Khamis, 31 Mei 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


AMY SEARCH : Antara "Mentari Merah Di Ufuk Timur" Dan "Purnama"

Posted: 31 May 2012 01:42 AM PDT


Adalah amat wajar jika betapa ramainya "Jiwa-Jiwa Luka" yang mana rata-ratanya ahlli-ahli dan penyokong PAS khususnya malah juga buat Pakatan Rakyat umumnya melihat satu detik pada tanggal 29 Mei 2012 Selasa telah tercatat sebuah lagi sejarah politik negara apabila Lagenda Rock Malaysia Amy Search a.k.a Suhaimi abd Rahman menyerahkan borang keahlian Parti UMNO dan seterusnya mengumumkan bahawa beliau telah pun menjadi Ahli UMNO..

Kekecewaan ini pada hematnya bagaikan mengulangi skrip yg pernah berlaku ketika Anwar Ibrahim mengumukan menyertai UMNO.
Masakan tidak setelah melihat keterbukaan TGNA mengunjungi Restoran Cheng Ho milik Amy dan Isterinya kemudian bagaikan ziarah balas dari Amy apabila mengunjungi TGNA di negeri Serambi Mekah..malah kelibat Amy bersama TGNA di tanah suci Mekah bagaikan sebuah "Gelora Membara".."Gelora Cintaku".."Cinta Pertama"..
"Fenomena" itu mengembirakan semua ahli-ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat..masing-masing dengan penuh harapaan menunggu "Fantasia Bulan Madu" bersama Amy di atas bintang "Kejora" apabila merasakan dapat "Melastik Ke Bintang" Putrajaya..
Namun apakan daya..setelah "Melayar Bahtera" seketika bersama Amy...datang "Bisa" menusuk dada...
Bagaikan berada "Di Pintu Sepi".."Gemuruh" "Cinta Sepi" itulah yang dirasakan....semua bagaikan "Hilang Dalam Terang"..
Akhirnya Amy tetap jua memilih utk menikmati "Mentari Merah Di Ufuk Timur" dan seterusnya mejalani kehidupan dengan memandu "Kereta Merah"..dengan meninggalkan "Purnama"..



Sebagai meraikan HAK PERBEZAAN PENDAPAT..wajar sekali kita tidak boleh memperkecilkan hasrat dan kepercayaan Amy memilih utk wadah "Satu Bangsa Satu Arah" iaitu 1Malaysia yang digagasakan oleh Presiden UMNO itu sendiri..
Hati ini mengalu-alukan penyertaan golongan artis atau "Mat Rock" dari band-band yang lain menyertai politik dan memilih "Isi atau Kulit" didalam Parti mana yang anda yakini samada berasakan untuk "Mencari Sebuah Nama" sehingga "Menuju Puncak" atau "Mencari" .."Sebantang Tongkat Untuk Berdiri"...
Moga-moga..."Derap Komando" didalam parti politik anda ..ia dapat mengajak "Berbagai Wajah" peminat anda mengikuti dan menghayati apa itu POLITIK..seterusnya memberi kesedaran bahawa POLITIK INI TIDAK KOTOR sepertimana didakwa sesetengah pihak yg ingin melihat warga Malaysia ini ketinggalan zaman dan menjadi robot..

Kepada "Kepala Angin" yang merasakan Amy bagaikan "Mengundur Waktu" dengan "Meniti Titian Usang" didalam parti UMNO..malah ada juga yang mendakwa Amy terperangkap didalam "Panggung Khayalan" yg diciptakan utk beliau dengan niat utk mempergunakan Amy sebagai "Gurindam Cinta Khayalan" menarik sokongan golongan muda mendekati UMNO..jangan bersikap keterlaluan..ketidak-terbukaan..malah sehingga  ke tahap "Melintasi Bantas" sehinggga "Musnah" kan diri yang dilabelkan "Orang Timur" ..
Pernahkah Amy "Memandu Nafsu" sehinggga menjadi "Manusia Reptilia" mencela dan menghina  parti anda sebelum ini..pernahkah Amy membina "Menara Kesesatan" utk melabelkan pemimpin parti dan parti anda sebagai SESAT..

Marilah kita bersama berfikiran positif membina "Cinta Buatan Malaysia" iaitu dengan menerima kemasukan Amy ke dalam UMNO sebagai saingan yang sihat utk menarik golongan muda menyertai politik dan seterusnya memahami betapa pentingnya politik didalam kehidupan..dan bukanya melihat Amy membawa satu "Bencana" didalam "Dunia Milik Kita" ini..

Tahniahh buat bro Amy Search dari peminatmu- usinwafer.

* Perkataan yang senget dan gelap ialah nama tajuk lagu-lagu Kumpulah SEARCH..






Tiada ulasan: