PENYAPU SIAL |
- SPR jadi iblis UMNOPORNO pukimak....Pengundi Hantu, Pengundi Klon, Kini Pengundi Import Dikesan Di gunakan SPR untuk memenang parti haramjadah berkenaan...!!!
- Tong sampah 1 Malaysia....bau hapak seluruh 1 malaysia....!!!
- pengundi hantu...pengundi hantu jugak....persempadanan semula kawasan pilihanraya perlu di ambil kira supaya dapat menghalang BN asik menang menipu....!!!
Posted: 02 Aug 2011 07:17 AM PDT
PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud. "Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini. Jelasnya, mereka apda awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja. Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat. PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja. Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu. Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya. "Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS. penyapu sial Nak tanya Pengerusi SPR,nak bersihkan daftar pengundi pun nak diluluskan oleh Parlimen? Tak usahlah nak banyak cakap,ada kuasa ditangan pun tak tau nak gunakan sebab nak terima arahan dari UMNO. kalau macam ni punya cerita, hanya UMNO saja lah yang menang tak payah ada pilihanraya lah. hanya dengan melarikan pengundi disatu kawasan saja dikawasan UMNO kalah dan top up dikawasan yang mereka kalah dengan majoriti kecil disemua kawasan diselangor, semua kawasan tu akan dimenangi oleh UMNO. Macam ni pun SPR kata sah? SPR kata bukan hantu? mungkin SPR betul, bukan hantu tapi iblis. UMNOBN tak payah pakai pilihanraya kalau nak menang, guna SPR dan Pej. pendaftaran jer. angkut ramai-ramai mana-mana kawasan yang benar-benar kalah, lambak kat kawasan yang dia kalah majoriti tipis. Inilah kelemahan sistem demokrasi bila penguasa mencorakkan bentuk demokrasi yang dikehendaki. Guna BIOMETRIK pun sama juga masalah akan timbul. apa kata kalau 5 pengundi yang didaftarkan mengguna kad BIOMETRIK yang mempunyai specimen ibu jari hanya seorang. mana kita tahu, tak ada yang dapat periksa ibu jari mereka yang menjadi ajen. ajen akan menekan ibu jarinya atas 5 nama yang berlainan. sistem akan terima sebab tanda ibu jari dah diprogram oleh pejabat pendaftaran. mampus. mampus. sampai bila pun tak menang |
Tong sampah 1 Malaysia....bau hapak seluruh 1 malaysia....!!! Posted: 02 Aug 2011 06:58 AM PDT Bayangkan…jika tong-tong sampah yang berselarak di Kota Kuala Lumpur ini ditukar menjadi tong sampah 1Malaysia. Niat yang murni ini akan terserlah dalam bentuk faedah kepada rakyat jelata. Antara faedahnya ialah ia akan mencantikkan kota Kuala Lumpur dengan tong-tong sampah yang baru siap dengan simbol 1Malaysia, menawan, beraneka corak dan bergaya sekali. Dan hasilnya, tong-tong sampah ini akan dilihat seragam sebagaimana tiang-tiang lampu mewah di Putrajaya. Dengan cara itu, masyarakat kota akan mula sedar betapa pentingnya membuang sampah ke dalam tong sampah 1Malaysia. Maka berduyun-duyunlah rakyat dari segenap pelusuk kampung dan pekan akan datang ke Kuala Lumpur untuk membuang sampah ke dalam tong sampah 1Malaysia itu. Malah pelancong-pelancong yang datang ke Kuala Lumpur juga akan berebut-rebut mengambil gambar bersama tong-tong sampah 1Malaysia, idea yang lahir dari benak Perdana Menteri Najib Tun Razak. Selain daripada itu, kontrak-kontrak membuat tong-tong sampah 1Malaysia yang baru ini akan diagihkan kepada kontraktor-kontraktor sahabat UMNO dan Barisan Nasional yang dapat menambah pendapatan mereka. Mungkin juga akan lahir kontraktor-kontraktor baru yang bakal menjadi kroni UMNO- BN dari pelbagai bangsa sebagai manifestasi 1Malaysia. Inilah buah fikiran ‘glokal’ Najib. Bayangkan lagi… Jika ada orang yang menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai yang terlanggar tong-tong sampah 1Malaysia ini hingga menyebabkan ianya rosak dan pecah. Maka orang-orang ini telah melakukan dua jenis kesalahan. Pertama, kerana menyertai perhimpunan yang difatwakan haram oleh pemerintah yang takut kepada rakyat sendiri, dan kedua, kerana merosakkan imej dan idea 1Malaysia dengan cara memecahkan tong-tong sampah 1 Malaysia. Di mana-mana mahkamah pun, sudah hampir pasti anda akan disabitkan dengan kesalahan jenayah yang ‘mengancam’ imej negara tercinta ini serta mengisytiharkan perang terhadap tong-tong sampah 1Malaysia. Melanggar dan memecahkan tong-tong sampah 1Malaysia ini akan dituduh sebagai menjatuhkan maruah bangsa dan kerajaan. Malah ia bertentangan dengan Perlembagaan kerana melakukan kerja-kerja subversif dengan menjahanamkan tong-tong sampah 1Malaysia. Bayangkan pula… Para pemilik tong-tong sampah 1Malaysia ini, baik secara individu atau pun organisasi, akan mendesak organisasi Bersih atau Pakatan Rakyat untuk membayar pampasan kepada mereka kerana bukan sahaja telah merosakkan tong sampah 1Malaysia ini, malah memcacatkan keindahan kota Kuala Lumpur yang selama ini dihiasi oleh tong sampah Najib. Maka muflislah Pakatan Rakyat kerana disaman oleh individu dan kerajaan dengan jumlah pampasan yang berjuta-juta itu. Bayangannya… Jika semua benda dan perkara yang ada di Malaysia hendak di ‘1Malaysia’kan oleh kerajaan, sudah pasti rakyat biasa yang berjalan ke mana-mana pun di Malaysia ini akan terpaksa berhati-hati agar tidak melanggar, merosak atau menyentuh segala benda fizikal atau perkara yang mungkin akan menjadikan mereka penjenayah 1Malaysia. Kita semua akan berada dalam ketakutan kerana segala rutin harian akan terus dikaitkan dengan konsep 1Malaysia. Kita takut kalau-kalau tidak makan makanan yang ada tanda halal 1Malaysia, jika tidak mungkin dianggap memakan makanan ‘haram’. Hendak membeli dan memilih mesti di kedai 1Malaysia. Nak bercakap atau berbincang, kena faham dan kaitkan dengan agenda 1Malaysia dulu. Nak berkahwin pun kena buat majlis yang ada simbol 1Malaysia. Jika tidak mengikut jalan ini, maka anda dianggap sebagai musuh 1Malaysia, yakni anti-kerajaan. Hal yang digambarkan sebagai anti kerajaan ini samalah dengan dakwaan penderhakaan yang sering dikaitkan oleh UMNO kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Hinggakan, mana-mana parti pembangkang yang berani berbahas menegur kerajaan di Parlimen akan dituduh sebagai anti 1Malaysia. Bayangkan… Salam atau berjabat tangan pun mungkin kena ada cara 1Malaysia, dengan mudah kita akan mengenal siapa yang 1Malaysia dan siapa dia yang bukan 1Malaysia. Mungkin salam satu jari sebagai lambang 1Malaysia. Sesiapa yang didapati bukan dari golongan 1Malaysia, maka masa depan anda akan dicampakkan ke dalam tong-tong sampah 1Malaysia. Idea 1Malaysia ini penting kerana yang hanya benar-benar berjiwa 1Malaysia layak menikmati habuan kerajaan UMNO-BN. Tidak penting sama ada ia akan menjarakkan lagi jurang perbezaan antara kerajaan sebagai pemerintah dengan rakyat jelata yang berbeza pandangan dan pendirian. Maka 1Malaysia ini sama dengan kata-kata George W. Bush Jr, “sama ada kamu bersama kami atau kamu musuh kami”. Memang belum ada lagi tong-tong sampah 1Malaysia, tapi tak lama lagi mungkin wujud di seluruh pelusuk bandar dan pekan. Sekiranya ada antara kita yang menolak konsep 1Malaysia termasuk tong sampahnya, maka kita akan dianggap sebagai anti kerajaan dan tidak patriotik. Tidak hairanlah jika Pakatan Rakyat, malah rakyat tak berparti yang bebas befirkir, telah dituduh dengan bermacam gelaran yang hina kerana tidak mahu kepada 1Malaysia yang nampak indah tapi amalannya busuk dan hapak. Inilah gaya politik baru UMNO-BN laung-laungkan. Yang menegur, mengkritik dan tidak bersetuju dengan mereka, diibaratkan seperti sampah-sarap 1Malaysia |
Posted: 02 Aug 2011 06:48 AM PDT Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, ia bukan setakat menangani isu pengundi hantu. Ia juga mesti menentukan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan secara benar mengikut geografi dan demografi sesuatu parlimen. Sebagai contoh persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun 2003 menyaksikan Parlimen Pekan merangkumi sebahagian daerah Kuantan iaitu memasukkan Kem Tentera Batu 9 dan Batu 10. Perubahan persempadanan tersebut amat tidak munasabah daripada segi geografi dan demografinya. Tetapi hasilnya Najib sendiri yang hanya menang tipis 241 undi pada PRU 1999, menang besar pada PRU 2004.. Jika proses persempadanan semula yang dilakukan setiap 8 tahun sekali itu tidak diberi perhatian, tafsiran ramai akan tetap mengatakan SPR boleh dipergunakan untuk kepentingan parti pemerintah. Sebab itu negeri-negeri yang dikuasai PAS dan kawasan majoriti besar berpengundi Melayu tidak mendapat tambahan kerusi parlimen.. Ini sebagai mengulas laporan media hari ini yang memetik Najib komited menangani isu pengundi hantu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) antara aspek ditekankan pembangkang selama ini. Sistem biometrik juga akan diperkenalkan akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan pembangkang. Berikutan itu, Najib berkata, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR. Beliau mengulas desakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk S Ambiga agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada PRU-13. Najib dan SPR juga mesti komited untuk mendaftarkan pengundi secara automatik apabila cukup syarat seseorang warganegara supaya nama pengundi tidak dimanupulasi. Kita mendakwa mempunyai sistem mykad tercanggih di dunia, jadi mengapa tak boleh daftar warganegara sebagai pengundi secara automatik? “Kita cadang ia dilaksanakan, cuma pameran untuk semakan dan bantahan setiap suku tahun itu dikekalkan bagi check and balance.. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan