yang dizalimi pemerintah dan pengikutnya. Perlu ada raja yang bingkas bangun ke hadapan. Najib dah makin melampau.


KAH KAH KAH
woit
ya asal balik usul
dari tanah 
pulang ke tanah 
dari istana 
pulang ke istana
kah kah kah
ni namanya bangsa johor
bangsa johor jangan dihina
kah kah kah
nanti tuanku marah...ooopps.. murka

BETA MURKA
--------------

Tiada ulasan: