Selasa, 2 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


SPR, SPRM: Tiada lagi kepercayaan awam

Posted: 02 Aug 2011 03:00 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman

Tidak mudah untuk menganalisis perkembangan politik tanahair mutakhir ini. Namun, untuk membiarkannya berlalu begitu sahaja, tambah membebankan. Wartawan harus terus mencatat,'kan? Kita berada di ambang perubahan dan bakal merakam sejarah yang lebih manis daripada tsunami politik 2008.

Ramai boleh bersetuju bahawa demam pilihan raya sudah berjangkit ke Malaysia. Lawatan Pengerusi BN, Najib Razak ke seluruh negara berkempen mencemuh pembangkang, dengan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, semakin rancak. Timbalannya, Muhyiddin Yassin turut memperlengkap misi; kedudukan BN kian goyah, namun difahamkan budaya cah keting di peringkat tertinggi Umno terus merebak.

Najib pasti mahu mengelak daripada menjadi PM terakhir daripada Umno, dengan menggunakan apa juga kaedah, memperkakaskan apa jua kemudahan, tanpa mempedulikan kos yang bakal dihanguskan. Sentuhannya kerap tidak menjadi, malah bermacam-macam slogan muluk ciptaannya memakan diri.

"Tiada beza antara Najib dan pendahulunya, Abdullah Badawi. Masing-masing hanya ghairah bercakap hal yang besar-besar dan menabur berjanji, tetapi hasilnya kosong," kata seorang pembaca Harakah kepada saya. "Kalau ada pun yang berbeza, mungkin cakap Najib nampak lebih berisi, namun natijah akhirnya sama, kosong."

Semasa parti-parti komponen BN, terutama MCA, Gerakan dan MIC, masih gagal memperbaiki imej, hubungan Umno dengan rakyat nampak semakin longgar. Sokongan akar umbi, termasuk di desa dan kampung-kampung dilihat merosot. Kenaikan harga barangan keperluan asas begitu menjerut leher golongan terbanyak. Jurang maklumat yang menguntungkan BN selama ini berjaya didekatkan.

Projek-projek mega yang diumumkan Najib menaikkan lagi kemarahan orang ramai, apatah lagi dengan kisah sensasi isterinya Rosmah Mansor; terkini dengan cincin berlian RM24.4 juta dan sebelumnya dengan cerita penguasaan melampau Rosmah ke atas pentadbiran kerajaan. (Derita Abdullah yang pernah tertekan dengan isu hampir sama -- berkaitan menantu dan kroninya -- bakal menyeksa Najib). Rosmah umpama duri dalam daging yang paling sukar ditangani PM!

Kehidupan majoriti rakyat kian terhimpit, tidak kira di pedalaman mahupun kota besar. Soalnya, apakah mereka yakin Pakatan Rakyat mampu menawarkan formula penyelesaian? Tawaran Buku Jingga diperkatakan di mana-mana tetapi tentunya kepercayaan rakyat tidak sekadar pembentangan dokumen ringkas itu. Sekali lagi isu kepercayaan awam menjadi perdebatan.

Apa pun, tanpa meremehkan persiapan pilihan raya di bandar-bandar besar, yang membabitkan kelas menengah Melayu dan masyarakat Tionghua, tumpuan gerakerja Pakatan tidak dapat lari daripada mendekati dengan lebih jujur dan akrab komuniti kampung-kampung tradisi. Sensitiviti dan aspirasi mereka mungkin berbeza. Kesedaran berpolitik masih menjadi isu besar.

Ada pandangan popular Parlimen akan dibubarkan pada Oktober depan. Sekurang-kurangnya untuk mengesan kelemahan jentera pilihan raya Pakatan, elok tarikh itu disandarkan bagi menilai keberkesanan persiapan. Dengan jangkaan tempoh kempen akan disingkatkan (ingat tuntutan Bersih agar 21 hari diberikan), fokus patut diberikan di kawasan yang memerlukan masa lebih lama untuk menemui pengundi.

Kepada Harakah, ada yang mengingatkan saya: "Tempoh tiga bulan terakhir ini cukup kritikal. Harakah harus ada perancangan strategik. Usah bazirkan ruang akhbar yang terbatas itu. Bekalkan pembaca dengan informasi dan pendedahan berguna. Isu mesti disokong fakta dan data lengkap, dengan persembahan grafik yang menarik."

Dalam pada itu, saya bersetuju dengan pandangan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bahawa isu sebenar berkaitan himpunan Bersih 2.0 dan riuh-rendah serangan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kepercayaan rakyat. Saya sering membangkitkan peruntukan Perkara 114(2) Perlembagaan yang mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong membantu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM.


"Itulah sebabnya yang sebenar, bukan soal dakwat kekal atau biometrik. Isunya adalah kepercayaan kepada SPR," kata Saifuddin. Jika SPR menggunakan teknologi apa sekalipun, tambahnya, selagi masalah kepercayaan terhadap suruhanjaya itu belum diatasi, ia tetap tidak akan dipercayai.

Lebih memburukkan imej SPR apabila Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar dikatakan antara orang paling dipercayai Najib, yang diamanah menjalankan "misi sulit", dengan sokongan pelbagai kemudahan, bagi memenangkan BN dalam PRU13. Tindak-tanduk Wan Ahmad menguatkan lagi syak itu.

Kepercayaan awam kepada SPR, apatah lagi bagi parti-parti pembangkang, yang sedia tercalar, kini hampir musnah. Saya masih mengharapkan Agong dapat menggunakan kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan untuk menjernihkan keadaan. Keanggotaan SPR mesti dirombak dan dibarisi tokoh-tokoh yang diyakini rakyat.

Secara peribadi, saya lebih suka membayangkan Pakatan dalam "kedudukan terburuk" agar penambahbaikan dapat dilakukan sebelum terlambat. Saya turut perhatikan selama ini pemimpin DAP jarang melahirkan optimisme mereka menjelang pilihan raya. Ternyata mereka begitu berhati-hati sekali.

Namun, pendirian terbaru Lim Kit Siang cukup menarik: "... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai."

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau yang aktif berpolitik sejak 1969 menekankan: "Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi."

Selain isu kos hidup yang terus meningkat, juga keberanian rakyat dalam himpunan Bersih 9 Julai, dan gelagat "Wanita Pertama" Rosmah yang memburukkan lagi persepsi terhadap Najib, saya perhatikan kematian Teoh Beng Hock tetap menjadi isu besar dalam kempen PRU13 nanti.

Malah, jika diteliti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD), jelas sekali imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada pada kedudukan hampir sama dengan SPR. Sekadar membelek sambil lalu laporan tersebut, saya kira sudah dapat merumuskan bahawa banyak sekali penyelewengan dan salahguna kuasa pegawai SPRM yang terbabit.

SPR dan SPRM, dalam aspek tertentu, tidak lebih daripada satu lagi perkakas Umno-BN untuk mengekalkan kuasa. Personaliti keji Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim bersama dua lagi pegawainya yang terbabit secara langsung dalam siasatan terhadap Beng Hock membayangkan hubungan istimewa mereka dengan aktor-aktor politik, sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa ia selari dengan usaha BN merampas Selangor.

Memetik perenggan 176, laporan SSD itu: "Kami mendapat bahawa dia (Hishamuddin) seorang yang angkuh, bercakap bohong, tidak jujur dan tidak akan bertolak ansur ..." Tentulah ada sesuatu yang menarik untuk dibongkar apabila beliau dilihat mempunyai imuniti dan kuasa tidak terbatas.

Insya-Allah saya cuba menganalisis laporan SSD itu pada tulisan akan datang.

MCA mahu hapus hak kontraktor Melayu, India Muslim di Pulau Pinang?

Posted: 02 Aug 2011 08:45 AM PDT

Sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, tender projek-projek kerajaan negeri yang tidak melebihi RM200,000 dikhaskan kepada kontraktor Kelas F melalui tender terbuka, di mana kesemuanya adalah kontraktor Bumiputera.

Bagi projek-projek yang nilainya melebihi RM200,000, tawaran akan dilakukan melalui tender terbuka kepada semua warganegara Malaysia, termasuk Melayu, Cina dan India dan warga-warga negara yang layak.

Justeru itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik membidas sikap Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang yang telah mempersoalkan mengenai 243 projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri yang ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor Kelas F di mana nilai projek-projek tersebut adalah kurang daripada RM200,000.

MCA cadang kontraktor kelas F dimansuhkan?

"Adakah Tan Cheng Liang bercadang supaya Kontraktor Kelas F (untuk Bumiputera) dimansuhkan?

"Jikalau MCA berhasrat untuk berbuat demikian, beliau seharusnya mengemukakan cadangan tersebut melalui Presiden MCA atau Menteri-Menteri MCA yang berada dalam Kabinet.

"Jangan lemparkan kritikan yang tidak berasas terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang melaksanakan tender terbuka serta menjaga kepentingan kontraktor-kontraktor Kelas F yang kurang kemampuan mereka dari segi modal berbayar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ng yang juga Adun Komtar turut mempersoalkan Tan dan MCA sama ada mereka mahu menentang UMNO dan menolak peruntukan undang-undang yang ada kerana mahu memansuhkan hak kontraktor-kontraktor kelas F demi membela kepentingan kontraktor-kontraktor bukan Bumiputera.

Beliau menambah tuduhan MCA itu membuktikan lidah pemimpin-pemimpin BN bercabang dua.

Tender tebuka untuk semua yang layak

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menjelaskan buat kesekian kalinya bahawa hanya usahawan yang cekap, mahir dan layak sahaja akan mendapat kontrak melalui tender terbuka di negeri itu tanpa mengira kaum dan kabel politik mereka.

Katanya, dalam keadaan di mana semua kontrator Bumupitera termasuk India Muslim mendapat kontrak, ia membuktikan mereka semuanya layak dan berkemampuan melaksanakan tugas.

"Tidak ada orang Cina atau Melayu akan marah dengan kerajaan negeri kerana memberi pulang yang adil kepada semua kontraktor," tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Putih.

Menurutnya, dakwaan Tan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA kononnya DAP meminggirkan kaum Cina kerana memberi kontrak JPS kepada kontraktor Melayu dan India Muslim adalah tidak matang dan berfahaman sempit.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sikap MCA itu sama seperti cara politik UMNO yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang mengabaikan nasib orang Melayu di negeri itu.

"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan tuduh kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita bantu masyarakat bukan Melayu, UMNO pula dakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu.

"Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai," tambah beliau.

Siapa anti-siapa?

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula berkata sepatutnya MCA dan UMNO sama-sama bertanya kepada diri mereka: "Siapa yang anti-siapa di Pulau Pinang?"

"Jika MCA menuduh DAP anti-Cina, mengapa MCA berdiam diri apabila UMNO dan Perkasa menuduh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Melayu?" katanya yang juga Ahli Parlimen Tanjung dan Adun Padang Kota.

Mengikut lojik tidak masuk akal UMNO-MCA itu, jika MCA menuduh DAP anti-Cina kerana kontrak dimenangi oleh Bumiputera untuk kelas kontraktor Bumiputera, MCA sepatutnya membuat tuduhan yang sama terhadap UMNO di peringkat nasional dan semua negeri yang diperintah oleh UMNO.

Sebagaimana kata Ng, rakyat kini sudah bosan dengan tipu helah pemimpin-pemimpin BN yang lidah bercabang dua dan cakap tak serupa bikin.

"Rakyat akan terus memberi sokongan yang padu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjiwa rakyat serta adil dan telus dalam melaksanakan tender secara terbuka, dan bukannya MCA atau UMNO yang ketagih memainkan sentimen perkauman," tambah beliau. – Roketkini.com

Isu Kontraktor Melayu: MCA Bodoh Macam Umno Dalam Berpolitik

Posted: 02 Aug 2011 08:15 AM PDT

Persatuan kontraktor kecam MCA kerana hina Melayu

GEORGETOWN, 2 OGOS – Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memuji dan menyanjung Ketua Menteri Lim Guan Eng yang bersikap profesional tanpa mencampur aduk politik dan kaum dalam usaha membantu rakyat, di samping sering menyatakan pendirian berdasarkan fakta dan maklumat yang benar.

Sehubungan dengan itu, persatuan kontraktor tersebut telah mengecam kenyataan perkauman Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang kerana menghina kemampuan dan keupayaan kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua persatuan itu Datuk Izham Merican berkata MCA melakukan penghinaan itu apabila menuduh Guan Eng sebagai anti-Cina semata-mata kerana kerajaan negeri, di bawah sistem tender terbuka, telah meluluskan projek kepada kontraktor Bumiputera.

"Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

"Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan MCA supaya sedar bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, termasuk dalam masyarakat Cina sendiri.

Katanya, dalam sistem tender terbuka, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain.

"Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

"Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

"Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman," tambah beliau.

Izham berkata bahawa walau pun persatuannya mempunyai ahli-ahli dari berbagai-bagai parti, termasuk UMNO, perjuangan mereka adalah khusus untuk membela warga kontraktor.

Menurutnya, banyak kontraktor telah gulung tikar dan pihaknya merayu kepada Kerajaan Pusat supaya dapat membantu menangani masalah itu.

"Kami ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan YAB Ketua Menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan.

"Seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

"Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain," ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengenepikan kaum Bumiputera di dalam industri pembinaan.

Sebagai pemimpin, Guan Eng bersikap terbuka walau pun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri, tambah beliau. – Roketkini.com

bodoh tak boleh nak ajar! tu la berkawan la lama sangat dengan umno

Isu Projek Bumiputera Pulau Pinang: Lempar Taik Untuk MCA!

Posted: 02 Aug 2011 07:56 AM PDT

Tender projek: Kontraktor Melayu Pulau Pinang dakwa MCA rasis

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, "nampaknya MCA begitu jahil sekali" kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

"Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?

"Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

"Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

"(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi," kata Izham lagi.

"Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

"Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman," katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

Kata Izham, pada hari ini ramai kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan "kami merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini."

"Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan ketua menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan," katanya lagi.

Malah kata beliau, seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

"Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain.

"Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri," katanya lagi.

Khairul Fahmi Apek Jawab 10 Isu Berkaitan Putus Tunang

Posted: 02 Aug 2011 04:36 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQHvhOZXBZrhe1ofkxvUpyYM5qLC42sntE7O1OHRqP2v6A5MCn28pfIBf7WKdPIVzy2lhRHiu8Kgj0WS9p0YEvq0MWHcQJ_z-s2U0VjMZW7kvzbPgKy_84aBEnHUS5pmLQDk_pwnLZwM8/s400/frontpage.jpg

KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2011: Sungguhpun pasukan Harimau Malaya sudah tewas di tangan Singapura pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pada tempoh hari, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, tetap mendapat pujian ramai apabila dia berjaya menjaga gawang negara dengan baik sekali.

Belum pun habis lagi kehangatan perlawanan itu, masyarakat dikejutkan pula dengan berita putus tunang Apex bersama gadis bernama Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, yang mana Apex telah membuat pengakuan rasmi dalam sebuah akhbar tempatan pada Ahad lalu.

Dalam pengakuan berkenaan, Apex mengesahkan tali pertunangan yang diikat pada 17 Mei lalu telah pun berakhir. Namun, pelbagai isu telah berbangkit yang mana semuanya berlaku sebelum dan selepas Apex dan seluruh masyarakat mengetahui akan hal ini.

Eksklusif untuk anda, Apex telah menjawab 10 isu yang berbangkit demi menjelaskan keadaan yang sebenar tentang kesnya putus tunang dengan Elia.

1. Keputusan Nekad Putus Tunang

"Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga

Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media."

3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan

"Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

4. Isu facebook

Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.

5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia

Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

6. Campurtangan Pihak Keluarga

Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.

7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia

Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

8. Sudah Lupa Diri

Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan

Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

10. Memohon Maaf

Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus. - murai.com.my

Permit teksi: Kalau Syed Hamid tak boleh buat, jangan bantah – Anwar

Posted: 02 Aug 2011 03:30 AM PDT

SHAH ALAM: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar yang meminta pemandu teksi tidak mengadukan masalah mereka kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya berjumpa terus dengan SPAD.

Menurut Anwar, pemandu teksi di negara ini membantah pengeluaran permit untuk syarikat besar sejak puluhan tahun, tetapi permit baru tetap diberikan kepada kroni Umno.

"Puluhan permit diluluskan kepada pemimpin dan bekas Menteri yang bersara. Jadi, mereka tidak ada jalan keluar melainkan meluahkan perasaan mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi soal Syed Hamid nak membantah tak berbangkit. Kalau dia nak bantu, batalkan permit kepada taukeh-taukeh, kembalikan permit kepada pemandu teksi.

"Kalau dia tak boleh buat, sepatutnya dia tak boleh bantah," kata Anwar ketika sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Ahad lalu Anwar dalam satu majlis bersama pemandu teksi di Petaling Jaya menyatakan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menamatkan pemberian permit teksi secara besar-besaran kepada syarikat teksi yang kebanyakannya dimiliki kroni Umno.

Sebaliknya, permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi secara individu.

Bercakap lebih lanjut, Anwar berkata, pemandu teksi mengambil sikap untuk mengadu kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana masalah mereka selama ini tidak pernah dipedulikan pimpinan Umno-BN.

Sebaliknya, Anwar menegaskan Pakatan akan menyelesaikan masalah pemandu teksi dengan segera sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

"Pakatan Rakyat bersetuju membuat penilaian semula dan pendekatan baru bukan sahaja daripada segi permit teksi kepada pemandu tetapi juga peluang pinjaman, pengurusan teksi, dan memastikan mutu kenderaan yang lebih baik," kata Anwar.

Kedaulatan Negara Nak Letak Pada Tangan Najib? Pppuuiihhhh!

Posted: 02 Aug 2011 02:32 AM PDT

http://media1-cdn.malaysiakini.com/389/9a9da6411f77b9daec0f8e53963d1cbb.jpg

cuba tengok!
baru nak sedar?
pergi mampos la kalau nak harap pada umno dan bn
hancur!

Ramai Rakyat Malaysia Dan Golongan Pekerja Mula Sedar Akan Kelemahan UMNO

Posted: 02 Aug 2011 02:00 AM PDT

Azmin mahu Putrajaya dedah akaun terperinci Dawama di Parlimen

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mahu membawa krisis Dawama-Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke Parlimen untuk rakyat sendiri mengetahui kedudukan kewangan syarikat itu — yang didakwa menjadi punca hampir 400 pekerjanya diarah bercuti tanpa gaji bermula semalam.

Tegas Azmin, tindakan Dawama itu tidak mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan sehingga menyebabkan pekerja hilang punca pencarian, terutamanya menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.

"Kalau Dawama kata mereka tidak dapat keuntungan, tidak mengapa... kita akan bawa perkara ini di Parlimen dan kita akan minta agar akaun syarikat ini dibentangkan di Parlimen.

"Saya akan kaji perkara ini dan saya bersama pimpinan akan bangkitkan perkara ini di Parlimen, kita juga mahu tahu apa yang berlaku... adakah benar perjanjian konsesi ini menyebabkan syarikat tidak mendapat keuntungan," katanya pada sidang media di depan pejabat Dawama di Hulu Klang di sini.

Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada minggu lalu telah memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerja ekoran masalah kewangan dihadapinya.

Notis itu yang menggariskan pertikaian dengan DBP sebagai alasan, agensi terletak di bawah Kementerian Pelajaran, sebagai punca kepada tindakan tersebut.

Dawama dilaporkan berhadapan dengan masalah kewangan rumit.

"Selama ini pengurusan syarikat sentiasa diangkat (dipuji), tapi kali ini kita akan bongkarkan... kalau syarikat yang mengalami masalah, maka pengurusan syarikat yang perlu memikul beban bukan pekerja.

"Pekerja-pekerja tidak harus ditamatkan perkhidmatan kerana masalah yang berlaku," kata Azmin.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR mahu Putrajaya menamatkan konsesi antara Dawama dan DBP dengan serta-merta.

Tambah beliau, proses penswastaan itu membuktikan banyak penyelewengan yang berlaku sehingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian.

"Banyak projek penswastaan kerajaan gagal, banyak yang menemui kegagalan... penswastaan sepatutnya memberikan kebaikan kepada pekerja.

"Jadi kita mahu ia ditamatkan dan dikaji semula, serahkan semula kepada DBP untuk menguruskannya," katanya.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.

Awal pagi ini The Malaysian Insider melaporkan Gerakan Darurat Bahasa (GDB) mahu kerajaan membatalkan penswastaan kerja-kerja mencetak dan memasarkan bahan terbitan DPB.

Setiausaha Penyelaras GDB Hasni Abas berkata langkah kerajaan menswastakan urusan mencetak, mengedar dan memasarkan terbukti gagal, dan sudah tiba masanya aktiviti itu terletak di bahawa DBP sendiri selaku sebuah badan berkanun kerajaan.

Anwar: Tiada perbincangan gantikan saya dengan Ku Li

Posted: 02 Aug 2011 01:30 AM PDT

Oleh Shannon Teoh


SHAH ALAM, 2 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan dakwaan mengenai status beliau sebagai ketua pembangkang dengan menekankan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menafikan mengenai khabar angin itu walaupun Utusan Malaysia telah melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata Pakatan Rakyat akan memantau prestasi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pilihan terbaik untuk menggantikan Anwar sekiranya beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat.

"Saya belum mendengar apa-apa daripada PAS, DAP atau pemimpin PKR. Itu yang saya tahu. Hanya Bayan Baru," kata Anwar merujuk kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bekas wakil rakyat PKR yang secara berterusan menyerang parti perikatan itu sejak tahun lalu.

Utusan Malaysia akhbar milik Umno dalam laporannya memetik Harun sebagai berkata jika Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen Gua Musang, "mempunyai ramai pengikut atau sokongan majoriti dalam parti pembangkang, kemungkinan beliau akan menjadi ketua pembangkang."

"Begitu juga Anwar, kalau beliau boleh berunding dan tidak mendapat sokongan majoriti, mungkin beliau tidak boleh memegang jawatan itu lagi," kata Harun.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh kini berdepan dengan tuduhan liwat buat kali kedua. Beliau kali pertama didakwa dengan tuduhan liwat dan rasuah pada 1998 selepas dipecat dari Kabinet dan kemudian disabitkan kesalahan atas kedua-dua tuduhan itu.

Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan pada September 2004 dan kemudian menghidupkan kembali kerjaya politik dengan mengetuai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 yang mana parti perikatan itu berjaya menawan lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.

Beliau kemudian memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen dengan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam satu pilihan raya kecil, selepas isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengundurkan diri.

Tengku Razaleigh sehingga kini belum membuat apa-apa respons.

Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan mengenai isu ini sebagai satu "lawak jenaka."

Khalid Samad Jumpa Dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya

Posted: 02 Aug 2011 01:00 AM PDT

http://www.palestine-info.co.uk/En/DataFiles%5CCache%5CTempImgs%5C2011%5C2%5Cimages_News_2011_07_31_hanya-malsya_300_0.jpg


Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya telah bertemu dengan delegasi Malaysia yang melawat Semenanjung Gaza untuk menyatakan perpaduan dengan rakyatnya.Pertemuan itu berlangsung pada petang Sabtu lalu.

Haneyya semasa mesyuarat itu mengulangi kepatuhan kerajaan pilihan terhadap pilihan penentang dan menegaskan bahawa apa-apa tindakan politik mestilah menurut ketetapan rakyat Palestin. Beliau juga melahirkan kepercayaan secara mendalam mengenai Arab dan Islam di Palestin, dan optimis tentang musim bunga di Arab dan petanda kejayaan yang dibawanya.

Apabila Mat Bangla Dan Minah Indon Dapat Mengundi Di Malaysia

Posted: 01 Aug 2011 11:30 PM PDT

https://lh6.googleusercontent.com/-wL__VwaTsXA/TjbCicGuhJI/AAAAAAAAVXA/L4WQX5tGUhk/s800/1.jpg

https://lh4.googleusercontent.com/-B54jGdyzSOE/TjbDLj0fekI/AAAAAAAAVag/Q7FRTTa7ahg/s800/215169_255541551128647_100000184118834_1214774_2565307_n.jpg

bagus la wahai pendatang semua! selamatkan lah talian hayat laknat-laknat negara Malaysia ini. Buka la mata wahai rakyat Malaysia, sampai bila kita nak ditipu oleh pemerintah yang zalim dan laknat.

Selanjutnya berserta dengan bukti

sedih apabila penguasa dijilat dengan mudah oleh pendatang!


Kisah UMNO dengan Terowong

Posted: 01 Aug 2011 11:00 PM PDT

Oleh: Shirzad Lifeboat

Kali ini, buat kesekalian kalinya, saya menulis dalam naratif sudut pandangan orang pertama. Walaupun lazimnya tulisan saya dalam kolum tak berjudul ini lebih berbentuk esei, tapi kali ini saya akur ada kalanya seseorang penulis, terutamanya kolumnis sesebuah penerbitan harus juga menggunakan naratif bentuk ini.

Hujung minggu lalu tatkala menghadiri sebuah majlis perkahwinan, seorang pembaca akhbar Harakah yang kebetulan turut sama hadir dan makan semeja bertanya tentang apakah yang saya fikirkan setiap kali saya mahu memulakan penulisan.

Jawapan saya ialah betapa saya memikirkan pelbagai hal – mungkin minda berlegar dari sebutir palam pencucuh enjin empat lejang kepada jarak melintang Bima Sakti dalam kiraan tahun cahaya.

Pembaca Harakah tersebut yang juga seorang ahli dan aktivis PAS, serta guru matapelajaran Fizik di sebuah sekolah menengah di pinggiran Kuala Lumpur itu bertanya lagi mengapa saya harus memikirkan tentang Bima Sakti dan apa ada kena mengena gugusan bintang itu dengan politik Malaysia. (Mungkin dia tidak bertanya perihal palam pencucuh kerana sedia maklum sesuatu peristiwa kecil boleh meledak menjadi isu nasional ibarat percikan api kecil palam pencucuk yang boleh menghasilkan ledakan dalam enjin empat-lejang).



Sukar juga untuk saya berikan jawapan secara spontan. Tapi kalau tidak dijawab soalan itu dia tentu menganggap saya seorang yang hanya pandai bercakap tetapi tak tahu apa yang dicakapkan – ibarat kebanyakan pemimpin UMNO yang bercakap tentang transfomasi, ekonomi, hadhari dan blah blah tetapi akhirnya rakyat akan berkata 'boleh belahlah!"

"Di malam cerah tak berawan, cuba perhatikan bintang di langit," jawab saya. "Nanti you akan nampak sebutir atau beberapa butir bintang yang pudar-pudar cahayanya. Bintang itu sebenarnya sudah tidak wujud lagi atau sudah lebur dan mati. Tetapi kerana jaraknya terlalu jauh, mungkin berpuluh atau beratus tahun cahaya dari bumi, dari tempat you memerhatikannya, maka berpuluh atau beratus tahun itulah juga masa yang diambil oleh cahaya itu sampai ke mata you sedangkan bintang yang memberikan cahaya itu sudah tidak wujud lagi. Jadi apa yang you lihat sebenarnya ialah masa lalu. Jadi kalau ada makhluk tinggal di bintang yang jaraknya puluhan atau ratusan tahun cahaya ke hadapan, mereka tentu dapat melihat apa yang telah berlaku ke atas planet Bumi dan juga Malaysia."

Saya tahu penjelasan saya itu bukanlah satu jawapan yang meyakinkan. Tidak juga merupakan jawapan yang baik. Malah seolah-olah tidak relevan dengan dunia politik Malaysia dan juga kegiatan penulisan.

Namun nasib saya agak baik kerana dia faham. "I ingat kalau time tu, BN tentu dah hilang kuasa, dah hilang semuanya dan dah tak wujud lagi."

Saya hanya tersenyum tanda puas.

Pada hari berikutnya saya minum di restoran mamak bersama seorang sahabat lama. Walaupun ia merupakan seorang yang berfikiran kritis terhadap politik, namun dia juga merupakan penyokong dan pemimpin kecil UMNO sejak saya mengenalinya hampir dua dekad lalu. Setiap kali kami bertemu, persoalan politik menjadi topik perbincangan utama. Dan pada pagi itu topik perbincangan adalah mengenai Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak serta kebarangkalian BN di bawah kepimpinannya untuk setidak-tidaknya kembali menguasai dua pertiga kerusi Dewan Rakyat.

Menurutnya semua petanda menunjukkan BN akan pasti berjaya melakukannya. Lalu sayapun bertanya apakah premis yang menjadi sandarannya. Jawabnya, semakin ramai rakyat yang sukakan Najib dan bagi masyarakat perniagaan pula Najib tampak seperti boleh membawa perubahan positif.

"Betul ke?" tanya saya.

"Kenapa? Kau tak percaya?" tanyanya pula. "Aku tahulah kau menulis untuk Harakah. Mesti kau sokong PAS. Orang PAS mana boleh terima orang UMNO."

Kenyataannya itu membuatkan saya merasa pelik. Mengapakah dia begitu beremosi sedangkan saya hanya seorang penulis dan bukannya seorang ahli politik. Kepadanya saya jelaskan saya tidak membenci Najib atau UMNO atau sesiapa sahaja.

"Allah suruh kita menyayangi antara manusia, bukannya saling membenci antara satu sama lain," kata saya. "Aku menulis bagi bersama-sama mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh Islam, bukan sebab membenci seseorang."

"Najib tu Perdana Menteri tau. Kenapa kau tak sokong dia, tak sokong parti UMNO. Bukankah parti UMNO itu parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu," dia cuba menyergah saya.

"Betullah tu. Dia PM," jawab saya. "Tapi cuba kau bagi tahu aku setelah dua tahun duduk dikerusi tu, apa dia buat untuk rakyat. Rakyat merungut adalah sebab barang naik, banyak subsidi ditarik balik. Patut pemimpin UMNO baca blog dan FB rakyat. Tengok sendiri rakyat suka tau tak suka. Kau kena faham, buat sesuatu untuk negara dengan buat sesuatu untuk rakyat tak sama."

"Yang satu-Malaysia tu apa? Transformasi ekonomi tu apa? Banyak lagi…"

"Kalau betul satu Malaysia tu nak menyatupadukan rakyat Malaysia, aku nak tanya kau sikit, kalau pilihanraya diadakan dalam masa terdekat ini, kau rasa BN boleh dapat tak sokongan pengundi bukan-Melayu macam dulu-dulu sebelum 2004?"

Dia terdiam seketika sebelum berkata, "Memanglah susah sikit…"

"Setakat ini Najib cuba bercakap sahaja," saya memotong sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya. "Tentang ekonomi, transformasi itu dan ini, setakat ini cuma perkataan yang keluar dari bibir Najib. Mana hasilnya. Cuba baca Buletin Ekonomi Suku Tahunan Bank Negara Malaysia, apakah pergerakan ekonomi negara mencatatkan anjakan positif dari masa ke semasa atau sebaliknya?"

"Kau tak boleh kata pertumbuhan ekonomi tu negatif sejak Najib ambil alih. Ada juga yang negatif," dia menyanggah.

"Betul. Tapi kalau positif, kenapa masih ramai rakyat dihimpit dengan masalah ekonomi sehingga rakyat Malaysia menjadi sipemiutang kad kredit dan pinjaman peribadi antara tertinggi di dunia? Ini tak berlaku di zaman Dr. Mahathir. Zaman itu rakyat pinjam jugak duit tapi taklah macam hari ini. Zaman subsidi yang ditarik pun sikit-sikit aje. Tak sangat dirasa oleh rakyat. Kerajaan masa tu banyak duit sampai Dr. Mahathir buang ratusan bilion ringgit pun masih tak ada apa-apa," saya menghujahkan.

Di akhir kata, saya menjelaskan kepadanya. Politik bukanlah mimpi seseorang pemimpin atau seseorang yang bercita-cita mahu menjadi pemimpin. Sebaliknya politik adalah realiti bersabit bagaimana kehidupan rakyat dalam sebutan ekonomi diuruskan.

Saya menutup sembang pagi itu dengan berkata kalau Najib dan kebanyakan pemimpin UMNO/BN berhenti bercakap, berhenti daripada membuat slogan-slogan, berhenti mencipta pelbagai gimik, berhenti dari memperlekehkan apa yang dipersoalkan oleh rakyat dan pembangkang tetapi sebaliknya meniliti setiap sesuatu mengenainya, dan mula bertungkus lumus membuat kerja untuk rakyat tanpa memikirkan sangat tentang bagaimana mahu mengekalkan kedudukan dalam kerajaan dan parti, maka keadaan mungkin berubah dan mungkin ada sinar di penghujung terowong untuk UMNO dan BN. Namun buat masa ini, terowong masih panjang dan mungkin tidak berpenghujung dan UMNO-BN mungkin terpaksa melupakan sahaja tentang sinar tersebut.

PROGRAM RAMADHAN BERSAMA RAKYAT SULTAN KELANTAN

Posted: 01 Aug 2011 10:30 PM PDT

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang berkat ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, sekali lagi akan meluangkan masa Baginda untuk berbuka puasa dan bersolat bersama rakyat di seluruh pelosok negeri.

Lebih indah lagi, jika pada tahun lalu keberangkatan Baginda ke majlis-majlis ini adalah di atas kapasiti Baginda selaku Pemangku Raja Kelantan, pada tahun ini ia dibuat di atas kapasiti Baginda selaku Sultan Kelantan pula.

Seperti sebelumnya, Baginda juga berkenan menganugerahkan sedikit kurniaan kepada rakyat yang kurang bernasib baik, sama ada di dalam majlis pengurniaan khas atau melalui keberangkatan Baginda ke rumah-rumah mereka.

Sebagai makluman, disertakan di sini lokasi-lokasi yang telah dan akan dikunjungi oleh Sultan Kelantan di dalam program keberangkatan Baginda bersama rakyat pada bulan Ramadhan ini:

1. 1 Ramadhan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011 (Isnin): Masjid Kuala Betis, Gua Musang.

2. 2 Ramadhan 1432 bersamaan 2 Ogos 2011 (Selasa): Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

3. 3 Ramadhan 1432 bersamaan 3 Ogos 2011 (Rabu): Masjid Mukim Tendong, Pasir Mas.

4. 4 Ramadhan 1432 bersamaan 4 Ogos 2011 (Khamis): Masjid Mukim Bukit Panau, Tanah Merah.

5. 6 Ramadhan 1432 bersamaan 6 Ogos 2011 (Sabtu): Masjid Mukim Hutan Puteh, Pangkal Meleret, Machang.

6. 8 Ramadhan 1432 bersamaan 8 Ogos 2011 (Isnin): Masjid Mukim Bunut Sarang Burung, Tumpat.

7. 10 Ramadhan 1432 bersamaan 10 Ogos 2011 (Rabu): Masjid Mukim Paya Rambai, Kota Bharu.

8. 11 Ramadhan 1432 bersamaan 11 Ogos 2011 (Khamis): Masjid Ahmadi, Kemumin, Pengkalan Chepa.

9. 12 Ramadhan 1432 bersamaan 12 Ogos 2011 (Jumaat): Masjid Mukim Nipah, Bachok.

10. 14 Ramadhan 1432 bersamaan 14 Ogos 2011 (Ahad): Masjid Mukim Melor, Kota Bharu.

11. 17 Ramadhan 1432 bersamaan 17 Ogos 2011 (Rabu): Masjid Salam, Kota Bharu.

12. 19 Ramadhan 1432 bersamaan 19 Ogos 2011 (Jumaat): Masjid Mukim Peringat, Kota Bharu.

13. 21 Ramadhan 1432 bersamaan 21 Ogos 2011 (Ahad): Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu.

14. 23 Ramadhan 1432 bersamaan 23 Ogos 2011 (Selasa): Masjid Pintu Geng, Kota Bharu.

15. 25 Ramadhan 1432 bersamaan 25 Ogos 2011 (Khamis): Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Seluruh golongan rakyat yang berhajat untuk berbuka puasa dan bersolat bersama Sultan Kelantan adalah dipersilakan untuk menghadiri majlis-majlis ini.

Najib tersisih dan sedang disisih

Posted: 01 Aug 2011 10:00 PM PDT

Oleh Awang Sulong

Siapa yang tersisih dan siapa yang disisihkan serta siapakah yang kini sedang berperang untuk menyelamatkan kedudukan.

Persoalan ini dikemukakan Awang Sulung memandangkan, sedang di canang seluruh negara bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang disisihkan dan hendak diganti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Akhbar-akhbar milik UMNO terutama Utusan Malaysia sedang giat memainkan propaganda ini kerana mereka secara realiti mengetahui bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sebenarnya sedang diserang dari dua serangan orang dalam iaitu datang dari Mantan Perdana Menteri yang kini sedang bergerak aktif untuk menamatkan riwayat politik Najib.

Mantan Perdana Menteri itu kini sedang mengorak langkah untuk menaikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri memandangkan Najib bukan sahaja tidak mendapat kepercayaan daripada rakyat tetapi juga daripada kalangan ahli-ahli UMNO yang mendapati Najib tidak mungkin akan dapat memenangi semula negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dan menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Satu sudut lagi serangan dari Ku Li yang menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin veteran dari kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Parti-parti komponen BN ini merasa Najib hanya akan membawa bencana dan kebinasaan kepada gabungan itu memandangkan setiap langkah yang diambil menjauhkan pengundi dari parti tersebut.

Terdapat teori-teori yang sedang dibicarakan di dalam arena politik negara, teori RAHMAN akan berakhir di mana Najib akan menjadi Perdana Menteri terakhir dari BN.

Penubuhan Amanah oleh Ku Li pula ialah untuk menjadi tempat persinggahan kepada ahli-ahli BN terutama UMNO untuk keluar dari gabungan itu tetapi tidak mahu dilihat beralih kepada Pakatan Rakyat secara terus, maka penubuhan Amanah ini merupakan cara terbaik untuk mengaburi mata Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO lain.

Ada yang menyatakan teori Amanah merujuk kepada A (Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang) dan M (merujuk kepada Muhamad Azmin Ali atau Muhamad Sabu).

Yang pastinya, teori Amanah ini jelas menunjukkan iltizam untuk mengangkat amanah rakyat untuk memastikan negara ini terus membangun serta mendokong hasrat rakyat untuk sebuah negara untuk rakyat demi rakyat.

* Nama Awang Sulung ini diambil dari Hikayat Awang Sulung Merah Muda:

Pada usia Awang berumur 18 tahun, beliau telah diuji oleh seorang Panglima Raja yang sombong lagaknya. Biduk Berlalu Kiambang Bertaut, begitulah tindakan yang disambut oleh Awang dengan mengalahkan Panglima Raja itu. Maka, terciptalah seni bela diri dengan nama Awang Sulung Merah Muda.

http://www.harianmalaysia.my

Tribute untuk Abim setelah 40 tahun

Posted: 01 Aug 2011 09:30 PM PDT

Oleh Mujahid Yusof Rawa

Semasa saya menerima undangan dari Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) untuk memberikan ulasan pembentangan sebuah Kertas Kerja, saya tidak teragak-agak untuk menerima jemputan itu walaupun program itu jauh 3 bulan lagi ke hadapan. Persetujuan saya untuk hadir sememangnya diuji dengan berbagai dugaan.

Pertama jadual saya bertindih pada hari yang sama walaupun dah dimaklum lebih awal, kedua pihak urusetia mengandaikan pelawaan tiga bulan lalu tak perlu diingatkan semula. Ketiga sebagai ahli politik jadual mengejut memang biasa. Saya hampir membatalkan temujanji dengan pihak ABIM, tetapi memandangkan jemputan Abim lebih awal saya terpaksa menyusun jadual yang ketat pada hari itu.

Hari itu 23hb July saya ada kuliah pagi mingguan di Pasar Taman Sardon Gelugor, flite saya ke KL pukul 11.50 pagi dan saya perlu berada di program Abim pada pukul 2.00 ptg. Jadual pesawat kembali ke Penang ialah pukul 4.50ptg kerana saya terpaksa menghadiri kuliah maghrib di Penaga dan kemudian bergegas ke ceramah politik di Seberang Jaya. Ini bermakna saya ke Kuala Lumpur semata-mata kerana memenuhi undangan ABIM dan saya diberi hanya 10-15 minit untuk membuat ulasan kertas kerja Prof Ghazali Basri di atas tajuk "Di antara Pluralisme dan Plurality: Sikap Islam". Walaupun hanya untuk 10-15 minit tetapi saya merasakan kehadiran saya di program Abim sempena sambutan 40 tahun Abim berada di pesada dakwah cukup bermakna bagi saya.

ABIM begitu sinonim dengan Anwar Ibrahim dan seringkali nama-nama awal tokoh Abim seperti Kamarudin Mohd Nor, Kamarudin Jaafar dan Sidiq Fadhil dikaitkan dengan gerakan belia Islam yang dinamik dan progresif. Anak-anak muda yang begitu idealis melihat nasib anak bangsanya menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan berdasarkan kepada pendekatan umatik yang dinamik. ABIM satu ketika dilihat sebagai 'anak' PAS yang memberontak kepada cita-cita sebuah Gerakan Islam yang lebih tegas pendirian Islamnya pada saat PAS menghadapi krisis dalam kepimpinan Datuk Asri Haji Muda. Anak-anak muda ini mahukan sistem pentarbiyahan ala ikhwan melalui unit-unit usrah yang benar-benar berfungsi manakala dari sudut memacakkan perjuangan di bumi Malaysia mereka mendapatkan bimbingan Pak Nastir dari Indonesia. Gabungan idealism pan-Islam Ikhwan dan pribumisasi Islam dalam kerangka negara bangsa mencetuskan satu fenomena baru dalam ledakan kebangkitan Islam di sekitar awal 80an.

Hanya setelah Anwar Ibrahim memilih untuk menyertai Umno, Abim hilang taringnya dan dilihat sebagai alat untuk ajenda Islamisasi kepimpinan Tun Dr Mahathir. Keakraban PAS dan Abim terhakis sehingga ia mencetuskan gegaran dalaman di kalangan pendokong Abim sendiri yang membuat pilihan sebahagiannya menyertai PAS.

Namun saya mempunyai cerita saya sendiri dengan perjuangan Abim, malah saya memulakan ucapan saya dalam perhimpunan Abim hari itu dengan menyatakan dalam bahasa Inggeris: "I grew up with Abim". Mungkin generasi hari ini tidak mengetahui bahawa sekitar awal 80an, Abim banyak memperkenalkan program Islami untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seperti saya. Saya mengikuti setiap musim cuti sekolah satu program yang sinonim dengan Abim iaitu Khemah Ibadat.

Tempat kami ialah di Madrasah Masriyah Bukit Mertajam. Kami akan mengikuti program selama 3 hari 2 malam di mana pengisian program terbahagi kepada tiga elemen ialaitu Spiritual, Mental dan Fizikal. Saya didedahkan dengan qiyamullail, solat dhuha, ma'thurat dan berbagai aktiviti spiritual ibadah yang lain. Untuk mental kami mendengar kertas kerja yang dibentangkan oleh pensyarah-pensyarah dan ustaz-ustaz tentang perjuangan Islam, tokoh-tokoh Gerakan Islam dan idealism perjuangan Islam. Saya mula mengenali nama Hassan Al Banna, Syed Qutb dan Mustafa Mashor dalam program-program ini. Fizilkal, kami didedahkan dengan riyadhah, main bola dll aktiviti. Nama Ustaz Abdul Majid Zainal Abidin dan Dr Wan Salim memang saya kenali sejak di bangku sekolah menengah lagi. Bukan setakat program musim cuti sekolah, malah saya menjadi anak murid ustaz Abdul Majid di Mesjid Gelugor dengan mengikuti kuliah tafsirnya dan usrahnya selepas kuliah. Tafsir Fi Zilal yang menjadi rujukannya cukup memberi kesan pada jiwa saya yang masih mentah lagi ketika itu.

Saya juga menyertai aktiviti PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) sebagai mewakili badan pelajar di sekolah saya iaitu Penang Free School. Saya menghadiri perhimpunan agung PKPIM tahun 1981 atau 82 di UM dan pertama kali didedahkan dengan activism pelajar walaupun saya lebih mendengar daripada berpartisipasi. Saya mengkagumi kepimpinan Abim ketika itu kerana melihat mereka mempunyai daya pemikiran yang hebat tentang Islam dan masa depan anak-anak muda seperti saya. Saya masih ingat yang meresmikan Muktamar Agung PKPIM tahun itu ialah Kamarudin Mohd Nor (kini bergelar Datok), dia bersalaman dengan saya dan ketika diperkenalkan saya anak Pak Yusof Rawa, dia bertanyakan khabar ayah saya dan mengambil sedikit masa bersembang dengan saya. Saya membaca Risalah Abim yang memuatkan artikel-artikel yang bermutu tentang idealism perjuangan Islam era 80an. Buku-buku tentang fikrah Islam yang diterjemahkan banyak diterbitkan oleh ABIM dan bacaan-bacaan saya ketika itu banyak merangsang idealism Islam dalam diri saya hingga ke hari ini. Buku yang paling memberi kesan kepada saya ialah terjemahan dua serangkai karangan Al Maududi dan Syed Qutb oleh ABIM Kedah. Saya menjadikan ia teks usrah saya semasa di tingkatan Enam di Penang Free School di mana saya adalah naqibnya (ketua usrah).

Kehadiran saya pada Muktamar Senawi Abim sempena 40 tahun membawa saya mengimbau masa lampau sewaktu saya mengenali idealism perjuangan Islam di bangku sekolah. Apabila saya berkata : I grew up with Abim (saya membesar dengan Abim yang memperkenalkan saya idealism perjuangan Islam), saya memang jujur dalam ungkapan saya, malangnya waktu 15 minit tak memberikan saya kesempatan untuk menceritakan sejarah silam ini untuk dikongsi dengan peserta-peserta dari anak-anak muda yang ramai hadir hari itu.

Namun wajah-wajah Dr Mohammad Nor Manuti, Datuk Kamarudin Jaafar dan lain-lain kepimpinan Abim yang senior tampak tersenyum riang sepanjang pembentangan saya, mereka memang mengetahui peranan besar Abim dalam menarik anak-anak muda seperti saya seketika dahulu menyertai karavan perjuangan Islam ini. Hari ini saya berdiri di hadapan mereka sebagai AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Malaysia, tidak ada apa yang lebih hebat yang boleh saya nukilkan dalam tulisan ini melainkan ungkapan: "Syabas dan Tabik Abim kerana sempat membesar dengan mu!"

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Mat Sabu: Pilihanraya Ke13, The End Of UMNO & Barisan Nasional

Posted: 01 Aug 2011 08:57 PM PDT



Video ceramah terkini dari Abang Mat Sabu

Umno sudah tidak ada ruang bebas bersuara, dakwa bekas menteri

Posted: 01 Aug 2011 08:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kesal kerana Umno kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk memberi perbezaan pendapat, mendakwa parti kaum Melayu itu telah beralih daripada dasar-dasar dipraktikkan oleh presiden-presiden terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak.

Bekas menteri kerajaan pusat dan ahli Majlis Tertinggi Umno ini memberitahu The Malaysian Insider, beliau turut bimbang dengan budaya politik semasa dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sambil menegaskan, ia jauh berbeza berbanding pendekatan terbuka dan telus yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Malangnya, keadaan sudah banyak berubah dalam Umno sendiri sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Ketika itu ada banyak kebebasan untuk menyuarakan pandangan kami, ruang untuk perbezaan pendapat dan debat terbuka," kata beliau.

"Tetapi sekarang anda tidak ada persekitaran sedemikian," kata Kadir dengan menekankan faktor-faktor yang membawanya untuk menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Kata beliau langakh itu akan membolehkannya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa, yang tidak boleh dilakukan dalam Umno sendiri.

Bekas menteri pelancongan itu merujuk kepada kritikan sesetengah pihak ke atas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang melahirkan pendiriannya mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.

"Ia hanya satu komen, tidak bermakna beliau telah bertindak bertentangan dengan parti atau kerajaan tetapi kini ada gesaan agar beliau (Saifuddin) dipecat dari Umno," kata Kadir.

"Ini tidak berlaku pada masa-masa lalu," katanya lagi.

Kadir juga membandingkan kepimpinan Umno semasa dengan masa lalu dan menggunakan kes bekas Ketua Pemuda Umno dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris untuk mengetengahkan poin beliau.

"Kebanyakan daripada kami dalam Pemuda Umno tidak bersetuju apabila Datuk Harun dikenakan tuduhan rasuah.

"Kami menjadi saksi tentangan ke atas kerajaan ketika itu. Kami berkempen bagi Datuk Harun di seluruh negara... tetapi tiada tindakan diambil ke atas kami, meskipun ada perbezaan pendapat," katanya.

"Itu bukan bermakna kami bertindak menentang BN ataupun kerajaan, ia hanya perbezaan pendapat," kata Kadir.

Meskipun kesal dengan keadaan semasa dalam Umno, Kadir berkata beliau akan kekal dalam parti itu.

"Saya masih memegang jawatan dalam parti... ada banyak perkara dalam Umno yang saya setuju, sesetengah dasarnya," kata beliau yang juga bendahari Umno Kulim Bandar-Baharu.

Kadir merupakan salah seorang timbalan presiden Amanah yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang.

Tiada ulasan: