Jumaat, 1 Jun 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


SPRM Pula Di Kerah Untuk Kenakan Anwar

Posted: 01 Jun 2012 01:03 AM PDT

Wah cepat dan pantas sekali SPRM bertindak ke atas pendedahan bloger yang kini berada di tanah asing Raja Petra Kamarudin yang mendakwa kononya beliau memiliki fail rahsia timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan melakukan rasuah.

Raja Petra seorang bloger yang mempunyai banyak bapak tiri (god father) kini berada di luar negeri kerana mengelakkan untuk didakwa di mahkamah atas beberapa kes. Kata Raja Petra fail tentang rasuah Azmin itu diberikan oleh bekas pegawai SPRM kepadanya.


Bloger satu ini, sebelum ini banyak telah mendakwa memiliki rahsia peribadi para pemimpin negara ini yang mana kebenaran rahsia dan maklumat dimilikinya jauh meleset dan ia hanya sebuah ilusi beliau yang kini kesepian di luar negara saja. Mungkin orang masih ingat bagaimana dia membuat surat sumpah kononnya ada memiliki beberapa dokumen mengenai siasatan ke atas Altantuya Sharribuu yang mati dibunuh kemudian jasadnya diletup.


Ekoran pendedahan itu, Raja Petra yang kononnya mengaku mendapat maklumat dari seorang pegawai tinggi tentera menyebabkan pegawai yang tentera berkenaan yang masih bertugas dikenakan tindakan tatatertib.


Selain itu beliau mendakwa memiliki segulung dokumen lagi yang diterima dari berbagai pihak mengenai berbagai skandal bertaraf dunia. Cara Raja Petera mengestbelishkan dirinya seolah-olah beliau adalah bank rahsia orang politik di Malaysia ini.

Berbalik kepada sikap cergas SPRM untuk membuka siasatan berhubung apa didakwa bloger yang berkepala goling ini (botak) ia agak anih dan menghairankan sedikit. Kenapa SPRM begitu cepat membuat siasatan sebaik saja perkara itu didedahkan. Dalam hal ini kenyataan tindakan segera SPRM yang membuat laporan polis terhadap pendedahan Raja Petra itu membolehkan badan itu menyiasat sesuatu menakjubkan. Apakah bukan keutamaan untuk SPRM memanggil Raja Petra terlebih dulu untuk mengesahkan maklumat yang didakwa itu?

Menurut laporan Panel Operasi SPRM akan bermesyuarat esok untuk membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin di dihentikan. Nampaknya isu kini bukan tertumpu kepada Azmin tetapi meluas kepada Anwar Ibrahim pula.

Menurut pengarah siasatan SPRM Mustafar Ali bahawa panel itu membincang dakwaan Raja Petra kerana menurutnya jiwa benar siasatan itu akan dilakukan. Alasannya siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu berlalu? Cara SPRM menguar-uarkan apa yang masih kabur kepada umum seakan satu permainan politik untuk menimbulkan keraguan umum kepada orang ramai.

Saya tertarik dengan penjelasan SPRM itu sesuatu kes jenayah (rasuah) tidak ada tarikh lupus. Ini bermakna kalau selepas ini kerajaan UBN tumbang kerajaan baru boleh mengarahkan polis, SPRM dan peguam negara membuka semula segala macam kes yang dilipat di bawah karpet sebelum ini.

Kenyatan Mustafar itu seakan siasatan berkaitan apa didedahkan oleh Raja Petra itu bukan lagi menjurus kepada Azmin tetapi kepada Anwar Ibrahim. Apakah SPRM akan menyiasat Anwar atas salah guna kuasa serperti mana pernah didakwa semasa Anwar jadi TPM itu yang meminta pegawai polis supaya melakukan gertakan ke atas seorang betina yang telah cuba mengaibkan dan memfinah Anwar apabila Anwar menolak luapan nalurinya?

Tidak mustahil itu akan diberlaku. Mungkin sudah ada pakatan di dalam hal ini dengan Raja Petra dijadikan alat atau pun sumber untuk membolehkan SPRM menyiasat Anwar atau membuka segala macam kasus membabitkan Anwar dan para pemimpin PKR lain. Kita kena faham kedudukan UBN kini yang makin mendesak dan sudah berjalan atas bara api.

Logiknya sekira dakwaan Raja Petra itu benar pihak yang seharusnya perlu disiasat ialah Raja Petra sendiri dan orang yang memberi fail itu kepadanya. Sang pemberi fail itu adalah orang pertamah yang pecah amanah dan menyalahgunaan kuasa. Tanpa menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas kedua mereka adalah tidak adil dan wajar untuk SPRM menyiasat Anwar dan Azmin.

Nampaknya usaha untuk mengena dan memenjarakan Anwar tidak pernah berhenti dan akan dilakukan sehinggalah UBN dan Najib Razak merasakan parti itu akan menang dalam pilihan raya. Di sini saya ulangi sekali lagi apa yang pernah saya ramalkan; pilihan raya tidak akan diadakan selagi Anwar Ibrahim tidak ditolak masuk ke dalam penjara? Ramalan ini nampak makin menjadi realiti.

Dipetik dari - http://msomelayu.blogspot.com/


Ke Putrajaya: Mudah disebut tapi jalan berliku

Posted: 01 Jun 2012 12:40 AM PDT

ALOR SETAR, 1 Jun: Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.

"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir.


PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.

"PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.

"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi.

Himpunan pagi tadi diisi dengan ucapan ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS dan dilengkapi dengan amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Petang ini pula program akan diteruskan di Stadium Darul Aman dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus, pidato anak muda dan sketsa dari selebriti Bob Lokman.

Malam ini pula akan diisi dengan acara kemuncak iaitu munajat perdana dan ceramah pimpinan utama.


Harussani Yang Miang Dan Gatal Mulut

Posted: 31 May 2012 04:49 PM PDT

Saya nak perbetul fahaman Harussani'

KOTA BHARU: "Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal," kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas.

Nik Aziz yang 'naik angin' dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini.


"Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil.

"Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam.

Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan.

Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding. -hm

Nik Aziz: Mufti boleh jadi perantara, tapi bukan serang

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya bijak menangani isu perpaduan serta pandai menjaga sempadan dengan tidak mencerobohi urusan orang lain.


Beliau berkata, mufti boleh menjadi orang tengah dalam sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak sahaja.


"Mana mungkin menjadi orang tengah jika sekilas percakapan yang terungkap, orang dah tahu kita di sebelah mana. Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu tapi mesti ingat, tiada asas kekuatan untuk bersatu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu.


"Pas amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.


"Mana-mana pihak khususnya orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam," kata beliau.


Selain itu kata Nik Aziz: "Begitu juga harus dipersoalkan kenapa Umno boleh menerima kebangsaan dan menolak perjuangan politik Islam?"


"Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga," kata beliau.


Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada kenyataan Harussani kelmarin.


Katanya, membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu sepertinya, bukanlah satu akhlak terpuji dan amat malang apabila akhlak itu menjadi 'pakaian' seorang mufti. -SH



UMNO Bawa Anak-Anak Muda Lontar Batu

Posted: 31 May 2012 04:07 PM PDT


Kawalan Media Baru - Ugutan Atau Ketakutan?

Posted: 31 May 2012 07:34 AM PDT



Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab?? terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.

Secara ringkasnya,

sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda,
halaman Facebook Page anda,
tweetjack akaun Twitter anda,
mahupun dengan "menumpang" talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.


Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.

Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya. …dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong.

Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

http://panggungopera.blogspot.com/2012/05/geng-fitnah-pakatan-susah-hati-lepas-ni.html


Calon PRU13 - Nasharuddin Mat Isa Buat-Buat Terkejut Pulak..

Posted: 31 May 2012 05:09 AM PDT


Usul Tergempar Parlimen - Penjualan Rahsia Pertahanan Negara

Posted: 31 May 2012 02:56 AM PDT

Saya akan memohon agar satu usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang seperti berikut:

'Usul Tergempar untuk dibahas di Parlimen - mengenai pendedahan isu komisen dan penjualan dokumen rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis seperti yang didakwa oleh SUARAM di Bangkok pada 30 Mei 2012 yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.'


Sementara itu, rakyat berhak menuntut agar Perdana Menteri memberikan kenyataan mengenai perkara ini dengan segera kerana jika benar - wujud kemungkinan bahaya besar kepada keselamatan negara bukan sahaja mengenai operasi kapal selam Scorpene, tetapi juga maklumat rahsia pertahanan negara yang lain yang mungkin dijual kepada ejen asing.

Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
merangkap Naib Presiden KEADILAN


Kumpulan 'Tentera Bebal' Tuntut Duit Kopi Dan Tanah

Posted: 31 May 2012 02:09 AM PDT

Kumpulan pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.

Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.


Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom (kiri) berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.

"Hargailah jasa dengan beri pingat PJN, bila disarungkan, kalau tak ada imbuhan tak ada nilainya," katanya sambil memuji Zahid sebagai menteri bertanggungjawab dan berwibawa.

Beliau juga mencadangkan Ahmad Zahid berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendirikan rumah kos rendah yang boleh dimiliki oleh pesara tentera di ibu negara.

Mohd Ali yang dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mahu pemimpin Umno memainkan peranan 'melobi' perdana menteri supaya pesara tentera diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana ramai mempunyai masalah pekerjaan selepas bersara.

"Saya minta Datuk Seri tunaikan janji untuk beri saguhati pada veteran dan saya akan sokong Datuk Seri dan akan kumpulkan 40,000 bekas tentera yang pencen bersama keluarga menyatakan pendirian kami, veteran berterima kasih pada kerajaan BN sampai bila-bila," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Ali juga menuntut Selangor memberikan permintaan 20,000 ekar tanah untuk seorang pesara seperti diminta oleh sebuah lagi NGO pesara tentera yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau bagi tanah di Selangor sebanyak 20 ekar, hari ini juga saya masuk KERABAT. Saya akan berhenti, masuk dengan dia.

"Tapi kenalah bagi orang-orang saya 20 ekar tanah dekat Bandar Bukit Puchong. Kalau Selangor bagi 20 ekar tanah, hari ini juga saya letak semua jawatan dan masuk KERABAT," katanya.

Oktober tahun lalu, KERABAT menyerahkan memorandum memohon anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berdasarkan Perintah Majlis Angakatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973.

TERKINI - SPRM PUTUSKAN SHAHRIZAT TIDAK TERLIBAT DALAM NFC

Posted: 31 May 2012 01:31 AM PDT



Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai pemberian pinjaman kerajaan RM250 juta kepada National Feedlot Corporation NFCorp ditutup selepas mendapati tiada pembabitan bekas menteri itu.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

"Kami mendapati beliau (Shahrizat) tidak terbabit dalam proses pemberian pinjaman itu.

"Keputusan untuk memberi kontrak kepada syarikat berkenaan dan pemberian pinjaman tidak membabitkannya (Shahrizat)," katanya.

Kes Mahkamah berkaitan isu NFC diputuskan hanya melibatkan suami beliau Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.



KEPUTUSAN SPRM YANG MENIMBULKAN LEBIH BANYAK TANDA TANYA

Posted: 31 May 2012 01:21 AM PDT

KES DATO' SERI SHARIZAT JALIL-NFC DAN DAKWAAN TERHADAP AZMIN ALI: KEPUTUSAN SPRM MENIMBULKAN LEBIH BANYAK TANDA TANYA

Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes NFC/penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali.

Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Dato' Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Saudara Azmin Ali benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.


Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Dato' Seri Shahrizat Jalil, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau.

Kami bentangkan fakta-fakta berikut agar rakyat boleh menghakimi sendiri tindak-tanduk SPRM dalam dua kes ini:

KES SAUDARA AZMIN ALI

1. Dato' Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR telah membuat kenyataan hari ini dan semalam bahawa siasatan mendapati tidak ada unsur rasuah yang mewajarkan dakwaan ketika siasatan dibuat terhadap Saudara Azmin Ali dalam tahun 1995;

2. Beliau menyatakan bahawa SPR mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Saudara Azmin Ali bertepatan dengan peraturan jabatan kerajaan;

3. Insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan secara jelas di dalam bukunya "The Shafee Yahaya Story" mukasurat 306, 326 dan 356.

KES NFC-DATO' SERI SHAHRIZAT JALIL

1. Dato' Seri Noh Omar telah menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan Felda Farm Products Sdn Bhd. Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya baru ditubuhkan;

2. Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah satu tindakan rasuah;

3. Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri telah melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya;

4. Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai pengerusi Jawatankuasa Tender) dan NFCorp adalah Dato' Seri Shahrizat Jalil melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFCorp) dan hubungan politik (dengan Dato' Seri Najib Tun Razak).

Rakyat sudah tentu dapat membezakan bagaimana SPRM berhempas pulas membuka fail siasatan baru terhadap Saudara Azmin walaupun tiada fakta, tetapi melepaskan sahaja Dato' Seri Shahrizat Jalil walaupun jelas satu perbuatan pecah amanah telah berlaku.

Kami yakin SPRM tidak pun memanggil Dato' Seri Najib Tun Razak untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta dianugerahkan kepada NFC.

Malah, kami sendiri pelik kenapa kami tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke depan membongkarkan penyelewengan NFC?

Kami yakin bahawa rakyat telah memutuskan ada perlakuan rasuah di dalam kes NFC.

Tugas SPRM sekarang bukanlah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala pilihanraya begitu dekat. Tugas SPRM ialah menjawab persoalan-persoalan mengenai kes pecah amanah besar seperti NFC.

Soalan kami mewakili rakyat Malaysia kepada SPRM:

Jika Dato' Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat, apakah ini bermakna Dato' Seri Najib Tun Razak yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFCorp yang tidak layak?

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

31 MEI 2012


Tiada ulasan: