WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
MALAM INI - ANWAR GEGAR NEGERI SEMBILAN LAGI Posted: 31 May 2012 09:21 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SEMAKIN kuat gelombang fitnah terhadap DS Anwar, semakin kuat semangat beliau menjelajah ke merata pelusuk negara dan semakin kuat sokongan rakyat terhadapnya. Malam ini, Jumaat (01 Jun) DS Anwar akan bertemu rakyat di Taman Desa Puteri, Bahau, N. Sembilan dan kemudiannya akan ke Sikamat, Seremban pula. Bukan mudah untuk mencari tokoh yang mempunyai kekuatan atau stamina seperti DS Anwar Ibrahim. Bahkan, orang muda seperti Ezam sesumpah pun tidak sekuat itu apatah lagi Ezam sesumpah sudah kehabisan modal untuk berceramah. Jika dahulu sewaktu berada di pihak rakyat iaitu di dalam KEADILAN, Ezam sesumpah tidak lekang dari mulutnya membongkar kegiatan rasuah para pemimpin kerajaan, kini setelah berada di pihak Umno yang bersekutu dengan Apco itu mulut Ezam sesumpah menjadi teramat berat untuk memperkatakan tentang isu rasuah. Jika sekarang, Ezam sesumpah berceramah semua sudah maklum apa yang bakal keluar dari mulut beliau.
Di dalam program ceramah Ezam sesumpah, sudah menjadi rukun dan kewajipannya untuk memburukkan bekas bosnya iaitu DS Anwar Ibrahim. Bukan setakat itu sahaja, beliau pastinya akan mengaitkan seluruh keluarga Ketua Umum KEADILAN itu. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh Ezam sesumpah bagi mendapatkan Senator. Rakyat sudah tidak lagi melayani Ezam sesumpah dan para-para pencacai yang seangkatan dengannya. Bagi rakyat, sekuat mana pun puak-puak ini memburukkan nama DS Anwar, harga minyak dan barang-barang keperluan tidak akan turun. Sehebat mana pun mereka menjalankan propaganda buruk terhadap DS Anwar atau Azmin Ali, ianya sedikit pun tidak mengubah sikap Rosmah untuk berbelanja besar. Bagi rakyat, isu utamanya adalah negara ini perlu diselamatkan dari Umno/Bn kerana mereka sudah terlalu lama merosakkan negara ini. Rakyat tidak peduli samada DS Anwar atau Tuan Guru Hj Hadi bakal menjadi PM jika PR ke Putarajaya. Rakyat hanya mahu melihat Najib ditabalkan sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU ke 13 nanti. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama khususnya rakyat di Negeri Sembilan beramai-ramai hadir di Bahau dan Seremban malam ini bagi mendapatkan penerangan isu-isu semasa dari DS Anwar yang pastinya tidak pernah disiarkan oleh media syaitan TV3 suku dan Utusan Meluat. Cukuplah lembu menjadi lembu, jangan kita pula menjadi lembu./wfauzdin.blogspot.com | ||
Azmin Ali di siasat - Shahrizat bebas Posted: 31 May 2012 04:19 AM PDT Azmin Ali di siasat Media UMNO – Panel Penilaian Operasi SPRM mengarahkan siasatan dijalankan terhadap Azmin Ali yang didakwa memiliki asset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997. Pengerusinya Tan Sri Dr Hadenan Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada tahun 2009. Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu,katanya disini hari ini. Tuduhan terhadap Shahrizat di gugurkan Sementara itu Panel itu juga menggugurkan penglibatan DS Shahrizat Jalil dalam memberikan projek Pusat Fidlot Kebangsaan bernilai RM 250 juta kepada syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya. Pengerusi PPO berkata, siasatan terhadap penglibatan Shahrizat dalam NFC kini ditutup. Keputusan itu berikutan beliau didapati tidak terlibat dalam proses pemberian pinjaman atau kontak kepada syarikat itu. Sumber: umno-reform2 Ulasan Blogger: Azmin Ali sebelum ini telah menyatakan beliau tidak terlibat dan ianya telah disahkan oleh SPR beberapa tahun dahulu. Namun, beliau bersedia untuk disiasat jika SPRM perlu kembali membuka kesnya. Itulah hebatnya pimpinan kita, tidak gentar samasekali. Shahrizat bebas. Ertinya, benarlah kata beliau bahawa beliau tidak tahu menahu tentang NFC yang melibatkan suaminya. Jika beliau tidak tahu menahu, siapa yang tahu sebenarnya? Masakan suami beliau dapat wang itu dari langit? Siapa yang beri pinjaman itu? Adakah suami Shahrizat pinjam wang RM250 Juta itu dari Ah Long? Kita perhatikan adegan selanjutnya..... |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan