Jumaat, 8 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Lagi Program Pembangkang Di Halang, Kali Ini Anwar Sendiri Jadi "Mangsa" Di Felda Bukit Kuantan !

Posted: 08 Feb 2013 06:57 AM PST


[Program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Bukit Kuantan, dihalang oleh beberapa kumpulan anak muda petang tadi. Program yang sepatutnya bermula jam 5.45 itu akhirnya dibatalkan selepas Ketua Umum PKR itu mengambil keputusan untuk berpatah balik ke lokasi lain di Cenderawasih, Kuantan (Parlimen Indera Mahkota) akibat tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingin. Menurut sumber, hampir 20 orang anak muda yang bukan dilihat bukan anak tempatan menunggu ketibaan rombongan Anwar di kesemua lokasi masuk ke Felda terbabit. Tidak cukup dengan halangan manusia, mereka juga meletakkan beberapa buah lori yang bertujuan untuk menghalang kenderaan masuk. Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas tragedi serangan di program ceramah Mazlan Aliman dekat Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor. Seperti biasa, dapat dilihat beberapa orang anggota polis juga ada bersama mereka. Tidak dapat dipastikan, polis memantau atau sebaliknya. Namun, jika dilihat kepada kejadian di Sungai Tengi, kemungkinan senarionya adalah sama. Apapun, mujurlah tiada insiden lebih buruk berlaku. Orang ramai yang menunggu Anwar di lokasi ceramah akhirnya beramai-ramai keluar selepas mengetahui rombongannya dihalang. Kawalasan pintu masuk dibuka semula selepas kesemua mereka mendapati rombongan Anwar telah berpatah balik meninggalkan lokasi terbabit. Apapun kejadian ini adalah satu agi cara untuk menghalang program Pakatan Rakyat dalam sebuah negara demokrasi berpelembagaan seperti Malaysia ini. Ia jelas bercanggah dengan hak-hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tambahan pula parti pembangkang adalah pertubuhan yang sah dari segi undang-undang. Felda Bukit Kuantan terletak dalam DUN Sungai Lembing kawasan Parlimen Paya Besar. Apapun, semua yang berlaku ini menambahkan amarah rakyat kepada BN pada Pilihanraya umum ini sebenarnya].

Panas: Apa Sudah Berlaku Dengan Artis Kita? Konflik Keluarga Pun Boleh Jadi Bahan Hiburan Di Youtube !

Posted: 08 Feb 2013 06:15 AM PST

Stesen radio Hot FM pagi tadi (Jumaat)  berjaya menyiarkan ke seluruh negara audio terbaharu penyanyi Shila Amzah (foto) yang menyampaikan lagu "Ombak Rindu" sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad. Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila. "Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya. Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM. Sejam selepas itu, rakaman berkenaan tidak dapat diakses lagi menerusi laman "YouTube" milik Shila. Bagaimanapun ia sempat diambil oleh individu lain Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyayi Hafiz dan Adira. Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz. Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala. Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut. Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya. Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya. Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran. Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama. sumber



[Paparan yang dibuat ini bukanlah bertujuan untuk menghina, namun ia merujuk kepada tindakan radio Hot FM yang terlebih awal menyiarkannya secara eksklusif pagi tadi. Cuma, pengajaran yang perlu diambil oleh semua pihak ialah usah benarkan diri anak-anak anda terjerumus ke dunia artis baik menjadi penyanyi atau pun pelakon. Ini kerana dunia artis penuh dengan tipu daya dan sekadar lakonan semata-mata. Lihat apa yang berlaku kepada Allahyarham Yahya Sulong serta lain-lain artis terkenal tanahair. Ketika nama mereka dijulang, mereka idola dan menjadi kegilaan peminat. Walhal ada artis yang hidupnya melarat dan malah lebih teruk dari itu sebenarnya. Lihat apa yang berlaku kepada Sazali anak Tan Sri P.Ramlee?. Makanya, apa yang berlaku kepada Shila Amzah iaitu salah seorang artis yang berani bertudung membuat persembahan di khalayak ramai. Namanya baru saja dijulang selepas menjadi juara satu pertandingan nyanyian di China baru-baru ini. Tiba-tia ini pula yang berlaku kepada beliau. Cuma, usahlah membuat video yang boelh ditonton oleh orang ramai secara percuma atas masalah peribadi atau keluarga. Ia boleh menimbulkan senario yang tidak baik untuk keluarga beiau sebenarnya.  Kenapa perlu menyanyi dan bermain gitar dikala dirundung derita, sepatutnya beliau kembali sujud kepada Allah dan memohon petunjuk dariNya agar masalah dapat diselesaikan secara berhemah. Langkah membuat Youtube atas masalah peribadi seperti ini jelas sekali memalukan keluarganya. Jangan biarkan anak anda terjebak dengan dunia artis!]

Panas: Walau Di Delete, Video Provokasi Jahat Felda Untuk Serang Ceramah Mazlan Aliman Di Sebar Lagi !

Posted: 07 Feb 2013 11:39 PM PST


[Inilah dia yang dinamakan, "mereka merancang, namun perancangan Allah itu yang lebih utama dan hebat" sebenarnya. Bayangkan, belum pernah terjadi dalam Malaysia sejak zaman berzaman satu mesyuarat perancangan jahat untuk menghuru-harakan negara telah tersebar dengan meluaskan di dalam internet terutamanya laman Youtube. Kini, segalanya sudah terbongkar dan yang paling menarik dipercayai mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sungai Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, Umno, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lainnya. Motif menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata-mata ANAK kononnya pertubuhan haram. Difahamkan mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang-undang seterusnya. Paling mengejutkan apabila Pengurus terbabit dengan jelas mengatakan pihak polis sendiri yang mengarahkan mereka membuat huru-hara untuk menganggu program tersebut. Selama ini, mereka kata hanya fitnah bila rakyat mengatakan polis bersikap "double standard" dalam menjaga keamanan rakyat di negara ini. Sekarang sudah terbukti apabila video panas ini akhirnya berjaya dibongkarkan walau pun video yang asalnya telah dipadamkan semula oleh pihak berkenaan]

Panas: Terbongkar, "Pihak Berkuasa" Rupanya Beri Lampu Hijau "Provokasi Felda" Dekat Sungai Tengi !

Posted: 07 Feb 2013 06:22 PM PST


[Paparan video panas ini sungguh mengejutkan kerana ia dirakamkan dalam mesyuarat khas yang diadakan bagi tujuan melakukan provokasi dan huru hara terhadap program Mazlan Aliman di Sungai Tengi ini sebenarnya. Tambah mendukacitakan mereka dengan jelas menyebut pihak berkuasa "merestui" apa yang mahu dibuat itu. Apa makna semua ini?. Pihak berkuasa bersama merancang dengan orang yang mahu melakukan huru hara dan menjejaskan keselamatan dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Sungguh tidak diduga namun sudah dijangka perkara ini sejak sekian lama. Namun perbincangan dalam mesyuarat seperti ini menjadi bukti bahawa pihak berkuasa sememangnya memberi lampu hijau kepada budaya samseng dan keganasan dalam negara kita. Tambahan pula menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Soalnya sekarang apakah wajar semua ini berlaku, dimana undang-undang negara?. Patutlah ketika pembangkang diserang dalam apa jua program, pihak berkuasa seolah-olah mendiamkan diri dan enggan memberikan kerjasama terbaik bagi menghalang ia terjadi. Apapun, sungguh malang sekali apabila video ini akhirnya dikeluarkan dari laman Youtube oleh pemiliknya. Mungkin kerana gusar akan dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan maka ia terpaksa dilakukan. Namun, sebelum didelete sudah ribuan rakyat Malaysia seantero dunia menyaksikan adengan memualkan ini sebenarnya. Justeru, rakyat digesa bangkit melakukan perubahan jika mahu kedaulatan undang-undang negara itu dipertahankan untuk generasi akan datang].

Panas: Bekas Tahanan ISA Di Tangkap Semula Kerana Di Syaki Masih Terlibat Rancang Aktiviti Keganasan !!

Posted: 07 Feb 2013 04:06 PM PST

PETALING JAYA, 8 Feb - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat (foto), seorang lelaki dan wanita ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan. Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan. "Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," demikian menurut kenyataan ringkas itu. Polis bagaimanapun tidak menyiarkan nama tahanan terbabit. Namun, difahamkan salah seorang daripada mereka adalah Yazid yang pernah ditahan dibawah ISA pada Disember 2001 kerana didakwa terlibat dengan rangkaian Jemaah Islamiah dan dibebaskan tujuh tahun kemudian. Seorang lagi lelaki yang ditahan dipercayai pekerja Yazid, dikenali sebagai Mohd Hilmi Ahsin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan aktiviti keganasan dan disifatkan sebagai ancaman peringkat tertinggi. "Kami percaya mereka ada kaitan dengan aktiviti keganasan," katanya selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kakitangan kementerian itu semalam. sumber



[Ramai yang terkejut dengan tindakan penahanan terbaru ini. Ternyata kenyataan kerajaan UMNO BN dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mahu menghapuskan ISA adalah omongan kosong semata-mata. Apa yang berlaku, ada undang-undang baru yang dicipta untuk membuat tindakan yang sama seperti ISA iaiti penahanan tanpa bicara. Tindakan yang dilakukan ketika Pilihanraya Umum Ke-13 yang begitu hampir tiba ini jelas mengambarkan bahawa kerajaan tidak cakna kepada kehendak rakyat. Malah, dengan cara ini juga pasti akan memudahkan kejatuhan UMNO BN pada PRU13 nanti. Tambahan pula bila rakyat melihat janji Najib untuk hapuskan ISA itu rupanya adalah retorik politik semata-mata. Akhirnya rakyat terus ditipu oleh pihak berkuasa dengan terang dan nyata. Justeru, rakyat digesa bangkit melakukan perubahanpada Pilihanraya Umum akan datang jika mahu kehidupan lebih adil dan saksama dibawah satu sistem pemerintahan yang lebih mengutamakan kehidupan rakyat sebenarnya].

Tiada ulasan: