DIALOG RAKYAT |
- Ketua Pakatan hanya yang berada dalam Pakatan
- Bukan pengundi hantu saja, sempadan p'raya juga
- Penyanyi pop yeh-yeh Hasnah Haron meninggal dunia
- Mahasiswa gerak kempen Jom Baca Media Alternatif
- DBP: Masalah Dawama punca 10 majalah gagal terbit
- Sekretariat Pembangunan gesa akta baru Kg Baru ditarik balik
- Najib selesai bedah lutut, MB Kedah stabil di IJN
- PAS Akan Lancar Kempen Bantah Kenaikan Harga Barang Secara Besar-Basaran...
- Isu Kuin: SMM gesa Kedah contohi Selangor
- Biometrik: 150 pekerja asing gagal daftar sejak pagi
- Tujuh pegawai imigresen yang ditahan mengikut ISA akan dibebaskan esok
- Wanita MCA P.Pinang Buat UMNO Habis Modal?
- MIUP Pastikan BN Menang PRU 13 - Nallakaruppan.
- Komponen BN - MIC Tak Restu kemasukan IPF.
- PR Yakin Tambah Kerusi DUN Johor
- PRU13 Sengit Di Negeri Sembilan
- Pemberita RTM diserang sekumpulan lelaki
- Najib elak bincang 'Melayu dahulu, M'sia kemudian'
- Liwat II: Anwar mohon wawancara 10 'saksi alibi'
- SPAD: Bincang dengan kami, bukan pembangkang
- Harga kelapa meningkat di Terengganu
- Pakatan janji permit teksi individu
- Bahagian BN diminta kemuka nama calon kepada Najib
- Golongan muda tetap bersama PAS
- Najib masuk HKL, bedah lutut hari ini
Ketua Pakatan hanya yang berada dalam Pakatan Posted: 01 Aug 2011 03:36 PM PDT
| ||
Bukan pengundi hantu saja, sempadan p'raya juga Posted: 01 Aug 2011 03:32 PM PDT
| ||
Penyanyi pop yeh-yeh Hasnah Haron meninggal dunia Posted: 01 Aug 2011 03:30 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER JOHOR BARU – Penyanyi popular 1960-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini, kira-kira pukul 8 pagi tadi. Anak beliau, Haslinda Mohd Eunos, 39 berkata ibunya dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sukar untuk bernafas. "Bagaimanapun keadaan dia semakin tenat pada pukul 3 pagi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 pagi tadi di samping kelima-lima anaknya," katanya dipetik Bernama Online. Arwah menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu. Jenazah Hasnah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini selepas solat Zohor tadi. Arwah, yang pernah popular dengan lagu irama pop yeh-yeh seperti "Bersedih", "Sabar Menanti" dan "Siti Zubaidah, meninggalkan lima orang anak termasuk dua lelaki dan lima orang cucu. Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Hasnah adalah rakan-rakan seangkatan beliau iaitu S.Mariam, M.Fadhil, A.Halim, M.Ishak dan A.Rahman Onn. Menurut Haslinda, ibunya seorang yang penyabar, tidak pernah bersangka buruk kepada orang lain dan sentiasa memberikan nasihat kepada anak-anaknya. | ||
Mahasiswa gerak kempen Jom Baca Media Alternatif Posted: 01 Aug 2011 03:29 PM PDT KUALA LUMPUR – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada beberapa gabungan mahasiswa akan melancarkan kempen Jom Baca Media Alternatif hujung minggu ini. Menurut Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin, kempen itu diadakan agar rakyat menyedari kewujudan media-media alternatif seterusnya menjadikan ia sebagai akses utama mendapat maklumat. "Selain itu kempen ini juga bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan rakyat kepada persepsi yang lebih terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza. "Dalam pelancaran kempen dua hari ini bermula Sabtu kita juga akan mengatur beberapa aktiviti lain bagi menyemarakkan lagi suasana," katanya sambil menambah kempen itu juga bertemakan Baca dan Banding. Jelas beliau, pelancaran perasmian akan dilakukan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada Ahad di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. "Pada hari Sabtu (3 petang) kita akan berkumpul di Jalan Tunku Abdul Rahman yang mana kira-kira 30 hingga 40 mahasiswa akan memakai baju khas kempen yang tertera alamat media alternatif, kita juga akan mengedarkan risalah kempen dan buah kurma kepada orang ramai. "Sementara itu pada hari Ahad, kita akan buat pelancaran kempen yang akan dilakukan Datuk A Samad Said, beliau juga akan membaca puisi dan kita juga akan mengadakan beberapa gimik pelancaran," katanya. Sebelum majlis pelancaran, wacana "Mahasiswa Selamatkan Rakyat" yang akan menyentuh mengenai pembinaan loji nadir bumi Lynis di Gebeng, Kuantan akan turut diadakan. SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema). | ||
DBP: Masalah Dawama punca 10 majalah gagal terbit Posted: 01 Aug 2011 03:28 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak dapat mengeluarkan 10 majalah bulanan, edisi Julai seperti biasa bulan lalu kerana syarikat konsesi yang dilantik mencetak, mengedar dan memasarkan bahan bacaan terbitan agensi itu, Dawama Sdn Bhd sedang menghadapi masalah dalaman. Ia tidak menyebut apa masalahnya, tetapi ia berkaitan dengan soal kewangan. "Ekoran itu, 10 majalah DBP edisi Julai gagal dipasarkan seperti yang dijadualkan," kata DBP dalam satu kenyataan dikeluarkan akhbar tempatan hari ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, DBP berkata pihaknya mahu diberikan untuk mengatasi masalah tersebut agar penerbitan dan pemasaran majalah terbitannya berada dalam pasaran seperti yang dijadualkan. Pada 18 Julai lalu, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa krisis antara DBP dan Dawama menyaksikan kesan awal dengan 10 majalah edisi bulan Julai keluaran agensi kerajaan pusat itu tidak muncul di pasaran. Difahamkan, ini kali pertama dalam tempoh lima dekad, DBP berhadapan dengan masalah untuk mengeluar dan memasarkan majalahnya tepat pada masa. Tinjauan The Malaysian Insider juga mendapati kesemua 10 majalah edisi Julai, yang sepatutnya diterbitkan dan diedarkan akhir Jun lalu, tidak menemui para pelanggan. DBP mengeluarkan majalah bulanan Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Pelajar, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Kosmik, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa. Tiada maklumat rasmi terbaru tentang kadar edaran majalah-majalah keluaran DBP, tetapi butiran Media Planning Guide menunjukkan pasarannya adalah antara 30,000 hingga 100,000 naskhah sebulan. Dewan Masyarakat dan Dewan Pelajar merupakan majalah terawal dikeluarkan oleh DBP iaitu masing-masing sejak 1963 dan 1967. Akhir Jun lalu, The Malaysian Insider juga ada membawa laporan bahawa kedua-dua pihak itu berhadapan dengan "perang dingin" dan ia dipercayai meruncing ketika minggu ketiga bulan Jun, di sebalik isu kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan agensi itu sejak beberapa tahun lepas. Difahamkan pengurusan kedua-dua entiti itu kini memasuki satu persekitaran yang sangat parah dengan dikatakan tidak dapat bersemuka dalam menyelesaikan isu mereka, sekali gus meletakkan DBP dalam keadaan serba salah. DBP merupakan agensi yang terletak di bawah pengawasan Kementerian Pelajaran. Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002.Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014. Dalam perkembangan lain, berkuat kuasa hari ini Dawama telah mengarahkan kesemua pekerjanya bercuti tanpa gaji sehingga pertikaian dengan DBP dapat diselesaikan. Dawama mempunyai sekitar 400 pekerja termasuk di Sabah dan Sarawak. | ||
Sekretariat Pembangunan gesa akta baru Kg Baru ditarik balik Posted: 01 Aug 2011 03:26 PM PDT KUALA LUMPUR – Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), agensi di bawah Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat Titiwangsa, memberi jaminan akan terus mempertahankan dan membela nasib pemilik tanah di penempatan eksklusif orang Melayu seperti mana yang diperjuangkan oleh Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Dr Lo' Lo', Ahli Parlimen Titiwangsa, meninggal dunia pada 17 Julai lalu akibat kanser. Menurut Pengerusi SPKB Ahmad Zamri Asa'ad Khuzimi, pihaknya akan memastikan pemilik tanah kawasan itu mendapat keadilan yang sepatutnya walaupun ketiadaan wakil rakyat. "SPKB menyatakan bahawa kami akan meneruskan perjuangan Dr Lo' Lo' untuk membela nasib pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru. "Kami akan memastikan keadilan tertegak dalam usaha membangunkan tanah Kampung Baru dan kami akan pastikan harapan Dr Lo' Lo' akan tercapai," katanya dalam satu kenyataan. Jelas beliau, SPKB akan meneruskan desakan ke atas Putrajaya agar Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 yang akan dibawa ke Parlimen pada Oktober depan dimansuhkan. "Selari dengan hasrat rakyat, SPKB akan menuntut agar Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 dimansuhkan. "SPKB ingin menegaskan bahawa apa sahaja cadangan pembangunan Kampung Baru selepas ini mestilah dilakukan secara telus dan jujur dengan pemilik dan perwaris tanah selepas meminta pendapat, mengambil kira pandangan, dan mendapatkan persetujuan mereka sebelum dikemukakan di Parlimen," katanya. Tambah Ahmad Zamri, bagi memastikan hasrat itu tercapai pihaknya akan mengadakan program-program penerangan untuk menjelaskan perkara sebenar tentang cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu. Kata beliau, pihaknya juga akan menerangkan secara terperinci mengenai pindaan yang dilakukan ke atas rang undang-undang itu. "SPKB akan meneruskan program-program penerangan dan turun padang untuk menjelaskan kepada semua penduduk, perwaris dan pemilik tanah tentang cadangan pindaan Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 yang telah pun dibentangkan kali pertama pada 14 Disember lalu. "SPKB berpendapat bahawa cadangan pindaan tersebut sangat mengelirukan kerana ia tidak mengubah langsung Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010, pemilik dan pewaris harus diberikan pemahaman yang jelas tentang perkara ini," katanya. Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata rang undang-undang itu akan tetap dibacakan untuk kali kedua pada Oktober walaupun gagal berbuat demikian pada sesi Dewan Rakyat lalu. Bagaimanapun keputusan akhir bergantung kepada referendum yang dibuat pemilik dan pewaris tanah. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah mengadakan sesi penerangan berhubung rang undang-undang itu yang dipinda ekoran protes pemilik dan pewaris tanah. Hasil sesi penerangan itu kementerian tersebut berkata status rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Kabinet jika referendum menunjukkan usaha kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti. Dr Lo' Lo' sebelum meninggal dunia secara tegas menggesa agar rang undang-undang itu ditarik balik dan dikaji semula kerana menyifatkan ia tidak adil kepada pemilik tanah. | ||
Najib selesai bedah lutut, MB Kedah stabil di IJN Posted: 01 Aug 2011 03:24 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan "arthoscopic" di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi. Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online. "Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya. Dr Hasan berkata Perdana Menteri (gambar) telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan. Dalam pada itu kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil. Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung. "Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya. "Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya. Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat. Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan. | ||
PAS Akan Lancar Kempen Bantah Kenaikan Harga Barang Secara Besar-Basaran... Posted: 01 Aug 2011 04:22 AM PDT SEDAKA SEJAHTERA KUALA LUMPUR: Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, PAS mengajak seluruh warga negara ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang. Kempen tersebut yang dikendalikan Lajnah Pengguna PAS, akan dilancarkan 20 Ogos ini dengan pelancaran Kelab Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN sebagai permulaan. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan. "Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN. "Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," katanya kepada Harakahdaily. Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh negeri termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah. Untuk tujuan itu juga, satu laman web khas akan diwujudkan. "Kita akan memberitahu rakyat, kenapa mereka dibebankan dalam masa yang sama pemimpin negara boleh terus bermewah-mewah," tegasnya lagi. Mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak yang memasukan aspek Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mahfuz secara sinis menyifatkan ianya sebagai janji "mulut manis" perdana menteri itu. "Mereka sendiri sebenarnya yang menaikkan harga barang dengan menarik subsidi rakyat," katanya. Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini. | ||
Isu Kuin: SMM gesa Kedah contohi Selangor Posted: 01 Aug 2011 04:18 AM PDT Oleh al_madd Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa Kerajaan Negeri mencontohi pendekatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggunakan kuasa konsultasi terhadap Universiti Selangor (Unisel), untuk menasihati Kolej Universiti Insaniah (Kuin) memberi lebih ruang kepada mahasiswa untuk bersuara. | ||
Biometrik: 150 pekerja asing gagal daftar sejak pagi Posted: 01 Aug 2011 04:16 AM PDT BERITA HARIAN ONLINE KUALA LUMPUR: Lebih 150 pendatang tanpa izin sekitar ibu kota, di sini, hari ini kecewa apabila kaunter pendaftaran Imigresen difirma yang dipertanggungjawabkan kerajaan untuk program pendaftaran biometrik, tidak dibuka sejak awal pagi. Kelewatan itu dipercayai berpunca daripada masalah sistem online imigresen yang tidak diboleh dicapai sejak dibuka 8 pagi tadi. Pengarah agensi pekerjaan STA Sdn Bhd, Datuk raja Zulkepley Dahalan, berkata pihaknya amat kesal dengan kesulitan yang dialami pekerja asing terbabit dan memohon maaf atas masalah yang berlaku. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata caj itu hanya dikenakan kepada PATI yang mengguna khidmat syarikat pengurus dan tidak dikenakan bayaran jika menguruskan sendiri proses pendaftaran dengan Jabatan Imigresen. Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju membenarkan syarikat pengurus mengenakan caj tidak melebihi RM300 kepada PATI yang mendapat khidmat mereka bagi program pemutihan yang akan dilaksana tidak lama lagi. | ||
Tujuh pegawai imigresen yang ditahan mengikut ISA akan dibebaskan esok Posted: 01 Aug 2011 04:08 AM PDT BERITA HARIAN ONLINE PUTRAJAYA: Tujuh pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia akan dibebaskan secara berperingkat mulai esok. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataan akhbar di sini berkata, sebagai permulaan tiga orang akan dibebaskan esok manakala empat lagi dibebaskan dalam masa terdekat. | ||
Wanita MCA P.Pinang Buat UMNO Habis Modal? Posted: 01 Aug 2011 04:01 AM PDT Oleh: wfauzdin_ns MODAL Umno dan pencacai-pencacai mereka nampaknya musnah, hancur dan lebur apabila Pengerusi Wanita MCA P.Pinang mengeluarkan kenyataan menyelar DAP P.Pinang kerana meminggirkan kaum Cina dan melebihkan kaum Bumiputera, Melayu dan India Muslim di dalam pengagihan kontrak di negeri itu. PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu."Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. (Seterusnya boleh dibaca di sini). Justeru itu, jelas sekali DAP khususnya di P.Pinang amat telus di dalam pembahagian tender/projek di negeri tersebut. Amat bertuah kaum Bumiputera di negeri pentadbiran Lim Guan Eng tersebut, dan kaum Cina juga diberi peluang untuk bersaing dengan kaum Bumiputera. Jelas sekali, jika ada seekor dua pemimpin Umno atau mamak songkok tinggi di P.Pinang yang cuba menuduh kerajaan negeri P.Pinang bersikap anti Melayu/Islam, puak itu adalah terdiri dari puak yang kecewa kerana selama ini mereka mudah untuk mencari makan sewaktu era Gerakan mentadbir P.Pinang. Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, golongan kecewa ini tidak mampu untuk bersaing kerana sudah biasa menggunakan `cable' politik untuk mendapatkan kontrak/tender dari kerajaan korup di bawah Gerakan dulu. Apakah hujah Umno selepas ini? Pengerusi Wanita MCA P.Pinang nampaknya telah berjaya `mensabotaj' modal Umno. Tahniah, Lim Guan Eng. Tahniah Kerajaan Negeri P.Pinang./ wfauzdin.blogspot.com" | ||
MIUP Pastikan BN Menang PRU 13 - Nallakaruppan. Posted: 01 Aug 2011 04:00 AM PDT KL POS
KUALA LUMPUR - Presiden Malaysian Indian United Party (MIUP), Dato' Nallakaruppan bersama ahli parti berjanji akan membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihanraya umum ke-13 melalui sokongan dan undi masyarakat India. MIUP merupakan salah satu dari parti komponen BN telah mengadakan majlis perasmian bangunan ibu pejabat di Jalan Segambut pagi ini. Dalam ucapan dasarnya, Nallakaruppan berkata MIUP ditubuhkan hasil gabungan bekas ahli PKR berketurunan India yang telah menarik diri dari parti tersebut kerana dilihat tidak membantu masyarakat India secara khusus. "Saya dan rakan-rakan dalam parti berjanji akan bekerja keras membantu BN dalam mencapai kemenangan pada pilihanraya umum nanti," ujar beliau. Setiausaha Agung BN, Dato' Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang dijemput merasmikan ibu pejabat turut melahirkan keyakinan parti MIUP dapat membantu BN mencapai kemenangan melalui sokongan masyarakat India. Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh uniknya kepelbagaian parti dalam BN kerana masing-masing tetap bertanding dibawah satu lambang. "Saya bertanding pakai kapal layar. Tak seperti pakatan. DAP pakai roket, PAS pakai bulan, PKR pakai mata tetapi tidak ada menunjukkan kesatuan," ujarnya. Beliau turut menyentuh cara BN adalah melalui membuat keputusan bersama dan tidak membelakangkan parti-parti yang lain. Tambah beliau lagi, tidak seperti pakatan pembangkang yang seringkali bertelingkah dalam membuat sesuatu keputusan. | ||
Komponen BN - MIC Tak Restu kemasukan IPF. Posted: 01 Aug 2011 03:59 AM PDT KL POS KUALA LUMPUR - Presiden Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), M Sambanthan hari ini melahirkan perasaan kecewa dengan kenyataan Presiden MIC Datuk G Palanivel menolak penyertaan parti politik berasaskan kaum India lain sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN). Sambanthan berkata bukan hanya MIC yang memperjuangkan masyarakat India kerana ia turut dilakukan parti lain seperti Parti Makkal Sakti Malaysia dan Parti Bersatu India Malaysia.
| ||
PR Yakin Tambah Kerusi DUN Johor Posted: 01 Aug 2011 12:35 AM PDT Ditulis oleh Anna Farina SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng yakin Pakatan Rakyat mampu memenangi lebih dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Beliau berkata demikian mengulas keputusan simulasi pilihanraya Umno seperti yang dilapor The Malaysian Insider hari ini. "Pakatan Rakyat di Johor daripada anggaran kita mungkin dapat lebih daripada 15. Kita mahu mewar-warkan perkara ini, dan Pakatan Rakyat sudah buat persediaan dan kali ini kita lebih bersedia berbanding PRU 12," kata beliau. Johor Darul Takzim mempunyai 56 kerusi Dun, dimana PR memenangi 6 kerusi dalam PRU lepas. Chua yakin PR mampu mencatatkan kejutan dalam PRU-13 melihat kepada momentum sokongan rakyat. "Kita tahu PR ada potensi untuk juga mendapat balik Perak. Isu rampas kuasa itu diketahui oleh orang Perak dengan itu, kemarahan undi-undi atas pagar telah menambah," tegas Chua. BN telah mentadbir Johor sejak lebih 50 tahun. Negeri itu mencatatkan kos kehidupan antara yang tertinggi di negara ini. | ||
PRU13 Sengit Di Negeri Sembilan Posted: 01 Aug 2011 12:30 AM PDT Ditulis oleh Norfarahidayu Baharudin SHAH ALAM 1 OGOS: Simulasi pilihanraya Umno bukan sahaja meramalkan BN tewas di Perak, tetapi juga di Negeri Sembilan. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke menjangkakan Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertembungan hebat dalam PRU akan datang. Beliau bagaimanapun mengambil sikap berhati-hati bagi mengelak termakan perangkap psikologi Barisan Nasional. "Kita menjangkakan ada persaingan sengit dikedua-dua negeri ini. Apa-apapun saya rasa, dipihak kita dalam Pakatan Rakyat kita jangan termakan dengan propaganda ini," tegas Anthony. Beliau juga berharap agar semua ahli parti akan terus bekerja keras selagi pilihanraya ke-13 masih belum diadakan. "Mungkin seolah-olah mereka nak membuat kenyataan ini untuk kita berasa selesa dan supaya tidak perlu bekerja kuat untuk berkempen. Jadi saya tidak perlulah berasa terkejut ataupun berasa gembira dengan kenyataan seperti begitu," jelas Anthony. | ||
Pemberita RTM diserang sekumpulan lelaki Posted: 01 Aug 2011 12:28 AM PDT BERNAMA Sekumpulan lelaki termasuk dua yang dipercayai anggota polis dan tentera didakwa telah memukul seorang pemberita RTM Sabah malam semalam di kuarters Jabatan Penyiaran Sabah di Kota Kinabalu. Radik Taim, 43, dikatakan diserang kerana menegur kumpulan berkenaan yang membuat bising di kediaman tersebut. Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Hamza Taib yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. "Berdasarkan siasatan awal, kumpulan itu difahamkan sedang minum arak di kawasan perumahan itu," katanya. Mangsa luka pada bahagian muka setelah dipercayai ditendang dan ditumbuk. Kumpulan itu dipercayai tetamu atau ahli keluarga salah seorang penghuni kuarters berkenaan yang juga merupakan rakan sekerja mangsa. | ||
Najib elak bincang 'Melayu dahulu, M'sia kemudian' Posted: 01 Aug 2011 12:25 AM PDT Hazlan Zakaria Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengelak mengulas kenyataan timbalannya bahawa beliau adalah "Melayu terlebih dahlu, manakala Malaysia di tempat kedua". "Saya tidak akan jawap soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya. "Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan," kata Najib. Katanya, semua mereka yang menganggotai jemaah menteri adalah sehaluan dan mengikut arahan yang sama. "Percayalah saya, 1Malaysia akan menjadi pedoman kita. Kita akan adil dan berpandukan perlembagaan," kata Najib yang cuba mengelakkan isu berkenaan. Perdana menteri menjawab soalan daripada hadirin semasa Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam. Pada sidang medianya di parlimen tahun lalu, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa beliau adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia. | ||
Liwat II: Anwar mohon wawancara 10 'saksi alibi' Posted: 01 Aug 2011 12:23 AM PDT Joseph Sipalan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan permohonan bagi mewancara 10 saksi alibi sebelum mereka memberi keterangan semasa prosiding pembelaan dalam pertuduhan perbicaraan liwat membabitkan dirinya. Peguamnya mengemukakan permohonan itu hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menambah senarai saksi pembelaan yang difailkan pada 26 Julai. Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos. Dalam permohonannya, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain. Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof. Anwar di dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan. | ||
SPAD: Bincang dengan kami, bukan pembangkang Posted: 01 Aug 2011 12:20 AM PDT Nigel Aw Kurang 24 jam selepas pertemuan 500 pemandu teksi dengan ketua pembangkang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa kumpulan tidak mempolitikkan rungutan mereka. Ini kerana, isu itu melibatkan kepentingan awam pihak yang tidak perlu dipolitikkan, katanya Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (kiri, tidak bertali leher). Penilaiaan tentang keberkesanannya juga bukan terletak di tangan pembangkang, tambahnya. Syed Hamid menambah, wakil daripada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor yang menganjurkan perhimpunan besar di Petaling Jaya malam tadi belum lagi menemui SPAD. Katanya, jika mempunyai masalah, suruhanjaya itu bersedia mendengarnya sekiranya pemandu terbabit tampil memaklumkannya. Sebelum itu, bekas menteri dalam negeri itu berkata, SPAD menjalankan tinjauan melibatkan pemandu teksi dan pemegang saham berkaitan industri itu daripada 15 hingga 27 Julai untuk mengenalpasti rungutan mereka. Banyak maklumat terperinci dikumpulkan dan akan diserahkan kepada kerajaan bulan depan, kata Syed Hamid lagi. Perhimpunan antara pemimpin tertinggi pembangkang, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor diadakan selepas muncul dakwaan kerajaan gagal mengambil tindakan menangani rungutan pemandu teksi. Dalam pertemuan malam tadi, Anwar antaranya berkata, Pakatan sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat. Bagaimanapun, golongan pemandu itu juga perlu berusaha membolehkan Pakatan membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai "bakal perdana menteri" dalam pertemuan itu. | ||
Harga kelapa meningkat di Terengganu Posted: 01 Aug 2011 12:15 AM PDT BERNAMA Orang ramai di Kuala Terengganu terkejut kerana harga kelapa meningkat antara RM2 dan RM2.50 sebiji berbanding RM1 hingga RM1.20 sebiji sebelum ini. Para penjual kelapa mendakwa bahawa kenaikan harga kelapa itu disebabkan kelapa tiada dan juga bekalannya berkurangan. Tinjauan Bernama di Pasar Payang di Kuala Terengganu hari ini mendapati tidak ramai peniaga menjual buah kelapa dan harganya melambung menyebabkan orang ramai mengeluh dan merungut. Seorang peniaga di pasar itu, Kamariah hassan,40, ketika ditemui berkata kenaikan harga kelapa itu tidak dapat dielakkan kerana harga di peringkat pembekal agak tinggi disebabkan bekalan tiada. "Hari ini pun susah nak cari bekalan kelapa," katanya. Bagaimanapun, harga santan kelapa yang dijual di Pasar Payang hari ini didapati tidak naik dan masih kekal RM9 sekilogram seperti sebelum ini. Sehubungan itu, orang ramai berharap pihak berkuasa memberikan perhatian terhadap harga kelapa yang naik secara mendadak memandangkan kelapa banyak digunakan pada Ramadan ini. Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) ketika dihubungi memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi di Terengganu bagi memastikan harga stabil. Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata pihaknya kini berusaha mencari bekalan kelapa tempatan dan akan mengimport dari luar jika perlu. Beliau berkata penjual kelapa mungkin mengambil kesempatan menaikkan harga kelapa dalam suasana umat Islam menyabut Ramadan. | ||
Pakatan janji permit teksi individu Posted: 01 Aug 2011 12:12 AM PDT Salhan K Ahmad Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai "bakal perdana menteri" dalam pertemuan pemandu teksi itu. "Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya. "Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku. "Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan," katanya lagi kepada hampir 500 orang yang hadir di majlis perhimpunan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor. Jelasnya, pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar-dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah parti Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka. Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso) serta meminda perjanjian sewa beli di antara pemandu dan syarikat teksi. Turut dinyatakan dalam resolusi berkenaan ialah tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi. Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San. Sepuluh tuntutan berkenaan dirangka oleh penasihat undang-undang bagi majlis berkeanaan yang juga peguam bagi kumpulan pendesak Hindraf – R Kengadharan dan V Ganabatirao. | ||
Bahagian BN diminta kemuka nama calon kepada Najib Posted: 01 Aug 2011 12:02 AM PDT MALAYSIA KINI Semua parti komponen BN pada peringkat bahagian di semua 222 kawasan pilihan raya parlimen telah diminta mengemukakan nama calon yang difikirkan sesuai untuk diserahkan kepada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin atasan secepat mungkin.Akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada tajuk utamanya yang memetik sumber berkata semua bahagian menerima arahan itu sejak dua atau tiga bulan lalu yang meminta mereka mengemukakan senarai calon berdasarkan agihan kerusi yang dibuat pada pilihan raya umum 2008. Setiap bahagian diminta mengemukakan tiga nama bersama latarbelakang terperinci mereka. Menurut akhbar itu, arahan daripada pemimpin BN itu dibuat sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tetapi berdasarkan scenario politik semasa, kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan pada November atau Mac, April tahun depan. Senarai itu adalah hanya nama awal yang akan dikaji bersama laporan penilaian dan kaji selidik untuk menentukan kemampuan seseorang calon untuk menang sebelum keputusan muktamad dibuat. Penyerahan nama yang awal itu bertujuan memberi Najib lebih banyak masa untuk "menyaring" calon menjelang pilihan raya umum akan datang. Memetik seorang ahli parlimen yang tidak disebutkan namanya, akhbar Sin Chew Daily melaporkan pemimpin BN telah mewawancara beberapa ahli parlimen BN baru-baru ini dan sesi terbaru itu berlainan dengan temu-bual tiga minit yang diadakan dengan Najib, sebelum ini. "Sepanjang pengetahuan kami, laporan kali ini yang diperolehi pemimpin atasan BN, tidak hanya terhad yang diterima daripada polis Cawangan Khas (SB) atau Kementerian Penerangan sahaja. "Tidak memeranjatkan jika terdapat 20 atau 30 laporan berhubung satu-satu kerusi. Ini akan memastikan maklumat yang diterima boleh menggambarkan keadaan sebenarnya," kata ahli parlimen itu. Menurut sumber lain yang dipetik akhbar itu lagi, peluang BN menang di 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan adalah antara 40 hingga 60 peratus dan kerusi-kerusi ini yang akan menentukan jika BN dapat merebut kembali majoriti dua pertiganya di parlimen. "Kerusi-kerusi ini bukan sahaja yang BN tewas pada 2008 tetapi juga adalah kerusi yang dimenanginya," kata sumber itu sambil menambah 'kerusi sasaran' itu kini 'dijaga' oleh menteri dan timbalan menteri BN. Mengenai negeri-negeri yang tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu, BN yakin dapat merampas kembali Kedah dan Selangor, lapor akhbar berkenaan. | ||
Golongan muda tetap bersama PAS Posted: 31 Jul 2011 11:55 PM PDT
| ||
Najib masuk HKL, bedah lutut hari ini Posted: 31 Jul 2011 11:54 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Laporan Bernama Online menyebut, Perdana Menteri dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada pukul 10 malam. Ketika mengadakan lawatan kerja ke Kedah Khamis lalu, Najib memberitahu pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu. Menurut Najib, pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan. Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan