Jumaat, 13 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sudahlah jatuh... dilenyek steamroll pulak

Posted: 13 Jan 2012 04:04 AM PST


Aduh... sudahlah terjatuh, lepas tu kena lenyek pulak dengan steamroll. Kemudian, dia hilang, entah ke mana.

Lantak kamu ler. Apa-apa pun, kini jawatan orang lain pulak akan dilantik sebagai EXCO baru kerajaan negeri Selangor. Siapa gerangannya....?? Tunggu....

Hassan Ali terlucut sudah,
Syukur alhamdulillah...

Hasan Ali digugur dari jawatan exco k'jaan S'gor
Abdul Rahim Sabri
12:09PM Jan 13, 2012

Sultan Selangor hari ini perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".-Mkini

He perasan he's so hebat

Posted: 12 Jan 2012 09:30 PM PST


OMG Ya Allah... This motivator yang ada Phd ni.... he's so riak. He's so perasan and he thinks he's so hebat.

Tapi, what to do... kita tak boleh nak halang dia jadi macam tu, kan?? namun demikian, itu... apa yang dia rasa dan yang dia fikir tentang dirinya, but pandangan ramai tentangnya berbeza sekali.

Ramai orang kata... HE'S SO PATHETIC!!


Hahahaha.... sebelum tersingkir dia meroyan, selepas tersingkir..... bertambah lagi meroyannya. Biarkan dia dengan royan-royannya!!

Tersingkirnya Hasan Ali

Fathi Aris Omar
11:01AM Jan 10, 2012

Ibarat duri dalam daging PAS, Hasan Ali akhirnya terpaksa dibuang setelah tidak berganjak daripada terus mencucuk-cucuk parti dan Pakatan Rakyat.

Dengan keputusan berani dan menggemparkan itu, PAS dijangka tidak akan berundur lagi walaupun anggota exco kerajaan Selangor itu boleh merayu kepada majlis syura.

Keputusan kali ini, biarpun bagi sesetengah orang sudah terlambat, kelihatan sudah muktamad.

Majlis syura yang disertai barisan teratas pemimpin parti dan beberapa tokoh ulama dikatakan berat hati untuk merombak kembali keputusan semalam.

Menurut sumber parti, walaupun ahli-ahli jawatankuasa mencadangkan ADUN Gombak Setia itu sekadar digantung keahliannya, pucuk pimpinan atasan PAS bertegas inginkan beliau dipecat.

Malah mereka yang menyokongnya, dan bersimpati dengannya, sendiri bersedia menerima saranan agar tindakan disiplin dikenakan kepada bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu.

Mereka setidak-tidaknya boleh menerima cadangan menggantung keahlian Hasan.

Rancakkan pendedahan blog

Dan, menurut sumber lagi, kesan negatif terhadap parti akibat pemecatan ini tidaklah besar dan akan boleh dikawal.

Namun, tugasan mengawal publisiti buruk itu tidaklah mudah apabila
media arus perdana mengeksploitasi isu ini nanti.

Apatah lagi masih ada saki-baki penyokong Hasan dalam parti yang membangunkan blog-blog untuk menyerang pihak-pihak tertentu dalam PAS. Pemecatan ini pastilah merancakkan lagi pendedahan blog-blog tersebut.

Keputusan ini juga, di satu sisi lain, menunjukkan PAS sudah bersedia
mengambil risiko tersebut -- membenarkan telahan politik sebelum ini bahawa parti memang merancang membuang duri dalam daging tersebut menjelang pilihan raya umum.

Pemecatan ini turut menyelesaikan dua masalah sekali gus: bukan sahaja membuang duri dalam parti tetapi juga nanah dalam barisan kepemimpinan kerajaan Selangor.

Keputusan ini tentunya melegakan PAS dan menggembirakan beberapa pihak dalam Pakatan Rakyat sejak isu Hasan tidak reda-reda mulai akhir tahun lalu.

Dua medan tempur

Penceramah motivasi itu pula tidak serius menunjukkan beliau sudah 'insaf'.

Malah ia makin kuat mencabar kepemimpinan parti dan simbolnya --
walaupun setelah bertemu dengan mursyidul am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden Abdul Hadi Awang tidak lama dulu.

Seperti juga sifat 'mohon maafnya' dalam isu dasar negara berkebajikan PAS, Hasan pada masa yang sama memperlekehkan setiausaha agung Mustafa Ali.

Kali ini, selepas menteri besar itu menyatakan Hasan telah memohon
maaf, bekas pegawai kanan kerajaan itu memperlekehkan Harakahdaily (yang menyiarkan kenyataan Nik Abdul Aziz) sehingga organ parti itu terpaksa menyiarkan transkrip lengkap sidang media tersebut.

Dalam siri pertempurannya dengan parti sebelum ini, Hasan kelihatan
sering membuka medan-medan baru -- mempertikai Harakah yang dikatakan tidak memberikan liputan kepadanya dan juga kenyataan ketua penerangan PAS Selangor Saari Sungib dalam isu pencalonannya semula di Gombak Setia.

Khamis lalu, setelah konflik Hasan-PAS boleh dianggap mereda susulan pertemuan di Kota Bharu, Hasan membuka dua (atau, tiga) medan tempur sekali gus.

Dalam sidang media di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), exco agama itu menggesa penguatkuasa agama itu mengenakan tindakan terhadap Badrul Amin Baharon, seorang ahli majlis tertinggi PKR, atas alasan beliau menyamakan Anwar Ibrahim dengan 'Imam Mahdi'.

Berlagak menteri pengajian tinggi

Tidak cukup mempertikaikan perhimpunan pro-Anwar di mahkamah Kuala Lumpur semalam, dan menolaknya mentah-mentah, Hasan malah mempertikaikan arahan pucuk pimpinan PAS Selangor yang menggesa ahli menyertai rapat umum 901.

Padahal, Abdul Hadi bersama tokoh besar DAP Lim Kit Siang sudah
beriltizam akan turut serta dalam mobilisasi 901.

Hasan sebaliknya mengatakan tiada arahan rasmi dikeluarkan untuk itu dan menggalakkan PAS agar tidak menyertainya.

Atas kenyataannya itu sahaja, Abdul Hadi dan timbalannya Mohamad Sabu terpaksa tampil menegaskan sikap mereka berdua dan PAS.

Jika kerja beberapa tokoh kanan parti ini hanyalah untuk melayan
karenah Hasan, tentulah keseluruhan citra dan wibawa parti akan
luntur.

Tidak memadai dengan semua itu, Hasan juga berlagak menteri pengajian tinggi dengan menggesa pelajar agar tidak menyertai perhimpunan tersebut!-Mkini

Galakan atau arahan??

Posted: 12 Jan 2012 07:28 PM PST


Orang di belakang Najib kata.... dia sentiasa beri galakan kepada suaminya. Fuulaamakk Rosmah, cayok ler!!

Tetapi... apabila melihatkan betapa dominannya Rosmah, ramai ketawa dengan kenyataannya itu. Mereka berkata... beri galakan atau beri arahan???

Sebabnya.... Rosmah dilihat lebih kuah daripada sudu. Aha... lebih Piem daripada Perdana Menteri. Lantas, Najib dilihat sebagai a henpecked husband. Kena queen-control beb!!

Itu persepsi kengkawan aku. Wallahua'lam....

Kah kah kah kah


Rosmah: Sentiasa beri galakan kepada suami
Bernama
5:10PM Jan 12, 2012


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggesa wanita memberikan kekuatan dan sokongan kepada suami mereka yang akan dapat membantu memperkukuhkan institusi keluarga di negara ini.

Beliau turut menasihatkan mereka supaya meluangkan masa untuk anak-anak tanpa mengira betapa sibuknya mereka.

Dalam temubual di radio TraxxFM di Angkasapuri hari ini, Rosmah berkata dirinya, sebaliknya, mendapat kekuatan daripada suaminya Datuk Seri Najib Razak serta anak-anaknya.

"Apabila saya berasa sedih atau berduka, anak-anak saya sentiasa ada di sisi untuk memujuk saya dan membantu menjadikan keadaan kembali pada perspektifnya. Mereka membuat saya ketawa dan mereka amat memahami saya.

"Jadi, walau macamana sibuknya saya, saya sentiasa luangkan masa untuk anak-anak saya," katanya dan menambah anak-anaknya yang mendorong dirinya untuk memberi perhatian terhadap pembangunan kanak-kanak di negara ini.

"Saya mahu orang menyayangi anak-anak mereka sebagaimana saya menyayangi anak-anak saya. Jadi para ibu bapa, tanpa mengira betapa sibuknya anda, luangkan masa untuk anak anda," kata Rosmah.

Menyatakan walaupun Najib seorang perdana menteri namun beliau juga adalah manusia biasa.

"Sebagai seorang isteri, adalah amat penting untuk saya memberikan kekuatan kepada suami saya agar beliau kekal kuat dan bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat... Ini lah yang patut dilakukan oleh seorang isteri, kita berikan kekuatan kepada suami kita".

Rosmah berkata juga penting bagi dirinya memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia yang cemerlang seperti pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei supaya mereka terus mencapai dan mencatatkan kejayaan besar untuk negara.

"Apabila kita mahu memberikan inspirasi kepada orang, adalah penting untuk melayani mereka sebagai kawan. Dengan Chong Wei, saya berkomunikasi dengannya untuk memberikan nasihat dan galakan kepadanya," katanya sambil menambah beliau berasa gembira jika dapat memberi inspirasi kepada orang lain.-Mkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.