Pahang Daily Online |
- Panas: Mangsa Cynide Di Bukit Koman Meninggal Dunia Semalam, Kerajaan Perlu Batalkan Lynas !!
- Mahkamah Persekutuan "Benar" Penduduk Bukit Koman Raub "Merayu Isu Cynide" Lombong Emas
- Hj.Hadi Bakal Tentukan 'Siapa Pengganti' Hasan Ali Untuk Di Lantik Ke 'Jawatan Exco' Yang Baru !
- 'Majlis Fatwa' Putuskan Guna Dakwat Kekal Pada Pilihanraya Umum Ke-13 Harus Dan Di Benarkan
- Panas: Bapa Saiful Mohon Peguam Negara Failkan Rayuan Demi Mempertahankan Maruah Anaknya
- Letupan Bom Dalam Himpunan Bebas Anwar 901, Tian Chua Desak Polis Segera Siasatan Terperinci
| Panas: Mangsa Cynide Di Bukit Koman Meninggal Dunia Semalam, Kerajaan Perlu Batalkan Lynas !! Posted: 11 Jan 2012 06:55 AM PST ![]() KUANTAN, 11 Jan - Kerajaan digesa membatalkan segera operasi projek kilang memproses Rare Earth milik syarikat Australia, Lynas Corporation yang dibantah rakyat sekarang ini. Ia berikutan, seorang penduduk yang berjuang bermati-matian untuk membantah sebuah lagi syarikat Australia yang membawa projek berisiko ke negeri ini meninggal dunia malam semalam. Mustapa Hussin (foto) yang menderita sakit kritikal akibat kesan penggunaan racun Cynide di lombong emas Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) meninggal dunia selepas sekian lama menderita. Kerajaan perlu sedar, rakyat tidak mahu berhadapan lagi dengan risiko seperti yang dialami oleh para penduduk Bukit Koman selama ini. Biar pun berbagai alasan yang diberikan termasuk tindakan Lynas menyiarkan iklan setiap hari di media arus perdana untuk mempertahan kilang terbabit, namun rakyat sebenarnya lebih mengetahui risiko radiasi yang dihadapi oleh mereka. Kerajaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Bukit Koman yang menimbulkan masalah kesihatan terhadap penduduk sekarang ini. Malah, kedua-dua syarikat berkenaan adalah dari negara yang sama iaitu Australia. Tentangan rakyat terhadap kilang yang boleh mendatang risiko ada kewajarannya jika dibandingkan dengan industri lain. Memang benar, ada pihak yang mempertikaikan kenapa rakyat tidak menentang kilang kimia yang banyak terdapat di Kawasan Perindustrian Gebeng. Namun, mereka juga perlu faham bahawa Lynas akan memproses "rare earth" yang diakui seantero dunia akan mengeluarkan radiasi atas pembuangan sisa-sisanya. Jika kita lihat penggunaan racun sianida (Cynide) di Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sebelum ini maka ternyata senarionya hampir sama. Tentangan rakyat dijawab dengan alasan mudah oleh kerajaan untuk mengiyakan apa yang telah mereka lakukan. Namun, hakikatnya projek berisiko wajib ditentang demi anak cucu dan generasi kita pada masa yang akan datang hendaknya. ![]() Penduduk terus bangkit menentang penggunaan racun Cynide di Lombong emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sejak sekian lama |
| Mahkamah Persekutuan "Benar" Penduduk Bukit Koman Raub "Merayu Isu Cynide" Lombong Emas Posted: 11 Jan 2012 06:19 AM PST PUTRAJAYA, 11 Jan - Para penduduk Kampung Bukit Koman yang mendakwa mengalami masalah kesihatan daripada penggunaan sianida (Cynide) dalam lombong emas di kawasan itu, boleh meneruskan perjuangan mereka daripada segi undang-undang bagi persekitaran bebas pencemaran. Ini susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, yang membenarkan permohonan penduduk bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk memulakan semakan kehakiman. Mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi pada 1 Jun, 2009 untuk memfailkan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar yang meluluskan laporan awal Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) membabitkan lombong emas Bukit Koman yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal penduduk berkenaan. Malanjum yang bersidang bersama-sama dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop, memberikan kebenaran bagi satu persoalan undang-undang ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan. Persoalan itu adalah sama ada mahkamah, dalam menentukan permohonan pelanjutan tempoh untuk memfailkan permohonan kebenaran itu, perlu mengambil kira merit aduan pemohon yang dikemukakan dalam permohonan mereka bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman. Mahkamah Tinggi menolak permohonan penduduk bagi kebenaran untuk semakan kehakiman atas alasan mereka terlalu lewat memfailkan permohonan itu dan mereka tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mahkamah melanjutkan tempoh untuk mereka memfailkan permohonan mereka itu. Tempoh 40 Hari Kebenaran Semakan Kehakiman Pada 21 Mac, 2008, empat wakil penduduk, Wong Kin Hoong, Chong Sow Pin, Hue Fui How dan Mustapha Hussin (Mustapha meninggal dunia malam semalam), memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan RAGMSB. Penduduk mahu Ketua Pengarah Alam Sekitar mengarahkan RAGMSB menyediakan laporan EIA terperinci kerana mereka mendakwa laporan awal EIA (PEIA) yang diserahkan oleh syarikat itu pada 27 Ogos, 1996 mengandungi kecacatan serius. Mereka mendakwa laporan PEIA tidak memasukkan maklumat mengenai di mana dan bagaimana sisa rawatan lombong emas itu dibuang dan juga tidak mengandungi maklumat mencukupi mengenai sisa efluen. Penduduk berkenaan juga mendakwa laporan PEIA itu mempunyai impak bahaya terhadap kehidupan dan nyawa mereka berikutan tidak dimasukkan risiko kilang itu terhadap kesihatan awam dan alam sekitar. Mereka juga mendakwa penyediaan PEIA itu tidak membabitkan penyertaan orang ramai. Dalam afidavit mereka yang diikrarkan pada 12 Mei, 2009, pemohon mendakwa pada awal Februari 2009, mereka terhidu bau kuat dan beracun beberapa kali sehari, menyebabkan mereka batuk, pening kepala, sukar bernafas, rasa pedih pada mata dan paru-paru, muntah dan ruam pada badan. Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dan Suhaila Haron, mewakili Ketua Pengarah Alam Sekitar manakala RAGMSB diwakili peguam bela yang diketuai Tan Sri Cecil Abrahanm. |
| Hj.Hadi Bakal Tentukan 'Siapa Pengganti' Hasan Ali Untuk Di Lantik Ke 'Jawatan Exco' Yang Baru ! Posted: 11 Jan 2012 05:44 AM PST
|
| 'Majlis Fatwa' Putuskan Guna Dakwat Kekal Pada Pilihanraya Umum Ke-13 Harus Dan Di Benarkan Posted: 11 Jan 2012 05:30 AM PST
|
| Panas: Bapa Saiful Mohon Peguam Negara Failkan Rayuan Demi Mempertahankan Maruah Anaknya Posted: 11 Jan 2012 05:01 AM PST
|
| Letupan Bom Dalam Himpunan Bebas Anwar 901, Tian Chua Desak Polis Segera Siasatan Terperinci Posted: 10 Jan 2012 11:15 AM PST SHAH ALAM, 11 Jan - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap isu letupan yang berlaku kelmarin semasa Himpunan 901 sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis. Naib Presiden PKR, Tian Chua (foto) berkata kejadian ini mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah antara himpunan pertama yang mendapat permit Polis. "Polis harus beri penjelasan sebab sepanjang malam polis sahaja yang dapat acces ke kawasan tersebut. Dari pada gambar-gambar dan saksi, didapati bahan letupan tersebut disimpan dibawah 'kon' polis dan ia diletupkan melalui remote control atau time bom. Ini bukan boleh dibuat oleh orang biasa," katanya. Dalam kejadian tersebut terdapat pihak-pihak lain juga turut berada dilokasi tempat letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta ketika kejadian. "Baik pun perkasa ke pekida pun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana mereka juga berhak untuk berhimpun, saya harap pihak polis boleh menyiasat dan mencari orang yang bertanggungjawab," ujarnya. Menyentuh mengenai himpunan aman semalam, Tian berkata keputusan pembebasan Anwar semalam merupakan suatu kegembiraan kepada seluruh Pakatan Rakyat."Ini saya anggap orang yang tak puas hati dengan himpunan aman yang berlangsung atau orang tidak berpuas hati dengan kes ini. Ini boleh menjadi sedikit klu kepada pihak polis untuk mengadakan siasatan untuk mengetahui siapa yang bertanggung jawab," katanya. Sehubungan itu, PKR dan Pakatan Rakyat akan cuba menemui pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendesak supaya siasatan segera dijalankan. Dalam kejadian itu tiga insiden letupan bom yang mencederakan lima orang awam berlaku selepas mahkamah melepaskan dan bebaskan Anwar dari tuduhan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan