AdukaTaruna |
Posted: 31 May 2012 09:29 PM PDT Mohon rakan2 dapat berikan cadangan tarikh untuk W4R edisi yang kedua di http://www.facebook.com/RForRoyalty |
Cerita wartawan Kosmo akan kes gua Posted: 31 May 2012 09:01 PM PDT Alhamdulillah. Mahkamah mendapati gua tak bersalah. Artikel itu sangat lucu bila digunakan untuk politik. Dan sebenarnya sultan dihina kalau artikel itu diputuskan mahkamah menghina sultan. Atau kata lain, artikel seperti itu, kalau sultan terluka, sungguh hina. Stendet artikel tersebut hanya melukakan Melayu hutan pembuat report polis yang dipergunakan UMNO. Gua yang tertuduh, diorang yang report, tp diorang yang gigil masuk dalam kandang. Tersengeh2, tergaru2 kepala. Baka Melayu low class. Gua balik rumah dan bergegas ke Port Dickson untuk urusan pembayaran lawyer. Orang miskin macam gua ni, tak takut dengan penjara. Tapi takut dengan kos jer. Mak gua kol, wartawan Kosmo datang rumah. Gua minta mak gua tak bagi statement, dan suruh dia kol gua. Dulu, masa gua langgar Hadi Awang, wartawan Kosmo hubungi gua kat FB. Untuk interview dengan wakil di Kota Bharu. Dan gua ambil keputusan untuk tidak berada dalam arus perbahasan media perdana. Gua tak mahu dimanipulasi. Perbahasan sebenar berada di alam maya. So, sebelum Kosmo keluar beritanya, gua keluar dulu ceritanya. Audien alam maya lebih faham. Jadi, atas falsafah inilah gua taip N3 ni. Di PD, wartawan Kosmo kol. Nama gua dah lupa. Lelaki. Memperkenalkan diri as Kosmo Seremban. Dialog tepat takda. Tapi dialog penceritaan semula begini : Kosmo : Assalamualaikum. Saudara Khairul Nizam ke tu? Gua : Waalaikumussalam. Yer saya. Kosmo : Saya, (nama) dari Kosmo Seremban. Nak dapatkan kenyataan dari saudara berikutan keputusan mahkamah pagi tadi. Gua : Setakat ini, gua takda statement apa2.. cuma kalau saudara nak tulis, tulis bahawa perjuangan R perlu diteruskan. Kosmo : R? Apa itu R? Gua : R itu merujuk kepada perjuangan yang difahami oleh masyarat internet. Dan R lebih difahami oleh rakan-rakan gua sendiri. Kosmo : Err.. ok. Saya catit sini. Tapi saya tak pasti kalau ianya diterbitkan. Gua : Beres.. tak mengapa. Kosmo : Apakah perasaan saudara selepas dibebaskan mahkamah. Adakah insaf, menyesal atau sebagainya? Gua : (Dalam hati : Natey nih) Insaf untuk apa? Gua disahkan oleh mahkamah, bahawa, gua tidak bersalah akan artikel itu terhadap pertuduhan. Kosmo : Ok.. apa nasihat kepada yang lain? Sama ada jangan buat lagi atau sebagainya? Gua : Gua menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, supaya mengambil seruan, pedoman, sejarah atau tunjuk ajar yang telah dilakukan Tun Dr Mahathir dalam memilih sikap terhadap institusi raja2 Melayu. Ini seruan gua. Gua ulangi, dalam memilih sikap terhadap institusi raja2 Melayu, masyarat Malaysia perlu mengambil contoh yang ditunjukkan Tun Dr Mahathir. Kosmo : Oklah.. terima kasih. Gua : Sama2.. Assalamualaikum. Hari ni gua chek Kosmo Edisi Seremban, takda berita pun. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan