Ahad, 19 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Thaipusam: Najib 'Nafi Langgar Akidah' Dan Akui Beliau Mengikut Syariat Islam Yang Di Benarkan !

Posted: 19 Feb 2012 06:07 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Feb - Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkata, setiap tindakannya dalam sambutan keagamaan kaum lain di negara ini adalah berlandaskan kepada syariat Islam yang dibenarkan. Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad S.A.W. dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri. "Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah S.A.W, yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Beliau berkata, dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini. Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengenai kehadiran PM di sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, Najib berkata beliau berasa lega apabila Mufti Perak itu menyatakan apa yang dilakukannya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. "Saya terangkan kepada dia, kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di perkarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terlibat dalam majlis keagamaan sama sekali. "Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya. sumber

[Jika benar dakwaan Najib itu maka sebagai umat Islam kita harus bersyukur dengan apa yang diperkatakannya. Namun, Najib tidak harus ikut cara-cara Rasulullah S.A.W dalam hal menghormati agama orang lain semata-mata. Beliau juga harus melaksanakan pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Hadis seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di Madinah dulu. Malah, Najib juga perlu pastikan Rosmah Mansor isterinya tercinta menutup aurat iaitu satu kewajipan yang dituntut terhadap wanita Islam. Najib tidak perlu berbangga dengan hal menghormati agama lain sahaja, sedangkan banyak kerja buat dan tindakannya mutakhir ini dilihat jauh terpesong daripada ajaran agama Islam itu sendiri. Makanya, rakyat berhak mempertikaikan apa jua yang dilakukan demi masa depan agama Islam yang semakin kucar kacir dibuat oleh kerajaan Najib. Islam sekadar menjadi hiasan sebaliknya pengisiannya hancur lebur. Justeru, usahlah Najib Razak terlalu berbangga dengan apa yang beliau lakukan sekarang].

Anwar: "Teguran Nik Aziz Sopan", UMNO Fitnah !!

Posted: 19 Feb 2012 06:02 AM PST

Rakyat Kian Semangat, Kempen Himpunan Hijau 2.0 Nampaknya Kini Semakin Meriah Di Sana Sini

Posted: 18 Feb 2012 06:55 PM PST

KUANTAN, 19 Feb - Tinggal beberapa hari sahaja lagi Himpunan Hijau 2.0 akan diadakan di bandar ini, nampaknya bahang dan semangat rakyat semakin berkobar-kobar untuk membuktikan sokongan mereka terhadap bantahan Lynas. Himpunan terbesar dalam sejarah di Pahang itu, dijangka akan disertai oleh puluhan ribu rakyat berbilang kaum dari seluruh negeri ini, bahkan seluruh negara. Himpunan yang turut disokong oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang di Padang MPK 1 berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I itu dijangka turut menarik perhatian media dari seluruh dunia. Mereka akan datang untuk membuat liputan menyeluruh terhadap himpunan yang tujuan utamanya untuk membantah pembinaan kilang memproses rare-earth Lynas Corporation di Gebeng itu. Berbagai aktiviti dan promosi kini sedang diadakan, antaranya ialah kempen "botak kepala" sebagai nazar untuk menyatakan bantahan mereka. Kempen telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Mereka membotakkan kepala beramai-ramai menjelangnya himpunan tersebut. Sementara itu, kempen turut diadakan di Berjaya Time Square Kuala Lumpur semalam, ketika debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Chua Soi Lek diadakan. Peserta mengadakan demontrasi aman di hadapan pintu masuk komplek membeli belah itu sebagai tanda bantahan dan mahu masalah mereka didengar oleh ketua masyarakat Cina dari parti MCA itu. Secara keseluruhannya, kempen Perhimpunan Hijau 2.0 kini semakin agreasif diadakan di sana sini. Ternyata, rakyat tidak sabar untuk turun menyatakan bantahan mereka terhadap projek berisiko itu. Oleh itu, orang ramai dijemput hadir untuk buktikan mereka juga tidak mahu kilang itu berada di negara ini.


Kempen Perhimpunan Hijau membantah Lynas di Berjaya Times Square


Lagi, kempen Perhimpunan Hijau bantah Lynas di Berjaya Times Square

Kempen "Botak Kepala" sempena Perhimpunan Hijau 2.0 dapat sambutan



[Nampaknya, rakyat kini semakin bersemangat untuk bersama-sama sertai Perhimpunan Hijau 2.0 yang akan menjadi sejarah kepada negeri Pahang tidak lama lagi. Sokongan kini semakin bertambah terutamanya dari kalangan NGO yang berkaitan. Malah, khabarnya sokongan padu dari rakyat di seluruh negara juga kian meningkat dan mereka akan sama-sama sertai perhimpunan ini nanti. Justeru, warga Kuantan dan Pahang amnya wajarlah hadir beramai-ramai pada 26 Februari 2012 ini untuk sama-sama memberikan sokongan mereka. Rakyat harus membuktikan bahawa mereka memang tidak mahu projek berisiko berada di negeri ini. Bangkitlah! dan nyatakan bantahan anda. Usah gusar dengan apa jua provokasi yang akan dilakukan oleh pihak berkenaan kerana ini saja cara yang paling sesuai dan termaktub dalam perlembagaan wajar dilaksanakan. Teruskan sokongan membantah Lynas hingga ia dibatalkan].

Sharkar: "UMNO BN Siap Siaga" Serta Yakin Akan Kekal Berkuasa Di Negeri Pahang Selepas PRU-13

Posted: 18 Feb 2012 06:34 PM PST

KUANTAN 19 Feb - Seluruh kepimpinan dan jentera UMNO Barisan Nasional (BN) Pahang kini berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja dalam tahun ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Mohd. Sharkar Shamsuddin (foto) berkata, berkat komitmen dan kerja kuat berterusan seluruh ahli dan kepimpinan parti, beliau yakin BN negeri akan mampu mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. "Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menetapkan KPI kita (BN Pahang) iaitu 14 kerusi Parlimen. Kita yakin akan mencapai KPI itu 100 peratus berkat usaha berterusan UMNO dan seluruh parti komponen BN negeri. "Seterusnya, mengekalkan negeri ini sebagai negeri biru yang mana sudah lama negeri ini menjadi negeri biru dan insya-Allah akan terus kekal," katanya. Ditanya mengenai kerusi panas seperti di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, Mohd. Sharkar berkata, beliau yakin dua kerusi Parlimen itu yang kini dimiliki pembangkang akan dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun katanya, ia memerlukan komitmen berterusan daripada seluruh ahli parti termasuk parti-parti komponen untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa BN adalah sebuah parti yang bekerja dan benar-benar membela nasib mereka. "Ditambah calon yang disebut oleh Pengerusi BN sebagai calon boleh menang dan disenangi rakyat, insya-Allah saya yakin kita akan dapat merampas kembali dua kerusi Parlimen yang dimiliki pembangkang itu," katanya. Beliau berkata, hubungan antara pemimpin UMNO dan parti-parti komponen BN di negeri ini cukup baik dan jika wujud perbezaan pendapat sekalipun ia adalah sesuatu yang lumrah bagi mana-mana organisasi. "Apa yang penting kami sepakat dan bekerja bersama demi memastikan BN diterima rakyat dan terus kekal sebagai parti memerintah di negeri dan negara ini," katanya. Mengenai pertemuan kepimpinan UMNO dan parti-parti komponen BN negeri dengan Muhyiddin kelmarin, Mohd. Sharkar menyifatkan pertemuan itu adalah yang terbaik dalam usaha merencanakan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

[Kenyataan Sharkar ini tidak kena pada tempatnya. Jika dulu, mungkin UMNO BN boleh mendabik dada dan berbangga kononnya mereka boleh memerintah negeri ini buat selamanya. Namun, beliau harus ingat sehebat-hebat Selangor yang jauh lebih maju dari Pahang, akhirnya tumbang kepada pembangkang. Semuanya kerana rakyat sudah jemu dan muak dengan pentadbiran mereka yang banyak menipu, rasuah, menyeleweng dan merompak khazanah rakyat. Sharkar juga harus ingat berapa banyak kawasan tanah dan lombong di DUN Lanchang kini menjadi hak beliau atau proksinya. Menjadi pemimpin memang seronok, tapi mengaut kekayaan dengan merampas hak rakyat itu sudah jadi satu dosa besar dalam perjuangan. Rakyat tahu berapa banyak harta dan aset yang telah beliau kumpul sekarang ini, sejak dia menjadi orang kanan MB Pahang. Ingatlah, UMNO BN hanya akan kekal berkuasa di Pahang jika mereka terus "merasuah" rakyat terutamanya masyarakat peneroka. Maknanya, Sharkar dan UMNO akan punggah berjuta-juta wang untuk membeli undi. Itu saja cara mahu menang. Bukan dengan sokongan padu rakyat sebenarnya. Apapun, dengan isu Lynas yang ada sekarang maka Sharkar tidak boleh mendabik dada dan terlalu sombong kerana PRU13 ini Tsunami Politik baru akan melanda Pahang. Lakukalah perubahan mulai sekarang!].

Tiada ulasan: