Selasa, 10 Januari 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


MUZIK : SATU KUPASAN

Posted: 10 Jan 2012 10:52 AM PST


BAB SATU :MANHAJ PERBINCANGAN

[1]

Hukumdibahagikan kepada dua[1],iaitu;
1-   Lizatih(Hukum zat, atau hukum asal)
2-  Lighairih(hukum berfaktorkan yang lain)

Contoh :
1-   HukumLizatih – wajib pergi kenduri kahwin bila dijemput.
2-  Hukumlighairih – haram, jika ada unsur maksiat. Sunat, jika hadir dalam keadaanberada dalam keuzuran.

[2]

Haramterbahagi kepada dua jenis[2];
1-   Harammutlak (secara mutlak)
2-  Haramliwasfih  (berfaktorkan sifat)
a.   Liwasifal-Mujawir lahu.
b.   Liwasifal-Lazim lahu.

Contoh;
1-   Harammutlak – haram daging babi
2-  Haramliwasfih
a.   Liwasfihal-Mujawir lahu – puasa nazar pada 1 syawal atau solat dengan memakai pakaiancuri[3].
b.   Liwasfihal-Lazim lahu – Haram riba, walhal ia adalah jual beli juga.

[3]

Kaedahada menyatakan;

الأصل في الأشياء الإباحة ما لم يرد نصا صحيحا صريحا عليخلافه

Maksudnya;
          "Asalsesuatu perkara itu adalah harus selama tidak datang nas yang saheh lagi sarehatas hukum sebaliknya"

[4]

Setiap hukum dari sesuatu nas, hendaklah diperhatikan kepadadua[4];
1-    Al-Sawabit (perkara yangtidak akan berubah)
2-   Al-Mutaghayyirat (perkarayang boleh berubah)

[5]

Menurut[5]Imam al-Izz bin Abd al-Salam (dalam Qawaid al-Ahkam) dan al-Syatibi (dalamal-Muwafaqat). Hukum itu tertakluk kepada dua;
1-    al-Ahwal (kondusif)
2-   al-Asykhas(individu-individu manusia)

Adapun Ibn 'Asyur pula menyatakan, hukum itu tertaklukkepada dua perkara;
1-    al-Zaman (masa)
2-   al-Makan (tempat)

[6]

Setiap hukum dalam syariah, mesti ada maqasidal-'Ammah (dalam Istilah lain : al-Maqasid al-Ghaiyyah). Setiap hukum fiqh,tidak boleh ternafinya Maqasid ammah ini. Sekiranya ternafi, maka ia perlu dikaji balik.

Antara kandungan Maqasid 'Ammah ini adalah keadilan,tolak kezaliman, tidak menafikan fitrah, kebebasan dan sebagainya.

BAB DUA : HUKUM MUZIK

[1]

Secara fitrahnya, manusia mahukan berhibur. Berhiburmerupakan tuntutan fitrah. Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِالَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَالدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya; 
       "Makahadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrahAllah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahanpada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidakmengetahui"  (Surah al-Rum, ayat 30)

[2]

Hukum memakai pakaian labuh menutup buku lali tidakharam secara mutlak, tetapi haram sekiranya mendatangkan khuyala' atau sombong.Dengan maksud, labuh atau tidak, bukan punca haram, tetapi haram ituberdasarkan kepada sombong itu[6].

Sabda Nabi SAW;

ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَالْقِيَامَةِ الْمَنَّانُ الَّذِي لَا يُعْطِي شَيْئًا إِلَّا مَنَّهُوَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْفَاجِرِ وَالْمُسْبِلُ إِزَارَهُ

Maksudnya;
          "Tigagolongan yang Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamatnanti; 1- dermawan yang tidak memberi sesuatu kecuali orang mahu dia berikansahaja. 2- orang yang hendak memberikan sesuatu barangnya dengan sumpah yangburuk. 3- orang yang melabuhkan kainnya[7]"

Juga hadis;

مَاأَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ

Maksudnya;
          "Pakaianyang rendah dari dua buku lali dari pakaiannya, maka ia dalam neraka[8]"

Dari umumhadis ini, kelihatan seperti Nabi SAW melarang melabuhkan pakaian sehinggamenutup buku lali. Namun begitu, hukum larangan haram ini bukan bersifatmutlak, tetapi tertakluk kepada faktor-faktor yang lain, iaitu, sekiranyamendatangkan khuyala' atau sombong. Dengan maksud, jika tidak ada sombong, makamelabuhkan itu tidak haram.

Inidilihat pada hadis yang lain seperti berikut;

مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُإِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
          "Barangsiapa yang melabuhkanpakaiannya kerana Khuyala' atau sombong, pasti Allah SWT tidak akan melihat(wajahnya) pada hari kiamat nanti[9]"

Khuyala'merupakan sifat bagi pengharaman berpakaian labuh sehingga menutup buku lali.Sekiranya tidak mendatangkan khulaya', maka ia tidak jadi haram.

Serupajuga hukum muzik. Ia bukan haram secara mutlak, seperti dalam hadis Nabi SAW;

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَالْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ

Maksudnya;
          "Lagi akan berlaku pada umat akupuak-puak manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan muzik[10]"

Larangandalam hadis ini, bukan semata-mata muzik, tetapi apabila ada unsure lagha ataumelalaikan. Ini merujuk kepada firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِلِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Maksudnya;
       "Dandi antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak bergunauntuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikanjalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan"(Surah Luqman, ayat 6)

Muzik inidikatakan haram, sama seperti dikatakan haram ungkapan puak-puak Khawarij yangmengungkapkan ayat al-Quran "tiada hukum kecuali hukum Allah" ketika melawanpemerintahan Ali bin Abi Talib. Ketika itu, Saidina Ali menyatakan, "kalimahitu benar, tetapi yang dikehendaki olehnya adalah kebatilan"

[3]

Tepuktangan tidak haram, kerana berpegang dengan kaedah asal, iaitu asal sesuatuperkara adalah harus. Dalam erti kata yang lain, dalam perkara yang berkaitdengan adat, bukan ibadat, seperti tepuk tangan dalam majlis keramaian, tepuktangan ketika bermain-main dengan anak kecil dan seumpamanya, ia tidak haram,malahn harus.

Adapuntepuk yang diharamkan adalah tepuk dalam perkara ibadat. Inilah yangdimaksudkan dari firman Allah SWT seperti berikut;

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّامُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

Maksudnya;
       "Sembahyangmereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan.Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu" (Surah al-Anfal, ayat 35)

MenurutIbn Abbas bahawa orang Quraish di zaman Jahiliyyah, melakukan tawaf dalamkeadaan telanjang dalam keadaan mereka bertepuk tangan. Mereka menyangka bahawaitu merupakan perkara ibadat[11].

Makaserupa juga dengan hukum muzik. Iaitu, ia haram sekiranya ia dimasukkan dalamibadat, seperti muzik sambil solat (seperti yang diamalkan dalam agamaKristian). Adapun sekadar adat, yang tidak dicampurkan dalam urusan ibadat,maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu harus.

BAB TIGA;ULASAN DALIL

[1]

Dalil-dalilyang digunakan untuk mengharamkan muzik seperti berikut;

Pertama;

كُلُّ شَيْءٍ يَلْهُو بِهِ ابْنُ آدَمَ فَهُوَ بَاطِلٌإِلَّا ثَلَاثًا رَمْيَهُ عَنْ قَوْسِهِ وَتَأْدِيبَهُ فَرَسَهُ وَمُلَاعَبَتَهُأَهْلَهُ

Maksudnya;
          "Semua perkara boleh melaghakan anakadam, maka ia adalah batil kecuali tiga; memanah, melatih kuda dan berguraudengan keluarga[12]"

Ulasanhadis;

1-   wujudmustasna (pengecualian) dalam hadis ini, bukan merujuk kepada Hasr(pembatasan). Ini kerana, memanah, melatih kuda dan bergurau juga boleh menjadiharam sekiranya boleh melahirkan kelalaian dari mengingati Allah SWT. Oleh itu,ia sebenarnya merujuk kepada galakkan terhadap mempelajari tiga perkara ini.
2-  Maknabatil tidak merujuk kepada makna haram. Ini kerana, dalam bahasa arab, batilitu sendiri mempunyai beberapa maksud, antaranya;
a.   Sesuatuyang tidak sabit;
b.   Perkarayang ghurur;
c.   Tiadamanfaat;
d.   Tindakanyang tidak mendekatkan diri kepada Allah.
3-  Oleh yangdemikian, batil tidak semestinya memberi maksud haram, tetapi memberi maksudsesuatu yang halal, tetapi kurang digemari.

Kedua;

SabdaNabi SAW;

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَالْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ

Maksudnya;
          "Lagi akan berlaku pada umatku puak-puakyang menghalalkan zina, sutera, arak dan muzik[13]"

Ulasanhadis ini adalah seperti berikut;
1-   Dalamnas, penggunaan kalimah "Istihlal" atau menghalalkan ada dua maksud;
a.   Menghalalkanyang haram.

SabdaNabi SAW;

فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْأَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِاللَّهِ

Maksudnya;
          "Takutlah kamu akan Allah SWT padaperempuan. Jika kamu ambil mereka dengan Aman Allah, dan kamu halalkan kemaluanmereka dengan kalimah Allah[14]"

Bentukini, adalah dibenarkan. Ini kerana, ia menghalalkan dengan keizinan Allah.Dengan maksud, menghalalkan yang haram di sini tertakluk kepada hukumlighairih.

Jugahadis;

SabdaNabi SAW;

إِنَّهُمْلَمْ يَكُونُوا يَعْبُدُونَهُمْ وَلَكِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا أَحَلُّوا لَهُمْشَيْئًا اسْتَحَلُّوهُ وَإِذَا حَرَّمُوا عَلَيْهِمْ شَيْئًا حَرَّمُوهُ

Maksudnya;
          "Sesungguhnyamereka tidak menyembah mereka (ahbar), tetapi mereka apabila menghalalkan bagimereka sesuatu, mereka turut menghalalkannya. Dan apabila merekamengharamkannya sesuatu, mereka turut mengharamkannya[15]"

Bentukini tidak dibenarkan.

b.   Menghalalkanyang halal.

أَلَا هَلْ عَسَى رَجُلٌ يَبْلُغُهُ الْحَدِيثُ عَنِّيوَهُوَ مُتَّكِئٌ عَلَى أَرِيكَتِهِ فَيَقُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ كِتَابُاللَّهِ فَمَا وَجَدْنَا فِيهِ حَلَالًا اسْتَحْلَلْنَاهُ وَمَا وَجَدْنَا فِيهِحَرَامًا حَرَّمْنَاهُ وَإِنَّ مَا حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا حَرَّمَ اللَّهُ

Maksudnya;
          "kadang-kadang ada lelaki yang sampaihadis daripadak dalam keadaan dia bersandar pada panggulnya lalu berkata,diantara kami dan kamu adalah kitab Allah. Apa yang kamu dapati padanya perkarayang halal, kami halalkannya. Apa yang kami dapati dalamnya perkara yang haram,kami haramkannya. Sesungguhnya barang yang Rasulullah SAW haramkan, sepertimanaAllah SWT haramkan[16]"

Bentuk inidibenarkan.

2-  Pengharamanzina, sutera dan arak termaktub dalam nas yang lain. Sedangkan muzik, tidak adanas tunggal yang mengharamkannya. Jadi, merujuk kepada hadis ini sebagai carauntuk mengharamkan muzik secara mutlak adalah tidak benar.

Iasama seperti Allah SWT nyatakan dalam al-Quran;

وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انْفَضُّواإِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ اللَّهْوِوَمِنَ التِّجَارَةِ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya;
"Dan apabila mereka melihat perniagaan ataupermainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamusedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebihbaik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah Sebaik-baik Pemberirezki" (Surah al-Jumuah, ayat 11)

Dalamayat ini, Allah SWT kaitkan perniagaan dengan lagha, walhal perniagaan itutidak haram. Dengan maksud, yang haramnya adalah lagha dalam perniagaansehingga tidak berlengah-lenghah untuk menunaikan solat jumaat. Adapunperniagan itu sendiri, ia tidak haram.

3-  Hukummemasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan adalah haram (zina),kecuali setelah pernikahan. Sutera juga adalah haram bagi lelaki, tetapi halalbagi perempuan.  Serupajuga arak yangtelah bertukar menjadi cuka. Dengan maksud, dalam hadis ini ia mengandungihukum lizatih dan hukum lighairih.

Oleh yangdemikian, maksud muzik dalam hadis ini adalah muzik yang mempunyai mempunyaitujuan yang buruk, maka ia haram, iaitu hukum lizatih. Adapun hukum asalnyaadalah harus.

Ketiga;

Satuhadis dari Nafi' bahawa Abdullah bin Umar mendengar suara seruling pengembala.Lalu meletakkan dua jarinya di telinganya (tutup telinga). Lalu dia berpalingdengan kenderaannya sambil berkata, "Wahai Nafi', apakah kamu mendengar?" Akukata, "Ya".

Kemudian,Ibn Umar berkata;

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ وَسَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَصَنَعَ مِثْلَ هَذَا

Maksudnya;
          "Aku lihat Rasulullah SAW dalamkeadaan mendengar suara seruling pengembala, lalu baginda SAW buat seperti ini[17]"
 
Ulasanhadis adalah seperti berikut;
Hukummakan Dhob adalah harus/halal. Tetapi tidak dimakan oleh Rasulullah SAW. NabiSAW tidak makan, bukan kerana ia haram, tetapi Nabi SAW mengambil jalan warak.Serupa juga dengan Nabi SAW menutup telinga.

[2]

Dalil-dalilyang mengatakan harus muzik;

Pertama;

Di harimina, Nabi SAW balik ke rumah bersama dengan Abu Bakar al-Siddiq. Di rumahBaginda SAW ada dua orang Jariah (perempuan) yang sedang menyanyi dan memukulgendang. Ketika itu, Nabi SAW menyelubungkan mukanya dengan kain. Ketikamendengar itu, menyebabkan Abu Bakar al-Siddiq menghalang dua orang jariah itudari menyanyi. Kemudian Nabi SAW membuka kain yang menutupi mukanya sambilberkata;

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Maksudnya;
          "Tinggalkan kedua-duanya Wahai AbuBakar, kerana ia adalah hari raya[18]"

Adasebilangan orang kata, disebabkan ia berlaku pada hari raya, maka ia dibawahmaksud "Raf' al-Harj" atau mengangkat/menghilangkan kesusahan. Dijawab, "Raf'al-Harj" ini berlaku ketika kesusahan, tetapi ketika hari raya tidak ada unsurkesusahan pun. Dan lagi, tidak mendengar muzik itu tidak mendatangkan sebarangkesusahan pun.

Kedua;

Dalamsatu peperangan, Nabi SAW didatangi oleh seorang jariah sauda' atau perempuanberkulit hitam. Dia berkata;

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ نَذَرْتُ إِنْرَدَّكَ اللَّهُ سَالِمًا أَنْ أَضْرِبَ بَيْنَ يَدَيْكَ بِالدُّفِّ وَأَتَغَنَّى

Maksudnya;
          "Wahai Rasulullah SAW, Aku telahbernazar, sekiranya Allah SWT mengizinkan kamu, bahawa aku mahu memukul gendangdihadapan kamu dan aku mahu menyanyi"

Lalu dijawaboleh Rasulullah SAW;

إِنْ كُنْتِ نَذَرْتِ فَاضْرِبِي وَإِلَّا فَلَا

Maksudnya;
          "Jika kamu telah nazarkan, makapukullah (gendang), dan jika tidak (tidak nazarkan), maka tidak perlu kamu lakukannya[19]"

Ulasanhadis;
1-   Dalamkaedah nazar, ia tidak boleh berlaku kecuali dalam perkara yang halal sahaja.Nazar tidak boleh berlaku dalam perkara yang haram.

SabdaNabi SAW;

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ وَمَنْنَذَرَ أَنْ يَعْصِيَ اللَّهَ فَلَا يَعْصِهِ

Maksudnya;
          "Barangsiapa bernazar bahawa mahumentaati Allah, maka hendaklah dia taatinya. Barangsiapa bernazar bahawa diamahu lakukan maksiat, maka jangan dia lakukan maksiat[20]"

2-  Oleh yangdemikian, sekiranya muzik itu haram, sudah pasti Nabi SAW melarang wanita hitamitu. Tetapi, tidak dilarang. Menandangkan ia adalah harus.

BAB EMPAT: MUZIK DIKALANGAN SAHABAT

[1]

Sahabatyang negative dengan muzik[21];

Pertama :

Ibn Abbaspernah menyatakan bahawa muzik haram, gendang haram, seruling haram dansebagainya.

Kedua;

SaidinaOsman pernah menyatakan bahawa dia tidak pernah menyanyi.

Ketiga;

IbnMas'ud juga menafsirkan makna ayat;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِلِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Maksuddengan "Lahw al-Hadis" ditafsirkan sebagai muzik.

[2]

Sahabat-sahabatyang positif dengan muzik;

Pertama;

Abdullah binZubair satu hari dalam keadaan menyandar berkata, "Bilal sedang menyanyi"[22].

Kedua;

Abdal-Rahman bin Hatib bin Abi Balta'ah berkata, "kamu keluar bersama dengan Umarbin al-Khattab pada musim haji akbar, hingga kami sampai di Rauha'. Orang dikampong Rauha' memaklumkan tentang kemerduan suara Rabah bin al-Mughtarif. LaluUmar berkata, "Perdengarkanlah kepadaku Wahai Rabah[23]"

Ketiga;

Abdullahbin Abbas bersama dengan Umar bin Al-Khattab. Sampai di satu laluan makkah padamasa khilafahnya, bersamanya ada sebilangan Muhajirin dan ansar, lalu Umarmengalungkan beberapa bait-bait syair[24].

BAB LIMA: MUZIK DIKALANGAN SALAF

[1]

Merekayang negative dengan muzik;

Pertama;

Apabilamenafsirkan ayat;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِلِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Mujahid binJabr al-Makki, Ikrimah Maula ibn Abbas, Ibrahim al-Nakhaie, Habib bin Abi Sabital-Kufi dan Makhul al-Syami menyatakan ia adalah muzik dan nyanyian.

Kedua;

Umar bin Abdal-Aziz pernah menulis kepada Umar bin al-Walid seperti berikut;

إظهارك المعازف و المزمار بدعة في الإسلام

Maksudnya;
          "Menzahirkan muzik dan seruling ituadalah bidaah dalam Islam[25]"

Ketiga;

Al-Hasanal-Basri berkata, "dua suara yang dilaknat; 1- Seruling ketika nikmat, 2-mengeluh ketika musibah[26]".

Dalamriwayat lain berkata, "Duf bukan dari sunnah orang Islam pun[27]"

[2]

Salafyang positif dengan muzik;

Pertama;

Muhammadbin Sairin selalu mengetuk duf di hadapan raja sehingga ia dikagumi[28].

Kedua;

Nyanyianini masyhur dikalangan keluarga al-Majisyun (satu gelaran kepada Ya'qub bin AbiSalamah). Mereka ini masyhur dengan kefaqihan di kalangan rakyat Madinah.Mereka tergolong dari kalangan Tabiin, dari kalangan orang yang siqah ataukepercayaan.

Mus'abbin Abdullah al-Zubaidi berkata, "dia adalah orang yang pertama mengajarnyanyian dari kalangan Ahl al-Muruah[29]"

BABKEENAM : ULASAN FUQAHA MAZHAB

[1]

ImamHanafi pernah menyatakan tentang kenduri perkahwinan yang ada nyanyian, "Akudiuji (ابتليت) denganperkara ini"[30].

Kalimah (ابتليت), tidak boleh dikatakan bermaksud haram, tetapihendaklah diterjemah sebagai perkara yang tidak disukai. Ini kerana, dalamkitab Badai al-sanai, ada menukilkan keharusan menjual alat muzik, sepertiGambus, gendang, seruling dan seumpamanya[31].

Dalam kaedah ada menyebut;

ما حرم استعماله حرم اتخاذه

Maksudnya;
          "Apayang haram menggunakannya, maka haram mengambilnya[32]"

Adapunulasan dari Sahibain (Imam Abu Yusuf dan Muhammad bin Syaibani), mempamerkanmuzik itu haram sekiranya digunakan dengan tujuan fasiq dan kerosakan[33].

Jelas,haram muzik dalam mazhab Hanafi merujuk kepada lighairih, bukan lizatih.

[2]

ImamMaliki sendiri menyatakan haram muzik sekiranya digunakan sebagai untukmenegakkan kebatilan atau kefasiqan.

Beliauada menyatakan;

إنما يفعله عندنا الفساق

Maksudnya;
          "Yangmelakukannya di kalangan kami adalah orang-orang fasiq[34]"

[3]

asal hukum fiqh, apabila seseorang itu merosakansesuatu yang haram, maka tidak perlu digantikan balik. Tetapi, jika merosakanbenda yang halal, wajib diganti balik.

Dalam al-Umm, Imam al-Syafie menyatakan;

ولو كسر له طنبورا أو مزمارا أو كبرا فإن كان في هذا شئيصلح لغير الملاهي فعليه ما نقص الكسر وإن لم يكن يصلح إلا للملاهي فلا شئ عليه

Dalamperkataan Imam Syafie ini, dinyatakan bahawa alat muzik seperti gabus danseruling yang digunakan tidak pada melaghakan, maka ia wajib digantu sekadaryang dia pecahkan itu. Sekiranya tidak digunakan kecuali untuk melaghakan, makatidak perlu ganti[35]"

Nyata,Syafie sendiri meletakkan muzik itu ada yang melaghakan dan tidak melaghakan.

[4]

Dalam mazhabHambali, Ibn Muflih menyatakan dalam kitab al-Furu' bahawa seruling tidakharam, tetapi makruh[36].Tetapi dalam kitab al-Mughni, dinyatakan bahawa ia adalah haram[37].

Jadi,diihtimalkan makruh itu adalah hukum lizatih, dan haram itu merujuk kepadahukum lighairih.

KESIMPULAN

Hukum lizatih bagi muzik adalah harus. Tetapi, iaboleh bertukar (al-Hukm Lighairih) menjadi haram, makruh, galakkan danseumpamanya.

Perkara yang boleh menyebabkan ia jadi haram, apabilaia digunakan untuk kebatilan, seperti melaung-laungkan nyanyian untukmemburukkan Nabi Muhammad, para sahabat dan seumpamanya. Ia sama sepertiungkapan yang baik, tetapi mengandungi tujuan yang jahat yang dilakukan olehpuak-puak khawarij.

Adapun ia boleh jadi makruh, apabila muzik itudimainkan sehingga menyebabkan melambatkan solat dan seumpamanya.

Adapun ia boleh jadi sesuatu yang digalakkan, adalahseperti ia dialunkan dalam majlis kenduri kahwin, hari raya dan seumpamanya.

Wallahu 'Alam




[1] Al-Wadih fi Usul al-Fiqh karangan Dr Sulaiman al-Asyqar.
[2] Al-Ta'lil al-Maqasidi li ahkam al-Fasad wa al-Butlan, karangan Abdal-Qadir bin Hirz Allah.
[3] Hukum puasa itu adalah sah. Dengan erti kata lain, tidak perludiulang puasa nazar tersebut. Namun, perbuatan itu adalah haram. Serupajugasolat itu sah, tetapi memakai pakaian curi itu adalah haram.
[4] Al-Siayasah al-Syariiyyah, Qaradhawi
[5] Nahw Taf'il Maqasid al-Syariah, karangan Dr Jamal al-Din 'Atiyyah,hlmn 79.
[6] Kaif Nata'amal Ma'a al-Sunnah wa al-Nabawiyyah, Qaradhawi, hlmn123-124
[7] Muslim : hadis no, 155.
[8] Al-Bukhari : hadis no, 5341.
[9] Al-Bukhari : hadis no, 3392.
[10] Al-Bukhari

[11] Fatawa min Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Dr Atiah Saqr,jld 2, hlmn 265.
[12] Musnad Ahmad: hadis no, 16699
[13] Al-Bukhari.
[14] Muslim : hadis no, 2137.
[15] Al-Tarmizi : hadis no, 3020.
[16] Al-Tarmizi : hadis no, 2588.
[17] Ahmad : hadis no, 4307.
[18] Sunan al-Kubra; hadis no, 1797
[19] Al-Tarmizi : hadis no, 3623.
[20] Al-Bukhari : 6202
[21] Al-Musiqi wa al-Ghina' fi Mizan al-Islam, hlmn 160-163.
[22] Al-Baihaqi : 10/225.
[23] Ibrahim Al-Harbi mengeluarkan hadis ini dalam Gharib al-Hadis,sepertimana juga Ibn Hajar dalam al-Isabah. Hadis ini dinilai hasan olehkebanyakkan ulama hadis.
[24] Al-Baihaqi : 5/69.
[25] Al-Nasaie : hadis no, 4135.
[26] Ibn ABi Dunya : 64.
[27] Ibn Abi Dunya : 80
[28] Al-Musaddad sepertimana dalam al-Matalib al-'Aliyah : 1815.
[29] Tarikh Ibn 'Asakir : 28/54.
[30] Badai al-Sanai : 6/2972
[31] 6/3009.
[32] Aqmar al-Mudiah : hlmn 216.
[33] Badai al-Sanai : 6/3009-3010.
[34] Ahmad : 1581.
[35] Al-Umm : 4/225.
[36][36] 5/311.
[37] 9/173

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.