SharpShooter |
- Isu MCA marah DAP utamakan Melayu, apa reaksi pejuang Melayu tulen?
- Video Iklan bulan puasa yang kontroversi - Pakatan Rakyat mahu tindakan keras
- PR dapat MyKad: Komplot BN, JPN & SPR - Desak sidang Parlimen tergempar
- Zahrain pecah rekod 'dakwaan kosong'
- 11 YB Melayu umporno tunduk kepada Cina Gerakan dan MCA
- video menarik untuk tontonan anda malam ini...
Isu MCA marah DAP utamakan Melayu, apa reaksi pejuang Melayu tulen? Posted: 03 Aug 2011 02:35 AM PDT PETALING JAYA 3 OGOS : Parti MCA Pulau Pinang dibidas Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMPP) kerana memainkan sentimen perkauman dengan menuduh Ketua Menteri sebagai anti- Cina hanya kerana meluluskan pemberian tender kepada kontraktor Bumiputera. Hakikatnya, Lim Guan Eng meluluskan tander tersebut menerusi sistem tender terbuka dan bukannya secara rundingan terus seperti yang diamalkan kerajaan UMNO BN sebelum ini. Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang sebelum ini menuduh Guan Eng sebagai anti-Cina dan tidak mengutamakan kontraktor berbangsa Cina dalam pemberian tender- tender milik kerajaan negeri. "Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri. "Ini termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti," kata Pemangku Yang Di Pertua PKMPP, Dato Izham Merican dalam satu kenyataan media semalam. Dalam blog MCA pada 29 Julai lalu, Tan mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim. Beliau merendah-rendahkan kebolehan kontraktor-kontraktor Bumiputera dengan mempertikaikan kemampuan mereka menyiapkan projek-projek yang diberi. Tan dalam blog itu juga menuduh Lim dan DAP mengenepikan kepentingan masyarakat Cina sejak mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang. "MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri," tegas Izham. Beliau juga menjelaskan menerusi sistem tender terbuka pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain. "Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Di Pertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri. "Ini membuktikan sikap profesional beliau kerana tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi," tambahnya. Izham yang mewakili kontraktor yang bernaung dibawah PKMPP berkata, sikap dan pendekatan Guan Eng yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini, adalah kepimpinan yang terpuji. "Kami ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Ketua Menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan," katanya lagi. Sharpshooter - Laporan terdahulu MCA marahkan DAP sebab utamakan Melayu. Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa tohmahan bahawa DAP anti Melayu itu tidak benar sama sekali. Guan Eng dalam ucapannya selalu berkata, "Bila saya tolong Melayu, MCA dan Gerakan akan kata saya anti Cina, bila saya tolong Cina, umno akan kata saya anti Melayu.....sebenarnya saya bukan anti Melayu dan Cina tetapi sebenarnya saya anti umno dan BN" Kita masih menunggu apa reaksi pejuang Melayu tulen 1 Malaysia, apa kata umno, apa kaya perkasa, apa kata mamak ghani coli.... Takkanlah MCA itu terlalu kebal dan dimanjakan dan didodoi oleh umno hingga MCA boleh keluarkan kenyataan apa sahaja terhadap Melayu dan Islam? Kita juga menunggu apa reaksi pejuang bebas pejuang melayu Islam tulen seperti zahrain, zulkifli noordin, ibrahim ali dan kawasan yang sepusat dan sepusing dengannya..... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
Video Iklan bulan puasa yang kontroversi - Pakatan Rakyat mahu tindakan keras Posted: 03 Aug 2011 01:58 AM PDT August 02, 2011 KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Pakatan Rakyat mahu tindakan dikenakan ke atas saluran milik Media Prima, 8TV kerana menyiarkan iklan Ramadan yang menunjukkan sikap orang Cina semasa bulan Ramadan. Gesaan itu dibuat selepas saluran itu menarik balik iklan tersebut berikutan kritikan ke atas klip yang menggambarkan seorang gadis "Cina" makan di depan khalayak ramai sambil mengenakan pakaian ketat semasa berkunjung ke bazar Ramadan. "Seseorang harus mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana menghina Islam dan menggambarkan agama lain tidak menghormati agama lain," kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad (gambar). Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata adegan-adegan dalam iklan itu "terlalu dramatik" di bulan Ramadan seperti orang Islam "tidak mengambil peduli orang lain makan, minum atau merokok di kawasan awam." Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mengkritik kumpulan media yang dikawal Umno sambil menyifatkannya sebagai "iklan tidak mementingkan sensitiviti dan amat kesat," dengan "jika iklan itu tiada kaitan dengan kerajaan, tindakan serta-merta akan diambil oleh pihak berkuasa." "Media Prima perlu bertanggungjawab dan tindaka perlu diambil oleh kerajaan," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini. Terlebih dahulu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima mempertahankan penyiaran iklan itu dengan meminta orang ramai "bertenang" dan tidak buat tindakan terburu-buru. Dalam iklan itu, seorang gadis mengenakan baju tanpa lengan sambil memegang sesikat pisang. "Wow, saya rasa saya telah menjadi perhatian! Saya suka! Dan, saya sayang anda semua!" kata gadis dalam video itu. Iklan itu kemudian mencadangkan agar gadis itu tidak memakai pakaian yang ketat dengan mesej "jangan pakai pakaian ketat dan mendedahkan tubuh anda." Kemudian, gadis itu dilihat telah memakai baju kurung dan disambut dengan senyuman oleh orang ramai di bazar. Terdahulu selebriti tempatan dan penulis lagu Pete Teo dalam komennya menerusi Twitter berkata: "Mahu melihat iklan TV Ramadan yang teruk? Yasmin Ahmad di mana anda? Apa sudah jadi dengan AhmadIzhamOmar?" Kedua-dua Lim dan Dzulkefly juga berkata, ini bukan kali pertama Media Prima membenarkan tayangan iklan yang kontroversi semasa Ramadan. Tahun lalu, TV3 terpaksa menarik balik iklan sempena Aidilfitri yang mana memasukkan elemen-elemen agama lain termasuk termasuk watak Santa Claus. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
PR dapat MyKad: Komplot BN, JPN & SPR - Desak sidang Parlimen tergempar Posted: 03 Aug 2011 12:19 AM PDT
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
Zahrain pecah rekod 'dakwaan kosong' Posted: 02 Aug 2011 11:30 PM PDT * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
11 YB Melayu umporno tunduk kepada Cina Gerakan dan MCA Posted: 02 Aug 2011 08:00 AM PDT WarkahDaily – 'Wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri' di Pulau Pinang tegas Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang menuduh beliau mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri itu. Pada 20 Disember 2009, bekas Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor mahukan jawatan itu diberikan kepada Umno berdasarkan banyak kerusi yang dimenangi parti berkenaan. UMNO menang 11 kerusi DUN, sedangkan MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang dipertandingkan di tangan Semua kerusi DAP dan PKR termasuk kesemua kerusi parlimen. Namun tuntutan Zahid Hamidi itu mendapat tentangan dari Gerakan yang mahu mempertahankan jawatan itu demi survival partinya dan maruah parti akan tercalar jika jawatan itu pun diserahkan kepada Umno. Ketika di zaman pemerintahan BN, Umno dilihat tidak banyak berperanan untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang, bahkan banyak bangsa Melayu terpinggir dari arus pembangunan. Umno yang dipertanggungjawab dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri sekadar dilihat 'makan gaji buta' oleh bangsa Melayu. Laporan Bernama semalam, pendedahan oleh Datuk Zainal Abidin Osman konon Umno tidak berhajat dengan jawatan Ketua Menteri itu dilihat memberi gambaran lebih jelas akan peranan Umno dalam perikatan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang. Datuk Zainal Abidin berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri. "Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri. "Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya. Rupa-rupa Umno sekadar boneka dalam BN Pulau Pinang. Desakan Zahid Hamidi selama ini sekadar gimik untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu terhadap BN. Namun apa yang realitinya, Umno tidak boleh berbuat apa-apa di Pulau Pinang. Umno sekadar kuda tunggangan Gerakan dan MCA yang dilihat lebih mendominasi BN Pulau Pinang. Sumber : Warkahdaily Antara MCA dan DAP MCA boleh buat apa saja… UMporNO dan pencacainya tak akan marah. Bayangkan kalau isu di bawah ini dibuat oleh DAP. 1. Dalam Isu Azan. Ng Kiam Nam ahli seumur hidup MCA bantah laungan azan… JAWI arah masjid perlahankan Azan. Selepas dia menang (azan berjaya diperlahankan) itu dia pun tunjuk minta maaf. UMporNO berpelukan dengan MCA dengan erat. Isu ini dilupakan 2. Dalam isu Hudud. MCA buat demonstrasi tolak hudud. UMporNO pejamkan mata. Tak ada UMporNO yang mencela. Isu ini dipadamkan 3. Bila Chua Soi Lek menolak Ketuanan Melayu dalam perhimpunan agung MCA. Najib tunduk dan menyokong. Tidak ada seorang pun UMporNO tuduh Najib penkhinat Melayu. Tiada akhbar yg siarkan 4. Chua Soi Lek kata persaingan UMporNO dan PAS untuk menunjukkan Islam membawa Malaysia mundur ke belakang. Chua Soi lek Ingatkan masyarakat Cina bahawa PAS akan menegakkan negara Islam. Najib mengangguk-ngangguk tanda setuju. 6. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Jamil Khir Tak berani kata Ng Yen Yen hina Islam. Persoalan yang mesti dijawab oleh pencacai UMporNO, kenapa MCA mendapat hak ekslusif untuk menghina Islam dan bangsa Melayu. Tidak ada bantahan besar besaran dari UMporNO menyebabkan pemimpin MCA tak rasa takut untuk menghina Melayu dan Islam. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
video menarik untuk tontonan anda malam ini... Posted: 02 Aug 2011 07:30 AM PDT Jika kita tonton video di atas, di dalam hadith riwayat Attabarani, Rasulullah SAW perintah seorang sahabat supaya membina sebuah masjid di taman bernama Bathan di daerah San'ayg terletak di negeri Yemen. Baginda mengarahkan supaya qiblat masjid itu mengadap ke puncak gunung Deyn yang terletak sekitar 30km dari San'aa. 14 abad kemudian, Google Earth membuktikan kebenaran Rasulullah SAW. Melalui rakaman satelit, dapat dilihat dengan jelas bagaimana qiblat masjid ini yang di perintahkan oleh Nabi SAW menghadap ke puncak gunung Deynn, apabila di lanjutkan, ia langsung mengarah ke tengah Ka'aba di Baitullah Al Haram. Tiada manusia yang dapat mengetahui perkara ini tanpa bantuan alat2 canggih pada zaman tersebut. Benar lah Muhammad SAW. SUBHAANALLAH! * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan