Jumaat, 1 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Aduh Mah... sakitnyer!!

Posted: 01 Jun 2012 08:15 AM PDT







Rating Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Mei jatuh sedikit ekoran kemerosotan sokongan di kalangan responden belia dan bukan Melayu.

Menurut pusat kajiselidik bebas - Merdeka Centre - rating keseluruhan Najib merosot daripada 69 peratus pada bulan Februari kepada 65 peratus pada bulan Mei 2012.

Rating beliau merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India.

Menurut kajiselidik itu, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan 5 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Sokongan untuk perdana menteri di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot sedikit, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun pada tahap sederhana 61 peratus.

Pengendali kajiselidik itu berkata kemerosotan populariti Najib itu berlaku tiga minggu selepas perhimpunan raksasa BERSIH 3.0.-Mkini

Tiada ulasan: