Kelab Greenboc |
- Hantu Altantuya Masih Memburu Najib & Razak Baginda
- Afrika Selatan: Mursi Presiden Sah Mesir
- DAP Tak Akan Patuhi Arahan RoS, Bakal Cabar Di Mahkamah
- Penolakan Petisyen: Macam Ada Arahan Dari Pihak Tertentu!
- [BERGAMBAR] Lelaki Ditembak Mati Di Parit Buntar
- Masa Depan Malaysia Bukan Di Tangan UMNO
Hantu Altantuya Masih Memburu Najib & Razak Baginda Posted: 01 Aug 2013 12:30 AM PDT Mahu halau 'hantu' Altantuya? Bahagian Pertama Agak terhibur apabila melihat telatah menteri-menteri Umno secara tiba-tiba berlumba-lumba mahu mempertahankan bos mereka dalam skandal Altantuya-Scorpene yang menjadi taboo. Tindakan mereka ini berikutan sebuah artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar yang kononnya mahu menyanggah kepercayaan orang ramai bahawa Altantuya Shaariibuu yang dibunuh ada kaitan dengan skandal rasuah dalam pembelian kapal selam itu. Sejak beberapa tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikaitkan dengan pembunuhan kejam ke atas wanita cantik Altantuya. Namun dakwaan bahawa Najib terlibat dengan skandal ini cepat-cepat disanggah tanpa disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa, termasuk polis dan mahkamah memandangkan isu ini sangat sensitif untuk diperbincangkan. Tetapi kenapa pemimpin-pemimpin Umno memainkan isu ini sekarang? Adakah ini merupakan satu percubaan untuk membersihkan nama Najib dari pautan stigma ini bagi mencerahkan peluangnya untuk terus memperkukuhkan kedudukannya menjelang pemilihan pemimpin dalam parti Umno hujung tahun ini? Atau mereka ingin mempengaruhi pendapat orang ramai menjelang kes rayuan daripada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya di mahkamah rayuan? Apa pun niat mereka, tidakkah langkah ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mempertaruh nasib ke atas seseorang yang tiba-tiba muncul untuk membersihkan imej Najib yang sekian lama sudah terpalit sedang langkah ini mungkin boleh melantun semula ke arah mereka dan merugikan mereka. Pada 27 Julai lalu, akhbar milik Umno, The New Straits Times menyiarkan wawancara dengan Jasbir Singh Chahl, orang tengah yang disifatkan sebagai arkitek urus niaga Scorpene. Beliau sudah tentu menjelaskan bahawa Altantuya tidak ada kena mengena dengan urus niaga berjumlah RM7 bilion itu dan 114 juta Euro (RM500 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, bukannya rasuah tetapi bayaran perkhidmatan. Serangan balas Dengan melancarkan artikel Jasbir ini, menteri-menteri Umno selepas seorang demi seorang secara tiba-tiba melancarkan serangan kembali terhadap para pengkritik skandal itu. Mereka menuduh para pengkritik "mencipta pembohongan dan skandal" untuk "mencemar imej negara dan para pemimpin". Malahan mereka turut mendesak polis mengambil tindakan terhadap dakwaan pembohongan ini yang kononnya memburuk-burukkan nama baik Perdana Menteri. Mereka termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tetapi dalam suasana kelam kabut untuk mempertahankan Najib, ketika berlangsung urus niaga dan kejadian pembunuhan Altantuya itu menjadi menteri pertahanan, mereka terlepas pandang dua kelemahan cerita Jasbir. Pertama, Jasbir Singh adalah orang tengah dalam dunia perniagaan persenjataan di peringkat antarabangsa dengan negara-negara sedang membangun di mana rundingan di bawah meja sudah menjadi kebiasaan. Sebab inilah yang membuat Jasbir menghilangkan diri sejak beberapa tahun lalu ketika mana skandal sedang hangat diperbualkan. Maka, apakah kuasa atau kredibiti yang beliau miliki untuk kita memberi pertimbangan kepada isu hubungan intim Najib dengan Altantuya dan elemen rasuah dalam urus niaga ini? Dan atas dasar apa menteri-menter Umno boleh mempercayai kata-kata Jasbir sebagai hakikat kebenaran untuk melancarkan serangan balas dan mempertahankan Najib? Kedua, meskipun jika Altantuya tidak terlibat dengan urus niaga Scorpene sepertimana yang didakwa Jasbir (tidak dapat dipastikan lagi) fakta ini tidak sepatutnya menjadi halangan terhadap dakwaan yang dibuat terhadap Najib mengenai hubungan intimnya dengan Altantuya atau amalan rasuah melalui Perimekar. Tuduhan-tuduhan ini berdiri sendiri berdasarkan merit fakta yang berkait dengan dua isu melibatkan individu-individu (dan tidak dikira satu) yang didedahkan melalui pendengaran awam yang sahih dan berwibawa. Senario mahkamah Maka apakah fakta-fakta dalam kes pembunuhan Altantuya? Jika pemimpin-pemimpin Umno memikirkan bahawa rakyat Malaysia mudah lupa seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, ketika mana urus niaga Scorpene dirunding dan dimuktamadkan, beliau menjadi perdana menteri, maka mereka salah. Terdapat nanti beberapa drama yang hebat, lagi menakjubkan, dalam kes yang akan berlarutan untuk terpahat dalam ingatan dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Sebagai contoh, siapa yang dapat melupakan senario mahkamah yang menakjubkan melibatkan ketiga-ketiga pihak – pendakwaraya, penguambela dan hakim. Mereka bekerjasama dan bersubahat dalam menyembunyikan bahan bukti berupa gambar yang menunjukkan Altantuya, Najib dan Abdul Razak Baginda sedang menikmati jamuan makan di sebuah restoran. Razak ialah orang kepercayaan Najib. Saksi Ms Burmaa Oyunchimeg, sepupu Altantuya, memberi keterangan pada 29 Jun 2007 (hari ke 10 perbicaraan) bahawa Altantuya menunjukkan sekeping gambar di Hong Kong sekembalinya (Altantuya) dari lawatan ke Peranchis. Tetapi sebelum saksi tersebut dapat memberi keterangan lanjut, beliau diarah oleh mahkamah untuk menyentuh subjek lain, walaupun dibantah oleh para peguam dari kedua-dua belah pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung bahan bukti ini. Angkat sumpah Gambar itu, jika terbukti, dapat mendedahkan bahawa angkat sumpah Najib bahawa beliau tidak pernah menemui "wanita itu" sebagai satu pembohongan. Sebaliknya, jika angkat sumpah Najib adalah benar, kenapa mahkamah yang kelihatan mahu mempertahankan Najib, tidak membenarkan Burmaa untuk disoalsiasat lebih lanjut agar kepalsuan gambar tersebut dapat didedahkan bagi membebaskan Najib dari pertuduhan? Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi rakyat Mongolia memberi keterangan pada 26 Jun (hari ketujuh) bahawa rekod komputer imigresen mengenai dirinya, Altantuya dan seorang lagi teman telah dipadamkan secara misteri. Ini sungguh memeranjatkan kerana dari mengambil rekod ini sebagai satu bahan bukti yang bernilai dalam kes pembunuhan itu, kedua-dua belah pihak pendakwaan dan pembelaan menolak cadangan bahawa bahan bukti itu tidak relevan dan agar dibuang. Siapakah yang bertanggungjawab agar rekod imigresen ini dipadamkan jika beliau bukan seorang yang berpengaruh dan berkuasa? Apa sebabnya mereka menolak bahan bukti seperti ini dalam mahkamah, jika tidak bertujuan untuk menghalang bukti-bukti pembunuhan itu dapat dikesan sehingga ke peringkat yang tertinggi? -FMT |
Afrika Selatan: Mursi Presiden Sah Mesir Posted: 01 Aug 2013 12:01 AM PDT Penggulingan Muhammad Mursi dari kerusi Presiden Mesir masih terus menghasilkan kecaman dari dunia antarabangsa. Jabatan Hubungan dan Kerja Sama Antarabangsa Afrika Selatan menolak kekerasan yang terjadi di Mesir, termasuk penggulingan Mursi yang tidak berperlembagaan. Tindakan tersebut, kata kementerian, melanggar piagam dan norma-norma Kesatuan Afrika. "Afrika Selatan bergabung dengan masyarakat untuk pembebasan Presiden Mursi tanpa syarat, begitu pula tahanan politik lainnya sejak perubahan yang tidak sesuai dengan perlembagaan," ujar kementerian dalam pernyataan rasminya seperti disiarkan oleh Star Africa, Rabu (31/7). Afrika Selatan juga sangat prihatin terhadap tingginya jumlah kematian di antara penunjuk perasaan. Khususnya mereka yang menunjuk perasaan menentang penggulingan presiden yang telah dipilih secara demokrasi. Kementerian menambahkan, kekerasan melawan perhimpunan yang sah atau damai bukan bahagian dari demokrasi. Pemerintah Mesir telah membalas pernyataan Afrika Selatan ini. Kementerian Luar Negeri Mesir menyatakan, pernyataan itu sama saja pengkhianatan, bahkan pengabaian keinginan rakyat Mesir. Menurut Kementerian Luar Mesir, pernyataan itu menjadi paradoks kerana Mesir adalah negara yang mendukung Afrika Selatan melawan apartheid. Tapi, Afrika Selatan justeru mengeluarkan pernyataan negatif dari usaha rakyat Mesir menciptakan demokrasi. "Penunjuk perasaan menggunakan senjata api dan bom molotov," tuduh Kemnterian Luar Mesir yang dikutip dari al-Marsy al-Ayoum, Rabu (31/7). Panglima Angkatan Darat Osama Askar menyatakan, saat ini kubu Islam berusaha memecah belah tentara Mesir. Tapi, dia menegaskan mereka takkan terpecah belah. "Pasukan bersenjata memiliki ikatan sangat kuat," katanya. Konflik Mesir sudah berlangsung sejak Mursi digulingkan pada 3 Julai lalu dan mengakibatkan puluhan orang meninggal. Presiden Barack Obama meminta senator Parti Republik untuk mengunjungi Mesir. Dia meminta dua anggota senior John McCain dan Lindsey Graham untuk bertemu dengan pemimpin tentera dan Ikhwanul Muslimin untuk membicarakan krisis di negeri itu. Seperti dikutip Aljazirah, Graham mengatakan, Obama meminta dia dan McCain berangkat ke Mesir minggu depan. Graham menambahkan, baik beliau maupun McCain memiliki tujuan untuk menyampaikan pesanan kuat bahwa Mesir harus berada pada pemerintahan sivil. Tentera, menurutnya, harus memberikan jalan bagi negeri itu guna menyelenggarakan pemilihan umum dan bergerak ke arah yang lebih inklusif dan demokrasi. Dia juga menyatakan, menangkap pemimpin pembangkang, iaitu Ikhwanul Muslimin, makin memperlihatkan kalau pemerintah sementara dan tentera melakukan kudeta. McCain menambahkan, dia dan Graham akan cuba untuk membantu proses pembentukan semula di Mesir. "Kami memiliki kredibiliti dengan semua orang di sana, semua kumpulan yang berbezaa di sana," kata dia. |
DAP Tak Akan Patuhi Arahan RoS, Bakal Cabar Di Mahkamah Posted: 31 Jul 2013 11:05 PM PDT DAP enggan patuhi arahan RoS adakan pemilihan semula DAP tidak berpuas hati dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang meminta parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa parti, kata Lim Guan Eng. Setiausaha Agung DAP itu juga meminta penjelasan RoS, dari sudut mana mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan parti yang dijalankan Disember lalu mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966. Beliau berkata, RoS perlu menjelaskan peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai bagi meminta DAP untuk mengadakan semula pemilihan parti. Sementara itu, Gobind Singh Deo yang turut hadir sidang media itu, berkata berdasarkan Seksyen 16 (1), RoS tiada kuasa untuk mengarahkan DAP bagi mengadakan semula pemilihan parti. Katanya, perkara yang tidak berlandaskan undang-undang tidak wajar untuk dipatuhi dan DAP akan mengantar surat kepada RoS esok bagi meminta penjelasan lanjut. "Kami tidak akan menemui RoS tetapi hanya mengirimkan surat dan berharap RoS segera memberi jawapan kerana ini menjadi perhatian kami saat ini. "DAP juga tidak menolak kemungkinan untuk mencabar keputusan RoS di mahkamah tetapi biar kita lihat dahulu jawapan RoS," katanya, menjawab soalan pemberita di ibu pejabat DAP malam ini. Awal bulan ini, Bernama melaporkan, bekas Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G Asoghan mendakwa seramai 547 orang dikenal pasti sebagai 'perwakilan haram' dari Pulau Pinang mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu. Mendakwa perwakilan haram itu mengundi bagi memastikan 'Dinasti Lim' terus berkuasa dalam DAP, beliau meminta Lim memberi senarai lengkap perwakilan yang layak hadir bagi membuktikan tiada pengundi haram. Awal tahun ini, media melaporkan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal pada pengiraan undi CEC DAP.
|
Penolakan Petisyen: Macam Ada Arahan Dari Pihak Tertentu! Posted: 31 Jul 2013 08:15 PM PDT PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama. PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah. Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi. "Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama. "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu. "Kita juga melihat keputusan tersebut seperti mendapat arahan dari pihak tertentu kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa," sambung beliau. Tutup penyelewengan? Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu keputusan tersebut seperti sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas. Katanya, kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul. Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri. "Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut. "Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain," kata Salahuddin. Sementara itu PAS akan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, Peguam Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja). -HD
|
[BERGAMBAR] Lelaki Ditembak Mati Di Parit Buntar Posted: 31 Jul 2013 05:15 PM PDT Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar, lapor harakahdaily. Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan. Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut. Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut. Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian. Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal. Menurut laporan polis, mangsa juga pernah mempuyai 5 rekod jenayah lampau.
ULASAN GB baru semalam GB ulas, petikan: Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah. Dan nampaknya, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini. Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan. |
Masa Depan Malaysia Bukan Di Tangan UMNO Posted: 31 Jul 2013 05:31 AM PDT Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi kepada pimpinan UMNO Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu, itu tidak jadi masaalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukan nya. Apa yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang UMNO sibuk hendak paksa cina bercakap dan menjuarai Melayu mengapa? Kita lah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila saya sebut 'kita' tidaklah bermakna , Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal2 kepentingan bangsa Melayu. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai bansga Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang menggunaknan nama bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi. Ini kita tak terima. Najib sebagai pemimpin terrtingi UMNO memperlihatkan betapa lemah nya dia dalam menjaga kepentingan Melayu. Dalam masa pentadbiran PM yang dulu2- MIC hanya diperuntukkan satu kerusi menteri. Yang lain hanya layak jadi timbalan menteri. Sudah parti tersebut minority, tapi Najib memberi mereka tempat prominent dalam cabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam pentadbiran negara? Mana ada wanita UMNO jadi menteri penuh? Najib meletakkan wanita dari Sarawak jadi Menteri Penuh yang tak tahu latar belakang di Semanjung. Apa sudah jadi dengan Najib? Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pimpinan UMNO? Ada yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan dikalangan orang Melayu? Ada orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu? Jika tak berani, ketepi- saya boleh buat demikian. Saya boleh bercakap dan bersuara untuk bangsa saya dimana orang UMNO bacul dan tak berani. Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinan nya mementingkan diri sendiri. Asset orang Melayu seperti tanah, hartabenda, saham tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54billion yang diperuntukkan dibawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk mengayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus asset bagi pihak orang Melayu. Tanah reseb Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan tidak di ganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu. GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya. PNB misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan belanja berbilion Ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? kalau berbilion Ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividend bukan kah itu lebih baik untuk orang Melayu? Komitment dan dedikasi pada perlaksanaan dasar2 yang menguatkan orang Melayu tidak mengiringi deklarasi dan pengucapan. Pimpinan UMNO lebih mengutamakan jeritan dan pekikan slogan daripada memberi isian kepada pengucapan. Najib terutama nya, lebih menyerlah pada segi melaungkan itu dan ini, tapi laungan tersebut tidak berisi. Menjelang Perhumpian Agung UMNO pada bulan Disember ini, pelbagai spekulasi telah dibuat. Adakah Najib akan dicabar? Jawapan rengkas nya, ya dia akan dicabar. Pencabar nya ialah Muhyidin Yassin. Walaupin Muhyidin dilaourkan sebagai berasa letih untuk berlawan, dia tidak ada pilihan lain. Jika dia tidak mencabar, dia akan di pinggirkan sedikit demi sedikit. Bukan rahsia lagi, Najib membarisi tenaga2 untuk mengepung dan mengekang Muhyidin. Jika Muhyidin tidak berbuat sesuatu, masa depan nya akan gelap dan masa depan UMNO sebagai sumber pengharapan orang Melayu pun akan muram. Ketika Pak Lah hanya memenangi 140 kerusi parlimen tapi undi popular nya 51%, Muhyidin mengepalai gerakan untu mengusir Pak lah. Akhirnya Pak Lah terpaksa berhenti jadi presiden UMNO dan PM. Menantu nya tinggal dalam kegelapan manakala pimpinan setara dengan KJ mendapat tempat dalam pentadbiran negara. Jika Muhyidin tidak menggesa Najib berhenti, maka dia akan dilihat sebagai tidak konsisten. Ternayata Najib gagal dalam banyak hal. Twitter nya dan blog nya tidak akan dapat menyembunyikan kekosongan dalam diri Najib. Dia hanya lebih dari segi bentuk, tapi kurang dalam segi isi. Dia gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan dibawah Pak lah dimana MCA menang 15 kerusi. Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang, ada 12 ADUN pembangkang dalam dewan undangan negeri. ETP, GTP nya lebih indah khabar dari rupa. Dari jauh kelihatan jelita, bila dekat mendukacitakan. Itu kita bincang dibahagian lain. -sakmongkol |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan